Seringai Bersanding

Salam,

Entri ini sekadar suka-suka saja. Ada bahan nak dicerita, maka lajulah jari ni nak menaip. Alkisahnya tentang adat orang Melayu bersanding. Mak nenek andam segala sudah banyak kali pesan agar menjaga adab sebagai pengantin.

Senyum jangan sampai melewah bak kerang busuk,
kaki jangan terkangkang bak pelacur Chow Kit,
mulut jangan dok bising berbual,
bercakap tak tentu hala dan paling penting,
janganlah sampai nampak macam tiga suku atas pelamin

Seterusnya adat menepung tawar, sepengetahuan hamba jikalau ada tetamu kenamaan yang berpangkat yang mana tuan rumah menjemput secara rasmi ada eloknya diberi giliran utama untuk menepung tawar, kemudian barulah keluarga pengantin. Tentang giliran menepung tawar bagi pihak pengantin lelaki atau perempuan yang patut di dahulukan, hamba tidak pasti. Cuma, kalau hamba sebagai pengantin lelaki, hamba akan dahulukan kedua-dua ibubapa pengantin dan kemudian barulah tok nenek sepupu sepapat daripada pihak saudara mara kedua belah pihak. Lagi ramai lagi bagus, lagi banyak restu.

Hamba titipkan gambar-gambar ini untuk direnung. Kadang-kadang harta yang berkoyan juga tak mampu mendidik kita untuk beradab tertib ketika tiba waktu yang sepatutnya. Bukan mahu membuka aib, cuma menegur sekadar aja.

Selamat pengantin baru buat mereka yang berkenaan.
Dan yang tidak berkenaan:- Ingat! Jangan menyeringai ketika bersanding, tak elok!


Gambar: Kredit to Saniboey


Gambar: Kredit untuk Klubbkidd




Gambar: Kredit untuk Hafreeze

Pernyataan: Adat bersanding ini tidak 100% asli Melayu, biarpun berpaksi kepada kesan ajaran Hindu zaman dahulukala, namun sejarah menyaksikan kita menggunakan adat ini dengan cara kita, tanpa pengaruh kental budaya Hindu zaman dahulukala.

Pertanyaan: Apa itu 'seringai'? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat
Seringai : 1. gerak bibir atau muka (utk meng-ejek, mengeji, dll), kenyih, gerenyot; 2. senyuman lebar (yg menampakkan gigi); menyeringai menggerenyotkan bibir atau mulut (utk mencebik, mengeji, mengejek, dll): gadis itu cuma tersenyum ~; menyeringaikan; ~ gigi menampakkan gigi (ketika menyeringai): nenek Tempe ~ gigi hitamnya; terseringai 1. terbuka sedikit mulutnya (spt orang tersenyum) dan tergerenyot bibir atau muka: kawannya itu ~ kesakitan; bahagian kepala Razak terasa sakit dan dia ~ me-nahannya; 2. tersengih dan kelihatan gigi-nya, terkernyih, tergerenyot.

12 ulasan:

scOotBerry berkata...

hmm..
nnt kalo kamu da nk mendrikan masjid jgn lupe jemput ye..
tringin nak tgk bagaimana kamu besanding..hikhik~

Amer Yusof berkata...

@ intan - hahaha. lambat lagi. tp sudah ada dalam otak majlis yg macam mana. tp insya-Allah buat yg wajib.
Insya-Allah, dialu-alukan. wah! dah start brangan dah...

Sunshine in the morning berkata...

tumpang tnya..
seringai dan menyeringai
itu serupakah?

Amer Yusof berkata...

@ sunshine - seringai tu kata akar bagi menyeringai. menyeringai tu kata imbuhan untuk melambangkan perbuatan. kerap kita sebut menyeringai, dan bukan seringai. jd menyeringai pun dah jd perkataan dengan sendiri.

sama je.

Unknown berkata...

tp..dlm Islam..bersanding haramm~

Amer Yusof berkata...

@ hanafana - betul. ada terdengar, tetapi sy tercari-cari jugak dalil kata haram tu. kalau cik hana sudi tolong. sukanya saya. tetapi kita ni di malaysia, dan tiada fatwa kata haram maka seluruh rakyat jelata akan kata halal la.

SyahNURazni berkata...

kadang2 org bercakap tentang adat, tapi bila sampai masa untuk mengikut adat, adakalanya kita terlupa...
saya bersetuju dgn ulasan Hanafana... walaupun tak berdalil, tapi bukankah mempamerkan diri kepada yg tidak berhak adalah salah, terutamanya perempuan... cukup la skadar saudara mara terdekat yg mahram...
kalau ikut ayah saya, dahulukan agama sebelum adat...

AieSha berkata...

bila aku menyeringai, aku tampak lebih hensem. betul. ini bukan aku kata. ;)

SaifulBashrie berkata...

igtkan ko yang nak kawin...kahkah...kalo gambar mamat neh aku dah naik bosan..dulu bleh la layan gak lagu2 dia..tp skrg dah kerap sgt dok dgr dlm tb...dah naik bernanah..

Amer Yusof berkata...

@ cikgu shahnurazni - sebetulnya tiada dalil sahih drpd al-quran yang memperincikan. sy ambil perkara yg harus dalam walimatulurus ialah untuk menghebahkan perkahwinan agar mengelakkan fitnah. itu sebab kita x ditegah drpd menyembunyikan pernikahan. kedua, tinggal cara kita nak melakukan walimatulurus. ada beberapa adat pinjaman hindu yg relevan dan tidak berdosa dalam islam spt meminang bg pihak lelaki, akad di rumah perempuan, makan jamuan serta hadiah utk pengantin. cuma bab bersanding, disini sy setujulah dgn cikgu kecantikan si isteri harus dimilik oleh sang suami saja.

sepengetahuan saya yg cetek akal, biarpun pernah mengambil subjek al-quran dan sunnah, sy melihat bersanding jika dilakukan dengan cara yg betul, dan tidak melampaui batas tidaklah dikatakan haram. sebab matlamatnya dijanakan dengan cara yg betul. cara yg bagaimana, yg disebutkan oleh nas dan syarak lah. asalkan ikut adab, maka x salah nak ikut adat (kecuali adat yg dah jelas haram dalam AQ).

sy x payah ikut ayah saya, sememangnya kita harus ikut agama baru ikut adat. cuma x ramai antara kita yg sedar, kita harus meng'agama'kan budaya berbanding membudayakan agama. beza sangat dua ni. bukankah agama harus dikembangkan?

p/s: kalau sy bersikap 'bidaah' dalam komen ini sila tegur saya. sy bukan ustaz. terima kasih.

@ aie - org yg kata tu mungkin sanggup menerima diri kau secara pakej. hahaha.

@ bash - kawen blum ada dlm pernacngan 5 thn akan dtg. hehehe. mamat ni bukan dikenal sbg karyawan. dia tidak menyumbang apa-apa kepada industri secara jujur. (matilah aku kena ambush dgn fanatik kejap lagik. hehehe)

Amer Yusof berkata...

silap tulis kata atas tu "kita ditegah drpd menyembunyikan perkahwinan"

:P

Encik Ariff berkata...

aha..
mawi kawin?
xP

penggemar