Berbaloi-baloi


4 tahun dulu, ada seseorang bisik ke telinga hamba soal yang hamba kusut tak terjangkau. Soalnya, kenapa kita memilih untuk menjadi hamba kepada benda itu.

Dia kata, "Kau jumpa benda tu, bukan kau cari kan?"

Aku kata, "Aku terjumpa benda tu, semasa aku mencari benda lain"

Dia balas, "Jadi kau pilih untuk ada benda tu, semasa kau nakkan benda lain?"

Aku termenung dan balas, "Aku jumpa benda yang aku nak dalam benda tu"

Dia bungkam, tapi tanpa putus asa, tanyanya kepada aku sejelas-jelasnya,

"Kau sedar tak yang benda yang kau kata kau nak (yang ada dalam benda yang kau jumpa) tu sebenarnya datang sekejap saja?"


Aku bisu.

Dia pohonkan pengertian aku tentang satu perkara; betapa aku begitu mencari benda itu sehingga aku menghalalkan segala cara asal aku berjumpa dengannya, bercinta dengannya hingga menuntut aku menderita kerananya.

Dia; "Benda itu bukan cinta, benda itu bukan ketenangan"

Aku; "Berdamping, aku cuma ingin berdamping sahaja"

Dia, dengan nada keras berkata-kata. Kata-kata yang hilang rima, namun hingga kini aku kenang.

"Manusia hidup untuk merasa kehidupan. Sedih, gembira, debar, runtun, sakit dan segalanya. Itu yang manusia tak perlu cari, sebab manusia akan jumpa juga.

Kau, lain. Kau pilih untuk menghilangkan semua rasa itu, dengan gantinya - benda yang kau fikir layak untuk berdamping dengan kau. Berbaloi ke untuk kau hilang semua saat-saat sedih, gembira, apa saja dalam ingatan kau? Apa lagi yang tinggal untuk kau ceritakan kepada anak cucu kau? Apa kau fikir, waktu-waktu yang kau lintas sekarang hanya sekadar waktu, dan tak perlu untuk kau simpan dalam ingatan kau?

Aku nak tanya kau sesuatu; apa lagi yang kau mahukan dalam hidup? Kau mahu seseorang untuk bersama-sama dengan kau saat kau gembira, saat kau sengsara bukan? Bagaimana kalau salah seorang daripada kamu menderita? Bagaimana kalau salah seorang daripada kamu diuji bencana? Apa kau sanggup untuk terus bersama dengan manusia itu?

Hidup ni untuk merasakan segala rasa. Kalau kau mahu itu terjadi dalam hidup kau, berhentilah menjadikan benda sebagai manusia. Sesungguhnya, segala dugaan dan cabaran itu cukup berbaloi untuk ditempuh asalkan kau tetap bersama si dia"


Selepas 4 tahun, hamba masih menunggu rasa 'berbaloi' itu.

p/s: Hamba bukan berbahasa mengenai cinta. Harap maklum
Read more

Khunsa & Masalah Minda Melayu

Salam,

Ada yang bertanya tentang khunsa. Apa itu khunsa, dan apakah 'hina' menjadi khunsa?

Hamba jawab, hamba bangga jadi anak Melayu, cuma hamba tak bangga dengan perangai Melayu. Tipikal apabila nampak sesuatu yang pelik dan lain daripada yang lain, maka dicemuh diherdik tak cukup kajang. Bukan orang khunsa saja, malah orang cacat atau kurang mana-mana fizikal. Jadi, itu jawapan yang paling mujarab untuk beritahu kenapa 'khunsa' menjadi begitu sulit untuk didedahkan.


Khunsa ialah keadaan di mana seorang bayi baru lahir yang dikurniakan dua jenis alat sulit, lelaki dan perempuan. Menentukan menurut fatwa, kecenderungan kanak-kanak itu sendiri sama ada ke arah mana ( lelaki atau perempuan ) adalah penentuan jantina kanak-kanak tersebut. Ia tidak berlaku dalam sebulan dua selepas kelahiran. Ia menuntut banyak waktu, sehingga kanak-kanak itu menjadi remaja dan menempuh akil baligh. Ada remaja khunsa menerima akil baligh agak lambat, dan jika terjadi; ternyata ia melambatkan penentuan jantina yang lebih cenderung kepada anak tersebut.

Makanya, tempoh berbelas tahun sementara menanti kedewasaan anak tersebut ternyata menjadi zaman yang agak sukar untuk ibubapa dalam membentuk kejantinaan anak tersebut. Bagaimana anak tersebut mahu disekolahkan, mahu dikelaskan sebagai anak berjantina apa, mahu dinamakan nama lelaki atau nama perempuan. Semua itu antara perkara yang ibubapa harus hadapi.

Persoalan - Seberapa fahamkah anak-anak kita tentang isu khunsa?


Hamba fikir, apabila generasi baru bertanyakan soalan sebegini kita harus sedia dengan jawapan. Mengelak untuk memberitahu fakta hanya akan menyebabkan generasi akan datang akan terus menjadi judgmental dan berpandangan serong terhadap sesuatu perkara yang perlu diperjelas.

Kalau kita mahu bangsa Melayu menjadi lebih terbuka dalam menangani isu, ada sebaiknya kita mengubahnya menerusi minda anak-anak kita sekarang. Minda tipikal Melayu yang kita waris ini datangnya daripada kesilapan nenek moyang kita yang sentiasa menganggap isu seksual sebagai isu yang taboo dan tidak patut diperjelaskan.

Hamba ingin kongsi kisah di zaman Saidina Ali RA. Kisah ini mungkin boleh membantu serba sedikit pemahaman tentang penentuan jantina khunsa. Ini saja informasi yang hamba rasa bersesuaian untuk diceritakan jika ditanya oleh sesiapa saja, tentang perkara ini. Tambahan, hamba bukan pakar tentang hal ini.


ISTERINYA SEORANG KHUNSA

Semasa Saidina Ali r.a memerintah maka terjadilah satu peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yang khunsa (memiliki dua alat kelamin). Si suami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya. Setelah beberapa lama, isterinya yang khunsa itupun melahirkan anak. Tidak berapa lama selepas itu, timbul pula nafsu berahi wanita khunsa itu terhadap jariahnya. Akhirnya jariah ini juga melahirkan anak. Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini sampai ke pengetahuan Saidina Ali. Khalifah terus menghantar pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar air mani dari dua alat kelaminnya. Dia boleh dijimak suaminya dan boleh juga menjimak jariahnya. Untuk menentukan jantina sebenar wanita ini Khalifah Ali tidak ketandusan akal. Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini. Hasilnya ternyata rusuk sebelah kiri wanita ini kurang satu dari rusuk yang kanannya. Saidina Ali menetapkan bahawa wanita yang khunsa ini adalah lelaki. Alasannya, ketika Allah menjadikan Adam yang tinggal keseorangan di dalam syurga, Allah mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa. Oleh sebab itu, tulang rusuk sebelah kiri Adam kurang satu. Khalifah Ali memisahkan perkahwinan tersebut kerana dianggap tidak sah.

Wallahualam.

p/s: Berpesan-pesan ke arah kebenaran.
Read more

Penerimaan


PENERIMAAN
oleh Allahyarham
Chairil Anwar (1922 - 1949)

Kalau kau mau kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati

Aku masih tetap sendiri

Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi

Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani

Kalau kau mau kuterima kembali
Untukku sendiri tapi

Sedang dengan cermin aku enggan berbagi.

ditulis pada Maret 1943

***

Ramai yang suka puisi 'Aku', sedang hamba tanya apakah disebabkan filem Ada Apa Dengan Cinta? Jawab hampir kesemua mereka, ada kebarangkalian. Kagumnya mereka ini kepada puisi 'Aku' seolah tiada yang lain pun sepengetahuan dengannya. Kagumnya itu, seolah orang lain tidak berkongsi rasa yang sama. Hakikat, hanya puisi Aku yang diingatkan, mahakarya lain tidak langsung berlegar di atas batu jembala mereka. Untuk itu, soalan lazim ; seberapa kenalkah mereka kepada ahli seni yang mereka kagumi? Setakat mana pemahaman mereka tentang hasil seni seniman itu? Jika sekadar suka, sebabkan ramai yang suka - maka carilah ertinya. Jujur atau pura-pura?

Hamba terdetik juga kadang-kadang apabila terlalu ramai manusia terlebih kejut dan tindak apabila menghadapi saat kehilangan seseorang yang mereka kagumi. Seperti yang dapat dilihat sekarang, kematian insan-insan seni terulung yang ditangis saban waktu, seolah tiada lagi manusia di bumi.

Hamba tidak pasti pula sebanyak mana kenalnya mereka kepada hasil seni si mati. Jikalau cukup mendalam, apakah layak si mati menerima tangis meratap seolah manusia di bumi lebih sayang, daripada sayangnya Allah di arasy sana.

Hamba mengulit puisi 'Penerimaan' ini sejak umur 15 tahun. Puisi ini sentiasa jadi kegemaran. Ia cukup sederhana, tetapi memberi pengertian yang jelas. Terkadang sentimental, tapi benarlah kata-kata setajam mata pedang. Puisi ini merobek lagi hati hamba kala mengenangkan sesuatu yang tertunda.

Sesuatu perkara yang pergi terkadang menjadi sesuatu yang tertunda. Tertunda kerana kita tidak sempat mengenal, tidak sempat mengerti dan cukup waktu sesuatu itu pergi. Ia seolah menjadi perasaan kedekut kita untuk melepaskan perkara yang sudah tidak di genggaman. Untuk itu, kenapa harus kita meratap sedang kita mengaku cukup kenal dengan hasil seni si mati?

Tak guna mengenang manusia yang pergi dengan airmata, sedu sedan serta emosi yang sangat ekspresif. Cukuplah bersederhana, mendoakan yang baik-baik lantas meraikan pertemuan si dia dengan penciptanya.


p/s: untuk alihar yang tidak pernah mati namun sering tertunda ; ~


Read more

Mereka Juga Berbahasa Melayu


Sekadar berkongsi, di laman Youtube banyak sungguh rakyat sedunia yang mencuba dan tidak segan untuk berbahasa Melayu ataupun Bahasa Indonesia.

Yang sebenarnya, bahasa kita mudah untuk dipelajari dan harapnya kita sama-sama menjaga, mengembangkan malah berbangga dengan bahasa kita.

Kita mulakan dengan Presiden Obama















dan yang ini, 'kecek kelate' pun boleh!




Kalau bukan kita yang perlu berbangga, siapa lagi?

Macam mana kalau yang ini pula?



BAHASA JIWA BANGSA


Abaikan yang ini

Read more

Dia Ingin Yasmin Pulang (Belasungkawa Yasmin Ahmad)

Yasmin Ahmad (1 Julai 1958 - 26 Julai 2009)

Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad yang telah meninggalkan alam fana ini tanggal 26 Julai 2009, kira-kira 11.25mlm. Semoga ruh beliau dicucurkan rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.


Besar jasa beliau dalam industri perfileman juga pengiklanan. Dan hamba dapat simpulkan disini, filem Rabun melestarikan pemikiran remaja hamba, filem Sepet membuka lebih banyak pertanyaan, hingga filem Gubra memberi ruang kepada hamba untuk mencari jawapan disamping berhibur dengan Mukhsin dan bergenang airmata dengan TaleNtime.




Cuma, hamba tidak pasti apakah berpeluang untuk menonton Mualaf setelah sedikit kecewa kerana tidak dapat menunggu Wasurenagusa ditayangkan, lantaran filem itu tidak sempat dibikin.

Dalam bidang pengiklanan pula, hamba kira nama Yasmin cukup sinonim dengan iklan Petronas. Saban tahun, kita beraya dengan iklan beliau, dan tidak sah jika tidak bergelak ketawa dan akhirnya bergenang airmata kerana tersentuh dengan kreativiti beliau.

Sebagai mengenang jasa Allahyarham, hamba lampirkan dua buah iklan TVC arahan dan tulisan beliau yang mana hamba kira adalah yang terbaik dalam sejarah pengiklanan mahupun filem pendek negara dan serantau.

Sedekahkan al-Fatihah, dan kurangan bercakap soal yang bukan-bukan. Insya-Allah.

2007 - Aku Ingin Pulang





Funeral - Singapura



Tan Hong Ming in love




:: Lagu PERGI dipetik daripada TaleNtime. Ironi sekali.

Read more

Kenapa sekadar menumpang bangga Laskar Pelangi?

Ketika membaca novel karya Andrea Hirata berjudul Laskar Pelangi, lewat tahun lalu hamba tidak dapat tidak untuk berkata novel tersebut tidak seberapa untuk mencecah sempurna, tapi rasanya cukup manis sekali.

Apabila berpeluang menonton filem tersebut, hamba tidak menyangka apa yang diberi Riri Reza selaku sutradara melebihkan jangka hamba. Terkadang penghasilan filem adaptasi menuntut keperluan untuk memenuhi jangkaan dan bayangan pembaca novel asalnya, dan itu berjalan dengan mudah untuk filem Laskar Pelangi.



Sejak tahun lalu, ramai yang mengikuti tetralogi tulisan Andrea Hirata. Menyusul kemudian adalah Sang Pemimpi dan Edensor serta terbaru dan terakhir Maryamah Karpov. Ramai yang mula berbangga dengan kemunculan penulis yang hamba ibaratkan sebagai
Pramoedya Ananta Toer versi junior kerana kritis penulisannya yang berjaya membangkit aroma perjuangan untuk masyarakat Melayu serantau untuk menaikkan taraf sosial menerusi pendidikan.

Sebaris ayat berbunyi "Hidup ini bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya, tapi untuk memberi sebanyak-banyaknya" cukup untuk menggambarkan betapa besarnya pengertian yang harus ditemukan pembaca setia Andrea.

Tetapi cukupkan kita di Malaysia sekadar berbangga dengan novel tulisan anak Melayu kelahiran Belitong tersebut?

Memaksudkan semangat patriotik dalam diri Andrea dan membandingkan apakah wujud penulis sebegitu di negara kita, Malaysia. Hamba rasa jawapannya ADA.

Lewat tahun 1999 dahulu, ketika beberapa minggu dilantik menjadi pustakawan di Perpustakaan Al Ghazali, KOSPINT; hamba pernah meluangkan masa menyelongkar buku-buku di dalam gedung itu. Sepatah ayat daripada guru sejarah hamba (Cikgu Zaliha) yang masih hamba ingat hingga kini adalah "Kalau nak lihat minda sesebuah masyarakat, lihat bidang penulisannya" sebetulnya adalah hakikat.

Tahun itu hamba terjumpa sebuah novel nipis berjudul Memori Bukit Besi tulisan Awang Abdullah. Hamba mengambil masa dua hari untuk menghabiskannya, siap mencuri baca buku ini di bawah sinaran lampu koridor asrama.


Dan ketika hamba membelek Laskar Pelangi yang pertama kali dibaca umum pada 2005, hamba teringatkan novel terbitan tahun 1993 ini. Kisahnya tidak serupa, tetapi punya acuan yang sama disamping semangat patriotiknya amat jelas dan kukuh.

Terlintas pula, kenapa belum ada pihak ingin menerbitkan sebuah filem nuansa serupa adapatasi daripada Memori Bukit Besi. Hamba yakin, ramai pihak yang ingin melihat kapitalisme dan kemanusiaan yang bagaimana yang pernah menjelma di pusat perlombongan besi terhebat era 70-an di negeri Terengganu itu.


Read more

Peduli



Isu PPSMI tidak akan habis dibebel. Itu pasti.

Ada yang membantah ia dibawa balik ke tempat asalnya, ada yang menyambut dengan rasa syukur kerana keadilan telah terlaksana.

Hamba erti kenapa ramai yang memberontak. Kemungkinan besar mereka sudah berada dalam zon yang selesa dangan cara baru ini, dan makin hari makin menipis rasa bangga mereka terhadap bahasa sendiri.

Untuk berpatah balik ke BM bukannya suatu perkara yang sukar. Kita memberontak untuk kembali ke tempat asal kita; semudahnya kita akan dapat kembali menyesuaikan diri. Apa lagi yang kita hendak punyakan sekiranya kita memberontak untuk memiliki sesuatu yang dipunya oleh tanah orang lain.

Mendepang masa dengan memikirkan apa yang dituntut di alam selepas persekolahan amatlah wajar. Tidak dinafikan, saban hari kita hidup untuk masa depan. Tetapi dalam kita menemukan titik untuk mempermudah jalan mengejar cecita kita, tak terbayangkah kita bahawa tujuan utama kita membina pencapaian?

Pencapaian bangsa kita tidak diukur dengan angka-angka dan juga materi yang banyak. Tetapi bagaimana cara kita mendidik anak bangsa kita. Hati. Bangsa kita tidak diajar untuk menindas hak orang lain, bangsa kita sedari dulu dididik untuk punya hati dan nurani yang jujur. Lihat di dalam diri mereka yang terdahulu; dari mana datangnya rasa peduli?

Daripada hati dan mereka punya rasa peduli untuk
memastikan semua anak-anak berhak mendapat pendidikan yang tembus terus ke dalam jiwa bangsa mereka.

Ini bukan keselesaan kita di tanah kita sendiri, tetapi keperluan kita untuk terus punya rasa peduli biar di mana jua kita menuntut, hatta dalam bahasa apa kita didepani. Orang tidak menilai kita dengan cara kita menjawab soalan, mereka melihat apa bentuk jawapan yang kita berikan. Mereka lihat kepada angka dan teorinya, dan bukan bahasanya.

Ada bangsa yang cukup cemerlang dalam bidang sains & teknologi (yahudi), tapi apakah mereka juga dididik untuk punya hati yang tulus berserta sedikit rasa peduli untuk orang lain?

Biasanya manusia apabila sudah terlalu selesa, terlalu nyaman dan punya kuasa; mereka lupa diri. Mereka perbesar segala macam dengan menghalalkan segala cara hingga mereka lupa bahawa tidak semua perkara diukur dengan materi.

Bahasa adalah jiwa kita. Satu hari kita tidak bercakap dalam bahasa kita seolah-olah separuh di dalam diri kita akan merasa kehilangan.

Sudah 50 tahun lebih kita merdeka. Kenapa soal bahasa ibunda, bahasa rasmi kita masih dipertikai? Tak ada penutur, tak ada penyambung keturunan?

Apa lagi yang boleh diba
nggakan? Selain namanya Bahasa Melayu.

Pernah kita fikir kenapa BM diperlaku sebegini rupa? Mungkin benar, kerana sudah kurang manusia yang peduli.

Hamba: Mencari sekolah yang mendidik anak muridnya untuk punyakan rasa "peduli".

Read more

Manek Bahasa Melayu Akan Terus Mengurai (PPSMI)


Ketika menulis artikel yang tak seberapa ini hujung tahun lalu, hamba tak fikir orang akan baca apatah lagi kalau Pak Menteri yang baca. Tapi, sebagai budak muda yang nak melantun pendapat, hamba tulis juga biarpun tiada siapa yang hirau.

Biarpun bukan disebabkan hamba, tapi sedikit sebanyak apa yang berlaku lewat 24jam yang lalu cukup untuk memberi sebab kenapa hamba harus tersenyum simpul sepanjang hari. Ya, menulislah apa saja biar tiada menelaah, jika ada 100 lagi yang berbuat seperti apa yang hamba buat, malahan tindakan mereka lebih lagi daripada sekadar hamba, rasanya daya itu akan mengumpul tenaga yang kuat dan jitu.

Keputusan kerajaan mengunapakai semula Bahasa Melayu (dalam konteks Najib Razak adalah Bahasa Malaysia (?)) dalam pengajaran Matematik dan Sains mempunyai pro dan kontra. Tun Det mempunyai alasan tersendiri untuk menentang pemansuhan dasar tersebut, antara alasannya yang pernah diutarakan ialah tidak semua istilah-istilah sains dan matematik boleh diterjemahkan dengan mudah ke dalam bahasa Melayu. Alasan kedua antaranya untuk rakyat Malaysia bersaing di luar Malaysia pada masa hadapan.

Menganalisis dua alasan Tun Det membuatkan hamba bertambah-tambah nak senyum. Pertamanya, bukankah kerja cerdikpandai serta pakar bahasa untuk mencipta istilah baharu untuk kegunaan sains dan matematik. Apa guna kita punya Dewan Bahasa & Pustaka? Kita tak minta menterjemah, kita minta dikembangkan ilmu itu ke dalam bahasa kita, sebagaimana nenek moyang kita melaksana saban dekad lamanya.

Kedua, Tun Det mengukur pencapaian rakyat Malaysia pasca merdeka dengan cara merumus kejayaan menerusi komunikasi. Hamba fikir perkara ini wajar diselidik semula. Ada benar dan ada yang canggung tetapi hakikatnya, banyak juga negara kental bahasa seperti Jepun, Arab Saudi serta Perancis yang terus berdaya saing. Biarpun tidaklah dinafikan bahawa Bahasa Inggeris itu amat penting untuk memasuki pasaran global; pokok pangkal bukan soal lemah kuat komunikasi, sebaliknya nilai dagangan yang kita mampu bawakan.

Apapun, hamba gembira kerana Kerajaan Barisan Nasional memulakan langkah bijak untuk menambat semula bukan sekadar hati rakyat, tetapi juga para pejuang bahasa dan cendikiawan. Biar apapun motif sebenar pengumuman pemansuhan yang hanya akan bermula pada 2012 ini, hamba menerima dengan tangan dan minda yang sangat lega dan terbuka.

Persoalannya; apabila kerajaan BN menamakan pemansuhan ini sebagai usaha untuk MENDAULATKAN SEMULA BAHASA MELAYU, hamba kira ayat ini wajar dibasuh cukup-cukup. Kerja melaksanakan pendaulatan BM bukan dicemar 100% oleh isu PPSMI. PPSMI hanyalah isu kecil daripada beratus-ratus isu yang yang membawa kerosakan kepada BM.

Sebagai contoh, tak guna kalau murid sekolah kembali diajar dalam BM sedangkan hujung minggu mereka masih lepak di 'Mid Valley' atau 'The Curve' sambil makan-makan di 'Secret Recipe' ataupun 'Gloria Jeans' serta membaca papan tanda jalan serta papan iklan yang masih tidak mengutama malah mencemarkan BM. Tak guna mereka yang berbangsa bukan Melayu belajar dalam BM sekiranya habis waktu sekolah mereka tak digalak untuk memperbetul malah mengasah kefasihan BM mereka. Takut nanti, bertahun duduk di negara berbahasa rasmi BM, tetapi masih tidak fasih BM.



Gambar: Sebahagian daripada usaha 'mendaulatkan' BM.

PELAKSANAANYA harus dikaji semula. Hamba pegang undang-undang al-Quran berkenaan soal 'keadilan'. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Maka letakkanlah BM di tempat yang asal dan menjadi haknya.

Soal kenapa mesti 2012 baru nak tukar, hamba kira ini soal menguruskan silibus pelajar. Jika dulu pelaksanaan PPSMI amat tergesa-gesa hingga kesannya diperaku oleh kerajaan [BACA SINI] setelah beriya-iya menafikan sebelum ini; maka eloklah penukaran semula dibuat secara berhemah dan tidak membebankan pelajar. (serta tender cetak semula buku teks sekolah dapat di belek dan dipertimbangkan semasak-masaknya, tanpa pengaruh kronisme.Hehehe)

Dalam tempoh 3 tahun ini, nampaknya DBP serta Akademi Sains Negara dengan gerak kerja Kementerian Pelajaran mempunyai tugas berat untuk menulis semula silibus Sains dan Matematik di dalam BM, dan amatlah dihargai sekiranya proses perkembangan bahasa juga dilaksana secara telus dan tidak melacurkan BM dengan meminjam perkataan BI.

Kesilapan kerajaan adalah apabila menjadikan PPSMI sebagai ubat ketika sakit, dan bukannya sebagai supplement yang perlu di makan secara harian. Okay, orang sakit (murid sekolah) suka ke makan ubat ketika sakit? 90% dijamin tidak suka. Kenapalah ketika kita sedar anak-anak kita lemah BI, kita pergi sua dengan ubat secara tiba-tiba dan memaksa? Kenapa tidak sejak kecil kita cegah dengan memberi makanan/supplement berkhasiat untuk mereka?

Dan yang bising mengatakan "Makin susahlah Sains & Matematik lepas ini, otak dah tak boleh switch!" hamba seru "Hoi! Suruh belajar pun asyik nak kata susah ke?" sebab hamba dulu pernah merasakan pengalaman menjadi pelajar. Ia bukan sebab susah atau senang, cuma soal malas atau rajin saja. Orang malas macam hamba dulu, semestinya ketinggalan dalam Sains (hehehe), tetapi kalau rajin dan ada minat; tiada yang mustahil. Suruh belajar je pun, bukan suruh buat ujikaji nuklear nak selamatkan Malaysia daripada serangan Yahudi Mabuk!

Juga yang bising mengatakan "Kalau tak tukar, nanti kalah pilihanraya" hamba nasihatkan berkokoklah sampai pagi. Dulu mereka ini juga yang minta mansuhkan PPSMI, bila betul-betul mansuh keluar bunyi bodoh sebegini. Yennadey! buat malu saja tanya cakap macam tepuk air di dulang!

Tak kisah kalau asbabnya politik dan soal mencuri semula kepercayaan pengundi sebab, hal yang satu ini harus disegerakan tak kira siapa pun yang memerintah. Manek Urai bukan tempat untuk kita kata menyelamatkan BM sebab politik kini tak semudah merona propaganda sahaja.

Manek Urai mungkin medan BN menguji keberkesanan hal ini, sebaliknya hamba tak ambil peduli sebab hamba boleh tersenyum kerana 'manek' yang terikat dalam benang ketamadunan bangsa hamba kini boleh terurai dan terus bertebar dan berkembang bebas; tidak lagi terikat dan kusut lantas putus begitu saja. Anak cucu kita adalah pengurainya, bahasa kita adalah 'manek'nya.

Read more

Dosa-dosa Barbarik

Apa masalahnya dengan perihal seorang wanita suku dekad menuju menopause yang merogol remaja lelaki berusia 16 tahun? Kes sebegini tak pernah berlaku atau cuba ditutup sebelah mata?

Malaysia sangat pelik. Semakin berlaku sesuatu perkara, semakin cuba disorok seboleh mungkin. Hamba melihat situasi ini sebagai penanda bahawa wujudnya perasaan berbelah bagi akan keterbukaan rakyat kita untuk menerima permasalahan.

Saban hari, makin banyak jenayah sosial yang dipaparkan media dan kesannya terpercik ke muka kerajaan. Kerajaan sedaya mungkin cuba membentuk imej positif terhadap pola kemasyarakatan di Malaysia agar (atas sebab utama untuk meraih undi dalam PRU seterusnya, dengan perskalaan - Jika kurang isu sosial, maka kerajaan berjaya menanganinya) dunia memandang hormat terhadap warganegara ini.

Hamba melihat cara ini salah. Media menjalankan tugas untuk mendedah, kerajaan HARUS menjalankan tugas untuk menangani masalah itu. Berapa banyak kes selingkuh sumbang mahram yang atas dasar rela suka sama suka yang mana tidak diketahui umum? Berapa banyak kes bersekedudukan tanpa nikah di Parlimen Setiawangsa sahaja? Berapa peratus kelahiran di Malaysia ini, berada di luar nikah? Berapa banyak pula Muslim yang murtad setiap tahun?

Penyakit-penyakit sosial sebegini tidak harus disorok. Buat apa nak sorok? Benda sudah berlaku, kita harus nyatakan kebenaran biar pahit mana sekalipun. Yang boleh kita lakukan adalah mendedahkan secara berhemah (tanpa mengaib, dan mensensasikan mana-mana individu) sebaliknya memberi petunjuk bahawa semua ini berlaku, dan ia harus sama ada digalakkan, diperbaik atau dihentikan.

Hamba melihat ketidak sekataan di antara media dan kerajaan menyebabkan penyakit sosial menjadi parah.


Impaknya terhadap penulis kreatif (seperti hamba).

Menulis sesuatu yang luar daripada norma kebiasaan amat merunsingkan. Ketika hamba menulis Bukan Diriku (2008), judul asalnya adalah Hilang uDara, dan terpaksa ditukar. Dalam novel 299 muka surat itu diselitkan pergolakan seks remaja sekolah. Atas beberapa sekatan kreativiti, terpaksa hamba cincang beberapa baris penyedap sehingga hasilnya serupa itu.

Kaedahnya, apakah kita akan terus menulis kisah ala Salina (A. Samad Said) atau lakonlayar seperti Bintang Malam (Adman Salleh) sehingga ke alaf yang akan datang?

Kisah perempuan kabaret ke dunia pelacuran ke anak derhaka ke pembunuh misteri ke gelora penari joget ke gelojak bohsia sudah basi. SUDAH BASI.

Penulis kreatif seharusnya dibuka pintu untuk mengautopsi tubuh yang lain pula. Ada yang sudah melakukannya, dan jalan mereka berliku sekali. Seeloknya kisah-kisah sumbang mahram, seks sejenis, gelora nafsu anak muda masakini, perang akidah remaja mainstream, diskriminasi remaja underground, tuntutan minoriti, terus ke kisah bomoh pawang alaf baru, sengketa kaum ke pergolakan politik negara atau kisah siang eksekutif malam melacur serta yang hamba nyatakan dahulu sekali; wanita dewasa yang 'merogol' remaja lelaki - semua ini didedahkan secara massa atau menerusi penulisan kreatif.

Soal seks menjadi taboo, soal tahyul menjadi gangguan. Belum lagi kisah politik tak boleh dibuat main, serta isu perkauman dilaung sensitif dan tidak wajar dibincangkan secara umum.

Ini belum dimasukkan soal kreatif dalam penulisan berteraskan agama. Jika masuk, maka berapa banyak lagi lubang kreatif yang harus kita gali dan bukakan jalan?

GAMBAR: David Hare

Hamba petik kata-kata penulis terkenal British; David Hare. Kata-kata beliau ini hamba tilik dan tenung untuk mengenal ertinya.

“The ultimate tendency of civilization is towards barbarism”

Kenapa kebobrokan masyarakat kita, yang sememangnya menuju barbarisme cuba disorokkan? Apakah kita takut warga kita dilabel Barbarian? (Boleh blah! Hamba dah lama melabel segelintir masyarakat KL sebagai Bangsarian) Pencirian ketamadunan baru ini semakin lama, semakin jelas.

Ketamadunan manusia diperlihatkan sebagai penyuburan organisasi manusia. Wujudnya raja, wujudnya perlembagaan, gubalnya undang-undang dan seterusnya lahirnya sosial masyarakatnya. Itu transisi wajib dan telahpun dilalui.

Tapi pernahkah kita terfikir bahawa suatu hari, ketamadunan manusia mencari kelainan yang jitu dan kelainan itu mungkin dengan cara merombak undang-undang yang dilihat menyekat. Dengan itu, budaya-budaya baru akan muncul dan mengambil tempat.

Jika soal moral/akidah dipertikai, hamba kira soalan penting harus ditanya "Mana lagi baik? Budaya baru yang pelik ini bergerak secara diam atau transparent?"

Persoalannya - Kerajaan tidak terbuka, atau rakyat yang belum sedia atau penulisan kreatif kita masih di takuk lama?


p/s: David Hare menulis lakonlayar Licking Hitler (1978), Strapless (1989) serta adaptasi The Hours (2002), Murder in Samarkand (2008) serta terbaru The Reader (2008). Beliau juga menulis drama My Zinc Bed, berdasarkan lakon pentas beliau sendiri pada 2007. Psst...beliau berkongsi hari lahir dengan hamba : p

Read more

Mengenal Diri & Mengenal Manusia

Hamba, 1987

Assalamualaikum,

Lama tak mengetuk kotak blog ini, jari pun lain macam rasanya. Jari masih mengenang ketuk tak sudah sang 'Denting' yang belum punya masa depan yang cerah. Tapi jari ini masih disarafkan otak untuk membuka pintu kepada perkara lain, agar minda dan jiwa seiring masa.

Hamba lama tak mengetuk atas beberapa sebab. Sebab yang utama mungkin (baca: pastinya) kerana kekecewaan atas perkara yang remeh temeh. Lantaran semangat yang kian tak ada, maka soal lain dianggap di tempat kedua dan seterusnya.

Mengubat diri tak semudah yang disangka sebenarnya. Tak semudah ABC.

"Baik kau balik rumah, buka pintu luas-luas! Kau tak kenal orang lain, dan kau tak kenal diri kau sendiri!" bisiknya suatu petang, 5 kali bumi mengorbit yang lalu; di ruang kecil Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Itu kata-kata akhir sebenarnya. Saranan itu suatu penolakan jitu yang hamba fikir, layak hamba hadam secukup-cukupnya.

Contoh: 1

Bagaimana dua manusia yang tidak pernah bertemu, dan pertemuan pertama mereka berlaku dengan pantas dan mengingatkan semua bahawa tiada antara mereka yang membuang masa.

Biasanya berlaku 4 kelaziman, yang mana menjadi senario biasa sebuah kegagalan;-

Kelaziman 1: Manusia akan menilai manusia yang lain, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Kelaziman 2: Manusia akan berlaku tidak adil dengan diri sendiri, kerana memilih untuk menjadi orang lain sebagai alas untuk memenuhi jangkaan orang lain.

Kelaziman 3: Kerana terlalu mengikutkan jangkaan; manusia akan kerap melakukan kesilapan, baik zahir mahupun batin.

Kelaziman 4: Setiap kesilapan akan dikira sebagai potongan markah;

...yang akhirnya membawa kepada penilaian akhir yang menjurus kepada 2 keadaan

Keadaan 1: Seorang manusia akan menjadi hakim dalam menentukan dirinya lebih kenal manusia yang lain.

Keadaan 2: Seorang manusia yang akhirnya akur dan mahukan peluang kedua diberikan sebagai menebus satu kesilapan, yang paling minimal sekalipun.

Namun, penamatnya tetap sama. Kedua-duanya berakhir kecewa.

Si A kecewa kerana meletakkan harapan yang tinggi, dan yang dilihat tak memenuhi jangkaan.
Si B kecewa kerana seolah gagal dalam perlumbaan untuk mempamerkan kesempurnaan diri, lantas mula terkesan akan kesilapan yang dilakukan. Maka peluang kedua dicari, dan tidak diberi.

Kenapa manusia berasa cukup yakin dalam penilaian tidak sampai 24 jam mereka?
Bapa hamba pernah berpesan ketika kecil dulu, ketika itu ada seorang kanak-kanak Cina yang hilang, dan dilaporkan telah dijual ke Thailand. Hingga kini kanak-kanak (yang sebaya abang aku) itu tidak dijumpai. Bapak hamba berpesan "Kita tak boleh kenal mana-mana manusia dalam tempoh 24 jam sahaja"

Kata-kata itu hamba pegang, dan hamba sentiasa beri masa untuk mengenal manusia lain. Menolak sesuatu perkara adalah perkara yang paling akhir hamba lakukan. Lainlah jika pendirian begitu teguh, dan lantas hamba katakan tidak. Berpendirian, bermakna kita sudah cukup kenal diri sendiri dan tidak perlu membuka ruang untuk dipengaruhi.

Tetapi memberi masa untuk orang lain membuktikan sesuatu kepada kita adalah perkara yang paling adil boleh kita lakukan secara aman.

Atas sebab ini, hamba beralasan tidak seharusnya hamba berjinak dengan dunia luar. Hamba lantas ambil masa untuk mengenal diri. Memperbaikkan apa yang patut, sedang hamba sedar tiada banyak yang boleh diubah. Hamba adalah hamba yang sejujurnya tidak mudah dipengaruhi sesiapa.

Tapi dunia ini bukan untuk bersendiri, dunia ini untuk berkomunikasi. Agar dua tala suara mampu bertemu, hamba gagahkan diri mengenal erti dan mencari akarnya.

Tak mudah mengenal manusia sebenarnya. Watak dan perwatakannya amat kompleks dan kerumitan itu sendiri hamba saksi kepada bagaimana penerimaan orang terhadap hamba. Menjadikan diri sebagai eksperimen dan tidak mengelegakkan fikiran dengan skala paranoia yang besar hamba kira pencapaian besar sepanjang cuti ini.

Kerana kita tahu diri kita kompleks, dan kita sedar kompleksiti itu juga ada kepada orang lain.

Seharusnya kita telan kata-kata " Ambil masa untuk kenal diri sendiri, dan ambil lebih masa untuk mengenal manusia yang lain juga"


p/s: Terima kasih untuk sokongan beberapa pihak yang menyarankan hamba melupakan yang lepas, dan terus menulis. Terima kasih.
Read more

Mengapa Letih


Mengapa sedih,
Dengan terburu,
Kau katakan babak ini mengancam,
Mungkinkah aku yang kau cemburu,
Membiar dan tak membunuh;

Mengapa letih,
Dan tak tertunggu,
Kau nyatakan saat ini menghukum,
Mungkinkah dikau yang ku setuju,
Membilang dan tak menyentuh;

Mengapa sedih dan terus letih,
Melayan perasaan di bibir pedih;
Mengapa perit untuk mengaku,
Bahawa ternafasnya ilham petunjuk dariNya

ditulis pada Jumaat, 10 April 09
Read more

Kelodan Umbra dan Penumbra

Kau

Dulu bila kau putus untuk bersendiri, suatu masa kau akan sedar bahawa kau akan rasa sepi juga akhirnya.

Jalan cerita memang ditakdirkan untuk insan yang mudah diperdaya, lemah dan tak kenal panah cinta yang sebenar.

Akhir cerita juga ditakdirkan untuk insan yang meninggalkan, dan ditinggalkan...
...selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini





Hilang - MUH (terima kasih Malayapark.com)


Kelodan cinta tembus sampai ke dasar hati. Kesakitan itu yang memalaskan pagi kamu.

Kau sudah malas untuk mencari, biarlah ia datang sendiri.

Kau bukan bertemu untuk dinilai serba segala.

Kau manusia punya kekurangan, dan untuk membohong bahawa kau harus menjadi seperti yang dia harapkan adalah kebodohan dalam diri kamu.

Aku tahu kau percaya akan ada cinta suatu hari nanti, itu janji Tuhan.

Kau tak rugi apa-apa, sebaliknya dia.

Dia yang hidup sepi, sedih dan tak punya apa. Aku percaya hidup kau takkan sepi.

Orang seperti dia yang tak reti menilai.

Aku pohon doa agar kau tabahkan hati dan teruskan hidup.

Masih banyak cinta menanti.

Aku

Aku pohon kau biarkan aku sendiri.

Dunia ini bukan milik aku seorang, tapi aku percaya ada ruang Tuhan kosongkan untuk aku mengerti.

Kau tahu umbra dan penumbra? Aku mahu bersendiri dalam umbra, dan biarlah sikit saja cahaya penumbra yang tembus, itu sudah cukup.

Bersendirian, lebih baik.


***

p/s: Esok (Isnin) pukul 8.30 malam akan berlaku fenomena gerhana penumbra. Sama-samalah menikmatinya selama 4 jam.


p/s 2: Hamba akan bercuti daripada menulis buat sementara waktu. Nak cari ketenangan, insya-Allah tak lama. Salam semua.

p/s 3: Hamba akan bertapa dalam panggung kot, tengok Upin dan Ipin sampai lebam. Kepada mereka yang menyokong filem yang memartabatkan budaya Melayu, tontonlah filem Upin dan Ipin : Geng Pengembaraan Bermula.



Read more

Muka dia 'seks' sangat!

Ada yang tanya hamba pasal kerajaan jongkang-jongket Perak Darul Ridzuan. Jadi hamba beri pendapat hamba sekadar saja, sementelah hamba dah malas nak borak politik sejak dua menjak ini.

Jangan kata hamba tiru gaya blog Khir Toyo, sebab dia sebenarnya tiru gaya blog Che Det. Kalau tuan hamba nak kata hamba guna gaya blog Che Det. Jawapan hamba "Ya!"....selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini

1. Sebagai bekas rakyat menumpang di Perak dari 2002 sampai 2005, hamba rasa hamba tak layak nak ulas panjang-panjang.

2. Perak merupakan negeri yang kedua termaju di Malaysia, selepas Selangor. Segala macam benda ada kat negeri ini. Hasil industri, hasil tani. Semuanya ada disini. Perak bukan negeri Pasir Berdengung ya.

3. Perak negeri majmuk yang cantik dalam perkauman. Hamba pernah menetap di Seri Manjung, yakni kawasan Melayu dan sering ke Sitiawan (kawasan India dan sedikit Cina), dan Lumut (kawasan Cina dan ada perkampungan India). Hamba pernah tertanya-tanya kenapa penempatan seolah diasing-asingkan?

4. Perak sekarang dibelenggu dengan situasi, kerajaan jongkang-jongket. Itu pasti.

3. PR = 28, BN = 28, Bebas 3 kerusi. Jawapan hamba senang, 3 kerusi bebas lah yang akan menentukan hala tuju. Dan jelas nyata, mereka (jika ditawarkan jawatan penting sebagai Exco barangkali) akan memihak kepada BN.

4. Ir Nizar Jamaluddin boleh turut perlembagaan, tetapi perlembagaan berada di bawah kuasa raja-raja (rujuk perkara 153), maka Ir Nizar tiada lain, berundurlah segera.

5. BN boleh bina kerajaan dengan 28+3 kerusi. TETAPI, pembubaran DUN mungkin berlaku sekiranya kuasa kehakiman (kalau kuasanya suci) guna kuasa mereka, maka MUNGKIN pilihanraya negeri akan berlangsung.

6. Kenapa? Sebab BN harus terlebih dulu mengisytiharkan untuk membentuk kerajaan campuran kerana 28 kerusi mereka bukanlah majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, dan kedudukan 3 calon Bebas itu juga boleh dipertikai kerana kesahihan mereka meletak jawatan sebagai ADUN, atau ke parti mana mereka lompat.

7. Hamba tak runsing pasal siapa yang bakal bentuk kerajaan Perak selepas ini, tetapi hamba cukup runsing dengan 1 persoalan .

6. Persoalan peribadi hamba - Betul ke buku Perlembagaan Tubuh Negeri Perak ditulis dalam Bahasa Inggeris?

Petikan surat Kerajaan PR Perak kepada DYMM Sultan Perak.

Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

7. Ada yang tanya hamba, apa komen tentang wakil-wakil PKR dan DAP yang lompat jadi Bebas?

Jawapan hamba senang saja.

Hamba belek akhbar untuk mencari gambar wakil yang keluar pakatan, dan salah seorangnya ialah Jamaluddin Osman (Behrang) dan lantas, hamba tertatap gambar ini

Tiba-tiba terpacul kata-kata ini.

"Muka dia 'seks' sangat!"
p/s: Merujuk kepada lelaki gelap di belakang wanita bertudung kuning.

8. Rasanya nombor 7 sudah menjelaskan pemerhatian keseluruhan hamba terhadap isu Perak dan kerajaan jongkang- jongketnya.

9. Menteri Besar baru, Dr Zambry Kadir sudah mengangkat sumpah petang tadi.

10. Petang-petang akan datang, isu ke'mamak'an Zambry akan jadi bahan. Tak mustahil kan?

Ingat tak kes di atas ini?

Politik adalah permainan.
Read more

Alkisah: Mari berfikir di luar kotak

Ramai orang selalu bebel.

"Think out of the box! Berfikirlah di luar kotak!"


Konon ramai manusia masih berfikir di bawah tempurung.


Hamba tak nafikan hal yang satu ini, sebab hamba sentiasa cuba untuk berfikir di luar kotak. Banyak benda yang kita perlu kerjakan membutuhkan kita memikirkan jalan yang terbaik, selamat dan efisyen (dalam BM apa ya?).


Tapi hamba tak nafikan, apabila kita terlalu nak fikir di luar kotak, kita akan terlebih fikir di luar kotak. Macam kes ini.

...selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini

Suatu hari salah seorang rakan seuniversiti kami telah dijadikan berita utama akhbar kerana kematiannya.

Dia mati kerana membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang. Kami menatap akhbar dan berbual mengenai kisah bunuh diri ini.

PETIKAN AKHBAR SUMBER: LOL NSTP
Document 8 of 141938
Publication : Harian Metro
Edition : Tengah
Date : 28/02/2004

Page Number : 01

Headline : Misteri Razlan

Words : 543

Byline : By Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Text :


BANGI: Kehilangan seorang penuntut jurusan kejuruteraan mekanikal
Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Razlan Amir Mohd Nazri, 21, masih
misteri apabila mayatnya ditemui di sebuah pulau terpencil berhampiran
Pulau Pinang, 10 hari selepas dia dilaporkan hilang.

Razlan sebelum ini meninggalkan rumahnya di Bandar Baru Bangi pada jam
12 tengah malam, 18 Februari lalu dengan alasan untuk mengulangkaji
pelajaran bersama rakan bagi menghadapi peperiksaan.
Mangsa yang dilaporkan hilang bagaimanapun ditemui polis di Pulau Rimau,
yang mengambil masa 45 minit perjalanan menaiki bot dari Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Mangsa sempat meninggalkan pesanan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada

bapanya pada malam dia meninggalkan rumah dengan menulis, "Papa, Lan tidur
di Uniten, esok ada kelas".

Bagaimanapun, Razlan yang meninggalkan rumah dengan menaiki kereta
Perodua Kancil gagal dihubungi ahli keluarga keesokan harinya.
Keluarganya cuba untuk menjejaki mangsa melalui rakan sekelasnya di
Uniten sebelum membuat laporan polis pada 20 Februari selepas gagal
menjejakinya.

Namun, lima hari selepas kejadian, kereta Perodua Kancil yang dinaiki

Razlan ditemui tersadai di Jambatan Pulau Pinang oleh polis Seberang Prai
Tengah.

Kereta Kancil berwarna metalik perak dengan nombor pendaftaran BFV 7049

itu dipercayai berada di atas Jambatan Pulau Pinang tidak kurang empat
hari.

Penemuan pada 22 Februari itu menimbulkan tanda tanya apabila barang

peribadi termasuk kunci kereta dan dompet mangsa ditemui tidak terusik di
dalam kereta berkenaan.

Berikutan penemuan itu, bapa mangsa, Mohamad Nazri Azizan dan ibunya,

Rashidah Abdul Hamid meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Razlan
melalui hebahan media cetak dan elektronik pada 24 dan 25 Februari lalu.
Bapa mangsa juga pernah membuat kenyataan anaknya itu mengeluarkan wang
RM100 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di
Kajang, Selangor, pada malam selepas dia keluar dari rumah.
Bagaimanapun, pada 21 Februari lalu, polis menemui mayat seorang lelaki
di Pulau Rimau tanpa mengesyaki dia mangsa yang dicari keluarganya sebelum
ini.

Tindakan TV3 menyiarkan berita kehilangan Razlan menyebabkan polis

memanggil keluarga dan rakan mangsa untuk mengecam identiti mangsa di
hospital, kelmarin.

Identiti mayat itu kemudian disahkan sebagai Razlan berdasarkan baju

serta rekod pergigian.

Jenazah Razlan kemudian dibawa pulang ke rumahnya pada tengah malam

kelmarin dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang
pada jam 11.30 pagi semalam.

Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,

berkata, mangsa dipercayai lemas, bagaimanapun siasatan masih dijalankan
untuk mengetahui punca sebenar.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Seorang rakan sekelas mangsa, Mohd Hafizin Mohd Yusof, 22, berkata, kali
terakhir dia bertemu Razlan ialah pada 16 Februari lalu.

Menurutnya, ketika itu, mereka sempat keluar makan bersama di Serdang

sebelum Allahyarham menghantarnya pulang ke Uniten pada jam 11.30 malam.
"Ketika itu kami sedang bersiap untuk menghadapi peperiksaan dan Razlan
kerap mengulangkaji pelajaran bersama rakan lain.

"Yang saya tahu, dia tidak muncul ketika peperiksaan pada Khamis, iaitu

19 Februari. Bagaimanapun, saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah
kejadian sebenar diketahui semalam, katanya ketika ditemui di tanah
perkuburan Sungai Tangkas, semalam.

Razlan adalah pelajar yang aktif dan mewakili Uniten dalam sukan bola

sepak," katanya.

Rakan karib mangsa, Shahrul Farelli Zulkifli, mereka berkawan baik sejak

sekolah rendah sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah sains di
Kuantan.

"Kami kemudian sama-sama menyambung pelajaran di Uniten. Razlan pelajar

yang rajin dan baik. Sukar untuk saya percaya dia sudah tiada lagi,"
katanya.

Menurutnya, mereka kerap menghabiskan waktu hujung minggu untuk bermain

tenis bersama-sama.
(END)

Sambil menatap akhbar, hamba dan teman-teman mula berbincang tentang kisah Razlan ini di dalam sunyi sepi perpustakaan.

Teman A

Korang kenal Razlan ni?


Hamba
Budak Bangi, mana aku nak kenal. Kau tanya Loque mungkin dia kenal. Diakan Best Speaker Debat.


Teman B
Kesian, ini mesti sebab pressure final exam macam kita sekarang. Patutlah dia bunuh diri.


Hamba

Mana patut. Dia tak fikir ke sebelum bunuh diri.


Teman A

Dia fikir dia ada bajet nak pergi bunuh diri sampai ke Pulau Pinang. Sebab itu dia keluarkan RM100. Cukup buat bayar tol.


Teman B

Habis, dia tak habiskan pengajianlah?


Hamba

Buat rugi duit mak bapak saja. Mesti mak bapak dia sedih anak dia buat macam ni.


Tiba-tiba seorang lagi teman, hamba namakan Teman C yang dari tadi mendiam saja muncul menyampuk.


Teman C

Habis, kereta kancil dia siapa yang bawak lepas ni?


TAMAT

p/s: Seronok kalau kita bergaul dengan mereka yang berfikir di luar kotak. Percayalah cakap hamba.


Read more

Kembara Tanah Jawa



Hamba cukup tak suka dibebankan dengan kerja yang menimbun. Bila kerja menimbun bak Gunung Korbu mulalah hamba naik malas dan serabut. Tapi nak buat macam mana, hamba kerja dengan surat khabar. Tak buat, tergendalalah semua kerja.

Baik menulis, selamba saja. Bila-bila di mana saja. Hamba nak letak puisi, tentang impian jangka pendek hamba.
...selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini

Ribu riban ku kumpul penuh dalam kocek,
Puas hati buat berkelana meredah macet,
Ribu-ribu manusia sedang menunggu,
Takkan puas ku nak tangkap mereka hidup-hidup!
Tangkap mereka cantik-cantik
Baik punya...

Aku mahu ke Tanah Jawa,
Meredah manusia dan pelbagai ragamnya,
Aku mahu berkelana ke Tanah Jawa,
Mencari makna hidup dan pengisiannya,
Aku mahu berkelana ke seluruh pelusuk Tanah Jawa,
Menjelma sebagai manusia yang penuh ruang lopong,
Sarat kisah,
Sipis nikmat,
Serba kurang,
Siap sedia,
Serah diri,
Kepada takdir dan waktuNya

Aku mahu jejak Jakarta,
Buat sekali lagi,
Dalam banci nafas hidup aku,

Aku mahu jejak Cengkareng,
Terus ke Jakarta,
Mencari sisa sabar warga macetnya,
Singgah ke Bogor,
Mencari suara sedap warga sihatnya,
Rentas Sukabumi,
Luang waktu di Bandung,
Meninjau anak gadis putih melepak,
Juga kenapa aku tak bisa rajin seperti pendiamnya,

Aku mahu singgah ke Tasik Malaya,
Mahu mencari kait,
Aku, tanah airku dengan pasir tandus di situ,

Aku mahu berjumpa mbok-mbok di Purwakarta,
Belajar melenggang, belajar menari,

Aku mahu ke kota Jogja,
Menemukan sahabat yang lama ku tinggalkan,
Aku mahu menghabiskan waktu,
Berbual bicara,
Bertepuk tampar,
Menangis menjerit,
Kisah kami 10 tahun dulu,

Aku mahu curi tanah hitam di kaki Gunung Merapi,
Untuk ku tabur di keraton Solo,
Bakinya ku simpan untuk warga Surakarta,
Kut barangkali ada anak belum gedenya yang belum menginjak ke Candi Borobodur,

Aku mahu curi tanah gambut di Surabaya,
Untuk ku sebatikan dengan tanah petani di Malang,
Agar bumi ini terus berjalan,
Biar tua, tapi tak menderita,
Kerna ku tahu anak warisnya tetap berbakti,

Aku mahu ke Banyuwangi,
Makan berulam daun kemangi,
Persiap diri busana dan wangiku,
Untuk perjalanan ke Kuta - Bali,

Aku tak lupa kecak,
Aku tak lupa canda gurau manusia di Jawa,
Semuanya sudah ku tangkap beremosi jitu,
Buat bekal akhir perjalananku,
Mahu meninggalkan Tanah Jawa,
Biar manis segala kenangan,
Biar bermain di alam anganan,

Juta-juta batu aku nak pergi,
Ada waktu aku perlu simpankan,
Bila mana aku dan impian,
Harus aku simpulkan,
Buat kenangan
Hidup untuk dikenang
Sampai ke tua,
Biar asyik terkenang,

Tapi apakan daya,

Semua ini hanya impian,
Ribu riban belum penuh di kocek,
Ada hati nak berjalan meredah macet,

Di mana tempat aku nak simpulkan cita-cita?

Di mana tempat aku nak lukiskan angan-angan?

Mana lagi kalau bukan di atas kanvas hatiku,

Biar jadi pedoman dan azam,
Bahawa suatu hari semua ini bisa terjadi,
Dan aku takkan pernah menyesal,
Berbuat sesuatu yang bikin aku gembira,
Berjalan, melihat dan mentafsir.
Read more

Mencari Teman Untuk Ke Sunburst 2009

Hamba ada banyak teman, tapi teman sengkek. Bukan nak mengutuk tetapi hamba lebih rela mereka belanjakan duit mereka untuk hal yang lebih mustahak.

TAPI hamba tak nak lepaskan peluang secara berkali-kali. Dah banyak kali hamba terlepas peluang untuk membuat perkara yang hamba suka, tetapi atas sebab yang lebih mustahak hamba terpaksa ketepikan hasrat itu.



Kali ini sudah tak terbendung lagi. Hamba akan dan nekad mahu pergi ke Sunburst Music Festival 2009 yang bakal berlangsung pada 21 Mac 2009 di Bukit Kiara Equestrian Club. Hamba punya suntuk masa untuk memikirkan hal siapa teman hamba nanti kerana tarikh akhir tiket early bird adalah pada 8 Februari 2009.

Jadi hamba putus untuk beli dan pergi seorang diri.
...selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini


Hamba tak mampu nak beli tiket selepas 8 Februari yang berharga RM 203 dan RM253. Jadi tiket early bird yang berharga RM143 adalah yang terbaik untuk hamba.



Kenapa hamba nak sangat pergi ke Sunburst kali ini?

Sedih kan?



Sebab senarai nama ini -

1. Jason Mraz
2. Coldplay
3. Foo Fighters
4. John Mayer
5. The Script
6. David Archuleta
7. Switchfoot
8. 30 Seconds to Mars
9. Daft Punk
10. The Academy Is...
11. Boys Like Girls
12. Jamiroquai
13. Lifehouse

Macam mana hamba nak lepaskan peluang menonton The Genius Love Company macam Coldplay, John Mayer, Foo Fighters dan lain-lain?!!!

Untuk itu hamba iklankan diri hamba untuk menjadi teman sesiapa yang nak pergi ke sana, dan keseorangan juga. Terbuka kepada sesiapa yang sudi melayan kerenah manusia pelik bernama Amer Yusof. Aku baru saja pasang 'read more' dan tak menjadi. Artikel (artikel ke?) ni panjang lagi, jadi tekanlah 'read more' kat bawah ni ya. Untuk keterangan lanjut mengenai Sunburst tekan sini
Read more

Warta Royan 0003 - Siput & Tunggul

Selesai aku dan sahabat baik, Loque menghadiri majlis tunang kawan kami - Amin yang mana pada awalnya kami tak berhajat nak pergi melanggar adat kerana tak pernah hayat hidup aku berbudayakan bakal pengantin lelaki datang berbondong-bondong ke majlis tunang di rumah pengantin perempuan.

Tetapi mengenangkan kami semua sudah sepakat untuk menghadiri majlis tunang fesyen baru ini, maka aku gagahkan diri untuk ke majlis tersebut. Sebenarnya aku menjadikan majlis tunang tersebut sebagai alasan untuk aku mengelakkan diri daripada terlibat dalam satu acara lain.

Dipendekkan cerita, kami semua (sedozen ahli rombongan) bercadang untuk berjumpa di Sunway Piramid selepas majlis tunang tersebut. Aku dan Loque tak kisah menghabiskan masa bersama sahabat-sahabat baik ini, sementelah ketua rombongan yakni sahabat baik kami orang, Rais Kerang beriya-iya merancang perjalanan aktiviti pada hari itu. Rais Kerang pun baru saja bertunang senyap-senyap akhir tahun lepas, jadi inilah masanya dia memperkenalkan bakal isterinya kepada kami.

Sejak masing-masing menempuh alam kerja, masa untuk bersama macam dulu memang terhad. Kami semua sekepala, dari dulu lagi sekepala. Cuma, hari itu waktu berubah maka masing-masing pun berubah. Aku pada awalnya fikir kami akan main boling ataupun main luncur ais. Aku dan Loque berborak sakan, tapi kami tahu kami berjalan naik ke pusat boling.

Tiba-tiba Rais Kerang cakap "Jom tengok wayang!" sedangkan kami dah betul-betul berada di depan pintu masuk tempat main boling tu.



Kami terus beratur, dan masing-masing mencadangkan filem pilihan masing-masing. Aku sebagai peminat filem yang 'pelik' mencadangkan filem Changeling sambil mempromosikan konon ada aksi 'luar biasa' daripada Angelina Jolie. Loque mahu tonton Ong Bak, dan sibuk mempromosikan aksi filem itu. Afiq Kecoh mahu mempengaruhi kami untuk tengok filem Underworld 3, dan aku bilang "Underworld 3 dapat bad review", disebabkan aku orang media hampir saja mereka percaya. Rais Kerang bagitahu filem Ong Bak, Underworld 3 tengah laju jualannya.

Aku nampak filem Changeling tiada masa depan, terus aku mempromosikan komedi yang sedikit berotak - Bride Wars. Tapi dalam barisan mereka putuskan mahu tonton Sifu dan Tongga.

Alamak! Aku dan Loque merancang untuk belot. Aku dan Loque buat pilihan pertama Ong Bak 2, atau pilihan kedua - Bride Wars.

Bila masuk kaunter, Rais terus meluru laju sementara aku dan Loque ke kaunter lain. Kami akhirnya pilih untuk tengok Bride Wars. Dalam sibuk memilih tempat duduk, Rais Kerang datang dan bertanya "Hey! Aku dah beli tiket hang lah!"


Aku dah Loque terpaksa pura-pura tak kisah. Kami pun mahu ambil hati Rais sebab abang dia bekerja untuk produksi tersebut, yang mana aku hormat produksinya yang menitikberatkan bacaan doa sebelum mula tembak. Jarang produksi filem kita buat macam tu. Berbalik kepada kisah, lagipun Rais yang beriya-iya mahu gathering hari itu.

Sepanjang hayat aku, aku hanya menonton filem Prof A Razak Mohaideen di kaca TV, dan pernah membeli VCD cetak rompak Cinta Fotokopi, yang mana aku patahkan cakeranya setelah habis tonton.

Tapi aku mengakulah, tahun lepas aku dan Loque tergerak hati nak tengok Duyung, dan akhirnya aku dan Loque sama-sama sakit hati dengan filem yang.....entahlah. Sejak itu aku dan Loque sudah trauma nak tengok filem A Razak Mohaideen.

Jadi, apalagi kalau filem Sifu dan Tongga ni. Tengok treler pun aku tak lalu nak tengok, apalagi nak tonton di wayang. Tapi hari itu nasib kami malang, terpaksa habiskan masa hampir 2 jam untuk bersama-sama manusia kasta mana yang boleh tergelak dengan lawak yang.....entahlah.

Sepanjang filem itu berputar, aku dan Loque sibuk mengkaji karektor manusia yang ada dalam pawagam, dan sampai sekarang masih tertanya-tanya - Kenapa mereka buang RM11 untuk filem ini?

Akibatnya, aku dan Loque meroyan sakan dalam panggung. Makan hati dan sakit hati dengar gelak tawa yang tak perlu.

10 Sebab kenapa aku dan Loque seolah meratap meroyan dalam panggung hari itu.

1. Kami sakit dongak kepala sebab terpaksa duduk 4 baris dari skrin.

2. Beli bertih jagung, tapi tak lalu nak makan sebab tertengok adegan kotor yang tak perlu. Dan yang paling penting, selama ini tengok filem sambil makan pop corn ala-ala enjoy/layan tapi kalau dah tak enjoy, nak makan pun tak lalu.

3. Masih hairan macam mana seorang anak gadis orang asli boleh pakai kain yang jahitannya kemas ala couture. Rizalman Ibrahim ke yang jahit?

4. Bahasa puak Watson dalam filem itu yang...entahlah. Orang yang sibuk gelak tu, tak terasa diperbodohkan ke?

5. Masih tak faham kenapa seorang editor akhbar Sinar Harian boleh berumah banglo, dan bersekedudukan dengan jurugambar lelakinya. Dan berpakaian ala awak tu pengacara rancangan Fesyen TV.

6. Tak tahu pulak kat balai polis / lokap, pegawai polis kena jugak pakai baju kuning (buat sekatan jalan tu) dan motif? pegawai polis sibuk tanya mana selipar jepun dia. Nak dijadikan cerita kan?

7. Tak tahu pula orang asli boleh masuk ke studio TV menerusi jalan belakang, dan dalam banyak-banyak studio boleh dan semudah-mudah masuk ke set. Betapa mudahnya kawalan keselamatan di sebuah stesen TV nasional, sedangkan di Iraq pun berduyun-duyun askar jaga masa perang dulu. Bukan ke kalau nak serang negara, baik serang pusat medianya terlebih dahulu.

8. .Tak tahu pulak akhbar Sinar Harian dicampak ke premis jualan pada waktu yang agak lewat pagi, dan penjaga premis buat-buat tak nampak akhbar yang baru sampai itu dicilok Sifu dan Tongga. Dan, Sinar Harian tak perlu taja filem ini semata-mata nak naikkan jumlah pembaca. Ada baiknya jaja nama baik akhbar dalam filem yang cerdik, dan filem ini bukanlah filem yang tepat. Tak baca skrip filem dulu ke?

9. Tak tahan tengok Fouziah Gous kena kurung dalam sangkar besi macam haiwan. Perlu ke seorang editor akhbar buat sampai macam tu sekali (baca: perlu ke seorang Prof boleh arah sampai macam tu sekali) terhadap seorang manusia yang sebenarnya tak berbahaya tahap gaban pun. Siap sebut "Dia jinak...dia jinak". Jinak? Keji punya skrip! Hal ini boleh dibawa kepada Suhakam.

10. Dengan menyatakan tahun Jepun datang menyerang, bila Tanah Melayu merdeka dan bla, bla, bla bukannya mencerdikkan filem ini untuk penonton seperti kami. Hujah itu semua sangatlah dangkal.

Untuk itu aku dan Loque memang dah taubat nasuha setelah 'tertengok' filem Prof buat kali kedua. Kami percaya, kami bukan orang pertama yang mengkritik filem prof ini, tapi kami yang tak ambil pusing filem prof ini masih rasa menyesal yang amat sangat membuang duit menonton filem yang tak menjana minda ini.

Kami MUNGKIN AKAN MEMPERTIMBANGKAN UNTUK MELUANGKAN MASA UNTUK MENONTON filem Prof. A Razak Mohaideen pada masa akan datang jika...

1. Dikritik bagus oleh A Wahab Hamzah/ Noor Azam Shairi atau sekurang-kurangnya dipuji oleh Rudy Imran atau Zubir atau kesemua pelajar dan bekas pelajar Prof (yang kami kenal) mengesyorkan kami menonton filem Prof.

2. Diiktiraf baik (mungkin terbaik) oleh FFM atau setidak-tidaknya di majlis Oskar PPFM.

3. Tiara, Ahmad Yatim, Rahim Razali, Zahim Albakri, Umie Aida, Afdlin Shauki, Deanna Yusof atau mana-mana aktor gred-A++ sedia membintangi filem Prof.

4. Prof bikin filem khas untuk tayangan percuma di TV, mungkin di Astro Kirana.

5. Dibayar untuk tonton filem (dengan bayaran yang berpatutan untuk 2 jam penderitaan).

p/s: Terimalah Header baru, hasil kerja aku dan Liyana (produk UiTM)...selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini
Read more

Alkisah : Hukum PIAT di Wilayah Kecil

Nota: Ini kisah peribadi , jadi hamba guna kata ganti nama 'aku' kerana kata ganti nama 'hamba' hanya hamba gunakan di blog ini, dan apabila bercakap dengan sanak saudara di kampung halaman. Harap maklum

Zaman kanak-kanak kalau nak dicerita memang tak kering gusi. Aku pun sama, banyak yang lawak dan segan nak kenang kembali. Walaupun ramai yang kata kalau dikenang juga, memang akhirnya kita akan rasa "Bebudak sekarang ni memang bertuah sebab bla bla bla bla". Kalau nak kata zaman kecil aku serba kurang, rasanya tak. Setidak-tidaknya dalam hal yang seperkara ini.


Aku dulu masa umur 7 tahun sampai 12 tahun tinggal di Paka, Terengganu. Memang jauh dari Kuala Lumpur, dan pencapaian hebat di dalam kelas, selain akademik ialah kejayaan melancong ke Kuala Lumpur.

Adalah seorang dua anak-anak jiran aku yang bergaya dengan kemeja cetak 'Kuala Lumpur' segala. Nak cemburu? Tak ada makna, sebab aku dah jejak kaki ke KL buat pertama kali dalam hidup pada 18 Jun 1994, dan percutian ke KL itulah menyebabkan aku tak berjaya menggondol hadiah 'Kehadiran 100%' sempena Hari Penyampaian Hadiah Tahunan Sekolah Kebangsaan Cacar (sebelum ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Seri Paka, setelah ramai ibubapa merungut, anak-anak mereka digelar 'wabak cacar' setelah dua tahun sekolah itu beroperasi).


Berbalik kepada kes Kuala Lumpur- Paka dulu, aku dan kawan-kawan ada sedikit anti (atau envy?) terhadap budak-budak KL. Almaklumlah, Paka daerah yang kami mastautin itu dihuni orang-orang luar juga. Paka dan Kerteh adalah dua wilayah minyak yang mengakibatkan ketagihan ramai pendatang luar dari Terengganu.

Dalam kelas, sejak kecil ada yang tak berapa suka bergaul dengan bebudak KL sehinggalah bebudak ini terpaksa mengasimilasikan diri mereka dengan budaya setempat, budaya pantai timur. Kalau tak, susahlah masa depan mereka sebab kebanyakan budak-budak luar KL memilih untuk mendalami budaya setempat hingga fasih berbahasa daerah macam aku dan kawan-kawan. Sebab itu wilayah kami, maka mereka yang masuk ke wilayah kami harus bercakap dalam bahasa kami.

Tersebut alkisah, 10 tahun selepas itu, aku dan keluarga pun sudah tak tinggal sana. Bapak aku ditukarkan ke Perak selama 5 tahun, dan kemudian sekarang menghabiskan waktu pencen di kampung halaman ibu, di Kampung Geliga, Kuala Kemaman.

Dalam tempoh sepuluh tahun banyak menukar pemikiran aku bahawa aku tak wajar duduk dalam satu-satu wilayah, menghuni dan mendiam sekadar saja. Aku harus pergi merantau dan mengenal dunia luar. Itu yang berlaku sejak 2003 hingga sekarang. Aku bebas ke sana ke mari tanpa halangan ibu dan bapak. Jadi bila kita kenal serba sedikit tentang orang luar wilayah kita, maka kita tak kisah sangat akan tindak tanduk mereka-mereka ini.

Cerita yang aku nak kongsikan ini berlaku dua tahun lepas, ketika musim Aidilfitri. Aku biasalah, bila balik kampung aku tak suka sangat nak kehulu kehilir, sebab dah biasa sangat dengan kampung aku jadi nak merewang pun rasa malas. Balik kampung bagi aku adalah waktu untuk tidur. Mak aku pun rimas sebab port dia aku take over. Port apa? Port depan TV lah.

Rumah kampung aku ada Astro, yang aku bayarkan bulan-bulan. Manakala, rumah bujang aku di KL, nan ado. Piring mangkuk pun segan nak ada, apa lagi piring Astro. Jadinya, balik kampung cuti aku tidur, makan (makanan kat kampung aku mewah, namakan saja; keropok lekor? satar? otak-otak? nekbat? ikan bakar? pari bakar? kerabu mangga? nasi dagang? taik itik? Semuanya ada disini!), dan tengok TV lah.

Bila tengok TV aku suka kalau aku pegang alat pengawal. Kalau orang lain kawal, maknanya 'wilayah kecil' aku tu sedang terancam. Bila aku naik takhta, maka akulah yang akan memerintah segala macam benda kat situ.

Rumah aku dah tak ada kanak-kanak Ribena sejak adik bongsu aku akil baligh, dua tiga tahun kebelakangan ini. Rumah itu, kalau tak ada kanak-kanak memang sunyi. Malangnya, raya tahun itu rumah aku cukup lengkap dengan segala peringkat umur kanak-kanak. Kalau korang, rimas tak?

Aku ada ramai anak saudara, dan mereka ini terbahagi kepada tiga.

1. Sekumpulan anak-anak Terengganu jati yang memang dah berkuasa kat rumah atuk nenek mereka,

2. Kumpulan kedua adalah anak-anak saudara yang sering balik kampung, dan mampu menguasai budaya kedua-dua wilayah - KL dan Terengganu, manakala

3. Sekumpulan lagi ialah mereka yang jarang balik, atau selalu balik TETAPI masih tebal dengan budaya wilayah luar.


Alkisah, anak saudara yang bernama timangan Sulong ini memang bermulut lancang (seperti pak ciknya), dan anak saudara bernama timangan Adi ini memang jenis selamba badak dan hyper tahap Tom & Jerry. Sulong mewakili kumpulan pertama yang memang dah tahu selok belok wilayah rumah keluarga aku. Makanya, setiap kali raya si Sulong ini akan jadi penyambut tetamu. Adi pula mewakili golongan ketiga yang kalau balik, dia peduli apa dengan cara dia asalkan dia suka dan seronok di kampung.

Sulong dah matang sikit, dan tahu pantang larang serta undang-undang wilayah rumah kami itu. Jadi, dia abaikan aktiviti seperti berlari sampai nak runtuh rumah kayu itu, dan juga usik adik dia sampai budak tu menangis tanpa sebab yang kukuh.

Adi tak tahu undang-undang. Dia turun aje kereta dia terus lompat-lompat dan mengejar kucing-kucing + ayam-ayam yang ada.

Jadi, apabila Adi si budak bandar kelihatan serba tak kena di mata Sulong si budak kampung, maka mood si Sulong ini akan jadi tak seronok. Dan, selalunya Iman (wakil kumpulan kedua) akan jadi perantara. Sulong akan tegur si Adi melalui Iman, sebab Iman boleh berkomunikasi dengan si Adi. Adi bila disuruh bercakap dalam loghat Terengganu hanya akan menjawab dia tahu sebut "To'ki, Adi tak mboh!".

Dan ketika tibanya waktu bersemayam sang raja TV (akulah tu), maka bebudak ini harus diusir dari wilayah aku. Remote mesti di telapak tangan aku, dan mereka TIDAK dibenarkan sama sekali buat onar yang melanggar undang-undang wilayah kecil aku tu.

Tapi, belum sempat program di saluran Astro 555 (Hist) menjangkau 30 minit, bebudak ini mula sibuk berlari ke hulu ke hilir atas rumah. Malang sekali waktu itu malam, maka aku tak nak suruh mereka main di luar rumah, elok saja berada dalam rumah. Maklum saja, bila bebudak ini berlari di atas papan rumah kayu mau bergoyang satu rumah. Kaum-kaum ibu takkan perasan sebab mereka sibuk di dapur batu, wilayah autonomi mak aku. Jadi yang menanggung sakit hati, akulah!

Aku dulupun suka berlari, cuma waktu aku kecil kira bertuah sebab rumah lama aku rumah batu. Takde gangguan kalau setakat nak berlari asalkan jangan ditengah kesibukan khalayak. Tapi, kini tak boleh. Rumah kayu ni, kalau aku berlari nak berebut guna jamban dengan adik beradik aku pun mak aku boleh naik darah.

Aku mulanya cuba anggapkan mereka ini sebagai X dan abaikan. Tapi, kalau dah sampai babak berkejar-kejaran ala-ala Police Story menjadi babak air mata ala-ala Kabhi Khushi Kabhi Gham, pastinya aku akan tukar babak itu menjadi babak ganas seperti dalam filem Sinking of Japan!!

Amukan aku tak berjaya membuatkan si kecil Lisa berhenti menangis, dan untuk mengubat luka di hati budak ini aku terpaksa menyerahkan cokmar diraja wilayah aku (remote control) kepada si Lisa ini untuk dia hayati rancangan Hikayat Putera Shazlan (yang aku pelik, bersiaran tak kira pagi petang hinggalah ke pagi buta).

Terlepas tengok cerita sejarah Nostrodamus, aku naik darahlah. Sulong jawab Adi panggil dia "So Long", dan Iman api-apikan cakap apa itu "So Long". Itulah kesnya. Adi sebagai kaum pendatang harus menerima hukuman daripada pemastautin tetap si Sulong, dan Iman menjalankan tugas untuk menangkap pendatang tanpa sopan tersebut.

Dia orang fikir rumah mak bapak aku tu lokasi drama Gerak Khas?

Aku yang baru turun takhta tanpa banyak bicara melancarkan perang, dengan kata-kata sakti.

"Tadi Ayah Chik (akulah) pesan siapa yang buat bising (di wilayah kecil ini) kena apa?"

Semua - "Piat"

"Nak kena piat?"

Akur dan sudah dikepung lantas mereka semua beratur, termasuk adik bongsu aku -Sidek yang awal sebelum kisah ini telah sengaja mengunci pintu biliknya agar bebudak ini tak masuk, dan kacau dia main PS2. Sidek telah melanggar kontrak perjanjian antara aku dan dia, agar dia menjaga bebudak sengal ini.

Aktiviti Piat adalah hukuman yang popular, namun tidak dianggap serius. Rujuk Kamus.

piat II; memiat 1. memial, memulas; 2. Kl pukul, sebat (dgn benda kecil spt lidi, rotan, dll).Kamus Dewan Edisi Empat


Selesai memiat mereka, aku suruh mereka hayati babak Mak Som mendera Putera Shazlan.

Selamat Menyambut Hari Wilayah
kepada penghuni Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Rumah kami adalah wilayah kecil kami, dan begitu juga Malaysia dan wilayah-wilayahnya. Kepentingan harus dijaga.
Read more

Apokalips - Abdullah 'Loloq' Romani

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat

Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka

Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka

kata hati
Dulu aku tak suka lagu ini, tapi bila aku melalui apa yang tercerita dalam lagu ini, terus aku fikir seorang manusia seperti penulis akan terus mempunyai satu rasa ini - 'suka'.

Sempena setahun pemergian Seniman Rosli Khamis
(Loloq/ Nurbisa/Abdullah Romani/Kristo Bimbo/Seth/Cenderawasih)

Petikan lirik - Apokalips (M Nasir/ Canggung Mendonan)

p/s: Sebuah lagi lirik beliau yang hamba kira wajar dikaji dan dinilai ialah lagu Seloka Cak Kun Cak (M Nasir & SM Salim)

Fakta & Petikan

Fakta 1: Nama anak Loloq agak pelik
Loloq dikurniakan tiga anak iaitu Krsty Nur, 10, Jaevn Nur (7) dan Yasha Nur (5).

"Nama anak saya memang agak pelik bunyinya. Krsty bermaksud rahsia, manakala Jaevn sebenarnya bermaksud Jawa. Jawa dan rumpun kita ini pula kalau dihalusi berasal dari kaum Nabi Noh,"


Fakta 2: Beliau minat membaca
Loloq dikatakan memiliki ratusan buku yang mengandungi pelbagai tajuk. Ini termasuk tajuk yang berkaitan dengan ekonomi, pengurusan, politik, falsafah, keagamaan, perfileman, kesusasteraan, biografi dan pengetahuan am serta novel. Salah satu rak yang terletak di ruang tamunya, tersusun buku The Life Muhammad karya Hamka, Biografi Nelson Mandela, The Arabian Nights, Quantum Leanings, Saince of Politics, How To Argue And Win Every Time, History of Films, A History of the Jews dan banyak lagi.

Fakta 5: Lirik lagu beliau diangkat tinggi nilai seni
Loloq pernah menang dua kali Juara Lagu . Pertama pada AJL ke 12 - 1997 - Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah & M Nasir) dan AJL ke 14 - 1999 - Andalusia (M Nasir). Dua kali gelaran Lagu Terbaik AIM, 1994 (Mentera Semerah Padi / M Nasir) dan 2004 (Awan Yang Terpilu / Lin Li Zhen).

Lima tahun berturut-turut menang Anugerah Penulis Lirik Terunggul MACP dan lirik lagu Cahaya Gelita (Tam/ Elyana) diberi anugerah Galakan Penulisan Lirik Lagu Berbahasa Melayu oleh Anugerah Citra Wangsa, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2005. Pada 2006, beliau dianugerahkan Anugerah Pencapaian Khas Seumur Hidup oleh Anugerah Planet Muzik di Singapura.

Fakta 4: Loloq menyanjung tinggi Bahasa Melayu
Penulis lirik ini juga pernah mengaku mempunyai minat mendalam terhadap bahasa Melayu yang dianggapnya sebagai satu bahasa agung pada zaman kegemilangan raja Melayu.

"Saya kagum dengan Hang Tuah yang boleh bertutur 10 bahasa. Begitu juga dengan nama Tun Sri Lanang. Setiap perkataan itu ada maknanya sendiri. Tun bermakna tuan, Sri bermakna bercahaya dan lanang adalah lelaki. Begitulah tingginya orang Melayu dulu apabila berkias.
Sebab itu apabila saya guna perkataan yang lain dari kebiasaan, banyak yang berasa pelik. Sebenarnya, setiap perkataan yang saya pilih masih berbahasa Melayu. Misalnya, lagu Berikanku Nurbisa. Nurbisa itu dalam bahasa Melayu bermakna penawar segala penyakit,"

Fakta 5: Kata-kata beliau yang akan dikenang beribu tahun lagi

"Satu kepuasan saya ialah apabila berjaya membuatkan kumpulan rock membuka kamus bahasa Melayu,"

Read more

Bahasa Melayu Menuju Jalan Pupus - Bahagian 1

Apabila diajak berbincang mengenai Bahasa Melayu, memang takkan ada penghujungnya. Bahasa kita diperlekehkan oleh mereka yang tak kenal pun bahasa kita, apalagi jika diajak untuk bercinta dengan bahasa kita. Bahasa kita sudah lama dijadikan alat politik untuk kepentingan sesetengah pihak dan bahasa kita sudah lama diramal bakal pupus sebagaimana bahasa sanskrit suatu ketika dulu. Di mana silapnya Bahasa Melayu yang suatu ketika dulu pernah menjadi lingua-franca?

Menonton Ally Iskandar mengendalikan rancangan bual bicara atas jenamanya sendiri sememangnya hamba nanti sejak beliau menjadi salah seorang penerbit Malaysia Hari Ini. Jenama Ally Iskandar hamba kira, jenama yang kukuh kerana menyeimbangkan pengaruh sosio-politik dan ekonomi biarpun secara peribadi hamba melihat Ally masih terpaksa menggunakan pengaruh hiburan dalam topik perbualannya. Hiburan dan Ally tidak dapat lari, namun skeptikal masyarakat kita yang sering mengasingkan unsur hiburan daripada masuk ke dalam topik ilmiah.

Cubaan Ally Iskandar untuk membincangkan soal nasib dan masa depan Bahasa Melayu pada malam semalam setidak-tidaknya berjaya menepis klise golongan hedonisme yang tidak gemar diangkat sebagai penjujung bahasa. Pemilihan ahli panel juga bersesuaian, terutamanya dengan kehadian ahli akademik. Hamba setuju dengan pendapat salah seorang ahli panel- Kartunis Ujang yang mahu meletakkan seni kartun sebagai alat yang tidak bersangkut paut dengan perjuangan bahasa, cuma hamba amat tidak setuju jika mahu diletakkan bahasa pasar sebagai satu bahasa yang harus diangkat sebagai bahasa yang perlu diperjuangkan.

Secara peribadi, pengkarya seni seperti kartunis dan penulis lakonlayar tidak harus diheretkan dalam masalah bahasa kerana ini bukan tugas mereka. Kartunis dan penulis lakonlayar adalah berhak untuk menulis layar cerita menggunakan situasi surealisme yang ada pada zaman yang dimaksudkan itu. Hamba tidak akan menonton filem kisah mat rempit yang menggunakan dialog bahasa baku atas alasan mahu memperjuangkan bahasa. Itu silap. Filem dan hasil seni visual adalah cerminan masyarakat pada zaman itu dan pemalsuan soal bahasa dalam layar amatlah berdosa untuk suatu kejujuran dalam seni.

Jika bukan tugas dua jenis manusia seni ini, siapa yang sepatutnya? Hamba akan senaraikan pertama-tamanya ialah penulis lirik, dan kemudian penulis berita, penyampai radio dan TV, penulis iklan dan beberapa sektor media dan medium seni yang lain. Mereka ini harus meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang betul. Berapa ramai antara kita yang boleh sedarkan Fara Fauzana, sebagai orang TV nombor satu buat masa ini yang mana dia sering silap dalam penggunaan tatabahasa? Ya, benar dia menggunakan bahasa rojak untuk menarik perhatian pendengar tetapi ramai yang sering peka jika Fara tersilap grammar Bahasa Inggerisnya, tetapi jika tatabahasa BM yang mudah seperti 'dari' dan 'daripada', tidak pula ada yang sudi menegur beliau. Orang kita gemar mengambil mudah dalam soal ini, padahal mereka yang berada di barisan depan seperti pengacara TV, penulis lirik, penyanyi dan sebagainya harus cemerlang dalam berbahasa ibunda. Jika anda tidak kenal bahasa itu sedalam-dalamnya, bagaimana anda mahu menggunakannya sebagai pengantar dalam kerja anda?


Hamba terdetik juga, apa perasaan pejuang bahasa yang ada sekarang apabila Ujang menempelak orang-orang DBP (memperjuangkan Bahasa Melayu Moden) ini sebagai perosak bahasa jika dirujuk pendapat daripada pejuang Bahasa Melayu Klasik atau Kuno. Hal ini tidak dapat dielakkan, mereka memang perosak bahasa Melayu. Biarpun bukan secara terang-terangan seperti masyarakat yang berbahasa rojak, namun mereka ini, yang hamba maksudkan sebagai pejuang Bahasa Melayu Moden, adalah perosak bahasa kerana telah berdekad lamanya menggalakkan pemupusan bahasa kebangsaan melalui aktiviti menghalalkan saduran bahasa asing (terutama bahasa daripada bangsa anglo-saxon) ke dalam Bahasa Melayu.

Jadi, DBP tidak harus melenting jika penggunaan bahasa rojak ini berleluasa tanpa ada rasa cinta kepada bahasa yang piawai kerana secara halus anda jugalah yang menggalakkan pemupusan itu untuk terus berlaku. Sebagai bukti, berapa patah perkataan akar dari barat yang hamba gunapakai dalam karangan ini? Berapa banyak pula kesilapan tatabahasa yang berlaku? Jadi, berkesankah pengajaran Bahasa Melayu di sekolah hingga remaja zaman sekarang hampir pasti tidak lagi mengambil tahu tentang tatabahasa mereka.

Menonton Ally hamba boleh rumuskan bahawa isu Bahasa Melayu yang makin pupus tidak lagi seronok untuk diperdebatkan kerana setiap satu daripada ahli perdebatan akan saling menyalahkan antara satu sama lain. Bahasa kita makin menuju jalan pupus, itu bukan mimpi tetapi hakikat yang kita harus terima.

Remaja menyalahkan DBP kerana sering merombak sistem Bahasa Melayu sejak zaman berzaman, remaja juga menyalahkan kerajaan kerana pengajaran Bahasa Melayu sering berada pada tahap membosankan dan tidak masuk ajaran jadi harus bagaimana mahu disemaikan rasa cinta kepada bahasa sendiri, sedangkan ibubapa juga harus memainkan peranan untuk memupuk komunikasi yang berkesan dalam bahasa ibunda, malahan remaja juga harus mempertahankan jatidiri. Media dan sektor swasta menyalahkan DBP kerana tidak mainkan peranan untuk memperkasakan bahasa, sedangkan media dan sektor swasta sendiri harus tanpa disuruh untuk sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab memperkasakan Bahasa Melayu. Kerajaan akan menyalahkan media kerana menggalakkan aktiviti merosakkan bahasa, dan media dan remaja akan menyalahkan teknologi kerana semakin hari semakin mengganas untuk menghapuskan ketuanan bahasa. Pejuang bahasa tidak boleh bersuara kerana adalah sukar untuk mengubah budaya orang kita yang sudah 52 tahun dijana untuk menjadi bangsa yang memandang tinggi kepada bendasing. Pejuang bahasa boleh sekadar bersuara di tepi reban, tetapi tiada siapa yang akan mendengarkannya. Alam berubah kerana manusia, bahasa juga berubah kerana manusia.

Orang lama sering berpesan, jika berlaku masalah kecil sila salahkan orang terdekat dengan anda tetapi jika berlaku masalah besar, sila salahkan kerajaan.

Kepada Ally yang mewakili golongan pengamal media, serta golongan karyawan dan remaja masakini; 'Matlamat tak menghalalkan cara'. Banyak benda yang boleh anda perjuangkan selain daripada memperjuangkan sesuatu yang bodoh seperti meletakkan bahasa rojak sebagai bahasa bertaraf sendiri. Bahasa Melayu harus diperkaya, untuk apa pula kita mesti mengasingkan dua bahasa yang salah satunya tidak nampak ketamadunan? Tak terfikir kah, pernahkah ada golongan remaja yang berani naik ke Menara Dewan Bahasa semata-mata mahu menuntut perkataan seperti poyo, siot dan blah supaya dimasukkan ke dalam Kamus Dewan? Gunakanlah saluran yang betul.

Kepada kerajaan dan DBP, mungkin mereka boleh menyalahkan pemimpin. Kerana pemimpin juga yang menukar Belanjawan menjadi Bajet, menukar Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia. Jadi jika wujud 10 lagi pemimpin seperti yang seorang dua ini, nescaya cepatlah proses memupuskan bahasa kita akan terjadi. Bukankah begitu?

Sekian buat masa ini. Hamba akan menyambung dalam beberapa bahagian lagi. Insya-Allah.
Read more

Seluang

Kata orang-orang lama

"Takkan bersungguh seluang nak ke laut,
Sekali ombak memukul;
Balik juga ke pantai.."



kata orang-orang muda

"Tak ada masa ibu, banyak kerja"

"Tak dapat cutilah ibu, kalau cuti umumpun kena kerja."


"Harga minyak naik.
"

"Saya takkan balik selagi cita-cita belum tercapai.
"

dan yang berlaku...

"Ibu datang KL aje lah."



p/s: Gambar: Pantai Teluk Mak Nik, di kampung hamba : Kampung Geliga, Kuala Kemaman.

p/s 2 : Baru-baru ini, kerajaan Ahmad Said (BN) telah menukar papan tanda nama Teluk Mak Nik menjadi Teluk Monique. Ada ke patut?

Read more

Belasungkawa - Arena Wati (1925 - 2009)

al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arena Wati, seorang Sasterawan Negara yang telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada usia 84 tahun.

Untuk berita lanjut, klik sini

Kepada yang tak berapa mesra dengan nama Arena Wati (mustahil kalau tak pernah dengar), Allahyarham merupakan sasterawan yang ulung dalam lipatan sejarah kesusasteraan Melayu Nusantara. Arena Wati bukan sekadar milik Malaysia, tetapi juga Indonesia dan Singapura. Kalau nak kenal lebih rapat sempena mengenang jasa arwah, klik sini
Ironi sekali kerana dua minggu lalu, hamba melepak di Kedai Buku UM dan membelek suku bahagian daripada buku 'Sebuah Trilogi 3 Genre' yang amat-amat tebal. Seingat hamba (yang liat juga nak membaca novel tebal-tebal), hamba pernah menghabiskan novel beliau yang berjudul Sukma Angin dan Sakura Mengorak Kelopak di Perpustakaan al-Ghazali, Kospint. Dah lama, tahun 1999/2000 kalau tak silap. Sebetulnya, membelek karya Arena Wati; semangat Nusantara kita akan lebih mekar, dan memahamkan kita bahawa setiap satu daripada tanah di gugusan ini, masing-masing punya pertalian yang erat.
Hamba tertarik untuk berkongsi cerita daripada seorang rakan blogger yang juga orang yang agak harum namanya dalam bidang sastera dan penulisan kreatif iaitu Saudara Al-Azharri Siddiq. Beliau menulis di blog JENTAYUABAKA.

Hamba ambil kesempatan untuk menempelkan sebuah belasungkawa yang jujur daripada orang yang lebih mengenali Arena Wati. Dan, hamba juga kagum kerana arwah bukan sekadar penulis sastera yang ulung, malah juga pernah menimba pengalamanan dalam bidang pelayaran, suatu bidang yang hamba uja sekali ingin mencuba.


Gambar: Allahyarham Arena Wati - Kredit untuk Kakiseni



BELASUNGKAWA
Oleh : JRY Pada 1:04 PM . Monday, January 26

1. TERLEBIH dahulu marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Sasterawan Arenawati yang kembali ke Rahmatullah semalam.

2. Penulis sangat sedih kerana kami sebenarnya berjiran di Kuala Lumpur. Di hujung minggu Pak Arenawati sangat suka ke pasar minggu di Kepong kemudian siggah di kedai mamak sambil minum.

3. Semasa hayatnya, penulis diberi penghormatan masuk kedalam bilik tulisnya yang juga bilik tidurnya. Buku-bukunya disusun di sekeliling biliknya di atas rak sehingga mencecah ke siling rumah.Bagaimana agaknya buku-buku yang bernilai tinggi itu selepas ketiadaan Allahyarham. Pak Arenawati faham bahasa Belanda dan fasih berbahasa Inggeris, banyak buku-bukunya mengenai sejarah Nusantara Melayu dalam bahasa Belanda dalam simpanannya.

4. Penulis terkenang, Pak Arenawati pernah memberi wang RM50 untuk membeli buku. Ketika itu penulis tidak membawa wang yang mencukupi. Kami juga bertukar-tukar novel.

5. Pak Arenawati bukan sahaja seorang Sasterawan Negara tetapi juga Ahli Pelayaran yang unggul. Dalam satu perbualan kami, Pak Arenawati menceritakan zaman mudanya menjadi Ahli Pelayaran membawa barang dagangan dari Sulawesi ke Jawa, Singapura, dan Johor. Ilmu pelayarannya amat tinggi.

6. Mudah-mudahan Allahyarham Pak Arenawati dicucuri rohnya dan dipermudahkan urusan dunia dan akhiratnya.
al-fatihah.
Read more

Sakit mata dengan sari kata!

Soalan
Pernah tak anda menonton sebuah filem yang memaparkan babak menguja (suspen), seram atau aksi dan secara tiba-tiba anda tergelak (bukan kerana faktor cerita) tetapi kerana faktor lain?


Kalau belum pernah , apakata anda semua tengok contoh yang satu ini. Petikan daripada filem Burn After Reading arahan Joel & Ethan Cohen (pemenang Oscar tahun lalu). Tahun ini, walaupun filem ini agak bagus tetapi tiada pencalonan Oscar untuk mereka.

Faktor: Sarikata



Brad Pitt sebagai Chad Feldheimer menjerit "I got his number! I got his number!" . Yang dimaksudkan ialah nombor telefon, bukannya sukatan.


Lalu Frances McDormand (Linda Litzke) menjawab "Oh my god!". Kalau tengok gambar atas, anda akan geleng kepala.

Untuk seorang pelakon sehebat John Malkovic (dalam filem ini wataknya sebagai mangsa SURAT UGUTAN bernama Osbourne Cox) memang malang kalau diterjemahkan pertanyaannya - "What, are you engaged in the blackmail?" menjadi sebegitu rupa.



Juga Tilda Swinton mesti tepuk dahi kalau ayatnya berbunyi "You're not talking to one of your 'shit-whole bodies!" menjadi seperti yang anda lihat.

Atau John Malkovich mungkin pengsan bila mana dia bertanya "Who am I speaking to?" di salah erti menjadi "Who mines speaking to?" (Mines - Lombong)

Nak lagi? Yang atas ni berbunyi " Who the f*** is you? What document are you talking about?"


dan lagi... "I don't know who the fcuking you are but you have no idea on what you doing!". Persetubuhan? Hahaha. Hamba 'don't' tahu nak cakap apa lagi. hehehe.

Atau mungkin juga McDormand salah dengar Malkovich kata " ...and I warn you!"
sampaikan McDormand sebut "Anda memanaskan kami?" merujuk kepada "You warned us?". Tang mana dapat 'memanaskan' tu? Warn = Warm?

p/s: Kecuali Malkovich dan Pitt; McDormand, Swinton dan seorang lagi aktor filem ini, George Clooney pernah menang Oscar.

Sejak dulu lagi, sebelum baru-baru ini orang suruh hamba boikot produk US yang ada sangkut paut dengan Yahudi hamba rajin membeli VCD cetak rompak. Alkisah, sebab hamba malas nak beli VCD/DVD original yang ada cop KPDN-HEP, buat kaya diorang saja. Jadi, eloklah kalau beli yang cetak rompak. Tapi, bila beli yang cetak rompak hamba suka nak tanya orang tukang jual, sama ada DVD tu master copy atau cinema copy. Kalau cinema copy, hamba sanggup pulangkan semula. Tak salah cerewet dalam membeli produk cetak rompak.

Cuma, bila kita tonton filem kekadang kita perlukan panduan sarikata sebab Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda kita, tambahan slanga dalam filem ada yang cakap laju. Memang kita tak berapa mesra telinga. Hamba tiada masalah kalau filem Hollywood tiada sari kata, boleh saja nak faham. Cuma, untuk pengkaji yang sedang mengusahakan penulisan lakonlayar, hamba nak juga tengok sarikata baik dalam BI atau BM supaya dapat memahamkan struktur ayat dan lakonlayarnya.

Jadi, tengok sajalah sarikata filem Burn After Reading di atas tu! Penulis lakonlayar filem ini dah dua kali menang Oscar, dan filem genre black comedy ni pun memang bukan calang-calang. Tapi kenapa mood hamba terus off bila ternampak sarikatanya!!! Sakit mata betul. Memang lari fokus. Nak alihkan, memang tak boleh sebab hamba beli VCD. Kalau DVD boleh saja hilangkan sari kata.

Hamba tertanya-tanya juga siapa penulis sarikata dalam Bahasa Melayu ni? Dulu, 4 tahun lepas ada kisah penangkapan seorang penuntut USM, Pulau Pinang yang bekerja mencetak rompak filem Hollywood menerusi bekalan torent di internet (zaman itu, torrent belum popular lagi). Dan beliau ialah pelajar berketurunan Cina. Katanya, dia membuat sarikata dalam BM. Dan ada juga penuntut lain yang mengambil upah menulis sarikata dalam BM untuk pasaran gelap.

Agak-agak sarikata untuk Burn After Reading ni pun dibuat oleh bebudak upahan yang Bahasa Melayu gred E. Kasihan kepada penonton 'anti-israel' macam hamba sebab terpaksa melayan sarikata tahap jamban macam ni.

Tapi tak boleh nak kata jugak, sebab hamba beli cetak rompak. Memang padan mukalah. Cuma, hamba rasa ramai yang perasan bukan setakat di dalam industri VCD cetak rompak saja (dah boleh dipanggil industri sebab jana ekonomi), malahan di kaca TV juga.

Hamba ni peminat setia drama-drama Korea/Jepun. Selalu sangat tonton drama di 8TV atau TV2 dan juga layan drama TVB dari Hong Kong. Kalau drama Korea/Japan, hamba lebih gemar kalau guna suara asal mereka, bukan alihbahasa ke Bahasa Mandarin. Kurang penghayatan lah jawabnya. Sebab itu hamba selalu cari DVD/VCD drama Korea/Jepun sebagai pemuas nafsu. Ya lah, yang dekat TV bukan setakat alih bahasa ke bahasa Cina, malahan sarikata nya juga teruk; terus jadi tak bernafsu nak feeling-feeling Korean.

Contoh
Ayat salah : "Joon Hee barulah kekasih Gu"
Ayat betul: " Kekasih sebenar Gu ialah Joon Hee" atau "Sebetulnya, Joon Hee lah kekasih Gu"

Tak faham betul, penulis sarikata tak payahlah makan gaji buta. Memanglah anda faham dan tahu Bahasa Melayu, tetapi takkan ayat mudah pun nak terjemah secara terus? Macam terjemahan babak Burn After Reading tu! Jangan-jangan buka kamus, terjemah satu kata kepada satu kata, padahal sepatutnya fahamkan ayat terlebih dahulu.

Kerja terjemahan ni bukan mudah. Kalau ambil orang yang setakat lulus SPM, memang susah. Hasilnya, keluarlah sarikata yang mengarut, baik di TV apalagi di DVD/VCD.

Hamba sangat berpuas hari dengan Planet Motion Picture (PMP) yang mengedar VCD drama Korea ke Malaysia. Terjemahan mereka bagus, biarpun belum ada yang sangat bagus. Cuba tengok contoh bawah ini, daripada drama siri 'Sorry, I Love You'.


Kedua-dua babak, pelakonnya punya dialog ada yang pendek, dan ada yang panjang. Tapi terjemahannya cantik dan ada struktur ayat yang betul. Kalau orang TV yang terjemah entah-entah terjemahan daripada alihbahasa. Itu yang jadi ayat tunggang terbalik.


Bercakap mengenai menuntut ilmu menerusi lakonlayar filem, hamba gemar menonton filem yang menyediakan lakonlayar sebagai sarikata. Contoh filem hebat tahun 1996 ini, Trainsporting. VCD ini hamba simpan agak lama, dan masih jadi bahan kajian. Mereka menulis lakonlayar secara jelas mengenai tindak tanduk sesuatu babak.


Babak ini tiada dialog, tetapi dinyatakan tindakannya.


Yang ini, sekadar gambar hiasan. Hehehe.



Kalau ada dialog, memang di susun ikut ayat, tak adalah seperti sarikata yang satu ayat bersambung-sambung.


Siap dengan lirik lagu lagi. Kalaulah sarikata Bahasa Melayu boleh buat semacam ini.


Sebelum mengundur diri, hamba nak selitkan dialog hebat dalam filem Trainsporting. Memang mendalam maknanya. Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang berbangsa Tionghua. Kepada bebudak Cina atau sesiapa saja yang buat kerja terjemah sarikata, pastikan anda betul-betul lulus cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu SPM ya!

Oh ya, hamba lahir pada tahun Ox (tahun Lembu). Boleh menyanyi percuma di Red Box. Hehehe. Namun, banyak juga MTV kat Red Box yang lirik lagu tunggang langgang. Sedih Malaysia!



p/s: Semua dialog di bawah dilafazkan oleh aktres Kelly MacDonald sebagai Dianne yang cuba dipikat oleh Mark lakonan Ewan McGregor. Filem ini dicalonkan Oscar untuk kategori Lakonlayar Adaptasi Terbaik menerusi tulisan bijak John Hodge.








Read more

Alkisah : Kampus - Awek 'S'

Nota: Ini kisah peribadi bersama kawan-kawan, jadi hamba guna kata ganti nama 'aku' kerana kata ganti nama 'hamba' hanya hamba gunakan di kampung halaman. Harap maklum


Kisah itu berlaku zaman aku dulu-dulu. Habis saja kelas, aku biasa dengan geng sekelas Yon dan (kejap: Jangan gelak) Din Macho (sebenarnya, Din ni berimej ghotik) akan lepak-lepak hisap rokok (Din saja yang hisap, aku dan Yon tak. Kami belia paru-paru gred A) sambil tunggu kelas seterusnya, kalau ada. Kalau tak ada, tiada tempat yang paling seronok untuk pergi melainkan balik bilik, tidur.

Alkisah suatu hari aku dan Din Macho baru habis kelas MKTG Miss Mae. Kelas marketing, biasalah pergi/balik mesti nak vogue. Hari itu pakai baju jenama Wild Channel, dan seluar slack U2. Biasalah, zaman dapat duit pinjaman aku suka beli belah baju-baju terutama baju-baju yang ada kat patung. Bagi aku, baju kat patung adalah baju yang terbaik. Bila aku habis bayar kat kaunter, patung tu akan telanjang la jawabnya. Tak senonoh betul! Tapi perlu ke bila aku pakai baju yang mahal pun kawan-kawan tetap kata aku berimej 'suram, muram dan curam'???

Aku menunggang motor Honda Wave 125 berwarna Maroon. Biasanya kalau kelas kami sama, aku boncengkan Din Macho. Aku beritahu Din yang aku nak santap tengah hari kat kafe Kak Long Gelang saja sebab malas nak ulang alik ke asrama. Sebabnya, minggu tu aku telah melantik diri sendiri untuk menjadi Penerbit Program Malam Gemasiswa 60-an. Memang aku kaki enjoy (baca: gaya Nora Danish) zaman belajar dulu. Malam 60-an adalah program maksiat aku yang paling membebankan aku. Mana nak tengok bebudak aku berlatih menari, jamming kugiran, hias pentas, cari busana, jual tiket. Macam-macamlah. Jadi, aku dah bikin janji dengan Pengerusi Kelab Citra Seni, seorang yang kurus kering berwajah iras Ramli MS - mamat ini namanya Rais Ahmad. Jadi kami aturkan pertemuan kat kafe Kak Long Gelang.

Kak Long Gelang yang berwajah iras dramatis Maimon Mutalib ini memang seorang yang....errr. No Comment. Biasanya aku dan kawan-kawan akan lepak mentedarah kat kedai makan lain sekitar kampus seperti di gerai Mak Ira Awek Cun, Bedah Corner, Wawa atau Wanira. Paling-palingpun dekat CRK. Tapi Muadzam Shah ni nak bergerak susah. Kalau tak ada kenderaan sendiri jangan mimpi nak jalan-jalan cari makan. Jadi, kafe Kak Long Gelang yang berada di dalam kawasan kampus terpaksa menjadi pilihan kami hari tu. Walaupun, makanannya tahap gred B dan harganya menusuk hingga ke hulu hati.

Sesampainya aku dan Din di perkarangan kafe yang berpapan tandakan tulisan 'Cafe DeUniten' yang mana sampai sekarang aku mencari apa kena mengena Muadzam Shah Pahang dengan negara Eropah, aku terus meluru masuk ke kafe yang sebenarnya terapung kalau kolam/tasik/kumbahan/apa saja gelaran terhadap kolam bulat itu naik air 'teh-ais'nya hingga penuh.

Sampai-sampai terus cari si mangkuk Rais, tapi tak jumpa. Alkisah, dia sedang gah di parkir sedang keluar dari perut Kelisa plat PEQ ####nya sambil diiring dua lagi sahabatku, Hilmi Kang dan Pai aka Encik Pau. Setakat Kelisa pun nak berlagak. Standardlah, kat kampus awek-awek bukan kira apa, Kelisa pun jadilah. Itu agaknya Rais Kerang ni bangga.

"Kau dah dapat approval nak pakai Auditorium petang ni Kang?" aku tanyakan kat setiausaha yang tak seksi bernama Hilmi Kang. Dia cakap budak bernama Azim dah setelkan. Pai yang akan perform malam tu menyanyikan lagu Pop Yeh Yeh duduk selamba biarpun hanya berbaju tajaan - baju free hasil menjadi AJK program kampus. Alah, mesti korang pun pernah dapat sehelai dua. Aku dapat juga baju Pai pakai tu, tapi aku malas nak pakai sebab design dia, sedih ya amat. Tak kreatif!

"Surat nak guna air-cond dah ada?" tanya Rais Kerang, sambil tersengih seperti kerang.
Hilmi kelam kabut juga, tak tahu sebenarnya yang prosedur kat kampus sampaikan guna air-cond pun nak kena minta isi borang. Leceh betul!

"Wei Am, bila aku boleh start jamming dengan budak-budak band? Tarian semua dah ready" tanya Pai.

Kami pun berbual-buallah tentang persiapan Malam 60-an dengan bersungguh maklumlah kami ahli jawatan kuasa. Kamilah yang dapat baju tajaan percuma biarpun sehelai cuma.

Din memang diam dari awal. Nak kata tak terlibat dengan program maksiat aku, memang tak lah. Mamat ini aku suruh jaga bilik kawalan malam persembahan nanti. Dia selalu cakap, "Kau brief aku flow majlis tu nanti. Siaplah kerja aku".

Bila dia bersuara ingatkan dia nak cakap pasal event tu, tapi lain pula dia tanya.

"Kau pernah tengok awek 'S' tak?"

Apa dia?

Din tunjukkan kami awek yang dia ushar yang mana awek itu sedang mencedok makanan.



Gambar: Kalau rajin, carilah awek 'S' yang dimaksudkan.
dari kiri: Pai, awek S dan Hilmi Kang

Kisah yang aku nak kongsi ini berkenaan pengalaman meng'ushar' kaum hawa di zaman kampus. Maka tersebutlah zaman remaja dulu bila di alam kampus kebiasaannya geng-geng perasan macho akan suka lepak di kafeteria konon nampak sibuk study. Biasa sangat, dengan fail warna-warni dan kekadang ada yang datang berlenggang saja konon ada discussion. Sambil hirup air teh-o-ais (air ini yang paling jimat selain oren) bebudak lelaki ini akan buat-buat serius berdiskusi.

Tetapi, TAHUKAH ANDA? Tahukah anda bahawa anak mata bebudak ini sebenarnya melilau mencari objek-objek yang cantik, menarik dan da'bomb?

Yang dalam gambar yang sempat aku snap pakai kamera handset Encik Pau ini memang da'bomb.


Read more

Pro-Mahasiswa UM akhirnya menang!


Gambar: Kredit kepada M.star

Gelodak politik kampus sentiasa menjadi perhatian hamba, sejak di bangku sekolah. Lewat beberapa tahun ini, Univerisiti Malaya hamba kira antara yang paling menonjol dalam memperjuangkan hak pelajar untuk berpolitik secara matang. Setelah kes aduan polis terhadap ketidaktelusan suruhanjaya pilihanraya kampus tahun lalu, serta kes sensitif melibatkan kepala babi yang diletakkan di Masjid API, UM; hari ini kenangan manis tercipta untuk blok Pro-Mahasiswa kerana berjaya mengungguli pemilu kampus tahun ini. Kemenangan ini mengakibatkan blok Pro-Aspirasi tewas biarpun dengan majoriti tipis. Drama pilihanraya kampus UM amat menarik setelah kedua-dua pihak gagal memperolehkan majoriti yang cukup untuk membina kabinet. Alhamdulillah, setelah kali terakhir 5 tahun lalu, kali ini kemenangan berpihak kepada Pro-Mahasiswa.

Yang hamba suka, Pro-M menang di fakulti Pengajian Melayu, dan juga Pengajian Islam. Pro-Aspirasi nampak gaya gigit jarilah, lebih-lebih lagi sejak insiden kepala babi.

Insya-Allah hamba cuba mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan untuk menemubual Pengerusi Pro-M, Saudara Norazali Zainuddin ataupun salah seorang calon umum, mungkin Saudara Mohd Hafiz Ilyas atau Mohd Ridzuan Mohd. Analisanya akan hamba sudahkan sedikit waktu lagi.

Banyak drama kalau nak tahu.



Untuk maklumat yang lebih lawatilah Pro Mahasiswa

Syabas, dan jalankan amanah dengan jujur dan bertanggungjawab.

Pasal Babi?

Hamba tampal gambarajah ini, kalau kabur - maaflah ya.


Gambarajah kredit kepada Zainulfaqar. Kalau nak tengok gambar besar sikit, klik je.
Read more

Budak Kecil, Jangan Jadi Bodoh!



Budak kecil yang serba serbi tak kena ini sudahpun besar,
Aku pesan sama dia "Jangan Jadi Bodoh!"
Budak kecil itu lekas mengaku bahawa dia sudah besar,
Tambah lagi cakapnya "Ada aku kisah?"
Maka budak kecil itu rumus berseloroh,
"Aku cerdik, sebab itu aku tak kisah"
Budak kecil ini gemar datang dan pergi,
Sesuka hati nenek anjang aki,
Budak kecil ini gemar membazirkan hari,
Seolah waktu merenek dan tak akan meninggi,
Aku bilang "Kau lekas berambus, aku mahu sendiri!"
Dia jelas "Ada aku peduli?"
Budak kecil ini takkan boleh lari,
Harus dia semuka denganku setiap hari ,
Budak kecil ini juga takkan membesar,
Sebab jasadnya saja yang melebar,
Aduh!
Mana tahan kalau sentiasa begini,
Aku tak pernah bencikan kau wahai si budak kecil!
Sebab aku tahu kau sentiasa meronta-ronta mahu beraksi,
Tiada jalan lain, tinggal diam saja dalam rongga nafasku,
Dan tak perlu kau bimbang budak kecil, aku masih dirimu yang dulu
Budak besar bernama aku,
Pernah atau tidak wujud suatu waktu,
Di dalam tubuh seseorang meronta-ronta mahu meluru,
Seolah kamu yang zahir hanyalah kamu yang tahu.
Read more

Warta Royan 0002 - Kipas Susah Mati

Hamba sedang panaskan enjin untuk memulakan perjalanan ke tempat kerja. Pagi Isnin, dan biasanya monday blues mesti singgah. Sambil-sambil tune in radio Hot fm yang hamba jarang dengar. Terdengar topik pagi pula.

Faizal Ismail:
Kita ada pemanggil di talian, namanya Dak Chong. So, apa komen Dak Cong tentang AJL yang berlangsung semalam?


Dak Chong:
Overall, saya puas hati dengan kemenangan Meet Uncle Hussein, cuma lagi bagus kalau Faizal Tahir yang menang anugerah utama.


Faizal Ismail: Kenapa mesti Faizal Tahir menang?

Dak Chong: Sebab dia dah menang besar, 3 kategori. Kalau menang Juara Lagu terus pun lagi bagus. Sebab kemenangan itu akan menutup mulut orang-orang yang banned dia last year.


Faizal Ismail: Begitulah fanatiknya peminat industri muzik tanah air.


Aku abaikan perbualan radio tersebut. Mual pun ada, bukan peminat setia Faizal Tahir saja, banyak lagi peminat lain yang sudi keluar belanja untuk buat panggilan radio dengan pendapat bertaraf sampah.
Elok-elok rancangan bual pagi radio yang mungkin, kalau pemanggilnya berilmu maka jadilah program berilmu. Nampak gaya, nan ado.

Telefon bunyi.


Teman: Morning! Yuhuuu!


Hamba: Apa kes pepagi buta ni?

Teman: Nak tanya, kau tengok AJL tak semalam? Kau mesti tengok kan?

Hamba: Tengoklah, kat TV je. Kenapa? Nak bagi komen?


Teman: Takde, aku nak meroyan pasal member aku semalam.


Hamba: Member kau kenapa?


Teman: Perlu ke semalam ajak aku lepak rumah tengok AJL, last-last aku pulak yang kena bambu.


Hamba: Mulut kau takde insuran kot, itu yang dia bambu.


Teman: Bukan pasal mulut, tapi pasal kau.


Hamba: Apasal pulak aku?


Teman: Aku cakap kat member aku yang kau kata lagu Sampai Syurga tu syirik. Lepas tu dia marah, dan suruh siapkan dalil. Aku pun explain la sebiji apa yang kau tulis dalam blog kau. Dia still tak boleh terima apa yang aku terangkan.


Hamba: Boh layan aje lah. Buang karan je kalau di layan.


Teman: Dia cakap aku dengan kau, secara peribadi tak suka Faizal Tahir.


Hamba: Pulak, aku terang-terang sokong lagu Coba. Vokal terbaik pun aku suka dia menang. Takde rasa tak suka pun. Ada kau tanya apa hujah dia mengatakan apa yang aku tulis salah?


Teman: Dia cakap lagu itu tuju kat Tuhan. Aku tergelak lah, sebab dalam klip video sah-sah ada perempuan, dalam air semua. Sama macam jalan cerita yang kau terjemahkan tu.


Hamba: Persepsi adalah hak milik individu, mungkin dia rasa terdidik dengan cara lagu tu disampaikan.


Teman: Aku bangkang 100%! Aku sikit punya bela kau, kau sokong dia pulak.


Hamba: Bro, kau pernah tak bila borak dengan member kau dan tiba-tiba dia tersilap fakta dan bila kau cuba nak betulkan fakta tersebut lalu dia tetap dengan pendiriannya. Sebenarnya, jauh di sudut hati dia tahu dia salah, cuma dia terpaksa melayan EGO dia. Jadi kau tak payahlah kisah sangat.

Teman: Cis! Penat je aku meroyan bagi pihak kau.

Hamba: Aku bukan apa, malas lah nak layan kau meroyan pagi-pagi buta ni. Sastera ni luas maksudnya, cuma jangan salah guna. Tak salah nak guna 'syurga' sebagai metafora, hiperbola segala tapi biarlah di tempat yang betul. Aku komen lirik lagu tu saja, bukan lagu tersebut secara keseluruhan. Bila kau meroyan sebab member kau meroyan, aku rasa baik boh layan je. Dia mungkin setuju, mungkin juga tak setuju. Persepsi adalah hak milik individu.


Teman: Ramai je yang setuju dengan pendapat kau.


Hamba: Bro, aku ni siapa, mungkin pendapat aku salah. Lagi satu, kekadang kalau kita minat gila babi kat seseorang, dia kentut pun kita kata wangi. Samalah dengan kes ini.


Teman: Kau suka ke Sampai Syurga menang?

Hamba: Dari segi melodi, aku setuju, cuma dari segi lirik. Aku nak lirik yang paradoks. Metafora nampak melampau, sentuh syurga neraka segala tetapi logik akal dan iman masih kepada tiang yang betul. Nak buat macam mana, Anugerah Juara Lagu ini, anugerah hiburan. Susah nak bawa orang akademik yang layak sebagai juri. Entah-entah mereka pun malas nak masuk campur. Panggil orang akademik macam Nik Safiah Karim ke, Prof Abu Hassan ke, kualiti penulisan seni kata sama tahap macam tu jugak. Bila juri dipilih daripada kalangan mereka yang pernah menang, kalah, terkeluar carta mingguan korang fikirlah sendiri macam mana bentuk penjuriannya.

Teman: Yang aku hairan, ketua juri Azmeer. Bukan kau pernah cakap ke Azmeer tulis lirik Langit ke-7 dengan baik, sebab melambangkan syurga sebagai khayalan saja.


Hamba: Mungkin sebab lagu tu tak lepas kat semi final, jadi dia fikir lagu yang langgar hukum layak menang. Aku tak kisah dia jadi ketua juri.

Teman: Member aku marah kau nak kentut muka Faizal Tahir.

Hamba: Bila masa aku nak kentut muka Faizal Tahir? Aku tulis aku nak kentut dan kambus kepala juri-juri ke dalam tanah. Faizal Tahir tak bersalah, dia tak minta pun untuk menang.

Teman: Kau nak kentut muka juri yang mana dulu?


Hamba: Mungkin kawan kau tu peminat setia Hazami, sebab itu dia sentap. Jadi aku kentut kat muka Hazami last sekali lah.

Kami tergelak. Aku mematikan talian sebab polis trafik ada secara tiba-tiba di tepi jalan.



p/s: Tahniah kepada Faizal Tahir kerana kemenangan berganda, hamba tiada apa-apa yang menentang bintang yang satu ini. Kalau artis ini tidak boleh dikritik, maka tak payahlah dia masuk bertanding kerana penganugerahan seperti ini untuk mereka yang menyerah diri kepada penilaian.

***
Terima kasih kerana sudi bazirkan masa membaca.

Hamba akan meneruskan kolum ini pada masa-masa akan datang. Jika sekiranya anda juga mempunyai sebarang royanan yang ingin diluahkan, bolehlah mesej (melalui komen) dan hamba akan olah royanan anda ke bentuk dialog seperti di atas. Permintaan agar nama dan lokasi peristiwa jika mahu dirahsiakan, akan hamba turuti.
Read more

6 Kugiran Untuk 6 Bulan

Enam bulan pertama 2009 bakal menyaksikan kesinambungan perjalanan kugiran-kugiran bawah tanah yang sejak 2007 mula menunjukkan taring. Hamba turut mengikuti perkembangan semasa kugiran-kugiran indie sejak 2003 ketika berusia 18 tahun. Sejak 2004 banyak kugiran yang hamba rasa bagus telah menjelma dan menghilang. Dari zaman Butterfingers ke O@G ke Flop Poppy dan Nitrus terus ke zaman Bau, Redline, Disagree, The Times dan kini muncul Hujan, Meet Uncle Hussein, Komplot, Couple, They Will Kill Us All, Kluk Kluk Adventure dan Skudap Skudip. Semuanya tumbuh bagai rumput, datang mesen habis hancur semua rumput yang berkemuncup.

Perhatian daripada media arus perdana memang berada di bawah paras kemiskinan, dan itulah yang hamba hairan sejak dulu. Apakah wartawan-wartawan hiburan tidak ditugaskan untuk menyelongkar khazanah muzik bawah tanah ataupun mereka sendiri masih gemar dan selesa dengan arena arus perdana yang asyik-asyik muka itu. Hamba rasa bukan semua wartawan hiburan gemarkan genre artis seperti Ning Baizura, Siti Nurhaliza dan bla bla bla. Tapi itulah, artis-artis yang kerjaya nyanyiannya disokong oleh komposer sahaja yang diberi ruang publisiti.

Hamba boleh katakan muzik bawah tanah kini boleh menjadi sebuah industri kecil, ekoran permintaan yang tinggi dan terkadang lebih lagi daripada permintaan arus perdana. Berapa ramai anak muda yang sanggup turun ke gig semata-mata mahu membeli CD bawah tanah yang cap ayam kualitinya berbanding ke kedai muzik untuk membeli CD cap emas yang dipamer geng arus perdana?

Buka mata, dan berilah mereka ruang. Zaman sudah berubah. Muzik bukan lagi sekadar mengenai artis dan sensasinya, tetapi muzik kini sudah menjadi bahan perbincangan intelek anak muda. Industri muzik yang dipegang kuasa oleh penyanyi (yang mungkin 60% buta pengetahuan muzik) bukanlah industri muzik yang sihat.

Industri muzik yang sihat adalah apabila penyanyi, pemuzik, penyusun lagu serta penulis lirik bersatu dan menghasilkan karya yang ada arah tuju.

Untuk itu, hamba sekadar memperkenalkan kugiran-kugiran yang sudahpun anda kenal barangkali, dan hamba memilih enam kugiran ini kerana sebagai seorang pekerja yang bekerja dalam bidang pemasaran, enam mereka ini hamba jangka bakal mendapat perhatian dan putaran yang baik daripada pendengar muzik sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Lagu-lagu mereka ini ada juga hamba senaraikan dalam playlist, bolehlah belek-belek.



Yuna
Nuansa: Alternatif / Akustika / Folk Rock
Sejak 2006

Dalam banyak-banyak pengaruh yang Yuna jelaskan, hamba hanya kenal 60% daripada mereka. Begitu luas pengetahuan muzik budak ini. Pertama kali mendengar Yuna, hamba bayangkan gadis ini saja-saja jamming dalam bilik. Tetapi ia berubah apabila hamba mencari asal usulnya di internet. Inilah gadis bertudung pertama (barangkali) yang menonjolkan imej berlainan untuk persada bawah tanah. Yuna disokong oleh ahli kugiran yang juga bagus-bagus, cuma yang menonjol hanyalah Yuna. Yuna menjadi seperti sebuah jenama yang sudah boleh diangkat. Menonton beberapa persembahan Yuna, hamba lihat gadis ini masih gubra dan tidak konsisten. Suaranya bergetar dan menjejaskan penonton untuk menghayati.

MALANGNYA tak banyak lagu Melayu yang dinyanyikan Yuna. Yuna, pesanan hamba - anda Melayu, maka nyanyilah dalam bahasa ibunda anda. Lagu Melayu perlukan anda! Pun begitu, hamba gemarkan lagu 'Dan Sebenarnya', dan tak berapa gemar 'Cinta Sempurna' yang agak fake. Lain-lain yang bagus seperti 'Deeper Conversation'(tolonglah buat versi BM!!! Suka sangat lagu ini), Rocket (pergh!!!), After Midnite dan takkan semua kot, rasanya yang hamba gemarkan dan pasang banyak kali ialah 'Backpacking Around Europe'. Sementara 'Fireworks' macam pernah dengar, kurang originaliti barangkali. Muzik Yuna, entahlah... memang dah lama, sebelum Yuna wujud lagi hamba layan. Rakan-rakan sekampus semua pernah tension apabila hamba layan lagu-lagu Norah Jones, John Mayer dan Coldplay. Siapa tak rasa lepas tension sambil layan lagu Yuna, dan rendam kaki dalam baldi sambil duduk atas sofa sorang-sorang.

Anda akan layan kugiran ini jika anda layan tiga artis tadi , juga Corrine Bailey Rae, The Cardigans, Norah Jones, John Mayer, Alanis Morissette dan barangkali Abot, Mocca atau sebuah lagu slow berjudul 'Mengapa Kasih' (erk, siapa ya penyanyinya. Lupa)


Bunkface
Nuansa:Punk Rock Alternatif
Sejak September 2006

Pertama kali tengok Bunkface ketika hujung tahun 2006, di saluran Astro Hitz.tv. Ketika itu ada rancangan Blast-off. Tahu apa reaksi hamba? "Busuk punya band!"

Pertama kerana hamba penggemar muzik punk juga. Dan apabila disua dengan muzik punk ala-ala budak-budak high school yang selalu muncul dalam filem-filem remaja murah USA, hamba akan kata "punk is not about feeling great, its about a protest"

Apabila radio mula memutarkan lagu Bunkface, berjudul Situasi yang hamba sebenarnya tidak rasa hebat mana hamba jadi hairan kenapa baru sekarang masyarakat kita boleh terima muzik Situasi, sedangkan pada pandangan hamba Situasi tidak jauh beza daripada lagu-lagu lemah kumpulan Simple Plan. Cuma lirik Situasi, amatlah outstanding, biar hamba harap penggunaan bahasa Melayu lacuran akan dapat dikurangkan pada masa akan datang. Tahniah!

Imej itu yang dibawa Bunkface sekarang, dan hamba rasa bukanlah kugiran yang harus diangkat sebagai yang terbaik. TETAPI, mana lagi kita nak jumpa penyanyi yang bersuara seperti Sam, vokalis Bunkface yang hamba kira sangat okay-lah dan unik. Vokal Sam setakat ini adalah yang paling okay selain Lan MUH dan Rithan (Deja Vodoo) . Kugiran lain, maaf cakap vokalis menyanyi sekadar cukup makan. Harap ada inisiatif untuk menyanyi dengan betul.

Lesson from the season muncul pada 2007, dan hamba sempat dengar awal tahun lepas ada enam lagu Inggeris yang comel-comel. Kenapa comel? Kerana stail muzik mereka belum cukup matang. High School Musical + American Pie + Lindsay Lohan's film segala. Silly Lily mungkin digemari, tetapi hamba rasa tiada istimewa selain video muzik yang cool gila serta beberapa bait lirik yang 'sungguh' gila . Hyper Killer kira okaylah, namun hamba gemar lagu Bunk Anthem yang paling okay.

Apabila muncul lagu Situasi, biarpun hamba tidaklah gemar sangat, hamba mula rasa menghargai kugiran ini kerana akhirnya mahu juga menyanyikan lagu Melayu. Ketika itu hamba terdetik, mesti ramai bebudak jerit 'fcuk hujan, amik bunkface;. Dan itulah yang berlaku. Bunkface kini berjaya caras Hujan. Apa nak dikisahkan, Bunkface dan Hujan punya kekuatan yang setara. Kalau Hujan berbangga dengan Noh Salleh yang genius tetapi bermasalah, hamba tengok Bunkface juga punya Sam yang lebih kurang serupa.

Bunkface dan Hujan berbeza latar belakang barangkali. Bunkface amat kental pengaruh kolonial sedangkan Hujan memberontak dengan jatidirinya. Namun persamaan, kedua-duanya menjadikan kugiran daripada barat sebagai kitab mereka.

Sampai sekarang, hamba fikir Bunkface patut mempergunakan populariti mereka untuk menjenamakan semula muzik mereka. Bunkface tidak perlu menjadi band punk budak-budak. Selami isu-isu berat, dan hala tuju muzik yang lebih besar ruang lingkupnya sebagaimana anda laung dalam lagu Situasi.

Dan TOLONG, jangan buat lirik macam lagu Last Minute, Here We Go Again dan paling jelas High School Rockers. Anda tak perlu peningkan kepala dengan prom nite, setidak-tidaknya Land of Hope adalah percubaan yang baik untuk berlirik serius.

Paling-paling dapat kaji lebih mengenai Blink 182, Panic@TheDisco, Greenday (salah satu lagu GD ialah 'Crazy Amanda Bunkface') , MCR atau NOFX, barulah celik mata. Itu pengaruh muzik korang tetapi kenapa hasil jadi seperti McFly atau Simple Plan atau Fallout Boys atau Good Charloote saja. Seperkara lagi, nyanyi lagu bahasa Melayu banyak-banyak okay!

Anda akan layan kugiran ini jika anda layan Greenday, Simple Plan, Good Charlootte, Fall-out Boys, SUM41, Paramore atau dunia muzik Melayu barangkali seperti Superman Is Dead (kugiran punk Indonesia yang keren!) atau busuk-busukpun yang cuba buat punk manja macam Kertas Band dan One Buck Short.




Algebra
Nuansa: Nasyid Rock
Sejak 2007

Tidak banyak yang hamba tahu tentang kugiran ini melainkan hamba mendengar dua buah lagu mereka, dan hamba akan katakan - inilah stail baru 2009. Kugiran yang membawa lagu-lagu dakwah Islam sangat jarang, tetapi seingat hamba ada aje kugiran-kugiran Kristian yang berkarya tanpa sebarang masalah. Paling hamba ingat ialah Evanescene dan Switchfoot. Kalau diperhati lirik-lirik mereka, ada unsur dakwah.

Algebra kalau ramai yang kenal adalah Al-Jabar, sebuah teori matematik yang dicipta oleh ilmuan Islam - Al-Khawarizmi. Unik tentang Algebra (nasib baik mereka tak guna nama Al-Jabar, sebab hamba dah lekat dalam otak dengan imej makanan kesihatan Al-Jabar yang selalu muncul di muka depan Harian Metro iklannya) ialah imej mereka, berserban berjubah segala bagai. Memang kalau mak aji datang tengok boleh pengsan.

Hamba tak pasti kalau Algebra pernah bermain di gig, kalau ya "Pergh! Sentap bebudak undergound!". Kemunculan Algebra dengan kelainan ini hamba kira sebagai satu titik mula yang positif. Kalau dulu Lefthanded rajin menyanyi lagu dakwah, kini apa salahnya Algebra pula ambil alih.

Hamba sudah dengar lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' dan pernah mengulas liriknya yang digam oleh RTM bulan lalu. Lirik lagu dalam album Algebra ditulis oleh bekas Mufti Besar Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin atau Dr. MAZA. Kira dasyatlah ni!

Sebuah lagi lagu yang hamba dengar adalah lagu Puisi Dunia. Lagu-lagu mereka nak kata killer song, susah sikit tetapi untuk halwa telinga yang sihat kira okaylah. Kebetulan ini adalah lagu puisi, dan melodinya mungkin dibikin selepas siap puisi, maka jarang berlaku lagu-lagu puisi yang menangkap telinga kerana kesukaran nak membikinnya.

Pun begitu, hamba yakin suatu hari Algebra akan popular, kalau bukan kerana lagunya mungkin kerana ahli-ahlinya yang ibarat bakal menantu mak mertua. Ahnaf Jamal sebagai vokalis agak segan gaya nyanyiannya. Harus lebih berekspresi, namun hamba fikir mereka masih memikirkan batas mereka sebagai penyanyi lagu dakwah.

Hello! Ada orang kisah? Teruskan sajalah. Lepaskan semua nuansa rock yang korang miliki, lirik yang bagus harus dicernakan dengan muzik yang bagus. Kalau mahu rock, maka rocklah betul-betul. Hamba tak boleh komen panjang sebab masih belum mendengar kesemua lagu mereka, tetapi - band pakai jubah serban, pernah tak korang terfikir?

Anda akan layan kugiran ini jika anda layan Rabbani, Akhil Hayy, Radja, Ungu, Creed dan Silverchair.

Pesawat
Nuansa: Progresif Garaj Rock
Sejak 2005

Pesawat ialah band paling bongsu dalam fikiran hamba sekarang. Hamba sangat layan lagu-lagu mereka sejak tahun lepas. Pertama mendengar lagu Excuse Me, dan hamba kata kenapa lambat aku dapat tahu lagu ini? Lagu mereka crunchy. Mudah dihadam dan tidak berbahaya.

Secara peribadi hamba sangat layan lagu Modula Oblongata (paling baru hamba dengar) dana da sebuah lagi lagu berjudul Hitam (yang takde suara lagi best). Pesawat pernah perform bersama Nidji, tetapi hamba tak ambil pusing masa itu kerana hamba sangat layan Nidji.

Apabila mereka muncul dengan Mirage, sebuah lagu Melayu hamba fikir inilah band masa depan. Nama band pun nama Melayu, dan harus mereka banyak menyanyikan lagu berbahasa Melayu. Mirage punya lirik mudah tetapi misteri , namun muzik lagu itu yang menyelamatkan mood hamba. Pernah juga terbaca good review daripada Malay Mail, tahun lepas rasanya pun hamba tak rasa minat. Yang hamba rasa suka ialah mereka bernama Melayu, apabila tengok tajuk lagu yang berbahasa Inggeris, terus hamba turn-off. Dan bertambah turn-off bila mereka muncul dalam Latte @ 8, speaking London berterabur.

Tetapi apabila mendengar balik muzik mereka, terutama lagu Hitam tu, hamba fikir buat apa hamba sibuk dengar The Killers sedangkan mereka ini ada untuk jiwa Melayu hamba.

Kini masa untuk mengkali keunikan Pesawat yang dianggotai antara lain ialah Kudux yang sebelum ini bersama MUH. Dan Pesawat, sebelum berlepas pastikan siap dengan bekalan lagu-lagu Melayu untuk masa depan korang. Vokalis! Perbaikkan mutu vokal anda!

p/s: Hamba berangan nak menulis lirik untuk Pesawat. Dah ada pun jalan cerita dan tajuk untuk lagu, tapi boleh kah hamba jadi penulis lirik? Dah cuba banyak kali asyik gagal. Buta tempo betul.

Anda akan layan kugiran ini jika anda layan Boy Kill Boy (lagu Showdown mirip lagu mereka), The Killers, Flop Poppy pun ada sikit, dan kugiran Indo seperti PAS Band barangkali.



Kotak
Nuansa: Pop Rock
Sejak 2004

Kotak, satu-satunya kugiran dari tanah seberang yang hamba pilih. Jangan kata hamba tak patriotik sebab blog hamba bersifat nusantara, jadi tak salah kalau kugiran Kotak yang dah sah-sah menyanyi lagu bahasa Melayu hamba pilih dalam senarai.

Pertama kugiran ini bukannya dikumpul secara semulajadi, tetapi menerusi sebuah pertandingan mencari band baru. Ala-ala pertandingan Twisties Bingit sekarang ni. Jadi, potensi mereka untuk berhayat pendek amat cerah. Harap mereka bertahan lama lah.

Dan mereka ini 2 lelaki, dan 2 perempuan. Semua mereka ganas, dan dengarlah lagu Beraksi yang sangat best. Kotak Kedua merupakan album kedua mereka selepas album pertama tak berapa nak menjadi. Album kedua inilah baru naik nama sikit.

Lain lagu Kotak yang hamba syorkan adalah lagu Sendiri (slow sangat, tak sesuai untuk kaki loncat), Terbang Khayal dan juga Tinggalkan Saja.

Kugiran ini hamba yakin, tunggu masa je nak disambar kaki kapitalis Malaysia untuk dibawa ke Malaysia. Namun, tiada siapa boleh halang kalau mereka menghasilkan karya bagus. Telinga kita tak boleh menipu.

Kotak akan menjadi satu nama yang harum tahun ini, itu ramalan hamba.

Anda akan layan kugiran ini jika anda layan P!nk, Linkin Park, Evanescene, Katy Perry, Cokelat versi pantas, Elyana, Mulan Jamilah (boleh ke?)

Sundae
Nuansa: Pop / Jazz / Akustika
Sejak Februari 2008

Menarik tentang band ini sebab mereka main biola. Kalau dulu kita takjub sebab Coldplay boleh gabungkan piano +rock, hamba rasa untuk muzik ringan seperti Sundae ini, biola bukanlah perkara yang pelik. Cuma, yang pelik dan menarik adalah mereka anak tempatan. Okay, nak menarik lagi, band ini ada dua cewek yang bergetah dan tiga cowok.

Sundae masih baru sangat, dan lagu pun tak pernah dengar di radio. Hamba layan lagu Sundae daripada seorang kawan seminggu yang lalu, dan untuk itu hamba mengesyorkan kugiran ini untuk senarai pencarian 2009. Mereka menyanyikan genre muzik yang hamba suka, dan itulah yang membuat telinga hamba lekat.

Setakat ini sempat dengar sebuah lagu (yang kualiti rakamannya, sedih), iaitu Hilang. Pergh! Cukup cakap, tolonglah! Dengarkan Hilang!! Suara Anis Kalissa (vokalis) sangat berpotensi. Serius!

Sundae akan jadi kugiran terbaru di hati anda semua, dan Estrella boleh mula fikir jalan untuk terus bertahan ya. Hehehe.

Anda akan layan kugiran ini jika anda layan Norah Jones, Lily Allen, Ella Fitgeraldz, Sheila Majid, Farhan Azizan, Tompi, Malique & The Essentials dan Mocca.

Jadi, tunggu apa. Kalau ada gig, redahlah cari. Hamba pun fikir tahun ni, nak banyak pergi gig. Jarang sekali ada peluang, asyik sibuk dengan hal lain. Sokonglah lagu-lagu Melayu okay!
Read more

Warta Royan 0001 - Tandas Masjid

Bermula hari ini, hamba bawa sebuah kolum baru yang akan memuatkan KISAH BENAR mengenai perkara seperti masalah, kritikan dan saranan berdasarkan peristiwa yang berlaku di sekeliling hamba dan teman-teman. WARTA ROYAN ini bukanlah bertujuan untuk membuka pekung, tetapi lebih kepada untuk kita menjadi masyarakat prihatin yang berintegriti.

***

Warta Royan 0001 - Tandas Masjid

Seorang teman telah menelefon hamba ketika hamba sedang mendengar khutbah jumaat, hamba abai panggilan tersebut kerana mahu mengambil intipati topik khutbah hari ini (ye ke?). Selesai solat, hamba menelefon kembali teman tersebut.

Teman: Wei Amrozi Pengebom Bali! Kau kat mana?

Hamba: Waalaikummussalam, nama aku Amri, bukan Amrozi. Apa hal kau call aku tetengah khutbah?

Teman: Aku nak story sikit, nasib malang aku ni.

Hamba: Nasib malang? Bukan itu hari kau dah mandi bunga ke?

Teman: Macam ni ceritanya, aku tadi kat Seksyen 19, Shah Alam nak pergi menunaikan 'shalat' lah alkisahnya. Ala-ala aku tadi nak jadi muslimin sejatilah kaedahnya.

Hamba: Bagus, alhamdulillah. Bertambah geng aku kat 'sorga' nanti.

Teman: Perlu ke kau nak confirmkan kau tu dah masuk 'soorga', DAH SAH-SAH kau tu pun kena hitung! Bahu kiri kau lagi berat daripada yang kanan kan?

Hamba: Ah sudah! Apa kisah kau hari ni?

Teman: Sambung kisah tadi, alkisahnya aku memang berkobar-kobar nak solat jumaat ni, khutbah pun dah mula. Aku pun ala-ala nak percepatkan langkah, macam orang yang tak sabar nak ke majlis ilmu.

Hamba: Berkobar-kobar macam nak pergi majlis maksiat la ya? Lepas tu?

Teman: Aku pun siap-siaplah ambil air wuduk walaupun air paipnya sedih ya amat.

Hamba: Sedih kenapa?

Teman: Airnya slow. Okay, lepas tu aku duduklah nak dengar khutbah ni. Tengah-tengah khusyuk, tetiba rasa nak terkenc... pulak.

Hamba: Lepas tu?

Teman: Aku pun lekas-lekas lah gi tandas, tandasnya pulak jauh berbatu kat tepi pagar masjid tu. Masuk-masuk je toilet, tak pandang kiri kanan, aku teruslah tunaikan hajat.

Hamba: Apa masalahnya, ambillah air sembahnyang balik.

Teman: Masalahnya...PERLU KER TANDAS MASJID TAK ADA AIR????

Hamba tergelak.

Teman: Aku dah sudah pancut ni, terkena kaki lagi pulak. Nak basuh celah mana?

Hamba: Beristinjak lah.

Teman: Istinjak apa nya!! Batu kesat pun tak ada!! Nak istinjak pakai dinding mozek yang kotor? Habis, takkan aku nak keluar menjejeh basuh anu kat tempat wuduk yang betul-betul kat pintu masjid. Aku kan lelaki pemalu!

Hamba: Sejak bila kau jadi lelaki pemalu? Apa kau buat lepas tu?

Teman: Aku 'tos'lah cukup-cukup, kesat dengan underwear, lepas tu aku keluar.

Hamba: Kau pergi solat?

Teman: Dah sah-sahlah tak! Takkan aku nak solat kalau tengah hadas kecil. Kotor pulak lagi.

Hamba: Alasan, kat dalam masjid kan ada kain pelikat.

Teman: Tak adanya kain pelikat kalau masjid dah penuh. Aku naik fed-up terus aku pergi kat kereta, kot-kot ada seluar spare. Malu aku, ramai orang menghala ke masjid aku pulak menentang arus.

Hamba: Kalau kau betul-betul nak solat, itu bukan alasan. Habis tu, teballah muka kau?

Teman: Aku buat-buatlah muka runsing, ala-ala ada emergency. Ramai gila yang tengok aku dengan pandangan pelik. Perlu diorang nak menilai ibadah aku?

Hamba: Kau terus blah lepas tu?

Teman: Aku start kereta je, khutbah dah nak habis.

Hamba: Kesian kau. Oh ya, masjid mana tu?

Teman: Masjid Al-Huda, Seksyen 19 Shah Alam.

***
Terima kasih kerana sudi bazirkan masa membaca.

Hamba akan meneruskan kolum ini pada masa-masa akan datang. Jika sekiranya anda juga mempunyai sebarang royanan yang ingin diluahkan, bolehlah mesej (melalui komen) dan hamba akan olah royanan anda ke bentuk dialog seperti di atas. Permintaan agar nama dan lokasi peristiwa jika mahu dirahsiakan, akan hamba turuti.
Read more

Bedah Siasat Lirik Lagu Yang Bertanding di AJL 23 - bahagian 2

Salam,

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hamba bawakan bahagian kedua Bedah Siasat Lirik Yang Bertanding di AJL 23.
Sebagai rujukan, bahagian pertama sila tekan sini.

Hamba juga ingin jelaskan bahawa, sebarang pendapat yang diturunkan dalam entri ini adalah pandangan peribadi hamba sendiri. Hamba tidak mempunyai kelulusan dalam bidang bahasa/sastera dan juga muzik, jadi pandangan ini lebih bersifat peribadi dan tidak menggambarkan mana-mana entiti yang hamba naungi. Jika ada sebarang kritikan, bolehlah saran di bahagian komentar, hamba sedia mendengar.


8. Persoalan Cinta - Ku Seman Ku Hussein & Iza Rosley
Ciptaan : Julfekar
Nyanyian : Farawahida
Kategori : Etnik Kreatif & Irama Malaysia
Album : Semuanya Ada Disini (2007)


Gambar: Ku Seman (tengah)



Bengkel

Pudarlah segala harapan
Bersama pelangiku yang hilang
Kini sudah ku tulis semua
Jawabnya cinta tak bermakna

Tiada gunanya kau fikirkan
Kiranya aku yang tersiksa
Delima cintamu yang hanya merosak jiwa <- dilema atau delima?
Delima buah kak...
Diriku tidak pernah mengalah
Di dalam persoalan cinta

Bagiku itu hanyalah dugaan semata
Antara kita cukuplah sudah
Simpan saja semua kisah
Cerita cinta mengukir indah
Kini hanya tinggal sejarah

Kupas

Ini yang bagus sekiranya lirik ditulis oleh mereka yang kenal bahasa sendiri. Ku Seman yang hamba kenal menerusi ruangan pojok - Siti Jarum, maaflah kalau silap tapi hamba yakin itu dia. Okay berbalik, Ku Seman sebagai wartawan akhbar berbahasa Melayu , sementara Iza Rosley pula merupakan seorang penyampai radio Manis FM di Kota Baharu, Kelantan. Jadi hasilnya, lirik yang cantik dengan bahasa mudah.

Cuma tajuk 'persoalan' itu hamba tak jelas. Persoalan merupakan perca yang merosakkan pemerhatian sebagaimana perca 'mungkin' atau 'jika'. Perkataan-perkataan ini tidak akan membawa kepada kepastian. Jadi, merujuk kepada rangkap terakhir hamba lihat 'persoalan sudah terjawab'. Sang penulis membayangkan pintu hatinya sudah tertutup, yang sudah itu sudah.

Di mana koralasi untuk mengaitkan 'persoalan' sebagai tajuk cerita? Sedangkan persoalannya sudahpun terjawab.

9. Bila Nak Saksi- Loloq (Allahyarham Rosli Khamis)
Ciptaan : Tam
Nyanyian : Kugiran Spider
Kategori: Balada
Album: Bintang 12 (2007)



Bengkel
Untuk lirik lagu ini, hamba akan ulas rangkap ke rangkap.

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka
:: Penulis terbayang-bayang WAJAH/JASAD si dia, dan bayangan itu muncul dalam tidur dan jaga seperti dinyatakan dalam baris ke empat. Rangkap kelima, maknanya si dia tiada disisi ketika tidur, dan si dia masih lagi wujud dalam bayangan, tidak di alam nyata.

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap
:: Daripada wajah dan jasad, penulis kini membayangkan CINTA, yang hamba terjemah sebagai NAFSU. Elemen seks ini wujud dalam baris ke empat dan kelima menerusi kata 'dakap' dan 'singkap'.

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
:: Secara ironi, 'Saksi' (ditambah-tambah dengan sebutan 's' Tam yang pelik sedikit itu) boleh ditafsirkan sebagai 'seks'. Dan penulis membayangkan si dia hanya akan datang apabila mahukan 'saksi' atau dalam erti kata sopan 'memerhati, menjaga atau menjenguk'. Dua makna tersirat sama ada seks ataupun perhatian daripada si dia. Dan penulis dalam ayat terakhir menulis 'cintaku sampai' lantas menunjukkan penulis sentiasa menyerah kepada si dia.

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama
:: Penulis terus membayangkan di dia sentiasa wujud dalam mimpi. Mungkin kerana kurangnya perhatian daripada si dia, kejarangan itu menyebabkan penulis sentiasa terbayang-bayang saat bersama.

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam
:: Dalam rangkap ini baharulah sang penulis menyatakan hasratnya. Dia mahukan si dia 'menyatakan' hasrat agar dibina sebuah istana supaya mereka akan dapat terus bersama, seperti yang diangankan penulis.


Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka
:: Namun, si penulis menyatakan hasrat itu masih tidak tercapai kerana si dia sekadar mahukan seks/perhatian bukannya komitmen.


Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai
Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan

:: Dan dalam rangkap terakhir, skandal itu masih berjalan dan penulis mahu terus hidup dalam angan-angan.

Kupas
Mentafsir puisi berunsur skandal sangat mencabar dan hamba yakin ramai yang menilai lagu ini dari sudut puitis, dan tidak menjalurkan kepada faktor skandal dan seks. Dari sudut pandangan hamba, sememangnya Loloq mahu menyatakan perhubungan dengan si dia adalah suatu kesilapan namun dia tidak mampu elak lagi.


Rangkap korus penulis berulangkali menyatakan kesilapan itu menerusi ayat-ayat mempersoal tindakan si dia "Bila nak saksi, kau datang...bla bla bla".

Namun dari sudut lain, lagu ini boleh jadi positif seperti RINTIHAN ANAK YATIM yang dambakan perhatian daripada orang ramai dan akhirnya mereka hanya memdapatkannya pada musim-musim tertentu seperti bulan puasa. Hahaha. Masuk akal juga kan? Siapa kata anak yatim tak suka dibelai?

Dari segi penggunaan tatabahasa, hamba tak pernah ada masalah dengan Loloq. Liriknya sentiasa sempurna, nahu, sebutan, patah perkataan dalam tempo lagu semuanya bagus. Seingat hamba Loloq jarang mematahkan perkataan dalam lagu. Semuanya disusun elok dalam rangkap dan mengikut nota muzik.

Lagu ini antara yang berlirik genius cuma melodinya sekadar mengulangsiar fenomena Relaku Pujuk. Laluan sukar untuk kembali menang, namun kerjasama Tam dan Loloq tak pernah mengecewakan hamba. Karya lain mereka yang hamba syorkan ialah Cahaya Gelita, nyanyian Elyana. Liriknya sangat manis dan genius.



10. Kalis Rindu - Ad Samad
Ciptaan : Aidit Alfian
Nyanyian : Erneelya Elyana
Kategori: Pop Rock
Album: Jadi Diriku (2007)


Gambar: Kredit untuk Mr Manager
Bengkel

Desiran daun dihembus angin
Tin kosong denting golek ke kaki

Membelah sunyiku

Menonton bayangan wajahmu di minda
Kala ku sendirian terpisah jauh

Terasing tanpamu

Babak penantian
Satu ujian
Sekuat mana cinta

Ku tak mungkin
Kalis rindu
Kalis pilu
Bila kau tiada

Ku Semakin
Pendam rindu
Pendam pilu

Hingga kau menjelma ah au…

Berdiri ditingkap merenung ke luar
Lihat kekasih ku yang basah berjalan dalam hujan <- lirik bermonolog ini cantik kerana berada dalam tempo Berserta senyuman
Lama ku nantikan

Sekian detikan waktu berlalu
Di alam berkasih
Menjadi rakaman yang berharga
Tak terharga yang berharga


Kupas
Tahniah sebakul kepada Ad Samad kerana banyak menghasilkan lirik-lirik pelik dan menarik. Sejak zaman lagu Simbiosis lagi hamba gemarkan gaya Ad Samad, penulisannya sebelum lagu itu ala-ala biasa saja. Untuk lagu ini, sesuai dengan muzik Rock ala harajuku (J-Rock) bertemu broadway dengan sentuhan British maka liriknya juga sesuai kerana bercerita.

Hamba membayangkan si gadis sedang membaca komik, lantas muncul di alam kayangan apabila sang jejaka yang dirindui muncul dalam hujan. Bahagian ini paling cantik. Penceritaannya bersuasana, dan suasanya sedikit ghotik barangkali kerana unsur-unsur ghotik ada seperti elemen hujan yang memerlukan PAYUNG (pernah tengok payung remaja ghotik versi harajuku? Nah! Pernah terserempak kat Bukit Bintang tak lama dulu)

Hamba kata begini kerana perkaitan daripada rangkap ke rangkap. Desiran angin dan tin kosong berdenting menyatakan si dia sepi dan bunyian itu memecahkan sepi itu. Kedua, elemen menonton bayangan tersebut telah menjelaskan bahawa si gadis ini menantikan sang balak yang tak kunjung tiba. Ketiga, perkataan kalis itu membayangkan si gadis melihat cermin tingkap yang basah dengan air hujan, maka dikaitkan dalam otaknya kalis air dengan kalis rindu. Keempat, dia menuju tingkap dan bertemu dengan si balak yang hadir (mungkin berpayung) dalam hujan.

Dari segi tatabahasa, hamba lihat ada kekeliruan dalam penggunaan akhiran 'i' dan 'an' tetapi ia tidak mencacatkan keseluruhan cuma apabila perkataan akhiran di susun dalam tempo muzik, akan berlaku pematahan lirik (tidak seserius upacara patah perkataan dalam lirik lagu 'Hanya Kau Yang Mampu- Aizat' ya). Perkataan yang hamba tebalkan itu dinyanyikan dengan baik oleh Elyana, cuma dia harus berjaga-jaga supaya tidak mengambil nafas di tengah-tengah suku kata seperti 'su' dan 'nyiku'. Sebutan harus senafas.

Rangkap terakhir pernah hamba tanya terus kepada Ad Samad tempohbulan, dan sebenarnya hamba tidak berapa faham maksudnya 'yang berharga, tak terharga yang berharga' kerana secara larasnya dia tidak dapat membezakan 'yang berharga' dan 'tak terharga'. Yang berharga bermaksud 'ada harga' dan 'tak terharga' bermaksud 'tiada harga/nilai'. Tiada nilai bukan bermakna murah, tetapi TIDAK TERNILAI. Dan Ad Samad tidak berjaya memahamkan hamba tempoh hari, jadinya hamba menilai ia dari sudut semantik.


11. Lagu Untukmu - Taja, Tassiq dan Azlan Yuslee
Ciptaan: Taja dan Tassiq
Nyanyian: Kugiran Meet Uncle Hussein
Kategori: Pop Rock
Album: 7 Tahun 3 Bulan 90 Hari (2007)


Tiada bintang

Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri

Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
:: Baris ketiga, '...berdiri, Aku' bersambung, secara sajak salah tetapi naratif penulis seolah menegaskan pendiriannya. Hamba bermasalah dengan sebutan Lan dalam baris kelima ' ...dan alur hidupmu' seolah-olah dia menyebut 'yang lalu hidupmu'. Dua makna, tiada salah tetapi keliru.

Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

:: Jaga-jaga dengan sebutan 'boneka' selalu Lan seolah menyebut 'banyaknya'. Dan baris seterusnya dibawah ada pula pengulangan 'yang'. Perkataan yang sesuai untuk menjadikan dua baris ini sebagai satu ayat ialah " Dan dikawal..". Susah menukar dua istilah ini kerana 'yang' adalah elemen penceritaan.

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan <- kesalahan lazim 'i' dan 'an'

Cukup-cukuplah oh cukuplah > menyudahkan

Guna hati akal dan fikiranmu > menjelas kenapa perlu sudah

Berbeza engkau dan juga aku > penjelasan (sebab)

Dua hati yang tak mungkin bersatu > akibat

:: Rangkap ini sangat cantik, kerana disampaikan dengan emosi yang cukup julatnya. Tegas, dalam amarah.

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan

Melayan sikapmu perawan


Berbeza berbeza

Kau dan aku berbeza

Kita memang tak serupa

Bebaskan bebaskan

Ku ingin dilepaskan

Kita tidak sehaluan


Cukuplah sudahlah

Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua
:: Tiga pantun ini sangat cantik, biarpun rangkap kedua ada kesalahan lazim 'i' dan 'an'. Pun begitu, hamba sangat tidak berpuas hati dengan pelat lidah Lan kepada sebutan 's' dan 'z' . Selalu kedengaran Lan menyebut 'berbesa' dan sebutan 's' merupakan masalah kronik untuk penyanyi kerana setiap penyanyi harus mampu menyebut semua huruf dengan betul.

Jalan terbaik untuk mengelakkan masalah ini, adalah dengan meminjam perkataan Bahasa Indonesia yang membawa maksud serupa ' berbeza' istilah Malaysia, dan di Indonesia disebut 'berbeda'. Dan Lan yang punya masalah menyebut 'z' boleh menggantikannya dengan 'd'. Jangan serkap jarang atau prejudis dengan cadangan hamba ini kerana kita tidak tahu apakah 'berbeza' merupakan istilah dalam Bahasa Melayu Piawai sebagaimana 'cuba' vs 'coba'.


Kupas

Ini adalah antara lirik terbaik pilihan hamba untuk AJL kali ini. Pertama kerana pernceritaannya berbeza. Ia menceritakan tentang seorang pemuda yang mahu meninggalkan kekasihnya yang cukup merimaskan. Soal perbezaan personaliti di antara keduanya diangkat dengan baik menerusi melodi rock yang menggegar jiwa. Jujurnya, lagu ini membawa hayat seorang lelaki yang betul-betul rimas dengan masalah.

Hamba cuba bandingan hayat seorang lelaki yang mahu meninggalkan kekasih dalam lagu 'Mungkir Bahagia' dengan lagu ini, kemaskulinan lagu ini lebih terserlah. Jarang lelaki meratap, sebaliknya mereka melepaskan geram/perasaan juga menyimpan amarah.

Secara peribadi, lagu ini amat berjiwa dan dihasilkan liriknya dengan laras bahasa yang betul. Agak sukar mencari kesalahan tatabahasa, dan hamba mahu meletakkan lagu ini sebagai 'favourite'.



12. Yang Pernah - Richael Lawrence Gimbang
Ciptaan : Richael Lawrence Gimbang, Solihudin Hormatov, Andy Malik & Hanafi
Nyanyian : Kugiran Estranged
Kategori : Pop Rock
Album: Remain Unknown (2008)


Kupas
Pertama, lagu ini sangat menangkap atau orang putih sebut 'catchy'. Kedua, lagu yang menangkap ini disulam dengan lirik yang sarat dan ketiga, akhirnya menyebabkan sang penyanyi MENGUYAH LIRIK lagu ini sebedal yang boleh. Jadi jangan hairan kalau telinga anda terpaksa mendengar banyak kali lagu ini untuk memahami sebutannya.


Sudahlah biar yang telah lalu
Lepaskan semua yang pernah ada
Alihkan kalau ada masih tertinggal

Cukuplah kalau benarnya ada
Di samping kamu selalu
:: Kunyahan pertama di baris 'yang pernah ada' kedengaran seperti 'yang bernada'

Andainya aku tahu
Perginya disuruh
Semua yang pernah minta
:: Persoalan di sini ialah untuk memahamkan siapa yang disuruh pergi, dan siapa yang pernah minta. Dan apa pula perkaitan dengan penulis.

Tiba
lah waktu untuk bersedar
Kerana giliran sudah menyeru
Yang pasti yang panggil itu suci hati
:: Dan pemahaman itu diterang dalam rangkap ini. Oh ya, penggunaan 'bersedar' adalah tepat berbanding 'tersedar' kerana kata untuk bersedar adalah untuk kata yang tidak dilakukan. Tersedar adalah kata yang sudah dilakukan. Contoh: Adakah anda menyebut "Sudahkah anda tersedia?" berbanding " Sudahkah anda bersedia?"

Berilah sedikit tunjuk aku
Hilangkan rasa hati yang tak percaya
Biarlah dia yang hilang jangan lagi
Cukuplah kalau benarnya ada
Di samping kamu selalu
:: Okay, sebagai penulis sendiri, hamba memang gemar menggunakan kata akar. Dan Rich juga begitu. Perkataan 'tunjuk' memberi makna 'petunjuk'. Sebagaimana MUH, penulis juga gemar menyambung dua baris dalam satu ayat. 'Petunjuk kepadaku' dan 'Aku hilangkan rasa.." adalah dua ayat yang jika dicantumkan berbunyi "Berilah sedikit petunjuk agar aku dapat hilangkan rasa hati...bla bla bla".
Bagaimana pula dengan baris ketiga? Inilah yang sampai sudah hamba tak faham. Berapa pihak yang nak dilibatkan dalam lirik ini.


Andainya aku cari
Di mana dituju
Semua yang pernah jumpa
:: Dan hamba rasa hamba nampak apa yang nak diceritakan di akhir lirik. Mungkin si pemuda mencari seorang manusia bergelar isteri yang betul-betul sesuai, dan dia tidak mahu mereka yang tidak berkualiti maka pertolongan diminta kepada Yang Maha Esa. Dalam doa, si pemuda mahu melupakan kisah lalu (kegagalan mungkin) dan mahu terus mencari (sebagaimana Tuhan janjikan setiap manusia berpasang-pasangan) tetapi yang nak ditemukan itu mestilah yang betul-betul sesuai seperti mana orang lain pernah jumpa soulmate mereka. Macam itulah kot ceritanya. PERHATIAN: Ini terjemahan hamba saja, mungkin maksudnya lain daripada apa yang Rich maksud.

Kupas

Apabila menulis lirik yang terlalu mendalam, maka harus diperhati juga penggunaan bahasa yang jelas supaya orang senang faham. Kalau penyanyi mengunyah lirik, bertambah
pula masalahnya . Nak memaham sebutan satu hal, kedua nak memahamkan lirik pula. Cuma hamba masih terfikir adakah Rich menghasilkan lirik ini asalnya dalam bahasa Inggeris dan kemudian diterjemahkan ke dalam BM secara terus. Hamba berfirasat begitu kerana struktur perkataan yang agak kelam kabut dalam lagu ini.

Sebenarnya lagu ini sangat bagus, cuma lirik yang juga sepatutnya bagus ini tidak janakan dengan susunan perkataan yang sesuai. Harus diingat, less is more maka permudahkanlah penceritaan agar semua faham. Seperkara lagi, judul lagu 'Yang Pernah' seolah tergantung. Tajuk lagu TIDAK BOLEH TERGANTUNG. Tajuk lagu harus mudah difahami dan menggambarkan cerita seluruh lagu tersebut. Yang Pernah apa? Kalau diikutkan lirik, ada elok menjadi 'Yang Pernah Jumpa'.

Apa-apapun, lirik lagu Melayu di tangan Rich sangat cantik. Pemikirannya sentiasa di luar kotak.


13. Bukan Disini - Are-Meer & Zimy

Ciptaan: Zimy
Nyanyian : Kugiran Sofaz
Kategori : Pop Rock
Album : Kepantasanku (2008)



Bengkel

Tiba masa untuk ku pergi
Melangkah pergi dari sini
Tak terlintas di hati ini
Untuk menyakiti hatimu lagi
:: Menyakiti salah - "menyakitkan"

Kau tetap di hati
Tiada pengganti
Maafkanlah kasih
Tempatku bukan disini

Bisakah kau berdiri
Tanpaku disisi mu lagi
Bisakah kau sendiri
Mengubati luka di hati
:: Mengubati salah - "mengubatkan" atau cantik lagi "merawatkan". Hahaha.

Kupas
Lagu yang mudah, dan lirik pun mudah. Apabila terlampau mudah maka tiada apa yang nak disorok. Maksud hamba, kebanyakan lirik yang bertanding kali ini ada simpul beberapa maksud lain dalam lagu mereka tetapi untuk free pop mudah di tangan Sofaz, hamba kira lagu ini sudah cukup telanjang.

Penulis wajar menambah lagi rangkap demi rangkap supaya cerita lebih terbina. Sekadar tiga rangkap diulang-ulang hamba fikir, maaflah susah nak dibawa ke tengah dalam perbincangan.

Maaf Sofaz, lagu ini tidak sekuat tahun lalu - Janjiku yang ironinya ditulis oleh Kugiran Meet Uncle Hussein


14. Aku Stacy - Laila Ismail & Intan Norul Azlin
Ciptaan : Intan Norul Azlin
Nyanyian : Stacy Angie
Kategori : Pop Rock
Album : Single (2008)

Bengkel

Lidahku kelu dan mindaku membeku
Semangatku hilang entah ke mana
Dari pagi sehingga malam datang menjelma

Congak posisi diri

Macam-macam cara tuk kulepaskan raga
Dari berterusan ku disakiti
Engkau yang berlagak bagai raja di istana
Jadikanku sang abdi

Mau saja..
Aku melepaskan diri dan terus berlari
Boleh saja..
Kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja..
Ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi..

Kamarku sedia terkunci

Difikir-fikir mengapa harus takut
Sedang asalnya aku yang berkuasa
Biarpun aku Stacy bukannya permaisuri
Harga diriku tinggi

Engkau sekadar datang menumpang saja
Telah terbongkar sifatmu pendusta
Engkau yang belagak bagai raja di istana

Jadikan ku sang abdi


Umpama perang
Umpan perlu dikorbankan
<--imbuhan 'i' atau 'an'?
Demi mencapai maksud dan tujuan oh..
Perasaanku terpaksa menjadi taruhan

Akhir nanti engkau akan pasti aku tawani

Kupas

Lagu ini sangat seronok, dengan sentuhan rangup 60-an. Lagunya mudah, dan peluang untuk bergelar Juara Lagu memang tipis. Cuma hamba sangat sukakan liriknya. Sangat cantik, ringkas dan membawa cerita yang tersendiri.

Membayangkan Stacy sedang dikurung dalam tawanan oleh seorang manusia yang merampas segala hak milik gadis ini ibarat mengandaikan Stacy sebagai Palestine yang tanah dan negaranya diceroboh tanpa segan oleh Israel. Hehehe.

Tiada komen panjang untuk lirik ini, kerana sebagai penulis lirik baru Laila Ismail menulis dengan baik, masuk tempo dan tidak mematahkan perkataan. Laila juga menyusun kata yang boleh memberi ruang kepada penyanyi untuk bernafas, itu adalah tanggungjawab mulia seorang penulis lirik sebenarnya.

Pun begitu, lagu dan lirik ini tipikal. Pernah dengar lagu Lelaki Buaya Darat? Penceritaan dalam lagu ini seakan lagu tersebut.

***

Alhamdulillah, hamba sempat juga mengulas kesemua 14 buah lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke 23. Usia AJL sebenarnya sebaya dengan hamba, dan mudah sebenarnya nak tahu umur hamba, kira menerusi usia AJL saja.


Secara keseluruhan kebanyakan lagu yang disaring kali ini bagus, dan tiada masalah serius dalam penggunaan tatabahasa. Hamba akan bakar pentas AJL kalau mereka masih memilih lagu yang tatabahasanya seteruk lagu Gerak Khas. Tahun ini, Alhamdulillah okay walaupun ada beberapa lagu gagal mempamerkan lirik yang cantik.

Cuma satu, 14 lagu ini bukanlah menjadi lambang majoriti lagu-lagu Melayu bagus tatabahasanya kerana sebenarnya banyak yang silap tatabahasa. Kedua, hamba rasa terkejut dengan kenyataan Habsah Hassan yang mengatakan sebegitu ramai penyanyi yang pernah mendapat lirik tulisan beliau, hanya beberapa kerat yang datang berjumpa untuk memahamkan lirik.

Penyanyi sangat perlu untuk memahami lirik lagu yang mereka nyanyikan, jika tidak faham macam mana mahu menyampaikan lagu tersebut dengan sepenuh hati.
Dalam konteks ini, hamba sangat sukakan penjiwaan Misha Omar di pentas Juara Lagu, nyanyiannya berjiwa dan dia 'memaksudkan' nyanyiannya. Itulah namanya penyanyi sebenar.

:: Hamba akan mengulas AJL secara keseluruhan (lagu, lirik, vokal, persembahan) dalam waktu terdekat::

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog hamba ini dan menunggu sambungan Bedah Siasat Lirik selama sebulan sejak entri pertama 15 Disember lalu.




Read more

Pemberitahuan

Salam,

Buat masa sekarang hamba agak sibuk dengan tugasan yang patut di dahului hingga menyebabkan beberapa perancangan hamba untuk mengemaskini blog ini tidak berhasil. Hamba tidak dapat menulis mengenai Bedah Siasat Lirik serta sambungan novel bersiri Denting bahagian 0201 pada hari ini atau esok. Oleh itu hamba akan siapkan sebelum hamba berlepas ke Port Dickson, atas urusan kerja Jumaat ini. Disamping hamba juga sedang sibuk untuk re-shot filem pendek serta kerja suntingan yang menuntut banyak masa jadi hamba akan aktif menulis semula selepas 14 Januari.

Terima kasih atas sokongan anda.
Read more

Kalam Sejarah 10 Muharam


Gambar: Muharam di Iran oleh National Geographic

Salam kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Hari ini masuknya tanggal 10 Muharam 1430 hijrah dan bermakna, hari ini adalah Hari Asyura. Jadi, selamat menyambut dan menginsafi Hari Asyura yang hamba ibaratkan Ibu Hari Kepada Sejarah Islam. Semoga kita beroleh keberkatan daripadaNya.


14 Sunat untuk kita lakukan sempena Hari Asyura

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah.
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yangredha.


4. Menunjukkan jalan kepada orang sesat.
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah.
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunathari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak.
Fadhilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Membaca ayat "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.




Banjir Darah Karbala berlaku pada 10 Muharam.

Berkalam sungguh sejarah pada 10 Muharam.

Disini hamba coretkan serba sedikit.

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Read more

Berperang Dengan Curiga



JANUARI 2009

Senyap sunyi suasana malam di Kampung Kucing Buta. Tiada bebudak pergi dan balik kelas mengaji, waktu Isya' pun terasa lekas dan tak dilengahkan. Rumah selerak rabak ruah, tetapi tiada jiwa yang berkelana. Senyap, sunyi dan sepi sekali.

Aku sudah dua tahun mati.

Ya, dua tahun.

Malam ini aku kembali untuk merawat jiwa-jiwa luka yang telah aku hantukan semenjak kepergianku dulu. Kepergianku tidak dirancang, nyawaku tanggal setelah 8 bulan aku bertarung. Mendendam memang asadku, tapi itu tak boleh lama lagi kerana jiwa aku tak tenteram. Aku diselubungi rasa bersalah kerana kepergianku diratapi untuk sebuah kemunafikan.

"Cikgu Ju dah lama mati. Lama sangat, kenapa nak disibukkan lagi?" jerkah sang bapa tua saat aku meneropong sebuah rumah kayu usang di tepi sungai.

"Sebab dia mak kita pun pergi" balas si anak penuh geram. "Dua tahun abah, dua tahun!" sambungnya lagi.

Tiada kesudahan. Aku hanya mendengar keluh kesah mereka kerana sudah dua tahun, aku dijadikan alat sehingga hidup mereka ini tiada kesudahan. Meringkuk sekadar mana yang boleh.

"Kita nak harapkan siapa? Kita kena diam saja Jannah. Diam lebih baik" bisik bapa yang asyik mengulit anak lelaki bongsu yang lelap tak sampai seputar jarum.

"Pak Jali?" ada saja jawapan dari si anak, sukar sekali untuk dimatikan.

"Jangan kita harap kepada mereka, kita pun tak kenal betul siapa mereka. Apa tujuan mereka" pohon si bapa dengan sabar.

"Pak Jali dah buat banyak benda untuk kembalikan maruah kita, maruah orang kita. Kenapa kita tak boleh harapkan dia? Abah dulu pun tolong dia"

"Mereka silap percaturan" jawab bapa tua itu ringkas.

Malam yang sepi itu berlalu tanpa aku sedari. Seluruh isi alam pun tidak bermesra seperti dulu. Kepergianku dulu nyata merobek seluruh isi duka anak kampung ini. Kampung Kucing Buta ini takkan aman lagi. Semuanya berhasil dengan curiga.

MEI 2005

"Sawaidee Na Kaap!" ucapku saat melalui penghalang laluan jalanraya berhias beting pasir di dalam guni. Lewat Ligor hingga ke sempadan Pantai Ni aku temui banyak manusia berbaju hijau. Suatu pandangan yang asing bagiku.

"Umur saya 22 tahun, dan akan mengajar matapelajaran Seni" ucapku saat kali pertama menjejakkan kaki ke Sekolah Rendah Kampung Gujingruepo. Pagi itu nyaman sangat biar kelas sarat dengan 56 orang murid. Tak pasti kalau semuanya berusia 11 tahun, tetapi menurut Cikgu Nang, murid-murid di sekolah ini tidak sebaya.

Gujingruepo adalah perkataan dalam bahasa ibundaku, dalam bahasa murid-muridku ia membawa maksud Kucing Buta. Tidak banyak beza di antara bahasa aku dan bahasa mereka.

"Jalan kaki sejauh ini?" betahku saat mengetahui seorang muridku datang jauh dari negeri Jalor.

"Kalau ada yang nak tumpangkan, saya ikutkan saja. Tapi setiap hari saya kena diperiksa askar seluruh tubuh. Malu"

"Awak boleh tinggal di rumah cikgu" balasku, niat membantu.

"Tak boleh. Saya orang Islam" jawab gadis usia 11 tahun sambil rambutnya meliuk ditiup angin.

Kenapa tak boleh? Salahkah seorang Buddha seperti aku membantu Muslim seperti dia? Atau, aku harus berbudi bicara dengan kedua ibubapanya.

Gadis bernama Chearim itu tidak tinggal lama di sekolah kami. Kurang dua kali rembulan mengambang, dia tidak lagi muncul-muncul. Lama ku tunggu kehadirannya, hinggalah seorang rakan memberitahu Chearim sudah mula bekerja di kilang arang. Alkisah, bapanya sudah menyertai pakatan pemberontak dan abang sulungnya pula lebih dulu mati di tangan tentera Thaksin, bulan puasa tahun 2004. Ibu Chearim terpaksa ulang-alik ke Tumpat membekalkan barang-barang runcit.

"Saya kena kerja cikgu. Adik-adik saya kena sekolah" balas Chearim sambil menolak-nolak kayu-kayu terbakar yang tunggu dikemaskan. Sesekali peluhnya diseka dengan jari dan kain tudung comotnya.

"Tiada sekolah di sini, kamu mahu adik-adik kamu ke mana lagi?" aku menjawab dengan pertanyaan demi memahamkan akan keadaan sebenar negeri mereka, Jalor.

"Pak-cik kamu yang tembak, pak-cik kamu yang bakar sekolah ini semua!" sergahku.

"Ya, mereka pak-cik - pak-cik saya kerana mereka sebangsa, seagama dengan saya. Apa saya peduli? Mereka nak bakar, bakarlah!" Aku sentap. Pertama, suara Chearim naik tinggi dan kedua, sebagai guru aku rasa tidak dihormati lagi.

"Cikgu tak tahu apa akan jadi dengan kamu, dan cikgu percaya jauh di lubuk hati kamu - kamu tetap mahu menimba ilmu dan bantu nasib bangsa kita..." balasku, cuba berlembut sebelum dipotong halus.

"Bangsa kita yang cikgu fikir apakah wujud dan sentosa? Maaf cikgu, antara saya dan cikgu...kita bukan sebangsa" balas Chearim sambil mencampakkan pongkes yang penuh arang ke dalam gedung kecil.

***

Chearim bisu-bisu mendengar cerita kedai kopi yang menjadi tempat kerjanya di waktu petang. Matanya melilau mencari punca suara hingga di temukan Pak Jali.

"Menara Barat dekat saja dengan Kelantan. Saudara mara kita ramai di sana. Tok Guru Nik Aziz, saudara kita. Tapi Malaysia tak mahu bantu kita" bebel seorang pemuda yang lengkap berkopiah dan sejadah di bahu.

"
Dasar luar mereka lain. Tambahan, mereka sendiri yang buang kita" balas Pak Jali.

"
Maksudnya apa? Kita ini sepatutnya jadi rakyat Malaysia?" tanya seorang lagi pak-cik tua.

"
Negeri kita, ada sultannya. Ada kerajaannya. Kita, bangsa kita sama dengan bangsa mereka. Agama kita, sembah kita kepada yang Satu serupa mereka. Tapi raja mereka dah buang kita lama dulu sebab mereka mahu merdeka" terang Pak Jali panjang lebar.

"
Mana daulat sultan kita? Boleh pula ditolak ketengah, ketepi"

"
Jangan fikir begitu, tuan puteri kita baru bersanding dengan putera Kelantan" terang Pak Imam.

"
Ada kita kisah?" jawab Pak Jali sinis. "Yang kita tahu dan percaya, negeri kita Menara Barat juga negeri beradik kita, Jalor, Singgora, Pantai Ni, Sentul sampailah ke pantai maksiat Bukit hingga nun jauh ke Genting Kera semuanya Tanah Melayu" ucap Pak Jali panjang lebar.

Geografi dalam kepala otak Chearim sudah mula pening, sepemahamannya sememang dari Genting Kera ke Singapura dinamakan Tanah Melayu. Itulah fakta sebenar.


"Siapapun pemerintah Thailand malah adil macam mana sekalipun mereka, kita tetap mahukan kedaulatan negeri kita. Hak kita untuk mencorak bagaimana kita mahu waris kita menyambungnya"

Untuk itukah Pak Jali dan yang lain menyerang dan membakar sekolah Chearim di Jalor dulu? Bisik hati Chearim setelah lama cuba memahami akan tindak tanduk mereka.

"Mek kena juga belajar, pergilah sampai ke negeri sebelah. Ibu sanggup hantar" bisik bapa Chearim ini setelah hangus rentung sekolah dan guru-gurunya.

"Mereka didik kita supaya jadi seperti mereka!" marah bapa. "Jangan Mek pergi ke sekolah kerajaan. Ibu boleh ajar Mek. Yang abah nak, Mek kena belajar bahasa Melayu, mesti belajar ilmu agama Islam. Sekolah di Menara Baratpun tak akan benarkan itu semua. Mereka nak kita jadi macam orang Bukit! Nama saja Melayu, tetapi tak reti cakap Melayu!" serang bapa hingga membuat ibu terdiam.

"Anak kita masa depan kita bang. Masa depan kita" pujuk ibunya.

"Rumah ini negeri kita, masa depan kita. Pijaknya kaki awak ke tanah itu bukan lagi masa depan kita" sambung bapa kanak-kanak itu.

Chearim menangis hiba. Tekad di hati seorang ibu, maka dimungkirkan janji demi masa depan anak tersayang. Ibunya setiap habis subuh menyeludupnya menaiki motor Sameon untuk ke Menara Barat. Hanya ada sebuah sekolah yang masih terjaga disitu. Dan sekolah itulah tempat aku ditugaskan.

2006

Aku melakukan kesilapan. Mungkin Menara Barat tidak serupa dengan Cheang Rai. Bukan lagi mungkin, tetapi hakikat. Bumi hijau ini bukan rumah, negeri aku. Ini tanah mereka. Dan aku tersepit atas nama tugas dan juga kemanusiaan.

"Misi kita untuk menyahut seruan kerajaan. Negara ini mesti Siam. Siam sampai bila-bila" bisik Cikgu Pethon ke telingaku.
"Tapi kita tak boleh mengubah bangsa mereka. Mereka tetap Melayu" balasku.

Aku tergugah. Kenapa kerja muliaku mesti disaring hasrat Thaksin. Apakah Thaksin yang menjadi punca? Menjadikan mereka sebagai Siam ini tidak akan menyempurnakan Melayu-Melayu ini menjadi betul-betul Siam. Mereka tetap Melayu. Darah mereka, jiwa dan fizikal mereka tetap Melayu.

"Saya rasa awak cukup faham kenapa dulu Thaksin luruhkan burung-burung kertas ke tanah negeri ini?" pujuk Cikgu Pethon.

Burung-burung kertas itu sebenarnya tanda Thaksin belum sudah. Hati dan jiwa orang sini harus dibeli semula.

"84 orang, dan salah seorangnya abang saya" ungkap Chearim ketika aku bertanyakan tentang keluarganya. Alir cerita kini membawa aku ke kisah abangnya yang mati terpijak pada 2004. Tragedi yang menyebabkan Thaksin berhajat meluruhkan burung-burung kertas yang seribu itu.

Lukisanku seolah mahu menjerit menceritakan hal sebenar dalam diri aku. Bahawa aku butuhkan perkara yang satu ini - toleransi. Seteguh aur dan tebing yang ku lakarkan pada kertas kering, ku simbahkan pula warna membawa maksud bahagia lewat lakaran rembulan ceria. Aku impikan tolak ansur agar diri aku dapat diterima oleh semua mereka disini.

Aku mahu bernafas tanpa pandangan curiga lagi. Aku sudah letih.

"Jangan dengar dongeng mereka. Kita, sebagai guru punya misi. Kita bukan sekadar mendidik tetapi juga menilik. Harap Cikgu Ju faham" bisik Cikgu Pethon setiap kali aku berbelah bahagi.

Aku tepiskan curiga dan belah bagi ini. Aku harus dekati anak-anak ini yang dahagakan ilmu pengetahuan. Tugas aku tak sepatutnya berhenti bila saja Thaksin bersuara supaya aku berhenti. Tugas aku sebagai guru, maka mati aku juga sebagai guru!


MEI 2006

"Cikgu Ju sudah melebihi yang sepatutnya" luah Chearim.

"Saya bukan Chearim, saya Jannah" teriak gadis kecil ini sambil mencari tudung kecil yang berkedut, tersimpan di dalam begnya. Dia menyarungkan terus tanpa hiraukan aku. "Chearim bukan nama jujur saya. Kenapa perlu saya ikutkan semua undang-undang ini Cikgu?! Kenapa mesti saya dilahirkan punya dua nama!" Chearim menangis hiba mengenangkan akibat yang bakal aku tempuh saat mula aku melanggar had yang bangsa mereka tetapkan. Sungguhnya aku tidak berniat.

Chearim berlari keluar daripada kelas kosong tanpa murid itu. Lariannya laju, tudungnya masih lekat biarpun baru saja disarung betul-betul dihadapku.

Itulah kali terakhir Chearim ataupun nama hakikinya, Jannah berpeluang menemukanku.

Malam itu aku koma dibelasah orang-orang mereka. Dalam usia 23 tahun, aku terpaksa berdepan dengan saat paling mengerikan kerana diculik dan dipukul hidup-hidup oleh sekumpulan wanita bergelar ibu dan surirumah. Salah seorang daripadanya, aku pasti ibu kepada Jannah.

Ya, wanita-wanita ini yang membunuhku.

Mereka ini nekad membunuhku atas kesilapan yang tak sewajarnya aku lakukan. Aku juga perempuan, dan aku harus mengerti bahawa masa depan anak-anakku nanti tidak seharusnya terletak di tangan seorang guru seperti aku sahaja. Itu yang aku tak pernah mahu selami selama ini.

8 JANUARI 2007

8 bulan aku menjadi bangkai bernyawa. Penat bertarung dengan curiga manusia sekeliling yang membunuhku dalam mimpi pudar. Mahu saja aku habiskan mimpi ini, lama dulu sebelum menunggu lapan bulan. Aku tidak berkesempatan untuk menceritakan hal yang sebenar kenapa aku diperlakukan begitu.

Dalam usia 24 tahun aku maut ditangan wanita-wanita besi yang menuntut yang sepatutnya daripadaku.

Aku bingung, sepanjang aku tidur mereka di utara melaungkan aku hero tanpa mencari punca sebenar. Aku dijulang sebagai simbol sedang aku punya khilaf tidak diberi ruang untuk diperbincangkan.

Kenapa pula ibu-ibu Menara Barat mendiamkan diri? Apakah mereka mahu aku yang sudah tidak punya harapan ini untuk menjadi tanda bahawa mereka sekadar berbisa sedangkan ironi, aku menang kerana dijulang dan menjadi asbab supaya Thaksin dan yang lain tidak akan terus memberi muka kepada manusia seperti Pak Jali dan rakan-rakannya.

JANUARI 2009

Jannah mengunci rapat pintu rumahnya tanpa menyedari aku memerhatinya sekian lama. Lidah ini tidak upaya berbicara tulus dari hati ke hati agar mudah ku pohon kemaafan. Kaki ini tidak terpasak di bumi, gentayangnya diriku cuba mencari erti sebuah pengorbanan.

Ibu Jannah telah memilih jalan untuk mencabut nyawaku. Kuasa itu bukan ditangannya, tetapi di telapak qada' dan qadar seperti yang tuhan mereka perintah agar percaya.

Malam ini berlalu bisu, setelah 2 tahun kepergianku. Pak Jali terus-terusan memberontak seperti katanya: -

"Siapapun pemerintah Thailand malah adil macam mana pun mereka, kita tetap mahukan kedaulatan negeri kita. Hak kita untuk mencorak bagaimana kita mahu waris kita menyambungnya"

Ibu Jannah yang dulu ku teriak Chearim tidak berkesudahan. Nasibnya menjadi tanda tanya.

Sedang dunia bersorak akulah wira. Akulah wira yang didendang setiap masa, mengenang aku seumpama meninggikan lagi ego Bangkok. Dunia tidak dijamu dengan cerita yang jujur dan sehingga kini Jannah dan bapanya terus berdiam diri. Mereka memilih untuk berperang dengan curiga.

Sama ada mahu percayakan kami sesama warganegara, atau kerajaan yang bertukar bak baju berganti hari atau Pak Jali dan konco-konconya yang memilih jalan "Fisabilillah" atau terus tidak berbuat apa.

Pagi muncul lagi, dan bumi hijau sarat dengan beting guni pasir ini harus menanggal harinya buat sekian kalinya. Tanah ini subur, dirahmati tetapi jiwanya lara dalam curiga.

Ketidakadilan telah banyak berlaku. Curiga mencanak tumbuh di hati mereka. Telah ramai yang korban menjadi mangsa curiga, aku juga diangkat menjadi mangsa curiga, dan benarkah itu yang harus mereka semua percaya?

TAMAT

Cerpen 'Berperang Dengan Curiga' ini diadaptasi daripada kisah benar pembunuhan seorang guru perempuan berusia 24 tahun, Juling Pangamoon pada 8 Januari 2007 akibat diculik dan dibelasah hingga mati oleh sekumpulan surirumah bangsa Melayu, di Narathiwat, Thailand. Sehingga kini punca sebenar wanita-wanita ini menyerang guru tersebut menjadi tanda tanya.

Fakta:-
Hamba memilih untuk menggunapakai nama Melayu untuk asalan tempat di Thailand. Rujuk senarai ini untuk pemahaman.

Kampung Kucing Buta = Kampung Gujingruepo
Menara Barat = Narathiwat
Jalor = Yala
Singgora = Songkhla
Bukit = Phuket
Pantai Ni = Pattani
Genting Kera = Segenting Kra
Sentul = Satun

Terima Kasih kepada penulis Isma Ae Che Uma (Majalah MILENIA dan UiTM Dungun) yang memberi inspirasi untuk menulis kisah ini.

Juga ini adalah karya kedua hamba berkisar mengenai konflik Selatan Thai setelah pementasan drama 'Burung Kertas' pada Januari 2005 di Uniten, Kampus Muadzam Shah.
Read more

Kubu Tak Bisa Jadi Tugu (Ulasan)


Kubu ini tak bisa menjadi tugu setelah kau ranap menjadi debu,
Tak upaya ku pertahan biar seribu sipahi serang berselang peluru,
Tidak pula ku injak sekaki biarpun bercucuran tetes airmata pilu,
Kerana kubu ini milikku, tanah tumpah darahku;
Maka aku pilih untuk mendiam dan terus bersemayam,
Setelah musnah segala impian untuk aku bernafas dalam sejahtera,
Jangan ditanya kenapa aku tak pertahankan kubu ini,
Kerana jawapannya ada denganmu

Doa hamba tetap kepada rakyat Palestine. Memang benar terjadi dalam mimpi hamba ketika menulis puisi ini pada 17 Disember 2008. Seminggu selepas itu, ketika sambutan Maal Hijrah mereka dibedil lagi. Terakhir, semalam menjadi saksi. Jangan tanya bila akan berakhir kerana perang yang satu ini belum ada akhirnya.

Hamba pernah menulis mengenai Barrack Hussein Obama pada 5 November 2008 dan tertera bahawa hamba tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap beliau. Dan akhirnya mimpi hamba jadi kenyataan. Amerika dan dasar luarnya, tetap akan begitu biar siapapun Presiden AS yang dijulang. Maka, jangan tanyakan hamba tentang Israel kerana anda punya jawapan siapa mereka kepada AS.

Kubu Palestin tak bisa jadi tugu, tetapi mereka tidak akan berganjak - walau seincipun. Doa kita untuk Palestin moga aman selalu, insya-Allah!


Read more

Dengan Izin Allah

Salam,

Banyak benda yang kita rancang, selalunya tidak menjadi kenyataan dalam waktu yang kita mahukan. Itu sering terjadi dalam diri hamba. Suka merancang, tetapi tak punya iltizam untuk menyudahkannya.

Hari ini, komputer kesayangan hamba yang digelar 'Toshio' (agak seram nama manjanya) sudahpun sihat walafiat. Hamba sudah tak runsing lagi kerana segala harta karun berupa skrip, manuskrip, filem pendek, footages, gambar-gambar kenangan semuanya selamat. Alhamdulillah.

Jadi, kalau sudah sihat maknanya hamba harus teruskan banyak perkara yang tak sudah sebelum ini. Dalam Toshio tersimpan beberapa projek yang hamba rancangkan (merancang lagi) untuk siap sepenuhnya sepanjang musim 2009.

1. Novel 'DENTING'
- Novel ini sudah siap tetapi hamba sedang sunting. Ia pernah ditolak oleh sebuah syarikat penerbitan. Alasannya mudah, karya hamba terlalu berat dan kotor untuk disasarkan kepada pembaca. Hamba sempat menyimpan 3 bab di dalam PC pejabat hamba, itu yang hamba sunting dan masukkan ke dalam Laskarbangsa. Jadi, hamba akan paparkan dalam blog TETAPI dalam bentuk suntingan penulis, manakala versi penuhnya akan dihantar kepada syarikat penerbitan yang sudi. Hamba mahukan sebuah syarikat penerbitan yang imbang kualiti dan pemasaran. Doa-doakan ya.

2. Skrip drama bersiri 'CITRA SENI'
- Hamba tulis skrip drama 13 episod, asalnya untuk TV. Memang malu kalau nak diikutkan. Janji mahu siap dalam tempoh 3 bulan tetapi hamba ambil masa sampai 1 tahun 3 bulan untuk siapkan semua episod. Jangan salahkan hamba, kerana hamba mahu skrip yang terbaik sementelah ini adalah skrip drama bersiri pertama hamba dan lebih parah ia berdasarkan kisah benar yang hamba ungkap sebanyak 70%. Projek ini akan siap dalam waktu terdekat dan insya-Allah hamba akan kisahkan mengenai apa.

3. Skrip drama 'Untitled'
- Drama ini belum bertajuk, untuk durasi 1 jam 30 minit. Cadangnya untuk slot cerekarama. Hamba pernah menulis banyak skrip, tetapi tiada satu yang pernah keluar TV. Skrip yang satu ini berkenaan perhubungan seorang bapa dan anak. Kisahnya berat, tetapi menjelma dalam dunia realiti. Tugas hamba sekarang untuk masukkan lakon TVnya pula. Hamba tidak gemar sekadar menulis skrip, tanpa menulis lakonlayarnya. Hamba mahu yang lengkap untuk kemudahan pengarah. Insya-Allah akan siap tak lama lagi.

4. Komik keperwiraan 'Untitled'
- Sebenarnya tajuk, jalan cerita semua dah ada. Skrip pun dah lengkap cuma masalah hamba, hamba pernah menolak 2 orang pelukis/kartunis untuk karya ini. Hamba masih mencari kartunis yang sesuai untuk komik keperwiraan Melayu kurun ke-10. Buat masa sekarang hamba sedang menukar bentuk cerita kepada novel. Banyak juga jalan cerita yang hamba rombak. Hamba tak tahu, citarasa hamba terhadap lukisan tidak sama dengan orang lain. Hamba terpikat dengan lukisan yang mellow, dan ia susah nak dijumpai di Malaysia. Jadi, hamba buka tawaran ini kepada yang berminat.

5. Filem pendek 'Jimmo, Lembayung Timour'
- Ini projek kecil-kecilan, sudahpun siap dirakam di dalam hutan FRIM pada 1 Januari 2009. Sekarang hamba sedang buat suntingan dan skor muziknya. Akan dipertandingkan dalam beberapa festival. Harap berjaya. Insya-Allah.

Inilah 5 projek yang hamba cuba, dan cuba untuk siapkan sejak 2008 tapi tak tercapai. Hamba harap dengan sokongan anda semua, mana tahu impian-impian ini semua akan tercapai. Insya-Allah.

Untuk blog ini, hamba ada janjikan bahagian kedua ulasan lirik lagu yang bertanding dalam AJL kan? Insya-Allah akan muncul pada hari Rabu nanti. Manakala, cerpen Pugar akan keluar kalau hamba ada mood. Boleh? Hahaha. Projek Pugar akan berjalan, tetapi tidak dirancang. Kalau ilham datang, menarilah jari ini. Kalau tak, merepek lah hal lain.

Ilham rezeki Allah, ada hari Dia curahkan berkoyan-koyan. Namun banyak hari juga Dia buntukan akal kita. Wallahualam. Setakat ini Alhamdulillah, ilham turun lebat sentiasa tinggal lagi malas atau rajin saja.

Semoga 2009 menjadi tahun pembuka jalan untuk pengkarya muda seperti hamba. Insya-Allah
Read more

Orang Suka Marya


Dapat banyak idea pula bila fikir pasal Marya Rahila, gadis comel terlebih semangat kekeluargaan dalam cerpen yang hamba tulis sebelum ini - Pugar. Mulanya cerpen itu sekadar ujikaji untuk menggabungjalin dua perwatakan cliche yang banyak wujud di kampus-kampus sekitar anda. Pasangan yang tidak seimbang, tetapi saling memerlukan.

Contoh, kita banyak bertemu dengan pasangan sekampus yang mana mereka berdua tidak punya ramai kawan, tidak bergaul dengan ramai kenalan, dan mereka menghabiskan masa bersama, berdua. Alah, pergi saja ke perpustakaan! Berlambak.

Tinggal lagi, perwatakan mereka tidak seimbang kerana masing-masing tidak sekepala tetapi mampu bersatu di bawah payung cinta. Kenapa?

Itu yang hamba cuba jelaskan dalam Pugar. Kerumitan kedua-dua watak akan mengerakkan cerita kepada punca dan akibat. Biasanya si lelaki jenis pemuda yang tidak kisah dengan hal lain, melainkan hal gadisnya. Si gadis pula, sebaliknya.

Pugar sebenarnya jalinan cerita cinta banyak pihak terutamanya sahabat-sahabat hamba yang memiliki percintaan jenis ini. Percintaan berdua lebih baik. Ada sebab kenapa mereka sentiasa berdua. Sebab inilah yang hamba jelaskan sebagai punca yang membawa akibat - pasangan yang tidak seimbang.

Pun begitu, tidak kurang yang mencebik melihat pasangan berdua lebih baik ini di sekitar kampus kerana bagi mereka, amatlah menyesakkan mata. Tanpa sedar, melewati dunia 'berdua' mereka kita akan bertemu erti cinta yang jarang ada kepada banyak cinta yang wujud di dunia.

Watak & Perwatakan Marya & 'Orang'

Keperibadian Marya - Dalam Pugar, Marya - seorang gadis yang tak sepi ialah seorang yang berasal daripada sebuah keluarga yang sempurna. Keluarga yang cukup sifat, bukan setakat yang asas tetapi juga yang rimbun. Nenek moyang hingga cucu, sepupu sepapat semuanya berkongsi cinta yang sama. Dari segi lain, Marya bukan jenis disenangi sahabat-sahabat sekeliling. Hanya seorang dua saja temannya yang rapat selain daripada keluarganya sendiri yang menjadi sahabat. Kenapa terjadi? Marya digambarkan sebagai seorang yang terlebih penyayang dan menyebabkan dirinya yang manja dan dikatakan merimaskan dipandang tidak sedap di mata orang, terutamanya perempuan. Kesendirian ini mengalihkan pandangannya dari pergaulan sekeliling kepada seseorang maka dia bertemu 'orang' yang lain sikapnya. Marya memilih untuk mahu terus hidup dalam dunia cintanya sendiri.

Keperibadian 'Orang' - Dalam Pugar, 'Orang' seorang lelaki yang pendiam dan sepi. Kesepiannya dilampiaskan dengan bermain muzik. Gitar, drum terus kepada keyboard cair di tangannya. 'Orang' tidak bergaul dengan ramai orang, malahan tiada rakan baik yang betul-betul baik dengannya biarpun dia diajak menganggotai sebuah band. 'Orang' mungkin tiada sahabat baik kerana rahsia peribadinya hanya dikongsi bersama Marya. Kenapa 'Orang' menjadi begitu? Seperti tertera dalam Pugar, 'Orang' tidak punya keluarga yang sempurna. Dia menghadapi kematian, perpisahan, keganasan dan persengketaan yang menuntutnya untuk hidup dalam dunianya yang tersendiri. Jadi, watak dalam dunia cintanya hanyalah Marya dan selama hidup, dia tidak perlukan sesiapa malah tidak hiraukan pandangan orang. Maka kesepian yang sebati dalam diri 'Orang' menyebabkan dirinya menjadi manusia yang tidak pandai menyusun ayat hingga mengeluarkan kata-kata jujur, tak ketimbang, pencemburu dan tidak romantik secara benar.

Gambar: Han Ye Seul memberi inspirasi yang amat. Hahaha.


Pertembungan

Gadis yang memerlukan seseorang sebagai escapisme terhadap pandangan orang terhadap dirinya bertemu cinta dengan pemuda yang sepi dan menjadikan seorang gadis sebagai escapisme untuknya melupakan kesengsaraan yang dialami.

Hamba rasa penjelasan mengenai 'Orang' dan 'Marya dapat mencernakan pemahaman anda terhadap Pugar yang lebih bersifat eksperimentasi (ujikaji). Hakikat sebenar, watak mereka kompleks dalam cliche.

Hamba sedang berkira-kira untuk menulis cerita cinta 'Orang' dan Marya pada masa-masa akan datang secara bersiri. Banyak yang tidak sempat hamba perjelas dalam cerpen sesingkat itu menyebabkan beberapa pembaca memberi komen terhadap gabungjalin cerita Marya dan teman lelakinya.

Insya-Allah.
Nota Kaki
: 'Orang' masih belum bernama. Kalau ada yang sudi memberi nama, dialu-alu dan akan dipertimbangkan.
: Dalam cerpen, hamba pilih Pugar dari segi menebang, membersih dan mencari yang tertinggal.
Kamus: Dewan Edisi 4
Pugar; segar-~ sihat benar, bugar; memugar, memugari 1. sl memperbaiki atau memperelok semula, membaharui, me­mulihkan: indahnya konon kota negeri, sekaliannya baru dipugari; 2. = ~ tanah (hutan) a) menjadikan hutan semula; b) mem­buka hutan, menebangi hutan (utk ditanami); pemugaran 1. pemulihan semula, pembaikan kembali, pembaharuan; 2. perihal memugar (membuka, mengusahakan) tanah.
Read more

Dua Ribu Sembilan


Salam,

Selamat menyambut Tahun Baru 2009 kepada semua pembaca Laskar Bangsa. Hamba dengan rendah hati mendoakan agar sinar tahun baru ini akan terus menyalakan kebahagian, rezeki yang melimpah ruah dan juga keamanan sejagat. Hamba juga berharap tidak akan ada lagi berlakunya pertumpahan darah, kebuluran, pertelingkahan, tanah runtuh, rumah tangga runtuh dan macam-macam lagilah yang buruk-buruk.
Hamba menghargai sokongan semua yang menyokong dengan mengunjungi blog ini sejak dibuka secara rasmi pada 31 Oktober yang lalu. Hamba harap sokongan anda berterusan untuk tahun 2009 pula.
Bahasa Jiwa Bangsa,
Amer Yusof aka Khairul Amri Yusof aka Camry Hj Yusof aka Amri Yusof aka AM


Lampiran

Sorotan 2008
gambar: kredit kepada Hadiah Daripada Asia
Read more

Pugar

PERHATIAN: Cerpen ini menggunakan kata ganti diri berikut:-
1) Saya/Aku = Orang
2) Awak/Kau/Kamu = Awak Orang
3) Kita= Kita Orang
HARAP MAKLUM! Selamat membazirkan waktu...

Judul: Pugar
Penulis: Amer Yusof

Manusia dan manusia terus.

Tiada seorang pun yang cinta. Semua manusia yang ada disini tiada berkata-kata seperti gelombang curhat yang meledak dari dalam. Mata bundarku tak tertahan menanggung sakit. Sakit tidak berjumpa dia di depan mata. Yang ku jumpa hanya manusia, dan manusia terus.

Lemas dan terus lemas. Aku rimas dengan lautan manusia ini kerana tiada aku temukan sang cinta yang ku yakin berlegar dan berada di dalam radar. Di mana dia berada setelah berkali ku soalkan ke mana dia menghilang. Kenapa disini pula jadinya pertelingkahan aku dan dia. Kenapa tidak di rumah gajah putih yang teguh tak berpenghuni? Kenapa mesti di tempat ini. Kenapa??

Menyoal 'kenapa' bukan sifatku juga bukan daripada nasabku. 'Kenapa' untuk mereka yang suka mempersalahkan kejadian. Tapi kali ini tak tertahan lagi. Aku juga punya emosi yang normal, mana mungkin aku tidak boleh mempersoalkan kejadian.

Sebagaimana tuhan menciptakan manusia? Ada kau persoalkan?

Hati kecil aku berbisik, patutkah aku persoalkan lagi.

"Percintaan ini tak hanya kita orang berdua! Awak orang kena faham yang orang tak ingin hanya berdua dengan awak orang!" jeritnya memarahiku 10 minit yang lalu.
"Tapi orang yang awak orang invite masuk dalam conversation kita tu orang tak boleh blah!" alasku.
"Suka atau tidak, awak orang kena juga suka. Awak orang dah berjanji kan sebelum ini? Dah lupa?" airmatanya mula mengalir tak tertahan lagi.
"Awak orang jangan macam ni" pujukku, mula gelisah. "Awak orang, malulah macam ni. Banyak orang ni" bisikku lagi.

Bising dan bingit tidak dihiraukannya. Airmatanya malah tumpah, dan dia terus berlalu menyelinap di segenap lapisan manusia. Jari jemarinya yang selama ini tak pernah lepas menggenggam tanganku kini mula lerai. Alah! Ini acahan saja! Aku yakin dia akan datang semula.


Satu tapak, dua tapak, tiga tapak, empat tapak....empat suku tapak, empat setengah tapak...

Alamak!

Aku tergamam. Dia sudah berani beredar pergi lebih daripada 5 tapak tanpa berpaling. Kali ini parah. Amat parah.

"Orang tak suka awak orang mengutuk sepupu orang, si Emma tu!" tegurnya tak lama dulu ketika aku dan dia menghadiri majlis kahwin ibu saudaranya. Tapi aku tak ambil pelajaran, disimbah lagi minyak ke atas api bila mana ibu saudaranya pula aku sasarkan.
"Tak boleh blah orang tengok Aunty Muna pakai korset hari ini. Tak agak-agak" kataku bercadang melucu.

Dia naik geram lantas mencubit pahaku. Cubitannya manja, langsung tidak ku jejas. Petang itu dia buat perangai, tak mahu bercakap dengan aku sampai habis majlis.

Dalam Facebook dia komen gambar aku dan kawan-kawan pergi bercuti ke Genting Highlands. Dia mahu ikut, tapi aku katakan itu bachelor party, gadis tak boleh ikut. Untuk puaskan hatinya, aku muatnaik semua 44 keping gambar yang ku ambil menggunakan kamera digital Olympusnya.

Dia komen salah satu gambar yang ada aksi gedik kawan aku, si Freddy Enzim. Katanya, "Fred tu tak nak pergi jumpa Dr. Murad ke?" dengan tambahan ikon emosi gelak guling-guling di akhir ayat. Aku balas balik, "Bolehlah dia pergi dengan Pak Cik 'Afif awak orang tu".

Tahu apa jadi? Dia suruh bapa saudaranya, 'Afif yang lagi muda daripadaku untuk SMS kata dua terhadapku. Aku tahu dia yang taip mesej itu maka aku balas dan mohon maaf.

Sampai begitu sekali dia marah kalau aku bergurau tentang sanak saudaranya. Paling parah mungkin kisah aku touch-up gambar lemak-lemak di perut nenek saudara tiri sebelah sepupu ipar bapanya. Dah memang aku kerja sebagai pereka grafik, tentulah tangan aku gatal nak touch-up gambar yang tak elok. Dia marah, sedangkan niat aku untuk menyelamatkan maruah nenek saudara bla bla bla-nya tu.

"Awak orang kena sayang keluarga orang macam awak orang sayang keluarga orang" katanya ketika hari pertama aku berjumpa ibubapanya.

Aku diam, pohon dia mengerti maksudku. Tapi dia tak endah. Aku hairan sebab sudah berkali aku kisahkan sejarah keluargaku. Dia menjeling sebelum aku turun daripada kereta Satria GTi biru milikku.

"Alah! Awak orang, sorry ek! Orang terlupa. Sorry, sorry, sorry..." pujuknya sayu.

Memang dia pandai memujuk. Pujukannya sentiasa menyejukkan hatiku hingga aku tidak boleh mengambil hati.

Aku tak punya keluarga. Dia yang pernah cuba membantuku menepis segala duka. Aku dibesarkan oleh bapa tiriku sejak kematian ibu. Sementara bapaku sudah berhijrah ke Australia sejak berpisah dengan ibuku. Aku tinggal dengan keluarga tiri yang pada mulanya baik-baik saja. Akhirnya, rumahtangga bapa tiriku berantak kerana hadir orang ketiga dalam hidup ibu tiriku. Aku terasing sejak terjadi peristiwa itu. Bapa tiriku bukan tidak sayangkan aku, cuma dia kini lebih gemar menyendiri dan melayan kesepian kerana kegagalan perkahwinan keduanya.

"Abah awak orang masih macam tu ke?" tanya dia ketika bergotong royong menghidupkan semula roh dapur rumah kami anak beranak...tiri.
"Macam tulah. Awak orang nampak sendiri kan?" jawabku kelat.
"Janganlah awak orang buat muka ketat! Nanti orang try cakap-cakap dengan abah awak orang" pujuknya sambil menggayakan semangkuk Masak Lemak Cili Api.

Sejak aku dengan dia, bapa tiriku semakin beransur menjadi manusia. Aku juga tidak terabai seperti dulu. Dialah yang memberi sinar baru dalam hidup aku.

Aku perlukan hanya dia, dan dengan ribuan manusia membanjirkan ini mana mungkin aku akan dapat bertemu semula dengan si dia. Mustahil sekali.

Berulangkali aku dail nombor telefonnya. Tidak berjawab, malah dimatikan terus sebelum sempat aku friendfinder. Aku berjalan terus hingga ke ceruk ruang yang ku rasakan ada dia. Beberapa manusia di situ melihatku dengan pandangan tak semengah. Aku umpama mencari kucing hilang, terjenguk-jenguk, terhendap-hendap.

Di sebalik ribuan manusia itu akhirnya aku ternampak akan dia. Berbaju kurung merah dan berambut lurus panjang. Dia ada di celah-celah manusia, di tepi lorong sempit.

"Awak!! Awak!!" jeritku, nada berbaur gembira.
"Lu bikin gila apa? Manyak-manyak tempat, ini telinga lu mau pekik!" tegur seorang perempuan cina tua yang memandangku geram.
"Soli,soli! Saya mau cari itu olang" balasku, berdialek cina.

Alamak! Hilang sudah.

Aku tak putus derap. Kakiku deras menuju ke tempat tadi. Aku yakin dia akan berlegar di kawasan itu sahaja. Tanpa malu ku jerit namanya berulangkali, biarpun ramai mata memandang.

Sepuluh minit aku berlegar-legar mencarinya. Tak ku jumpa.
Kalau aku telefon kawan baik dia, Zalia agak-agak dia angkat tak?

"Kau tahu dia buat apa?" tanya Zalia kepadaku saat si dia pernah tak jawab panggilanku selama 32 jam. Rekod paling lama setakat ini.
"Apa dia buat?"
"Dia tidur. Matikan handset pula" jawab Zalia geram kerana dia pernah terpekik terlolong lantas memanjat anjung jemuran di hadapan rumah mereka saat itu semata-mata mahu masuk ke rumah.
"Aku dah try call, dia off. Kau buat apa kat dia?" tanya Zalia rimas.
"Aku kutuk Emma" jawabku jujur.

Zalia tergelak besar. Dia mengiyakan perbuatan aku. Katanya, memang patut Emma mendapat testimoni pedih daripada aku. Zalia siap mahu sampaikan sendiri kepada Emma. Celaka punya kawan, aku minta tolong, lagi dia seronok mengenakan aku.

"Tak ada cara lain selain daripada kau cari dia kat situ. Mengamuk mak bapak dia kalau dapat tahu kau tinggalkan dia kat situ" pesan Zalia sebelum hilang dalam radar.

Tubuhku berpeluh kencang. Panas bersesak dengan orang ramai sebegini. Bertambah panas dengan sikap dia yang selalu saja sentap tak tentu fasal. Naik rimas ada, naik lemas pun ada. Tapi nak buat macam mana, hati dah sayang. Kenalah terima seadanya.

Ramai kawan-kawanku bertanya kenapa aku berkasih dengan si dia yang manja dan merimaskan. Naik darah juga aku nak menjawab. Aku bilang, dia tak manja dan merimaskan sangat. Err..adalah sedikit rimas tetapi aku sayangkan dia sebab dia penyayang dan jujur terhadapku. Dalam hati aku tahu, mereka cemburukan aku dapat gadis secomel Han Ye Seul, aktres Korea Selatan.

Mengapa ini semua harus berlaku,

Apakah ini semua kerna diriku,

Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan,

Tak sanggup aku melepaskanmu,

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan,

Tak tahu mana arah untuk kau menuju...

(Trilogik Cinta - Saleem)

Bergema di gegendang telingaku persembahan seorang pak cik buta yang sedang bermain keyboard. Tiba-tiba saja aku melintasi kawasan ini. Pandai pula pak cik ini memilih lagu, sesuai benar dengan situasi sekarang.

Aku mendapat akal. Tak kisahlah, malu aku sanggup kikis ke tepi. Kali ini, aku tak mahu pulang dengan perasaan tak tenteram. Aku bawa anak orang keluar, adalah tidak patut aku tinggalkan dia di tengah lautan manusia ini semua.

"Perhatian! Kepada gadis yang bernama Marya Rahila binti Hj Mohd Nordin. Berusia 23 tahun dan memakai baju kurung merah, berambut panjang. Apa saja tak kisahlah, you know who you are. Diharap dapat lapor diri ke tempat punca suara ini" aku terhenti seketika menanyakan tuan punya tempat "Apa nama tempat ni pak cik?" sebelum aku menyambung semula "Lapor diri ke Pak Latip Corner sekarang juga!" umumku sambil menahan malu. Semua mata memandang hairan aku yang seolah berucap untuk kempen pilihanraya.

Pak Latip bersuara "Ulang. Dia tak dengar kalau sekali". Aduh, nak kena ulang semula. Nampaknya sekali lagi aku harus tebalkan muka.

Habis pengumuman kedua, aku menyendal malu dengan menjemput semula Pak Latip membuat persembahan. Aku terpaksa berlagak seperti deejay majlis kahwin.

"Hey brother! Ada orang kasi ini sama lu" tegur seorang pemuda cina berwajah bak aktor Farid Kamil yang tetiba muncul di Pak Latif Corner itu. Di tangannya terdapat sekeping nota.
"Siapa kasi sama lu?" tanyaku.
"Secret ma. Dia suruh you baca dulu" jawab pemuda itu.
"Okay len chai, terima kasih!" sambutku mesra.

Aku mencapai nota itu. Aku tahu daripada siapa. Tengok kertas sudah tahu siapa empunya. Apa saja permainan dia kali ini sampai aku terpaksa menanggung malu besar. Aku membuka perlahan-lahan, turutkan saja kemahuan dia. Malas rasanya mahu bertekak lagi.

Aduh! Kenapalah perkara ini terjadi kepadaku. Geramnya!

Aku meminta mikrofon Pak Latip sekali lagi. Kali ini dah macam aku pula pengurus beliau.

"Lagu kita orang yang mana satu? Yang ini ke?" tanyaku tiba-tiba. "Ingat tak lagi janji kita dulu oh Cik Marya..."

Bengkak! Kenapa dan-dan itu juga aku lantun lagu Aspalela. Manalah aku ingat mana satu lagu kegemarannya. Tiap kali karaoke, mahu 10 hingga 20 lagu dia nyanyikan. Yang aku ingat hanyalah Aspalela.

Banyak sebenarnya mata yang memandang, malu jangan dihitung lagi. Tapi alang-alang sudah bermain separuh masa, baik dihabiskan saja.

Seketika datang pula seorang perempuan yang ku agak berasal dari Indonesia. Tekaan aku salah, awalnya tadi mati-mati aku fikir gadis Indo itu mahu request lagu kegemarannya kerana fikirkan aku penghibur di sini. Gadis itu sebenarnya memberikanku sekeping lagi nota bertulis tajuk lagu pilihan si dia.

Lagu ini?

"Orang nak chup lagu ini jadi lagu kita orang. Awak orang okay ke?" tanya dia ketika mula kami berjanji membuka jalan percintaan.

Itu 6 tahun dulu. Ketika masing-masing berumur 20 tahun dan 18 tahun. Lama dulu setelah aku berjaya mengumpul wang pendahulu belian Satria GTi kesayanganku.

"Kenapa lagu ni? Tak ada lagu duet ke?" tanyaku tak puas hati dengan cadangannya.
"Awak orang juga yang suruh orang pilih. Geramnya" dengusnya dengan wajah comel.
"Okaylah. Tapi dengan satu syarat! Orang tak akan main lagu ini dengan band orang. Setuju?" pintaku awal-awal. Silap kalau setuju buta-buta, nanti kantoi dengan rakan-rakan sekugiranku.
"Kenapa? Itukan lagu kita?" tanyanya tak puas hati.
"Sebab lagu kitalah, biar kita saja yang tahu. Lagipun band orang nyanyi lagu punk dan grunge saja" jawabku siap tersengih buntu.

Berjaya juga pujukku hingga terukir senyuman panjang lebar di wajahnya. Lagu ini tak sukar, cuma segan saja. Aku lelaki, dan lagu ini? Aduh, geli geleman. Kini nak dinyanyikan pula di khalayak ramai. Lagilah segan. Tambahan aku memakai t'shirt Rage Against The Machine petang ini. Canggung betul!

Belasah sajalah! Lirik? Takkan aku lupa. Lagu rasmi kami.

Aku bisik ke telinga Pak Latip mana tahu silap haribulan dia tahu chord lagu tersebut, mudah sikit untuk aku fokus kepada lontaran vokal. Malang! Pak Latif menggeleng. Tiada cara lain, aku harus bermain sendiri keyboard ini. Kurang 5 minit juga ku betulkan tetapan keyboard itu. Mahu menyanyi, jangan sebarang saja.

Petang itu saat matahari senja mencurah di sebalik pencakar langit, aku dendangkan lagu kami. Hanya untuk dia yang mendengar di sebalik keramaian.

"Bunyian ini untuk si dia yang sembunyi" ucapku sebelum memulai. Ramai jadinya orang yang kerumun. Lantak! Asal dia puas hati, aku turutkan saja.

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir daku sedari
Sekian lama kunanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya kujalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Siksanya nak habiskan verse ini semua. Sedang mataku melilau mencarinya biar lekas muncul. Tak perlu lama aku membuat show percuma disini. Pak Latip pun dah tersengih-sengih apalagi beberapa mbak-mbak yang tersengguk menonton aksi tak tahu maluku.

Cinta ini
Kupersembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau kumiliki
Dalam hidupku

Dia akhirnya muncul. Dari celahan manusia yang banjir itu, dan betul-betul berada di hadapanku. Aku tersenyum sambil tangan mencuri waktu untuk menggaru kepala yang tak gatal. Aku malu yang amat sebenarnya, tapi segalanya telahku redah. Biar aku habiskan saja permainan ini.

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan kubawa sampai akhir nanti .

Nyanyianku tamat. Lagu Misha Omar berjudul Semoga Abadi itu tak pernah-pernah agaknya bergema disitu. Manusia-manusia yang ada semua diam sebelum Pak Latip bertindak sebagai pencetus tepukan. Aku naik segan bila ramai yang bertepuk tangan dan memerhati Marya muncul betul-betul di hadapanku.

"Orang malu" ucapku terus.

Marya kemudian meletakkan sekeping not RM100 ke dalam bakul kecil Pak Latip. Dia kemudian menyerahkannya kepada lelaki tua yang erat dan mesra di sebelah isterinya yang juga buta.

"Tolak duit orang, awak orang kumpul dua ratus lebih" katanya sambil mencapai jari-jemariku untuk digenggam.

"Sepatutnya lagi banyak boleh kumpul tu" usikku sambil menarik Marya keluar daripada pemerhatian ramai. Kaki ini langkahnya mahu lekas. Malu masih belum pudar.

"Ah Moi! Lu punya boyfriend manyak romantic lah! Lu jangan suka-suka main sama dia punya feeling!" sergah pemuda cina yang menghubung pertemuan semula kami tadi.

Kami berdua tersenyum simpul. Aku bersalam dan ucapkan terima kasih kepada pemuda itu.

"Handsome macam Farid Kamil kan dia?" tanya Marya kepadaku. Aku mencebik cemburu, lantas Marya memaut lenganku dengan senyuman. Kami lekas beredar.

Aku dan dia tergelak besar sepanjang jalan ke kereta. Sumpah aku segan nak ke Petaling Street lagi selepas ini.

"Lain kali, jangan buat macam ni. Malu orang tau. Mahu saja tadi orang nak bersihkan tempat ini biar semua pergi supaya senang orang jumpa awak orang" tegurku nada pohon.

"Awak orang janji dulu tak akan kutuk suara sepupu orang lagi. Janji tak?"

Aku menyeringai, berjanji tak mahu ulangi. Perpisahan mungkin sekadar waktu. Dan dalam waktu sesingkat ini saja aku tak mampu. Di kaki mentari ini telah aku temukan hakikat bilamana aku tidak bisa pugarkan semua manusia disini hanya kerana aku mahu memiliki dia seorang saja. Pugar tak mampu mengasingkan alam dan suara. Pugar ini juga tidak sesekali mampu menemukan aku dengan si dia.

"Semoga abadi ya awak orang!" bisiknya manja.

[TAMAT]

p/s: Pergh! Jiwangnya...hahaha.






Fotografi oleh Maltravels
Read more

Seringai Bersanding

Salam,

Entri ini sekadar suka-suka saja. Ada bahan nak dicerita, maka lajulah jari ni nak menaip. Alkisahnya tentang adat orang Melayu bersanding. Mak nenek andam segala sudah banyak kali pesan agar menjaga adab sebagai pengantin.

Senyum jangan sampai melewah bak kerang busuk,
kaki jangan terkangkang bak pelacur Chow Kit,
mulut jangan dok bising berbual,
bercakap tak tentu hala dan paling penting,
janganlah sampai nampak macam tiga suku atas pelamin

Seterusnya adat menepung tawar, sepengetahuan hamba jikalau ada tetamu kenamaan yang berpangkat yang mana tuan rumah menjemput secara rasmi ada eloknya diberi giliran utama untuk menepung tawar, kemudian barulah keluarga pengantin. Tentang giliran menepung tawar bagi pihak pengantin lelaki atau perempuan yang patut di dahulukan, hamba tidak pasti. Cuma, kalau hamba sebagai pengantin lelaki, hamba akan dahulukan kedua-dua ibubapa pengantin dan kemudian barulah tok nenek sepupu sepapat daripada pihak saudara mara kedua belah pihak. Lagi ramai lagi bagus, lagi banyak restu.

Hamba titipkan gambar-gambar ini untuk direnung. Kadang-kadang harta yang berkoyan juga tak mampu mendidik kita untuk beradab tertib ketika tiba waktu yang sepatutnya. Bukan mahu membuka aib, cuma menegur sekadar aja.

Selamat pengantin baru buat mereka yang berkenaan.
Dan yang tidak berkenaan:- Ingat! Jangan menyeringai ketika bersanding, tak elok!


Gambar: Kredit to Saniboey


Gambar: Kredit untuk Klubbkidd




Gambar: Kredit untuk Hafreeze

Pernyataan: Adat bersanding ini tidak 100% asli Melayu, biarpun berpaksi kepada kesan ajaran Hindu zaman dahulukala, namun sejarah menyaksikan kita menggunakan adat ini dengan cara kita, tanpa pengaruh kental budaya Hindu zaman dahulukala.

Pertanyaan: Apa itu 'seringai'? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat
Seringai : 1. gerak bibir atau muka (utk meng-ejek, mengeji, dll), kenyih, gerenyot; 2. senyuman lebar (yg menampakkan gigi); menyeringai menggerenyotkan bibir atau mulut (utk mencebik, mengeji, mengejek, dll): gadis itu cuma tersenyum ~; menyeringaikan; ~ gigi menampakkan gigi (ketika menyeringai): nenek Tempe ~ gigi hitamnya; terseringai 1. terbuka sedikit mulutnya (spt orang tersenyum) dan tergerenyot bibir atau muka: kawannya itu ~ kesakitan; bahagian kepala Razak terasa sakit dan dia ~ me-nahannya; 2. tersengih dan kelihatan gigi-nya, terkernyih, tergerenyot.
Read more

Kaki Perempuan oleh Orang Buangan Amerika



Tiada benda, cuma nak kongsi benda ini - Kaki Perempuan. Hamba sebenarnya sedang mencari semangat spoof untuk Jimmo, LEMBAYUNG TIMOUR dan menemukan semangat spoof yang ringkas tetapi mendalam. Ada dua versi contoh spoof yang hamba lampirkan, pertama spoof yang terus dan terang, manakala yang kedua spoof versi selindung tetapi pedih. Tahniah kepada kugiran kegemaran hamba. All American Rejects dan juga pihak yang lagi satu. Astarfirullah, tak baik betul, 1 Muharam buat entri semacam ini.

[Nak tengok aksi Spoof versi 1, tekan kat kaki perempuan di atas ya, manakala Spoof versi 2, sila tekan bawah]
Read more

JIMMO, LEMBAYUNG Timour

Salam,
Untuk pengetahuan pembaca budiman, hamba sedang mengusahakan sebuah projek dalam waktu terdekat yang mana membabitkan hamba sebagai teraju utama. Ia sebuah projek kecil-kecilan, tapi hamba yakin amat memberi makna untuk masa depan hamba. Insya-Allah.
Nantikan akan datang, hamba dedahkan apa itu
JIMMO, LEMBAYUNG Timour
Tunggu saja ya!
Read more

Maal Hijrah 1430


Selamat Menyambut Maal Hijrah untuk tahun 1430 hijrah. Semoga kita dapat lebih rezeki dan lebih kemuliaan dalam tahun baru Islam ini. Seperti kebiasaan, pada petang hari terakhir 1429 hijrah ini ada baiknya kita semua membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun sempena menyambut tahun baru kita ini. Tiada upacara countdown, bunga api, konsert-konsert segala ya. Kita mulakan tahun baru kita dengan perkerti yang elok. Insya-Allah.


Untuk doa, boleh tekan sini. Alhamdulillah.
Read more

Denting - 0103

Berbicara Bahasa Tuhan
(Bab 1 - Bahagian 3/3)


Nenek menyapu sampah lain daripada yang lain. Lagaknya tak ubah seperti mencangkul tanah. Sudah sepusing jarum jam aku bertenggek tak disuruhnya masuk. Apa salahnya benarkan aku menyalin pakaian. Habis lencun bajuku dengan peluh. Kalau tak kerana mahu sekali berjumpa nenek, aku tak akan muncul di Kampung Ranjau Hantu ni lagi.

"Mana aku nak letak muko Man oi?" bebel nenek tak henti-henti.

Aku menyesal. Menyesal sebab ke Kuala Lumpur tak lama dulu. Belum masuk 3 bulan sudah banyak perkara yang berlaku. Nenek tahu, satu kampung tahu. Apa yang terjadi, biarlah rahsia. Cukup setakat nenek yang tahu dan faham. Itu sudah memadai.

"Ekau buat apa lagi tercogat kat situ? Dah nak masuk maghrib! Pergi solat Asar cepat!" serangan nenek yang berdas-das sejak tadi akhirnya tamat.

Lah, ada lagi!

"Agaknya ekau tak sembahyang kat KL dulu kan? Apa nak jadi dengan ekau?" sambungnya lagi. Nampak gaya aku kena juga pasang perisai.

"Habis tu nenek tak suruh eden naik, macam mana eden nak naik sembahyang. Inikan rumah nenek" balasku sambil memeluk beg sandang yang hanya berisi dua tiga helai pakaian.

Nenek diam.

"Ini rumah ekau juga" katanya, dalam nada sepi.

Aku naik dan kembali semula ke kamarku yang tak terusik sejak dua bulan lalu. Senyap sepi, asing sekali. Udara petang menghembus mesra ke dalam bilik. Tingkap yang terkuak ku sisir langsirnya. Senja kian berlabuh, maka elok aku persiapkan diri.

Segalanya sudah terjadi, dan tak dapat ku undurkan masa. Jadi, apa yang akan berlaku selepas ini biarlah aku tempuh dengan sendiri. Belajar daripada pengalaman yang secebis ini.

***

Dia menyedut minuman yang terhidang di atas meja. Teh Ais. Minuman yang aku cukup tak gemar sejak kecil. Sesekali matanya memandangku, penuh khusyuk ibarat aku ini pendatang tanpa izin.

"Habis tu buat apa kau datang balik ke sini?" tanya dia.

"Sebab aku nak cari balik orang tu" jawabku tenang.

"Tak semudah tu Rahman. Kuala Lumpur ini besar. Orangnya bermacam-macam. Mustahil, mustahil Man!" sergahnya seolah mahu membuatku lemah.

Dia menyuruh aku minum sehingga habis. Entahlah, tawar rasanya Nescafe Ais ni. Tujuan aku bertemunya untuk meminta pertolongan, tapi caranya kali ini tak serupa dulu. Dulu, ketika aku dan Jenal mendapatkannya, dia melayan mesra. Kali ini entah kenapa, ada semacam curiga yang bertanam di benak fikirannya.

"Aku tahu kau pun mahu cari dia. Kita berdua memang nak cari dia" tegurku setelah meneguk yang akhir.

"Siapa kata?"

Eh budak ini, kalau kau tak nak cari mangkuk tu, takkan kau setuju nak jumpa aku. Kau fikir senang aku nak buat keputusan nak ke sini?

"Macam ni, malam ni kau lepak rumah aku. Aku boleh tolong kau, tapi aku tak nak terlibat" jawabnya sebelum memanggil anil yang sibuk berdiri kehulu kehilir di Mamak Bistro 24 Jam itu.

Aku mengekornya ke kereta. MyVi hitam yang masih tinggal kesan kemek itu akan membawaku ke jalan penyelesaian. Dendam, dan cinta yang kumahu ku jalani.

***

Semuanya telahku jalani. Tetapi kisah ini baru bermula. Banyak pihak terkait ibarat benang bersimpul-simpul. Diri aku berada jauh di tengah punca. Tiada alasan lagi untuk aku menyepi, mencari makna bersendirian.

Angklung kayu berserta logam kecil itu tidak akan berdenting lagi kerana aku harus akhirkan apa yang aku mulai. Rahman yang dulu harus kembali.

"Kamu kenal siapa diri kamu, jangan takut dengan diri sendiri Man" bisik nenek tak lama sebelum aku memilih jalan ini.

"Awak pergi cari diri awak dulu! Selesaikan semuanya! Pintu-pintu ini semua sudah tertutup. Tiada orang yang boleh bukakannya" aku masih terngiang-ngiang akan kata-katanya, semalam.

Pangsapuri 4 tingkap itu kecoh seketika. Banyak kepala yang muncul di sebalik kain langsir, memerhati drama yang sedang berlangsung.

"Erin, tolong jangan buat pasal kat sini!" nampaknya aku terpaksa merayu si kecil itu agar tidak terus menganggu jiran-jiran yang lain.

"Berani kau keluar tunjuk muka ya bang! Turunlah kalau berani! Kata anak jantan!" Erin terus memaki hamun tanpa menghiraukan orang lain.

"Dah tu, kau suruh aku keluar!" darahku menyirap.

"Kalau nak gaduh, gaduh tempat lain lah!" jerkah satu lagi suara.Aku nampak tiada jalan untuk hentikan suara lantang Erin. Tiada jalan lain lagi, aku harus turun dan berdepan. Perkara ini harus diselesaikan.

Selesaikan segala macam cela tentang dia yang menanti keputusanku, tentang Erin yang menunggu penjelasanku, juga tentang mereka yang menyimpan dendam terhadapku sekaligus hapuskan si dia yang terkutuk, yang mahukan aku hidup-hidup.

Jangan berhenti Rahman. Kisah hidupmu baru bermula.

***

(bersambung ke Bab 2)

Bab 2 akan muncul selepas 2009. Harap maklum.

Read more

Ketuanan Melayu Yang Tiada Dalam Perlembagaan

SOROTAN 2008

PESANAN: Hamba sedang mengulas subjek-subjek berkaitan Melayu yang menarik sepanjang 2008 yang akan hamba pecahkan kepada 3 kategori iaitu
1. Hiburan Melayu
2. Bahasa Melayu
3. Politik Melayu

Memahami Perlembagaan Negara

Sebelum berceloteh panjang, hamba panjangkan pemahaman hamba terhadap Perlembagaan Malaysia yang sempat hamba pelajari (walaupun tidak menelaah dengan lebih mendalam) ketika zaman bergelar penuntut universiti tak lama dulu. Perkara asas yang perlu kita tahu tentang Perlembagaan Malaysia ialah ia punya 15 cabang yang menetapkan semua hal penting dalam pembentukan sesebuah negara seperti perkara asas seperti undang-undang tubuh, kehakiman, kewangan negara, perkhidmatan awam, pilihanraya dan paling dibincangkan, kewarganegaraan. Untuk bacaan terus kepada
Perlembagaan Malaysia <--ini bukan sumber Wiki ya.






Gambar kredit kepada perisik-rakyat.com


Perkara Yang Dibangkitkan - Perkara 153

Perkara 153 dalam perlembagaan menggariskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Pembetulan, kalau ikut sains, Bumiputera tak kira kaum asli dayak mana juga dikira Melayu. Okay, inilah yang sibuk diperbincangkan selama ini.

Tun Det dalam blognya menggariskan dua entri berjudul Kontrak Sosial menerangkan satu persatu akan pemahaman beliau mengenai kontrak sosial. Tun lebih dulu memukul canang apa itu kontrak sosial, tanpa hamba hirau apa muslihat di sebaliknya. Dalam entri tersebut, Tun menggariskan pemahaman beliau bahawa setiap warganegara harus memperakui dan akur kepada perlembagaan sesebuah negara, biarpun mereka kaum pendatang atau kaum bergelar tuan tanah. Untuk faham, elok baca entri ini terlebih dahulu. Berbalik kepada Kontrak Sosial dalam entri kedua, hamba tertarik dalam hujah nombor 21 dan 26 di mana beliau mengatakan

"..dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi"

" Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja".

Hamba nak tergelak pun ada, kerana perkara yang dinyatakan oleh Tun Det nampaknya tidak menampakkan hasil biarpun sudah setengah abad perlembagaan negara ini diperakui kedaulatannya. Tapi maaf, hamba tidak mahu bercakap bahasa Melayu secara khusus, sebaliknya hal lain yang secara amnya mewakili hak dan keistimewaan orang Melayu, termasuk soal bahasa.

Hamba ada membaca kesemua perkara dalam perkara 153 yang sebetulnya berkenaan kontrak sosial dan sepemahaman hamba yang tak seberapa ini, tiada disebutkan fasal ketuanan Melayu. Jadi, daripada mana pesongan fakta ini berlaku? Dalam perlembagaan atau atas marga politik sahaja? Yang pasti ketuanan Melayu lebih hamba faham sebagai dongengan yang menakutkan bak sumpahan orang minyak. Kenapa ini berlaku? Itu yang hamba cuba rungkaikan.

Penemuan hamba sepanjang menelaah perlembagaan yang mana hamba bertemu perkara bahawa tiada disebutkan langsung konsep ketuanan Melayu dalam perlembagaan negara. Jadi, dari mana datangnya konsep ketuanan Melayu?

Sebelum itu, ada baiknya anda semua rujuk Perkara 153 dalam link di bawah ini.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

Jelas dan nyata, perkara 153 digubal untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu sebagai tuan tanah yang tidak dianggap sebagai pendatang di Tanah Melayu. Lama dulu sebelum kehadiran bangsa Cina dan India, semenanjung ini berada di bawah kekuasaan kerajaan Melayu, baik yang berpusat di Sumatera, Tanah Jawa, ataupun di Tanah Melayu sendiri. Semenanjung telah ditadbir oleh beberapa kesultanan / kerajaan Nusantara secara terus menerus, zaman ke zaman.

Tetapi di mana wujudnya konsep ketuanan Melayu yang dipukul canang?

Secara ringkas, hamba melihat idea untuk mengembar-gemburkan wujudnya ketuanan Melayu, lebih-lebih lagi dalam meyakinkan sebilangan besar bangsa Melayu yang tidak berminat untuk mengkaji, dan menelaah Perlembagaan Malaysia untuk terus percaya, dan terhutang budi kepada kerajaan sekarang yang bertanggungjawab mencetuskan perjanjian, dalam perkara 153 tersebut.

Intipatinya, Melayu akan terus menikmati rizab atau keistimewaan yang kita cuba pertahankan hari ini. Contohnya, hak kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi, kuasa raja-raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, biasiswa, kuota dalam perkhidmatan awam dengan nisbah 4:1 untuk Melayu dan bukan Melayu, ekuiti 30% dalam syarikat milik kerajaan, dan yang paling dijaga ialah kedudukan Melayu dalam pentadbiran kerajaan selain kuasa raja-raja.

Hamba faham , ketika Tunku mahu menuntut kemerdekaan negara - sokongan daripada bangsa bukan Melayu amat diperlukan untuk mendapat restu daripada British. Makanya, dalam pada menggubal kesemua 15 cabang perlembagaan negara baru benama Persekutuan Tanah Melayu (ketika itu), perjanjian untuk menggariskan perkara 153 ini dibuat untuk memelihara hak keistimewaan orang Melayu, sebagaimana ia tidak disebut dalam rang undang-undang untuk membentuk Malayan Union tak lama sebelum itu. Inilah yang hamba sebut sebagai survival orang Melayu yang dipukul canang dengan meletakkan terma Ketuanan Melayu, walhal hakikatnya ia tidak digariskan secara rasmi dalam perlembagaan negara.
Ya benar, suatu ketika dulu hampir semua kesultanan Melayu mengamalkan sistem feudal di mana golongan bangsawan saja yang akan mengambil pusing soal politik. Raja berkuasa sepenuhnya dan rakyat yang berbangsa Melayu dianggap sebagai rakyat sementara pendatang tidak diperakui sebagai rakyat. Kalau ini yang dikatakan ketuanan Melayu, maka sudah jelas sistem feudal sudah tidak diamalkan di Malaysia.

Maksud ketuanan Melayu pada hemah hamba tidaklah molek untuk digunakan. Tuan bermaksud menjadi orang yang memegang tampuk, dan sesiapa yang tidak bergelar tuan, maka menjadi hamba. Dalam konteks ini Melayu dan Bumiputera diangkat sebagai Tuan sementara bukan Melayu, maaf jika hamba namakan sebagai golongan Hamba. Adilkah begitu?

Hamba persoalkan disini ialah, seiring dengan pembentukan kerajaan Tanah Melayu, UMNO sendiri dengan janji memberi hak kerakyatan kepada bangsa bukan Melayu dalam usaha untuk mendapat restu merdeka daripada Inggeris. Hak kerakyatan itu diperolehi dengan cara dilahirkan didalam negara itu atau Jus Soli. Selepas menjadi warganegara, anak mereka akan secara automatik dianggap sebagai warganegara dan sebagai warganegara mereka tidak perlu bersumpah kesetiaan kepada negara berkenaan secara formal. Hak ini pula dikatakan sebagai melalui Jus Sanguinis, iaitu melalui pertalian darah. Samada kewarganegaraan diperolehi melalui jus sanguinis atau jus soli, kontrak sosial masih diguna pakai walaupun tiada pengakuan sumpah secara formal. Jadi, hamba sudah lengkapkan bagaimana Cina dan India boleh diterima kerakyatan di Malaysia tanpa syarat mengatakan mereka menjadi hamba.

Hamba bersetuju dengan isu pokok berkenaan kontrak sosial yang Tun Det gariskan dalam hujah ke 23 dan 24.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

Jadi, sejak dua menjak ini lebih-lebih lagi sepanjang 2008 hak keistimewaan orang Melayu dipersoalkan semula oleh bukan Melayu. Mereka menuntut kesamarataan atas dasar mereka mungkin terasa hina dengan konsep ketuanan Melayu yang seolah menjadikan mereka sebagai hamba kepada tuan Melayu.



Gambar: Orang Melayu sebagai penduduk asal mahu segala hak keistimewaan mereka terpelihara
Kredit kepada jalankayutrail.blogspot.com
2008 juga menyaksikan PAS dan UMNO membuat pertemuan demi pertemuan dalam membincangkan masa depan Melayu dan Islam. Ramai yang jadi kaget apabila ura-ura PAS dan UMNO mungkin bersatu seperti mana yang pernah berlaku dalam Perikatan dahulu. Secara peribadi, hamba tidak berkenan dan bersetuju PAS dan UMNO bergabung kerana dua entiti ini harus dipisahkan untuk mewujudkan 'check and balance'. Tiada kerajaan yang teguh jika tiada pembangkang.
Lagi pula, UMNO sendiri harus menelaah semula perjuangan mereka. Jika soal 'bangsa' yang menjadi keutamaan mereka maka tidak perlu mempergunakan 'agama' sebagai alat. Keahlian UMNO harus dibuka kepada bumiputera bukan Islam, sepertimana konsep tak semua Melayu adalah Islam. Dengan cara ini tidaklah muncul banyak parti-parti politik kecil di Sabah dan Sarawak yang sibuk memperjuangkan nasib kaum minoriti masing-masing sedangkan mereka mendapat hak keistimewaan sebagai bumiputera. Tidakkah ini akan lebih menyatupadukan orang Melayu/Bumiputera biarpun ada yang berlainan agama. Cuba rujuk MCA yang membuka keahlian kepada bangsa Cina tak kira mereka Buddha atau Kristian.
Lainlah pula dengan PAS, mereka memperjuangkan 'agama' sebagai asas perjuangan politik, maka tidak semestinya PAS hanya mempunyai ahli berketurunan Melayu, sebaliknya harus dibuka kepada kaum India Muslim, Cina Muslim ataupun mualaf dan Arab pendatang. Golongan-golongan ini secara logiknya tidak layak berada dalam kapal UMNO.

Tapi selama ini kita kenal UMNO sebagai parti penyelamat hak istimewa kaum Melayu sementara parti-parti lain tidak akan dapat menyelamatkan hak istimewa yang terkandung dalam perkara 153 tersebut. Hanya dengan mengundi UMNO (biarpun kadang-kadang calon UMNO tidak sepenuhnya berketurunan Melayu) maka mereka merasa akan lebih terjamin.

Justeru, hamba percaya ramai Melayu takut untuk mengundi parti yang tidak berasaskan kaum seperti PAS, PKR dan DAP atau logiknya PR kerana takut hak keistimewaan orang Melayu tergugat jika mereka memerintah. Inilah yang dimomokkan selama ini hingga Melayu takut untuk mengundi calon yang benar-benar berkelayakan sehingga terpaksa memilih kaum sendiri biarpun calon itu terbukti tidak telus, mengamalkan rasuah atau tidak cekap dalam pentadbiran.

Mereka takut untuk undi bukan Melayu yang pada mereka mahu memegang tampuk penting dalam kerajaan dan itulah yang menyebabkan Datuk Ahmad Ismail (Adun Bukit Bendera) contohnya sibuk berdemo, dikatakan bersikap perkauman segala. Betapa bebalnya Ahmad Ismail ini kerana mengambil pusing perkara 153 sahaja tanpa menelaah keseluruhan perkara dalam perlembagaan negara.
Perkara Yang Tidak Dibangkitkan - Perkara 159

Sedar atau tidak sedar, ramai Melayu yang takut dengan kuasa bukan Melayu tertipu dengan momokan ketuanan Melayu yang diperjuangkan sejak zaman pengharaman Umno pada 1988. Mereka sebenarnya tidak merujuk kepada perkara 159 yang menggariskan bahawa hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera tetap akan terbela.

Sebelum itu, rujuk link Perkara 159 dibawah ini dahulu.

Jelas dan nyata dalam perkara 159 ada digariskan dalam fasal kelima berbunyi...
(5) Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Jadi apa yang nak ditakutkan?

Demokrasi di Malaysia tidak berjalan seeloknya sejak 50 tahun yang lalu. Undian yang kita lakukan kebanyakkan bersangkut emosi akan takut kehilangan hak dan keistimewaan hingga menjadikan Melayu sebagai tuan tanah yang lekas selesa, dan tidak berdaya saing.

Tapi apakan daya, semua itu sudah dirangka dan digariskan dengan baik oleh Tunku agar masa depan bangsa Melayu sebagai penduduk asal terbela. Cuma yang hamba kisahkan disini ialah apakah dengan mengundi orang Melayu yang tidak berkebolehan maka kita akan terus selamat?

TIDAK!

Hamba lebih rela memilih seorang Cina yang punya kecekapan dalam memimpin, idea yang kreatif serta memahami perlembagaan Malaysia untuk tidak mempersoalkan perkara 153 kerana hak memimpin dan menyertai politik telah orang Melayu berikan menerusi undi. Hamba tidak rela memilih seorang Melayu yang tidak punya kecekapan dalam memimpin, tidak punya semangat untuk membantu memberikan kesamarataan bantuan terhadap semua kaum, jenis pemimpin yang mengamalkan politik wang malahan punya sikap mazmumah yang berlebihan.

Hamba memilih calon yang berkelayakan tanpa mengira apa kaumnya kerana sebagai Melayu, hamba yakin dan percaya kepada perlembagaan perkara 153 yang dijaga rapi pula oleh perkara 159.

Habis, apa lagi yang Melayu risaukan jika bukan Melayu memimpin? Hamba mahukan perubahan dalam pentadbiran negara. Sikap ketamakan, ambil mudah, politik wang semua itu nampak jelas dalam koloni politik Melayu. Melayu tidak menjadi bangsa yang berdaya saing selama ini kerana ditipu dengan helah politik yang memaksa mereka memilih kerajaan yang tidak berkebolehan. Sisi buruk yang kita nampak sekarang seperti penjawat awam yang lembab hinggalah kepada Pak menteri tidur dan skandal, telah lama wujud kerana keselesaan yang dijanjikan. Bila bangsa Melayu nak maju?

Maka hamba menuntut kesamarataan kaum yang masih berlandaskan kepada perlembagaan. Hamba percaya tidak semua Cina mampu menghantar anak mereka bersekolah lebih tinggi sebagaimana Melayu yang punya biasiswa / wang ihsan segala. Kesamarataan antara kaum ini penting untuk tidak mewujudkan jurang ekonomi yang kecil dan akhirnya nanti setiap bangsa boleh bekerjasama dan belajar untuk mengenal ilmu baru seperti Melayu yang dahagakan ilmu perniagaan daripada Cina.

Kesamarataan kaum tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana mereka menyatakan bahawa dalam apa hal sekalipun Melayu harus diberi hak berlebihan. Hingga menjadikan nasib bangsa Melayu seperti sekarang. Layu dan akan terus layu.

Jadi, PRU 12 pada Mac lalu hamba lihat sebagai pembuka jalan untuk rakyat Malaysia sedar dan celik mata untuk menilai yang mana kaca dan mana permata.
Jadi yang sebenar-benarnya istilah Ketuanan Melayu tidak wujud dalam perlembagaan. Hanya orang yang takut kepada bayang-bayang sendiri saja yang berfikir hak istimewa orang Melayu akan terhapus biarpun tanpa 2/3 kerusi parlimen dan restu Agong.
Insya-Allah, hak keistimewaan orang Melayu akan kekal sampai bila-bila biarpun kerajaan ditadbir oleh bukan Melayu yang bagus dan berkebolehan. Jangan silap dengan hamba, ada juga Melayu yang bagus, dan bukan Melayu yang tak bagus. Yang hamba nak tengok dalam kerajaan ialah mereka yang bagus-bagus. Keturunan bangsa tidak memberi kesan kepada kebagusan sesiapa. Kena faham itu ya!

Hamba juga tidak akan risau kerana Bahasa Melayu tidak akan tergugat sebagai bahasa rasmi negara biarpun mungkin kita akan bermenterikan majoriti Cina atau India yang berkebolehan. Fahamilah Rukun Negara yang ketiga - Keluhuran Perlembagaan.


Tambahan: Perlembagaan sesebuah negara pada asasnya tidak boleh diubah melainkan sesebuah negara digulingkan, dan membentuk sebuah negara baru berbentuk republik. Malaysia bukan negara republik sejak mula ditubuhkan. Inilah yang membezakan Malaysia dengan negara jiran seperti Republik Indonesia yang menghapuskan terus kuasa raja-raja Melayu Nusantara dalam pentadbiran negara mereka.
Read more

Kitab Bible dalam Bahasa Melayu




Allow Bible in Bahasa Malaysia: Christian Federation

By ROYCE CHEAH

PETALING JAYA: The Christian Federation of Malaysia (CFM) has called on the Government to re-look its restriction on Bibles written in Bahasa Malaysia.CFM vice-chairman Rev Dr Eu Hong Seng said considering that Bahasa Malaysia is the national language, it was perplexing that the Bible in Bahasa Malaysia was classified under Section 22 of the Internal Security.

Sumber dipetik daripada The Star . Published: Thursday December 25, 2008 MYT 6:43:00 PM
Apa kata hamba?
Baguslah! Hamba menyokong jika kitab Bible atau nama aslinya Injil (sebelum diolah 'cerdikpandai' Vatican) diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia ya! Ini bahasa versi Najib Razak saja!).
Hamba yakin ramai yang emosi tak tentu fasal. Harap tenang saja. Tak perlu sensitif dalam isu ini kerana hamba cuba untuk berfikir di luar kotak. Penterjemahan kitab suci agama lain ke dalam bahasa ibunda kita seharusnya digalakkan. Kerana apa? Disini saya lampirkan 5 sebab kenapa saya menyokong.
1. Bahasa Melayu bukan bahasa rasmi mana-mana agama.
-Sudah terang lagi bersuluh, wahyu Nabi Muhammad (SAW) diturunkan oleh Malaikat Jibrail dalam Bahasa Arab. Wahyu-wahyu tersebut di susun dan dibukukan ke dalam sebuah kitab yang diberi nama al-Quran setelah wafatnya Rasulullah.
Bahasa Melayu bukan milik mana-mana agama, walaupun semua bahasa di dunia ini adalah bahasa tuhan. Hamba tertarik untuk mengulas isu ini kerana hamba yakin, ramai sangat rakyat Malaysia yang tersalah konsep 'bangsa dan agama'.
2. Bangsa Melayu menurut perlembagaan bukanlah satu-satunya penutur Bahasa Melayu.
- Dalam perlembagaan Malaysia, 1957 menyenaraikan bahawa orang Melayu bercirikan mereka yang berbahasa Melayu dan beragama Islam. Hal ini menyebabkan golongan peranakan India Muslim pun turut sama dikatakan bangsa Melayu. Ini satu contoh silap konsep. Bangsa dan agama bukanlah satu entiti yang sama. Ramai yang kata, kalau berbangsa Melayu maka semestinya beragama Islam. Silap besar ya, kerana tak semua manusia yang berbangsa Melayu itu menganut agama Islam.
Di Melaka, golongan kaum Serani ialah campuran Melayu dan penjajah Portugis dan menganut Kristian. Lama dulu mereka berbahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda. Juga di Melaka, ada kaum Baba & Nyonya (pernah hamba ulas dalam tajuk 'Tunggu Sekejap Sang Nyonya' tak lama dulu) juga berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.
Di Sabah dan Sarawak, kaum Iban dan KadazanDusun yang ramainya menganut Kristian juga berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Bahasa Iban, Kadazan, Tagalog di Filipina serta mana-mana dialek etnik di Nusantara semuanya dikelaskan sebagai keluarga Bahasa Melayu kerana memiliki persamaan kata akar dan tatabahasa. Maka, mereka juga dikelaskan sebagai penutur Bahasa Melayu.
Tetapi perlembagaan Malaysia meletakkan mereka bukan sebagai Melayu, tetapi kaum bumiputera. Hamba mengambil kefahaman Tunku Abdul Rahman yang bertanggungjawab menggubal undang-undang tersebut semata-mana untuk mempertahan survival ketuanan Melayu-Islam di Tanah Melayu. Jadi alasan Tunku, hamba terima dengan besar hati tetapi tidak sesekali hamba bersetuju dengan makna Bangsa Melayu menurut perlembagaan Malaysia.
Hamba yakin tiada sesiapa boleh jamin, seramai 300 juta penutur Bahasa Melayu di mukabumi ini, apakah kesemuanya beragama Islam? Apa jadi dengan Tony Eusof, seorang aktor berketurunan Bidayuh yang berbahasa Melayu dialek Bidayuh sebagai bahasa ibunda, adakah beliau beragama Islam?
Jadi sebelum mengutuk hamba pro-katolik, harus difahami dulu maksud Bangsa Melayu, dan siapa penutur bahasa keempat terbesar dunia ini.
3. Bukan Kristian juga membaca Bible.
- Betul. Jangan silap berkata kerana kitab agama lain juga dibaca oleh bukan penganutnya. Di Malaysia sendiri terdapat fakulti yang menawarkan kursus Pengajian Perbandingan Agama. Maka, atas dasar mengkaji, maka bukan Kristian juga harus menelaah kitab Bible.
Mereka yang mengkaji ilmu kitab membaca Bible bukan untuk mempercayainya tetapi untuk menelaah isi kandungan kitab tersebut untuk diperbandingkan dengan kitab-kitab agama lain. Sebagaimana hamba tidak bersetuju dengan PPSMI, maka hamba boleh katakan bahawa tak salah Bible diterjemah dalam BM kerana mampu memudahkan pengkaji yang berbahasa Melayu untuk memahaminya.
Tambahan, kalau kita yakin al-Quran adalah kitab kalamullah yang kukuh asasnya, dan paling relevan maka kita tidak perlu takut kepada sebuah kitab olahan manusia yang berjudul Bible. Kalau itu yang dibimbangi, hamba kira baik kita bimbangkan 'betapa lemahnya iman orang islam di Malaysia' yang menuntut kita untuk perkuatkan lagi jentera dakwah, terutamanya peranan JAKIM dari blok kerajaan.
4. Penterjemahan Bible boleh menipiskan prasangka.
- Bahasa Melayu harus punya rasa dimiliki bersama oleh negara-negara yang menjadikannya sebagai bahasa rasmi. Indonesia, Malaysia, Brunei sebagai negara berbahasa rasmikan BM seharusnya memiliki bahasanya secara bersama.
Di Indonesia, gereja-gerejanya berbahasa Melayu Indonesia. Upacara perkahwinan masyarakat Kristian pun dalam BM. Mereka lebih faham konsep 'bahasa-bangsa-agama' yang nyata berbeza makna di antara satu sama lain.
Di Malaysia, agak segan penganut Kristian beketurunan Melayu Bumiputra atau Cina yang mahu berbahasa Melayu untuk tuntutan keagamaan mereka. Kerana kekangan bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa orang Islam saja, maka mereka tidak dapat turut sama mengembangkan lagi Bahasa Melayu. Setidak-tidaknya, pemilikan bersama terhadap BM akan dapat menipiskan lagi prasangka sesama kita. Tidakkah baik begitu?