Manek Bahasa Melayu Akan Terus Mengurai (PPSMI)


Ketika menulis artikel yang tak seberapa ini hujung tahun lalu, hamba tak fikir orang akan baca apatah lagi kalau Pak Menteri yang baca. Tapi, sebagai budak muda yang nak melantun pendapat, hamba tulis juga biarpun tiada siapa yang hirau.

Biarpun bukan disebabkan hamba, tapi sedikit sebanyak apa yang berlaku lewat 24jam yang lalu cukup untuk memberi sebab kenapa hamba harus tersenyum simpul sepanjang hari. Ya, menulislah apa saja biar tiada menelaah, jika ada 100 lagi yang berbuat seperti apa yang hamba buat, malahan tindakan mereka lebih lagi daripada sekadar hamba, rasanya daya itu akan mengumpul tenaga yang kuat dan jitu.

Keputusan kerajaan mengunapakai semula Bahasa Melayu (dalam konteks Najib Razak adalah Bahasa Malaysia (?)) dalam pengajaran Matematik dan Sains mempunyai pro dan kontra. Tun Det mempunyai alasan tersendiri untuk menentang pemansuhan dasar tersebut, antara alasannya yang pernah diutarakan ialah tidak semua istilah-istilah sains dan matematik boleh diterjemahkan dengan mudah ke dalam bahasa Melayu. Alasan kedua antaranya untuk rakyat Malaysia bersaing di luar Malaysia pada masa hadapan.

Menganalisis dua alasan Tun Det membuatkan hamba bertambah-tambah nak senyum. Pertamanya, bukankah kerja cerdikpandai serta pakar bahasa untuk mencipta istilah baharu untuk kegunaan sains dan matematik. Apa guna kita punya Dewan Bahasa & Pustaka? Kita tak minta menterjemah, kita minta dikembangkan ilmu itu ke dalam bahasa kita, sebagaimana nenek moyang kita melaksana saban dekad lamanya.

Kedua, Tun Det mengukur pencapaian rakyat Malaysia pasca merdeka dengan cara merumus kejayaan menerusi komunikasi. Hamba fikir perkara ini wajar diselidik semula. Ada benar dan ada yang canggung tetapi hakikatnya, banyak juga negara kental bahasa seperti Jepun, Arab Saudi serta Perancis yang terus berdaya saing. Biarpun tidaklah dinafikan bahawa Bahasa Inggeris itu amat penting untuk memasuki pasaran global; pokok pangkal bukan soal lemah kuat komunikasi, sebaliknya nilai dagangan yang kita mampu bawakan.

Apapun, hamba gembira kerana Kerajaan Barisan Nasional memulakan langkah bijak untuk menambat semula bukan sekadar hati rakyat, tetapi juga para pejuang bahasa dan cendikiawan. Biar apapun motif sebenar pengumuman pemansuhan yang hanya akan bermula pada 2012 ini, hamba menerima dengan tangan dan minda yang sangat lega dan terbuka.

Persoalannya; apabila kerajaan BN menamakan pemansuhan ini sebagai usaha untuk MENDAULATKAN SEMULA BAHASA MELAYU, hamba kira ayat ini wajar dibasuh cukup-cukup. Kerja melaksanakan pendaulatan BM bukan dicemar 100% oleh isu PPSMI. PPSMI hanyalah isu kecil daripada beratus-ratus isu yang yang membawa kerosakan kepada BM.

Sebagai contoh, tak guna kalau murid sekolah kembali diajar dalam BM sedangkan hujung minggu mereka masih lepak di 'Mid Valley' atau 'The Curve' sambil makan-makan di 'Secret Recipe' ataupun 'Gloria Jeans' serta membaca papan tanda jalan serta papan iklan yang masih tidak mengutama malah mencemarkan BM. Tak guna mereka yang berbangsa bukan Melayu belajar dalam BM sekiranya habis waktu sekolah mereka tak digalak untuk memperbetul malah mengasah kefasihan BM mereka. Takut nanti, bertahun duduk di negara berbahasa rasmi BM, tetapi masih tidak fasih BM.



Gambar: Sebahagian daripada usaha 'mendaulatkan' BM.

PELAKSANAANYA harus dikaji semula. Hamba pegang undang-undang al-Quran berkenaan soal 'keadilan'. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Maka letakkanlah BM di tempat yang asal dan menjadi haknya.

Soal kenapa mesti 2012 baru nak tukar, hamba kira ini soal menguruskan silibus pelajar. Jika dulu pelaksanaan PPSMI amat tergesa-gesa hingga kesannya diperaku oleh kerajaan [BACA SINI] setelah beriya-iya menafikan sebelum ini; maka eloklah penukaran semula dibuat secara berhemah dan tidak membebankan pelajar. (serta tender cetak semula buku teks sekolah dapat di belek dan dipertimbangkan semasak-masaknya, tanpa pengaruh kronisme.Hehehe)

Dalam tempoh 3 tahun ini, nampaknya DBP serta Akademi Sains Negara dengan gerak kerja Kementerian Pelajaran mempunyai tugas berat untuk menulis semula silibus Sains dan Matematik di dalam BM, dan amatlah dihargai sekiranya proses perkembangan bahasa juga dilaksana secara telus dan tidak melacurkan BM dengan meminjam perkataan BI.

Kesilapan kerajaan adalah apabila menjadikan PPSMI sebagai ubat ketika sakit, dan bukannya sebagai supplement yang perlu di makan secara harian. Okay, orang sakit (murid sekolah) suka ke makan ubat ketika sakit? 90% dijamin tidak suka. Kenapalah ketika kita sedar anak-anak kita lemah BI, kita pergi sua dengan ubat secara tiba-tiba dan memaksa? Kenapa tidak sejak kecil kita cegah dengan memberi makanan/supplement berkhasiat untuk mereka?

Dan yang bising mengatakan "Makin susahlah Sains & Matematik lepas ini, otak dah tak boleh switch!" hamba seru "Hoi! Suruh belajar pun asyik nak kata susah ke?" sebab hamba dulu pernah merasakan pengalaman menjadi pelajar. Ia bukan sebab susah atau senang, cuma soal malas atau rajin saja. Orang malas macam hamba dulu, semestinya ketinggalan dalam Sains (hehehe), tetapi kalau rajin dan ada minat; tiada yang mustahil. Suruh belajar je pun, bukan suruh buat ujikaji nuklear nak selamatkan Malaysia daripada serangan Yahudi Mabuk!

Juga yang bising mengatakan "Kalau tak tukar, nanti kalah pilihanraya" hamba nasihatkan berkokoklah sampai pagi. Dulu mereka ini juga yang minta mansuhkan PPSMI, bila betul-betul mansuh keluar bunyi bodoh sebegini. Yennadey! buat malu saja tanya cakap macam tepuk air di dulang!

Tak kisah kalau asbabnya politik dan soal mencuri semula kepercayaan pengundi sebab, hal yang satu ini harus disegerakan tak kira siapa pun yang memerintah. Manek Urai bukan tempat untuk kita kata menyelamatkan BM sebab politik kini tak semudah merona propaganda sahaja.

Manek Urai mungkin medan BN menguji keberkesanan hal ini, sebaliknya hamba tak ambil peduli sebab hamba boleh tersenyum kerana 'manek' yang terikat dalam benang ketamadunan bangsa hamba kini boleh terurai dan terus bertebar dan berkembang bebas; tidak lagi terikat dan kusut lantas putus begitu saja. Anak cucu kita adalah pengurainya, bahasa kita adalah 'manek'nya.

7 ulasan:

azman berkata...

satu alasan TDM untuk mewajarkan PPSMI adalah kerana kononnya terlalu banyak istilah sains dan matematik yang tak akan termampu diterjemah ke bahasa melayu.
saya setuju dengan beliau.

tapi TDM lupa, dalam banyak2 istilah tersebut, berapalah sangat yang digunakan dalam peringkat menengah?
Seolah-olahnya, apabila mereka belajar dalam bahasa Melayu di sekolah, mereka akan tercengang bila bertemu istilah sama, tetapi dalam BI, pada peringkat universiti.

Apa, sukatan pelajaran universiti sama dengan sekolah menengah ke?

Qareem Need Rebel berkata...

saya sudah membaca link yang anda beri. terima kasih. maaf, bagi saya, pendapat yang diberikan oleh penulis tersebut sama saja pendapat seperti pejuang 'mansuhkan PPSMI' yang saya jumpa sebelum ini. alasannya, 'kita boleh maju dengan menggunakan bahasa ibunda kita sendiri'

beginilah saudara, dalam kerelevenan PPSMI, isu memajukan itu bukanlah pokok utama, sebaliknya ialah kegunaan bahasa inggeris dalam penerokaan ilmu. Saya rasa saya sudah membuat penulisan PPSMI sebelum ini, saya tegaskan, penggunaan bahasa inggeris amat penting untuk kami golongan sains meneroka, menterjemah dan mendedahkan pengetahuan tentang ilmu sains. jika anda membaca blog tun mahathir meneganai PPSMI, anda akan sedar bahawa bahasa inggeris merupakan bahasa teknikal yang selaras dengan istilah2 sains. tun mahathir adalah seorang doktor perubatan, beliau memahami masalah tersebut dan sebagai negarawan, dia akan melakukan sesuatu yang baik untuk penerokaan ilmu.

Ada certain, tak, banyak perkataan sains yang tak boleh diterjemahkan kedalam bahasa malaysia. saya sendiri, apabila ditugaskan membuat tesis dan kajian sains, saya mengalami kesukaran menterjemahkan bahasa inggeris sains kepada bahasa melayu.

disini, saya sekali mengaskan, PPSMI bukanlah perkara yang menakutkan dan boleh menjahanmkan bahasa. Ianya sekadar satu ilmu, penerokaan ilmu.

Sebenarnya, jika para penterjemah kita rajin bekerja dn menghasilkan banyak buku terjemahan. Isu PPSMI takkan timbul.

akhirkata, saya ingin menjawab petanyaan azman. memang tidak sama sukatan pelajaran sekolah menengah dan universiti. tapi, penggunaan istilah sains di sekolah akan digunapakai di universiti. dan ianya amat penting. segala eksperimen dalam maths, physics, chemistry dan biology akan manjadi perkara asas di universiti.

matematik tambahan yang saudara belajar di sekolah, akan di jadikan basic utama untuk pembelajaran calculus, diffential equation, laplace, hermittian, dan banyak lagi di universiti.

Sekian.

golok Bong berkata...

salam..
kepada En.Qareem..
Berdasarkan pendapat encik, Encik besetuju dgn PPSMI. pada pendapat saya yg dari latarbelakang sains dan teknikal rasanya bukanya masalah bahasa utk mempelajari sesuatu ilmu sains atau teknikal tetapi masalah itu dtg daripada ilmu itu sendiri yg sememangnya sukar utk dipelajari lebih2 lagi diperingkat tinggi. Jika kita mempelajari Fizik kejuruteraan bukanya masalah istilah bahasa yg menyukarkan sesorg pelajar tetapi masalah rumus dan penguraiannya. Jika diperingkat sekolah permahaman asas sains dan matematik perlu ditekankan dahulu dgn ''kefahaman' yg baik kepada pelajar..cara memahaminya dgn bahasa yg kita sudah fahami iaitu bahasa melayu. Jika seorg guru sains tingkatan 1 bercakap bahasa melayu utk pembelajaran sains rasanya seorg pelajar lebih memahami drpd bahasa Inggeris.Penyakit yg dihadapi pelajar sekarang bukannya matapelajaran sains dan matematik tetapi matapelajaran B.Inggeris jadi ubati sahaja B.Inggeris!jika mata kita sahaja yg sakit mengapa nak dibubuhkan ubat pada hidung dan telingga.

Kelompok yg menyokong PPSMI adalah dripda kelompok yg hanya mementingkan diri sendiri. Tidak perihatinkah kita dgn penduduk luar bandar terutamanya org melayu yg jauh ketinggalan dalam pembelajaran bahasa Inggeris.jadi dalam bebarapa tahun drpd 2003 adakah graf pelajaran utk matepejaran Matematik dn sains meningkat? pelaksanaan sudah dijalankan dan hasilnya pun sudah ada dan ia gagal. Mengapa perlu dipertahankan lagi? jadi mansuhkan PPSMI adalah langkah bijak.

golok bong berkata...

Petikan En.Qareem
'matematik tambahan yang saudara belajar di sekolah, akan di jadikan basic utama untuk pembelajaran calculus, diffential equation, laplace, hermittian, dan banyak lagi di universiti'

wahh memang sedap dibaca istilah dan rumus2 matematik yg en.qareem tulis seperti calculus, laplace dll...saya rasa en qareem pun ada jumpa benda2 nihh...saya pun ada belajar ..tapi tahukahh berpa kerat sahaja istilah 'bahasa inggeris' digunakan utk formula2 nihh yg 99% hanyalah nombor2 dan simbol2 separti pekali, bahagi pembahagian, kuasa , faktor f(x)dll.yg sememangnya sama jika diajar dlm apa2 bahasapun dlm dunia nihh..waima bahasa org asli pun...dan simbol2 dn nombor ini asasnya bukannya drpd bahasa inggeris tetapi drpd bahasa arab.Selamat mengkaji....

Qareem Need Rebel berkata...

to endik golok bong:

anda silap jika anda mengatakan kefahaman ilmu itu segalanya dalam mempelajari sesuatu, dan bukanlah faktor bahasa sebagai penentu.

sebenarnya, kedua-dua elemen itu memainkan peranan yang sama.

saudara, jika bangsa melayu kita boleh memahami ilmu dengan bahasa melayu kita sendiri, dah lama negara kita berupaya mencipta roket satelit sendiri, mencipta pelbagai barangan teknikal kejuruteraan. tapi, sekrang masih tiada. ada, tapi kurang.

saya tanya saudara, jika saudara berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara seperti di US atau UK contohnya yang menggunakan bahasa inggeris, adakah saudara menolak? menolak sebab akan belajar ilmu dalam bahasa inggeris?

saya tak rasa saudara akan menolak peluang sebegitu. semua keluarga di malaysia berbangga jika ada anak2 mereka dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara sebab selalunya, pelajar yang cemerlang di malaysia, akan di hantar belajar ke luar negara. mereka akan mempelajari asing seperti bahasa inggeris, dan akan mempelajari ilmu2 tersebut dengan bahasa asing.

pelajar2 sederhana seperti saya dan saudara yang belajar di malaysia. hanya mempelajari ilmu sains dengan bahasa ibunda.

anda takkan tak sedar perbezaan ini dan nampak peluang yang baik dari PPSMI ini?

dengan PPSMI anda berpeluang mempelajari bahasa inggeris dan mempelajari ilmu dengan bahasa inggeris seperti pelajar2 cemerlang malaysia yang berada di luar negara. anda menikmati apa yang pelajar cemerlang dapat, walhal kita hanya pelajar sederhana.

bukalah mata dan hati. ini adalah untuk kebaikkan. takkan melayu hilang di dunia melainkan melayu dikenakan etnic cleansing sahaja.

dan juga mengenai anda mengatakan simbol2 itu datang dari bahasa arab. then, kenapa tidak saudara belajar bahasa arab? kenapa tak cadangkan program pembelajaran matematik dalam bahasa arab?

pelajar iran di universiti saya sendiri mempelajari sains dengan bahasa inggeris. ceh. tak hilang pun identiti iran diorang kalau diorang belajar ilmu dengan bahasa inggeris?

saya masih lagi menaip dengan bahasa melayu biarpun saya menyokong PPSMI. :)

kesimpulannya, jika mahu di mansuhkan PPSMI. Buktikanlah bahawa satu hari nanti, hadiah nobel sains adalah datang dari orang melayu yang membuat kajian dengan bahasa melayu. kalau itu tidak menjadi realiti dalam tempoh 10 tahun. memansuhkan PPSMI adalah kesilapan.

sekian.

golok bong berkata...

Salam en.qareem.

Bahasa Jiwa bangsa..selogan yg kita selalu dgr...faham kah saudara apakah maksud jiwa?sesorg yg tanpa jiwa akan hilang lah rasa. Bahasa umpama roh atau jiwa pada sesuatu bangsa. Adakah kita org melayu bermonolog dalam diri kita diluar bahasa melayu, begitu juga berfikir , saya tak fikir saudara berfikir akan sesuatu perkara dgn menggunakan bahasa Inggeris, melainkan saudara sudah berjiwa inggeris dan bukan melayu. dan saya tak hairan mengapa saudara menyokong PPSMI.
mengapa kita meremehkan bahasa kita sebagai bahasa ilmu, sepatutnya kita wajib berusaha mendokongnya..dgn cara meletakannya sebagai pengajaran dan pembelajaran P&P utk ilmu sains dan matematik.Anugerah Nobel cuba kita selakk dn kaji siapa yg menganugerakannya dan jawapanya adalah barat. adakah org2 barat mahu kita bangsa melayu beragama islam ini maju? mengapa kita begitu mengiurkan anugerah tersebut, adakah anugerah tersebut secara total sebagai pencapainya mutlak sesuatu bangsa. Melayu bangsa berdaulat dn bahasanya pernah menjadi lingua franca seantero dunia.Dan apabila datang nya sang penjajah mula memadamkan sejarah maka kita menjadi buta asal usul bangsa kita dan mula menrendahkan bahasa ibunda.

ia saya mengatakan asas sains dan matematik yg dtg dari barat adalah pinjaman daripada tamadun Islam. dan kita lupakah bagaimana org2 eropah meminjamnya? antaranya kegiatan mengterjemahkan ilmu2 daripada bahsa arab ke bahasa latin dan dripd latin barulah ke bahasa inggeris.

Soal kemajuan seperti membina roket atau aper2 alatan teknologi tinggi sebenarnaya bukan kita tidak mampu. sebenarnya ramai sainstis yg mampu. sebenarnya ia hanyalah masalah birokrasi dan kewangan .

amerika sebagai contoh yg mejadi pereka2 awal roket bukan dari kalangan org amerika tetapi kebanyakan adalah dripd sainstis2 jerman dan rusia yg di seludup selepas perang dunia ke-2 yg kebanyakan cetakann biru rekabentuk jet atau roket dr bahasa jerman utk diterjmahkan ke b.inggeris.

tetapi adakah sekarang ia menjadi keperluan utama utk negara kita. utk apa kita ke bulan
sedangkan ,masalah lain bertempek-tempek.

ya!! jika saya ditawarkan menuntut ilmu di US atau UK saya takkan menolak. Ilmu tersebut akan dimannafaatkan dgn dimudahkan dlm kefahaman dan kejelasan yg baik .Caranya seperti pernah dibuat oleh cerdik pandai eropah pada abab ppertengahan yg ramai menuntut didunia arab tetapi membawa pulang ilmu tersebut tidak bersama bahasa secara total dan akidah utk di ajar kepada bnagsa mereka.tetapi mereka tetap maju...mengapa?

soal rakyat iran yg menuntut di malaysia menggunakan b.inggeris..saya pernah duduk sebilik dgn rakyat mesir yg langsung sepatah haram tak tahu bertutur bahasa melayu.logik la kena berbahasa inggeris dgn mereka cuba tanya mereka; kat negara mereka adakah matematik dn sains juga di ajar dlm bahasa inggeris,..

petikan soalan en qareem..
'dan juga mengenai anda mengatakan simbol2 itu datang dari bahasa arab. then, kenapa tidak saudara belajar bahasa arab? kenapa tak cadangkan program pembelajaran matematik dalam bahasa arab?'

jawpan saya...
nampaknya eng qarem ni tak faham maksud saya. contoh adakah tulisan rumi kita yg total berasal darida vokal dan konsonan B.ingglish perlu kita belajar kesusasteran melayu dlm bahasa Inggeris. agaknya itulah yg dimaksudkan oleh en qareem kottt?!

entahhh la...

wasaalam..

Tanpa Nama berkata...

petikan En. Qareem.
'Sebenarnya, jika para penterjemah kita rajin bekerja dn menghasilkan banyak buku terjemahan. Isu PPSMI takkan timbul.'

sebenarnya bukan masalah penterjemahan yg kurang! banyak kegiatan perterjemahan buku2 dr universiti2 seperti UTM, UPM,USM seawal zaman 70-an hingga 90an keatas buku2 sains dan teknikal terutamanya bidang kejuteraan , cuma kerajaan perlu menyelaraskan dgn kerja sama drpd DBP yg penting sokongan dan bantuan kewangan drpd kerajaan , bukannya dibazirkan dgn dasar ujikaji seperti PPSMI.

utk penegtahuan en qareem PPSMI berpunca ketidakpuasan hati TDM semasa zaman pemerintahanya terhadap seorg PTD(pegawai kerjaan) yg kurang fasih berbahsa inggeris semasa beliau bertanya kepada pegawai tersebut..maka ia wujud diatas dasar mee segera dan tergesa2 tanpa merujuk kepada pakar2 pendidikan.

penggemar