Kitab Bible dalam Bahasa Melayu




Allow Bible in Bahasa Malaysia: Christian Federation

By ROYCE CHEAH

PETALING JAYA: The Christian Federation of Malaysia (CFM) has called on the Government to re-look its restriction on Bibles written in Bahasa Malaysia.CFM vice-chairman Rev Dr Eu Hong Seng said considering that Bahasa Malaysia is the national language, it was perplexing that the Bible in Bahasa Malaysia was classified under Section 22 of the Internal Security.

Sumber dipetik daripada The Star . Published: Thursday December 25, 2008 MYT 6:43:00 PM
Apa kata hamba?
Baguslah! Hamba menyokong jika kitab Bible atau nama aslinya Injil (sebelum diolah 'cerdikpandai' Vatican) diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia ya! Ini bahasa versi Najib Razak saja!).
Hamba yakin ramai yang emosi tak tentu fasal. Harap tenang saja. Tak perlu sensitif dalam isu ini kerana hamba cuba untuk berfikir di luar kotak. Penterjemahan kitab suci agama lain ke dalam bahasa ibunda kita seharusnya digalakkan. Kerana apa? Disini saya lampirkan 5 sebab kenapa saya menyokong.
1. Bahasa Melayu bukan bahasa rasmi mana-mana agama.
-Sudah terang lagi bersuluh, wahyu Nabi Muhammad (SAW) diturunkan oleh Malaikat Jibrail dalam Bahasa Arab. Wahyu-wahyu tersebut di susun dan dibukukan ke dalam sebuah kitab yang diberi nama al-Quran setelah wafatnya Rasulullah.
Bahasa Melayu bukan milik mana-mana agama, walaupun semua bahasa di dunia ini adalah bahasa tuhan. Hamba tertarik untuk mengulas isu ini kerana hamba yakin, ramai sangat rakyat Malaysia yang tersalah konsep 'bangsa dan agama'.
2. Bangsa Melayu menurut perlembagaan bukanlah satu-satunya penutur Bahasa Melayu.
- Dalam perlembagaan Malaysia, 1957 menyenaraikan bahawa orang Melayu bercirikan mereka yang berbahasa Melayu dan beragama Islam. Hal ini menyebabkan golongan peranakan India Muslim pun turut sama dikatakan bangsa Melayu. Ini satu contoh silap konsep. Bangsa dan agama bukanlah satu entiti yang sama. Ramai yang kata, kalau berbangsa Melayu maka semestinya beragama Islam. Silap besar ya, kerana tak semua manusia yang berbangsa Melayu itu menganut agama Islam.
Di Melaka, golongan kaum Serani ialah campuran Melayu dan penjajah Portugis dan menganut Kristian. Lama dulu mereka berbahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda. Juga di Melaka, ada kaum Baba & Nyonya (pernah hamba ulas dalam tajuk 'Tunggu Sekejap Sang Nyonya' tak lama dulu) juga berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.
Di Sabah dan Sarawak, kaum Iban dan KadazanDusun yang ramainya menganut Kristian juga berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Bahasa Iban, Kadazan, Tagalog di Filipina serta mana-mana dialek etnik di Nusantara semuanya dikelaskan sebagai keluarga Bahasa Melayu kerana memiliki persamaan kata akar dan tatabahasa. Maka, mereka juga dikelaskan sebagai penutur Bahasa Melayu.
Tetapi perlembagaan Malaysia meletakkan mereka bukan sebagai Melayu, tetapi kaum bumiputera. Hamba mengambil kefahaman Tunku Abdul Rahman yang bertanggungjawab menggubal undang-undang tersebut semata-mana untuk mempertahan survival ketuanan Melayu-Islam di Tanah Melayu. Jadi alasan Tunku, hamba terima dengan besar hati tetapi tidak sesekali hamba bersetuju dengan makna Bangsa Melayu menurut perlembagaan Malaysia.
Hamba yakin tiada sesiapa boleh jamin, seramai 300 juta penutur Bahasa Melayu di mukabumi ini, apakah kesemuanya beragama Islam? Apa jadi dengan Tony Eusof, seorang aktor berketurunan Bidayuh yang berbahasa Melayu dialek Bidayuh sebagai bahasa ibunda, adakah beliau beragama Islam?
Jadi sebelum mengutuk hamba pro-katolik, harus difahami dulu maksud Bangsa Melayu, dan siapa penutur bahasa keempat terbesar dunia ini.
3. Bukan Kristian juga membaca Bible.
- Betul. Jangan silap berkata kerana kitab agama lain juga dibaca oleh bukan penganutnya. Di Malaysia sendiri terdapat fakulti yang menawarkan kursus Pengajian Perbandingan Agama. Maka, atas dasar mengkaji, maka bukan Kristian juga harus menelaah kitab Bible.
Mereka yang mengkaji ilmu kitab membaca Bible bukan untuk mempercayainya tetapi untuk menelaah isi kandungan kitab tersebut untuk diperbandingkan dengan kitab-kitab agama lain. Sebagaimana hamba tidak bersetuju dengan PPSMI, maka hamba boleh katakan bahawa tak salah Bible diterjemah dalam BM kerana mampu memudahkan pengkaji yang berbahasa Melayu untuk memahaminya.
Tambahan, kalau kita yakin al-Quran adalah kitab kalamullah yang kukuh asasnya, dan paling relevan maka kita tidak perlu takut kepada sebuah kitab olahan manusia yang berjudul Bible. Kalau itu yang dibimbangi, hamba kira baik kita bimbangkan 'betapa lemahnya iman orang islam di Malaysia' yang menuntut kita untuk perkuatkan lagi jentera dakwah, terutamanya peranan JAKIM dari blok kerajaan.
4. Penterjemahan Bible boleh menipiskan prasangka.
- Bahasa Melayu harus punya rasa dimiliki bersama oleh negara-negara yang menjadikannya sebagai bahasa rasmi. Indonesia, Malaysia, Brunei sebagai negara berbahasa rasmikan BM seharusnya memiliki bahasanya secara bersama.
Di Indonesia, gereja-gerejanya berbahasa Melayu Indonesia. Upacara perkahwinan masyarakat Kristian pun dalam BM. Mereka lebih faham konsep 'bahasa-bangsa-agama' yang nyata berbeza makna di antara satu sama lain.
Di Malaysia, agak segan penganut Kristian beketurunan Melayu Bumiputra atau Cina yang mahu berbahasa Melayu untuk tuntutan keagamaan mereka. Kerana kekangan bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa orang Islam saja, maka mereka tidak dapat turut sama mengembangkan lagi Bahasa Melayu. Setidak-tidaknya, pemilikan bersama terhadap BM akan dapat menipiskan lagi prasangka sesama kita. Tidakkah baik begitu?
5. Tak perlu tunggu Bible Melayu kalau nak murtad.
- Kalau nak sesat, tak payah tunggu baca Bible berbahasa Melayu pun. Baca URS, Mangga atau blog pencacai politik/ sosial Malaysia segala pun boleh jadi sesat. Malah, Muslim yang tidak pernah kenal atau baca Bible pun ramai juga yang tonggang arak, berjudi, berzina segala.
Kalau kita fokus dan yakin kepada ajaran Islam maka kita tak perlu risau. Bahasa kita, bukan milik agama kita sebaliknya diri kita adalah milik Sang Pencipta.
Rumusan
Hamba memandang projek terjemahan ini sama seperti hak orang Islam di Nusantara untuk menterjemah al-Quran kepada Tafsir Bahasa Indonesia dan terbaru Bahasa Melayu Piawai. Ini adalah isu hak untuk penganut mana-mana ajaran untuk memahami agama masing-masing dengan bahasa ibunda masing-masing. Bukankah bahasa jiwa bangsa.
Apa hak kita untuk menghalang katolik Melayu/Bumiputera untuk memahami ajaran agama mereka dalam bahasa Melayu yang juga bahasa ibunda mereka?
Secara tak sedar, ramai yang tidak tahu sebagaimana hamba tidak hairan apabila mengetahui gereja-gereja di Sarawak atau Indonesia menggunakan Bahasa Melayu/Indonesia sebagai bahasa pengantar dalaman gereja Kristian. Ini telah lama dijalankan, dan tidak menyusahkan sesiapa.
Hamba pasti ramai yang akan sibuk selepas ini berkempen untuk menghalang penterjemahan Bible kerana mereka takut iman terhadap Allah dikelirukan dengan roh kudus. Hamba yakin kebanyakkan mereka sekadar mahu menjadi jaguh jalanan yang menggunakan agama sebagai alat sedangkan mereka masih lagi percaya bahawa Melayu=Islam walhal dalam masa yang sama mereka mungkin tahu bahawa tidak semua orang Arab beragama Islam.
Bible telah lama diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Ada siapa di sana yang kisah?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam camry,

saya setuju dgn apa yg camry katakan itu..ya tak salah org membaca bible utk dibuat perbandingan..tetapi perlu kita tahu, bible yg asli sebenarnya bkn dtgnya drp old testament atau new testament..semua org sudah maklum adanya original testament yg telah disembunyikan rahsia ttg kewujudan kitab injil asli tersebut oleh Gereja Vatican bagi menutup rahsia sebenar..utk mengetahui jawapannya, silalah baca novel saya yg akan datang Kod Michelangelo tak lama lagi..semuanya terjawab di dlm novel itu. :)

nja

Amer Yusof berkata...

@NJA - pertamanya, saudara nazehran sudi juga buka blog saya. terima kasih daun keladi. sy sudah suku bahagian baca piala kehidupan. sebabkan pinjam, jadi x habis lagi baca.

oh ya. itulah, sy sudah jelaskan drpd awal - bible bukanlah kitab yang asli dan jelas sekali, ramai juga kristian yang x beriman kpd bible. injil yg diseleweng memang ramai yg tahu.

itu sebab muslim x perlu takut. selagi kita yakin kepada AQ, maka tak payahlah takut kalau org buat perbandingan agama kerana dah memang pasti, kitab orang muslim x akan kalah. berapa ramai org bukan islam yg masuk islam setelah belajar perbandingan agama, itu yang kita tak didedahkan.

insya-Allah sy akan dapatkan piala kehidupan dengan membelinya tak lama lagi. hehehe. terima kasih kerana sudi masuk ke blog sy ni.

Unknown berkata...

BEtol.rasanya kite sependapat. Islam adalah agama. Melayu adalah bangsa. Bahasa Malaysia adalah bahasa ibunda. Jadi tiada salahnyaa..
...
Dan pasal murtad tuh pon betol juga..
Orang melayu agama Islam..tp susah da nak cari org melayu yg beragama Islam..

maafla kalu salah ckp..
kanak² 20 tahon mengulas =)

Amer Yusof berkata...

@hanafana - umur bukan penghalang utk berckp hal dunia. umur hny angka, kerana setiap nafas kita dituntut utk cr ilmu. tak gitu?

cuma, hanafana setuju dgn terma 'bahasa malaysia' ke? sy lebih suka mengatakan bahasa kita sebagai 'bahasa melayu'. bahasa ibunda kita x wajar dipolitikkan semata2 nak bentuk perpaduan walhal, pelaksaannya x betul.

p/s: sambungan denting ada kat bawah tu.

Kurt Kuden berkata...

yup. tingkatkan dan sebatikan AQ dan hadith dalam diri dulu. fahami betul2. mesti kita tak gubra kalau ada bible bahasa melayu.

Tanpa Nama berkata...

to camry,

terima kasih kerana membaca novel saya piala kehidupan..saya appreciate sgt2..FYI, novel itu juga telah membawa tuah kpd saya mendapat dana penulis daripada perpustakaan negara tempoh hari dgn mereka membelinya 1000 naskhah..nanti saya baca juga novel sulung camry nanti k..hehe
nanti klu dah abis baca give la komen kat my blog tu k..

nja

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Satu pandangan umum yang menarik. Dunia Melayu itu luas. Malaysia sebahagian Dunia Melayu yang ada skop tafsiran Melayunya tersendiri.

Tiada tuhan melainkan Allah, tiada agama melainkan Islam adalah pegangan orang Islam yang perlu dihormati. Hanya Islam yang sah di sisi Allah.

Di Malaysia pula tentunya hanya bahasa Melayu diakui sah (rasmi). Begitu juga dengan Islam sebagai agama.

Tiada bahasa selain Melayu. Undang-undang pun begitu juga, hanya perundangan dan hukum negara yang diterima pakai dan bukannya yang asing.

penggemar