Langkasuka



Dua gambar ini, hamba cilok daripada link yang diberi rakan blog - Fadz. Fadz yang sedang merajuk dengan situasi hiburan di Serambi Mekah, Pantai Timur Semenanjung. Kelakar sungguh!

Okay, jangan terkejut jika suatu waktu lagi akan timbul perdebatan - "Bangsa lain pula sibuk membuat filem sejarah mengenai bangsa Melayu. Kenapa Melayu sendiri tak mampu buat?"

Al-kisahnya, ini petikan filem terbaru Thailand - Queen of Langkasuka yang sedang ditayangkan di sana. Alhamdulillah, kerja-kerja seperti busana dan nama watak masih lagi bernafas dalam nada Melayu. Mohon doa agar jalan ceritanya tidak diputar alam, hingga melanggar sejarah yang benar mengenai kerajaan Melayu bernama Langkasuka.

Menarik juga, produksi filem Thailand masih waras dan tidak memutarbelitkan fakta, ini pemerhatian secara bergambar. Seperti yang hamba teriak tadi, harap-harap fakta dalam filem ini pun mestilah berlandaskan sejarah.

Cuma, terkilan juga filem ini nanti berbahasa Siam/Thai. Sedang hamba rasakan, Langkasuka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa mereka. Masalah ini mungkin terjadi kerana Thailand amat kurang mempunyai pelakon Melayu yang boleh bercakap Melayu. Winai Kraitbur yang menjadi hero filem Nang Nak itu berbangsa Melayu, tetapi sudah hilang bahasanya. Mungkin sekadar berdialek daerah ala-ala bahasa Melayu Kelantan.

Okay, tutup buku pasal filem. Pasal perkara penting. Thailand sudah mula menerbitkan filem sejarah Melayu atas nama produksi Thailand. Bagaimana dengan kita? Takkan suatu hari nanti anak-anak cucu kita akan disuapkan dengan filem-filem sejarah Melayu hasil garapan pengarah Hollywood? Mana pergi bangsa Melayu?

Pesanan : Filem ini amat hamba tunggu, tambahan pengarahnya si Nonzee Nimitbutr yang sangatlah emosi sentuhannya.

0 ulasan:

penggemar