Dahulu aku simpulkan,
Jika ada yang mahu, aku bisa turutkan;
Maka hadir dikau untuk manfaatkan,
Peluang dan ruang yang aku sediakan
Jika ada yang mahu, aku bisa turutkan;
Maka hadir dikau untuk manfaatkan,
Peluang dan ruang yang aku sediakan
Hari pertama dikau bertemuku,
Lama setelah kita kenal di alam maya,
Kala itu terus kau memilihku,
Untuk kau lepas rasa cinta,
Atas dasar apa yang aku tak tahu,
Hingga aku terbuai, asyik mencinta,
Hari kedua penuh sengsara,
Kau dan aku tak bertentang mata,
Sarat rindu penuh di dada,
Bagai tak pernah terbayang,
Wujud hari 'tuk berkasih sayang,
Seolah aku di awang,
Menerima mu seada yang mampu,
Mencintaimu seolah ada yang cemburu,
Hingga ku sedar semuanya hanya semu
Hari ketiga kita kembali bertemu dan kau tinggalkan diriku,
Membuat aku diam termanggu,
Kau soal ikhlas yang tak pernah kau peduli,
Kerna hari pertama lekas kau kata aku saja yang kau perlu,
Soal hidup dan mati bersama tak bisa kau teladani,
Harus kenapa kau putuskan untuk bersamaku,
Dan kemudian aku kau buang tanpa ada peri
Membuat aku diam termanggu,
Kau soal ikhlas yang tak pernah kau peduli,
Kerna hari pertama lekas kau kata aku saja yang kau perlu,
Soal hidup dan mati bersama tak bisa kau teladani,
Harus kenapa kau putuskan untuk bersamaku,
Dan kemudian aku kau buang tanpa ada peri
Tertipu,
Aku tertipu,
Kau hadir tanpa aku mimpi,
Memberi tiga hari simpati,
Untuk aku sekadar nikmati,
Mencinta, tanpa pernah dicintai
Di terowong yang sepi,
Lewat tengah malam di kota raya,
Kau tinggalkan aku sendiri,
Untuk mentafsir atas dasar apa tiga hari bahagia
Aku kecewa,
Berlinang airmata di dalam LRT,
Terminal yang sarat jiwa memerhati,
Betapa dalamnya luka hingga aku tak peduli,
Salak anjing yang mengiring derap langkah kaki,
Untuk aku pulang ke ruang kecil, bersendiri,
Mencuba untuk menepis luka di hati,
Atas cinta yang lekas datang dan lekas pergi,
Kau tak pernah kembali selepas itu,
Merungkai pedih yang kau calarkan;
Kau tak pernah hadir selepas itu,
Seolah aku bukan manusia yang punya jiwa,
Bertahun luka bernanah di hati,
Beratus hari berkudis dan tinggalkan parut,
Pengalaman cinta yang satu ini,
Cukup sebab untuk aku mendendam,
Demi membuktikan suatu hari,
Aku yang kau campak sebenarnya suatu kesilapan,
Tetapi mencintaimu adalah satu kesilapan,
Yang harus aku tuntut keadilan,
Meletakkan aku di tempat yang sebetulnya,
Dendam ini tak akan padam,
Hingga kita bertemu kembali,
Suatu hari nanti
* Puisi berusia 2 tahun ini tidak pernah dipaparkan di mana-mana, ini paparan perdananya. Puisi Tiga Hari ini ditulis pada 18 Ogos 2006 (di Taman Cahaya, Ampang), dan berada dalam simpanan aku di dalam draft blog Friendster milik aku. Atas sebab peribadi, aku siarkan dalam blog ini kerana puisi ini ada bahagian 2 yang baru aku sudahkan baru-baru ini (14 Disember 2008), untuk itu aku siarkan secara bersama. Puisi amat mendalam, dan harap tidak disensasikan.
Tiga Hari (bahagian 2)
Dahulu kau pergi sebegitu rupa,
Membiarkan aku lemas dalam luka yang amat dalam,
Menenggelamkan aku hingga ke dasar yang tak berpenghuni,
Sampai aku terkapai-kapai mencari punca dan udara,
Dahulu kau pergi sebegitu rupa
Kemudian aku cuba untuk hadir semula,
Menuntut setahun membina kekuatan,
Agar bisa aku lepaskan dendam lama,
Yang tak bisa aku lupakan,
Setahun berlalu setelah aku berjaya menerobos ruang cupingmu,
Membilang waktu, mendekatkan diri,
Agar kau jatuh cinta tanpa pernah membayangkan siapa aku,
Semuanya dengan sekadar berbisik,
Semoga dikau beroleh derita yang sama sepertiku dulu,
Kini aku hadir,
Menjadi insan yang baru bernyawa,
Memakai topeng ikhlas dan berhati waja,
Menjelma sebagai aku yang kau lupa,
Membawa seribu duka yang tak tercerna
Kau layangkan rasa cinta setelah kau dengar suaraku,
Cupingmu bergema nada -nada cintaku,
Lantaran dikau juga sepi setelah aku kau usirkan,
Mungkin juga setelah berpuluh lelaki kau tinggalkan,
Cupingmu bertanda akulah bakal memilikmu,
Dalam angan, dan jaga aku tahu kau butuhkan aku,
Tanpa kau sedar akulah insan yang pernah kau luka dulu
Dunia memang banyak ragamnya,
Ada juga manusia yang sampai lupa siapa mangsanya,
Kerana terlalu banyak hati yang kau lukai,
Maka aku yang tiga hari berlabuh senang saja kau lupai
Pernah aku bisik menyuruh kau pilih bulan atau bintang,
Jika kau mahu merindu,
Dan kau jawab bintang,
Padahal aku tahu hanya bulan yang tak pernah berubah,
Sedang bintang saban hari bukan bintang yang sama,
Itulah erti rindu bagi dirimu,
Kosong dan tak membawa makna,
Itu tak menjadi kudis,
Mudah untuk aku teruskan misi,
Menakluk semula kota hati,
Yang gerbangnya sudah berkurun tutup untuk diri ini,
Sampai aku minggir dan bertapa dalam sadis,
Namun aku percaya akan ada hari,
Kau yang dulu melukai hati ini,
Bakal menerima cela atas segala pedih yang ku alami,
Dendam ini tak bernokhtah,
Tiga hari kau kembali ke kota lumpur ini,
Aku pasakkan azam untuk menyerangmu kembali,
Menculik hatimu agar kau mencintaiku,
Sebagaimana cupingmu sedia menerima bisik-bisik palsuku,
Hari ini kita berjumpa,
Di medan yang tak pernah terduga,
Aku tahu kau jatuh cinta,
Kepada aku yang kini menjelma,
Sebagai insan baru dalam hidupmu,
Kau terlupa,
Bahawa aku tak akan pernah sesekali menerimamu semula,
Kerana aku hadir kali ini hanyalah untuk menyatakan,
Bahawa aku tak akan pernah memaafkanmu,
Bahawa aku tak layak menerima apa yang kau berikan dulu,
Atas segala luka parah yang bertahun aku rasa,
Atas segala dendam yang kau biar aku terpuruk kelemasan
Kau silap,
Untuk setuju dan mempercayaiku,
Kerana segala harapan yang aku berikan hanya palsu,
Cinta aku bukan untukmu,
Cinta yang ada ini hanyalah untuk membunuhmu,
Memugar cerita yang segar menjadi kenangan,
Aku lelaki yang tak akan kalah,
Kepada gadis yang rasa titik dunia berada di atasnya,
Aku lelaki yang tak akan diam,
Membiarkan hati terluka tanpa perlu diubati,
Kini ku akui,
Aku puas
Melihat kau menangis,
Dendam ini telah berbalas,
Pada hari yang suatu waktu dulu aku nantikan,
Tak perlu lama,
Tiga hari kau ambil untuk tinggalkanku,
Satu hari saja aku ambil untuk melukakanmu
10 ulasan:
'Hingga ku sedar semuanya hanya semu..??'
cOp nak tanye..what dO u mean by semu..??xphm..
erk..kamu ni agak pendendam jugak ek..dasat tOl..
ingin ditegaskan...puisi ini takdelah kena mengena sgt. jgn nilai sy sejibik cam puisi ni. fiksi saja.
oh ya...semu bermaksud fana, sementara, tak kekal. perkataan ni ada, cuma jarang je org malaysia pakai. kat Indonesia dah jd bahasa harian.
maaf pak..
enggak tau puisi ini tidak berkaitan ngan bapak..
adesss~
nape xgune fana je..?nape mesti gune semu..?
kenapa guna semu?
sebab puisi tu rima dia (dr ayat "...hari kedua..."..
a,a,a kemudian g,g,g dan last u,u,u
kalau fana, akhirnya 'a'...cacatlah puisi tu.
mana ada marah...hahaha. puisi ni sekdar fiksi atau mingkin semi fiksi...benar atau tak, wallahualam.
puisi anda indah dan membuai jiwa..teruskan berkarya..
owh..ok.kne ikut rima..
payah nye la nk cipta puisi kn..??
nk kne cri words yg btol2 ikut rima..
kalo sy la,confirm cacat la puisi yg sy cipta tu..
hope one day sy akn pndai tulis puisi mcm awak..
he~
but for me,puisi ni mcm ade kaitan je dgn si penulis.but not 100%,mayB 70%..erk..it's just my opinion. :)
utk cik intan...betul la tu..semi fiksi....kalau betul terjadi, berapa aje persamaan, biarlah sang penulis dan org yg dituju saja yg faham. hahaha.
untuk cik lynas, terima kasih atas sokongan dan teruskan membelek blog ni. kot2 saya nak letak puisi2 lama yg masih sy simpan. insya-Allah
if betOl2 terjadi hOpefully empunya diri jgn la terlalu berndendam.takut memakan diri..weee~
all da best.
kalO ade puisi lg update la..
bule sy bace..
mane la tau satu ari nnt sy pula berkarya..
erkk...
cik intan boleh je kalau nk tulis puisi sendiri...pertama kena banyak cuba perkataan baru...buat latihan kacap terlabik je...selalu gak menjadi..sebab daripada 5 perkataan kita mungkin bleh buat samapt 10 ayat.
post la kat blog cik intan...nanti sy jd pembaca pertama okay!
haha~
masalah nye skang ni sy punye perbendaharaan kata amatlah sedikit.tau wOrds yg biase2 je..yg berpuitis ni xreti la..tgk la.mungkin setaun due lg kot bru sy boleh hasilkan puisi.itupOn xsehebat awak.
*mOga2 terbuka pintu ati sy untuk menulis puisi..he~*
Catat Ulasan