Kenapa harus tonton? Nurman Hakim ini pengarah muda dari Indonesia, bukannya aktor sensasi Norman Hakim dari Malaysia ya. Ini filem pertama arahan Nurman yang berhasil mendapat 7 pencalonan di Festival Filem Indonesia termasuk Filem Terbaik. Kisahnya mengenai cinta seorang pemuda pesantren dengan seorang penyanyi kelab dangdut. Ada juga kisah dua lagi sahabat sepengajian pemuda tersebut, salah seorangnya aktor Yoga Pratama. Filem ini merupakan gandingan kali kedua dua pelakon muda berbakat Indonesia, Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo. Kalau anda gemarkan Ada Apa Dengan Cinta, ini filem yang berlainan. Tetapi jika anda gemarkan kedua-dua bintang hebat ini, apa salahnya menonton filem ini. Dian - Nico bakal bersatu dalam sebuah filem epik tahun depan berjudul 'Deru Padi'.
Kenapa harus tonton? Seorang wartawan cabuk yang kehausan berita hidup pada zaman 50an di mana Tanah Melayu masih belum merdeka. Wartawan bernama Salleh itu muncul di Kampung Senduduk Rimbun dan cuba menyiasat kehilangan teruna-teruna di kampung tersebut tatkala malam bulan mengambang. Ini filem hitam putih yang ditunjangi dua pelakon hebat Malaysia - Rosyam Nor dan Umie Aida. Filem ini juga memenangi anugerah Filem Terbaik FFM 21 dan Anugerah Skrin 2008 yang lalu dan Rosyam diangkat sebagai Aktor Terbaik dalam kedua-dua anugerah tahunan tersebut.
Kenapa harus tonton? Novelnya sedang hamba belek, tapi belum berkesudahan. Tiada masa! Aduh! Kisahnya tentang sekumpulan kanak-kanak/ remaja yang tinggal di pulau Belitung, Sumatera Timur yang ke sekolah, tapi penuh dengan kedaifan. Tak macam kat Malaysia yang banyak subsidi kerajaan, di sana murid-murid sekolah amatlah menghargai guru yang sanggup turun padang mendidik anak bangsa. Filem ini hamba yakin amat menyentuh jiwa. Faktor lain mungkin kerana anda akan dapati inilah filem Indonesia yang bertutur dalam Bahasa Melayu, dialek Johor-Riau. Bahasanya sama dengan bahasa slanga Malaysia. Dekat di hati kata orang. Faktor utama kedua bagi hamba ialah kehadiran aktres kegemaran hamba - Jajang C Noer dalam filem ini. Tak sabar! Faktor seterusnya...siapa lagi kalau bukan sutradaranya - Riri Reza!
Kenapa harus tonton? Apabila anda merasakan anda sudah cukup mengenali Kuala Lumpur, anda silap. Anda harus mengenalinya menerusi kaca mata seorang Kelantan. Filem ini berpaksi kepada konsep ying dan yang menerusi dua watak utama Jaha (Jahat) dan Buchek (Baik) yang sama-sama berasal dari Kelantan dan menerima nasib berbeza di kota lumpur. Ramai yang kata filem ini mengutuk masyarakat Kelantan, namun hamba syorkan anda tonton dahulu dan anda akan berpendapat kejahatan tak berpunca dari mana-mana tempat asal. Filem ini menonjolkan lakonan hebat Asrulfaizal Kamaruzzaman dan Danny X-Factor.
5. Langkasuka (Nonzee Nimitbutr)
Kenapa harus tonton? Hamba seikhlasnya belum berkesempatan untuk menonton namun atas dasar semangat bangsa hamba rasa ada baik kita meluangkan masa menyingkap balik sejarah kerajaan Melayu bernama Langkasuka yang pernah tumbuh megah di Selatan Thai. Filem ini merungkai sejarah Melayu menerusi kaca mata orang Thailand sendiri. Ditangani oleh Nonzee yang sebelum ini cemerlang menerusi filem Nang Nak anda akan juga dapat berkenalan dengan pelakon hebat Thailand seperti Winai Kraitbutr dan Ananda Everingham.6. Ayat-ayat Cinta (Hanung Brahmantyo)
Kenapa harus tonton? Adaptasi daripada novel laris tulisan Habiburrahman El Shirazi ini menonjolkan Islam dalam nada lebih sekular dan inilah filemnya. Filem ini menceritakan betapa luhurnya hati seorang wanita yang sanggup bermadu namun hati teguh itu tidak berjaya menghalang rasa sedih, sayu, cemburu di hati. Filem ini mengangkat wanita sebagai subjek berkepentingan di mata lelaki dan bukanlah objek untuk disepak terajang. Lakonan hebat Fedi Nuril bersama Carissa Putri, Zaskia Medya dan Rianti R. Catwright, filem ini berjaya menjulang banyak anugerah di Indonesia dan juga luar negara.7. Sepi (Kabir Bhatia)
Kenapa harus tonton? Sepi diangkat daripada tiga buah cerita pendek mengenai individu bernama Adam, Iman dan Sufi yang sebenarnya hidup sunyi tanpa cinta yang membelai. Adam seorang tukang masak dan pembuat kek kahwin sering menghadiri majlis perkahwinan namun terhimpit dalam dilema sendiri, jodoh. Iman, gadis remaja yang menghabiskan masa bersendiri dan hidup dalam dunia sendiri hingga mengundang minat orang untuk mengenali dirinya sementara Sufi kematian isteri dan mula mengabaikan anak yang disayangi. Sufi melepaskan kesepian dengan berlari dan terus berlari hinggalah beliau berkenalan dengan seorang wanita sepi, yang sebenarnya isteri orang. Lakonan hebat Afdlin Shauki, Vanida Imran, Eja, Tony Eusoff bersama Baizura Kahar dan Nasha Aziz yang masing-masing berjaya memenangi anugerah pelakon terbaik. Penulis lakonlayar filem ini ialah orang yang sama menulis filem romantis Cinta - Mira Mustafa dan ARA.Kenapa harus tonton? Selepas Opera Jawa unggul di Anugerah Filem Asia 2006 yang lalu, hamba yakin salah seorang penyelamat industri filem Melayu serantau ialah hamba Allah ini - Garin Nugroho. Hamba memang gemar hasil kerja 'sureal' Garin sejak filem Daun Di Atas Bantal dan kehadiran filem Di Bawah Pohon (Under The Tree) ini sememangnya melengkapkan lagi perjalanan seni sutradara hebat ini. Di Bawah Pohon menampilkan seni asli Nusantara asal Bali iaitu calonarang sebagai subjek cerita. Calonarang ialah seni magik/silap mata yang diamalkan di Bali. Katanya, untuk melakonkan adegan tertentu seperti membakar manusia, amalan ritual lain filem ini amatlah digeruni kerana penghasilan yang rumit. Fakta menarik, kepada sesiapa yang kenal dengan Ikra Nagara, seorang penulis lakon pentas dan seniman Indonesia, dia telah melakonkan sendiri watak mayat hidup. Filem ini bayang-bayangnya epik dan jika anda gemar cara kerja Garin yang seolah 'pacak kamera' saja, anda akan gemarkan hasil karya terbaru ini. Bijak dan berilmu.
9. Los dan Faun (Afdlin Shauki)
Kenapa harus tonton? Secara ringkas, ini sebuah filem yang lain daripada yang lain. Kisah sewel ini berkenaan sepasang sahabat, Los dan Faun yang baru bernafas di KL dan mendapati mereka mempunyai kebolehan menyiasat kehilangan barang berharga hinggalah mereka bertemu seorang janda kaya Jasmine yang mengadu kes kehilangan jam tangan berharga 30 juta. Lakonan menyerlah Adlin Aman Ramli bersama Ida Nerina di samping gandingan terakhir (barangkali) di antara Ratu Filem Melayu - Erra Fazira bersama Hans Isaac. Bagi hamba, filem ini tidak memperbodohkan penonton kerana sepanjang tayangan, penonton akan menyegarkan otak untuk berfikir. Bayangkan, hamba siap membuat senarai nama untuk dipotong mana-mana yang tidak mungkin menjadi pencuri jam tangan. Hamba jamin, lawaknya segar dan cerdik. Tahniah Afdlin!10. Radit dan Jani (Upi)
Kenapa harus tonton? Filem arahan Upi yang sebelum ini hamba cengang menonton Realita Cinta dan Rock N Roll sekali lagi menampilkan budak bagus banget dalam industri perfileman Indonesia - Vino G Bastian. Vino, anak seorang guru silat masih lagi berminat untuk memeran watak-watak jalanan seperti ini biarpun pernah berkesan perankan watak-watak besar seperti doktor muda dalam Badai Sudah Berlalu dan juga anak hartawan dalam Atas Nama Cinta. Radit dan Jani (nama panjang: Anjani) adalah pasangan yang kahwin muda biarpun mendapat tentangan keluarga (ala filem Azura pula), Beza! kisahnya lagi berat kerana pasangan muda ni sama-sama ting tong. Hahaha. Jani hamil setelah tak lama kahwin, lepas itu baru mereka sedar yang tidak selamanya mereka harus ting tong. Radit akhirnya berusaha untuk mengubah tabiat hisap dadahnya hinggalah... Jeng-jeng-jeng! Kenalah tengok filem ini. Dah lama pun tayang di Indonesia, awal tahun lalu. Filem ini pun dapat banyak anugerah FFI termasuk Aktres Terbaik untuk Fahrani sebagai Jani dan Aktor Terbaik untuk Vino. Syabas!11. Susuk (Amir Muhammad & Naiem Ghalili)
Kenapa harus tonton? Susuk adalah amalan lama dalam kecantikan masyarakat Melayu/ Nusantara kini dibawa ke layar perak menerusi kisah paralell lakonan Ida Nerina dan Diana Rafar. Diarahkan oleh dua orang pengarah filem ini juga menyaksikan lakonan berkesan Adlin Aman Ramlie sebagai Bomoh Dewangga di samping kemunculan semula Sofia Jane dan Hairie Othman.12. Histeria (James Lee)
Kenapa harus tonton? Histeria di tangan James Lee (Things We Do Before We Fall In Love dan My Beautiful Washing Machine) sememangnya dinanti-nantikan. James Lee yang gemarkan meng'objek'kan subjek nampaknya beralih ke layar seram dengan membawa kisah gila 5 orang gadis sekolah menengah yang dirasuk. Kisah histeria agak klise kalau nak diceritakan. Biasalah, lepas rasuk, ustaz datang, jampi apa patut, pastu tak jalan, rasuk merebak, bla bla bla. Cuma yang hamba boleh katakan, jika sebuah filem seram berada di tangan seorang yang kreatif biarpun diberi bajet ciput, hamba yakin ada sesuatu yang berbeza menerusi buah tangan James Lee ini. Faktor lain mungkin kerana gadis-gadis dalam filem ini juga menarik seperti Liyana Jasmay dan Scha Yahya.Kenapa harus tonton? Pertama kerana ia arahan Rudi Soedjarwo yang membawa kepada kita kisah Cinta dan Rangga, samseng dalam 9 Naga dan cerita bodoh Pocong. Tapi yang ini menarik, tak rugi hamba beli VCD asli. Kisah cinta terhalang akibat dendam dua keluarga - keluarga Saskia (Acha Septriasa) dan keluarga Abhimanyu (Vino G Bastian). Kedua-dua bapa mereka pernah bertumbuk masa muda, dan ada dendam yang tak sudah dan biasalah, dendamnya dendam cinta. Ditambah dengan abang kakak pasangan tersebut yang juga menyambung legasi pertelingkahan yang tak sudah. Tugas Saskia dan Abhi ialah untuk menghentikannya. Filem ini sangat mellow, suram namun jiwanya besar, aksinya juga dramatik. Roy Marten, Christine Hakim, Lukman Sardi, Luna Maya, Tengku Firmansyah, Nino Fernandez semua ini pelakon gred A di Indonesia, dan tidak akan menghampakan anda. Cuma awas! Anda mungkin akan hilang fokus kepada satu-satu watak kerana terlalu banyak watak muncul silih ganti.
Kenapa harus tonton? Tipulah kalau tak nak tengok, lihat poster saja anda sudah tahu ia bernuansa thriller/drama. Lakonan Ladya Cheryl lagi pula. Tentulah hebat. Tambah-tambah penulis lakonlayarnya ialah seorang insan yang hamba nak peluk cium dan mohon pindahkan otaknya kepada hamba. Orang itu ialah Joko Anwar yang menghiburkan hamba dengan kisah Janji Joni. Tetapi kisah Fiksi lain, ia berkenaan menampilkan Ladya bersama Donny Alam Shah serta aktres lucu - Kinaryosih yang kali ini berperan serius. Ladya memegang watak gadis bernama Alishah yang mengembara ke dalam sebuah kehidupan asing yang penuh misteri sehinggalah bertemu cinta dengan pemuda bernama Bari yang punya kekasih psiko bernama Renta. Nama pun filem Fiksi, maka anda dinasihatkan tidak menganggap nyata kerana filem ini berlandaskan mimpi yang di alami Alishah. Spoil? Lantaklah! Oh ya, ini filem terbaik Indonesia untuk 2008.
15. Anak (Barney Lee)
Kenapa harus tonton? Pertama kerana Erra Fazira bukan lagi Erra yang kita kenal. Erra dalam filem ini sebagai Nita amatlah bukan Erra sang primadona. Erra berusaha keras untuk memegang watak sebagai gadis naif yang mengalami gangguan mental setelah menggugurkan anak secara haram. Perhatian anda juga harus tertumpu kepada watak Kay lakonan Ida Nerina di samping lakonan mujarab Azizah Mahzan serta elemen hero tegar di tangan aktor Indonesia - Philip Jusuf. Gambar cantik, muzik bagus, hamba yakin filem seram ini memang lain daripada filem seram Malaysia yang lain. Kualitinya sangat diperlukan!16. Wayang (Hatta Azad Khan)
Kenapa harus tonton? Terakhir hamba lekatkan filem Wayang kerana filem yang berani memaparkan budaya Melayu Nusantara harusnya mendapat dokongan daripada bangsanya sendiri. Untuk itu hamba menyokong Wayang. Kisahnya mengenai cinta dua beradik angkat, seorang si bisu dan seorang si buta. Kedua-duanya anak kepada tok dalang wayang kulit. Konfliknya apabila anak kandung tok dalang yang tinggi ilmu agamanya berusaha untuk menolak amalan budaya wayang kulit yang disifatkan khurafat. Jangan beratkan kepala kerana kalau anda gemar tonton pelakon yang bersifat ringan seperti Eman Manan dan Zul Huzaimy, anda tentu suka akan filem ini.Demikian 16 buah filem Melayu Nusantara yang hebat, menjadi pilihan hamba untuk 2008. Tahun hadapan banyak lagi filem-filem hebat bakal menyusul dan hamba sebenarnya tak sabar untuk menonton Deru Padi dan juga sijil 'halal' untuk filem Dukun. Mana tahu 2009, LPF bermurah hati. Sekali lagi, filem-filem yang disenaraikan mungkin bukan pilihan anda tetapi hamba yakin "Good film for good people".
Fakta!
Pemenang Anugerah Panca Delima (Festival Filem Malaysia) 2008
Filem Terbaik : Kala Malam Bulan Mengambang (Astro Shaw Tayangan Unggul)
Sutradara Terbaik : Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
Lakonlayar Terbaik: Hans Isaac (Cuci)
Aktor Terbaik: Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)
Aktres Terbaik: Maya Karin (Anak Halal)
Aktor Pembantu Terbaik: Zulhuzaimy Marzuki (Wayang)
Aktres Pembantu Terbaik: Ruminah Sidek (Pensil)
Pemenang Anugerah Piala Citra (Festival Filem Indonesia) 2008
Filem Terbaik : Fiksi (Cinesurya Studio)
Sutradara Terbaik : Mouly Surya (Fiksi)
Lakonlayar Terbaik: Joko Anwar & Mouly Surya (Fiksi)
Aktor Terbaik: Vino G Bastian (Radit dan Jani)
Aktres Terbaik: Fahrani (Radit dan Jani)
Aktor Pembantu Terbaik: Yoga Pratama (Pesantren: Tiga Doa Tiga Cinta)
Aktres Pembantu Terbaik: Aryani Kriegenburg Williams (Di Bawah Pohon)
8 ulasan:
hmm..
ada 16 filem.tp sy berkesempatan tgk 3 je.itupOn da kire Ok kan..?kadang2 cite melayu ni agak sama jln cerita nya.tu sbb jarang nak tgk.unless bile filem tu laen dr yg laen sy akan tgk.but sOmehOw,sy realized yg pengarah filem melayu semakin creative untuk menghasilkan filem yg bermutu.
mcm lOs dan fOun.cite nye menarik.hanya kerana sebuah jam tangan mampu menggamatkan panggung.srOnOk sbb berbalOi sy kuakan duet tg muvie tu..hehe~
xsaba tunggu ari khamis..nk tgk histeria pulak..hu~
jgn stop buat ranking..
sebab best ulasan die..
wpun aku tak brapa suka AAC tp aku still rasa film tu ada something new.
and Laskar Pelangi je antara 2008 yg aku tgk.. yg lain sme xtgk lagi kecuali Sepi.
tp melihat ketiga-tiga filem tu, aku rs tak ralat kot dgn pilihan mung.. n aku yakin 13 yang lain pasti berada dalam carta kerana mereka harus berada di dalam.
dr kuden,
ulasan ni x berdasarkan ranking...aku susun secara rawak. tak adil utk dibuat ranking sbb hampir separuh blum smpt aku tonton...
so semuanya boleh dikatakan terbaik...industri filem melayu serantau berjaya terbitkan lebih 60 filem setahun...16 daripadanya, bagi aku bagus.
ni kira list main-main la ye? cuba usha senarai ni pulak: http://www.bfi.org.uk/sightandsound/pdf/films-of-2008.pdf
encik tanpa nama...wah...terima kasih...list dan comments dr profesional tu semua bagus2. sy tgh study ni...walaupun ada beberapa filem yg sy x nampak intelect nya...terima kasih en.tanpa nama..
Amer, mana nak cr cite pesantren ngan radit dan jani. ko ada?
@ aie - radit & jani...aku tgk pakai torent..kalau ko nk donlod...ko cr kat youtube..ada full lenght muvie..
pesantren...br je tyg kt indo, kat youtube blom ada lagi. bapak harus nungguk dulu ya..haha
owh. gitu ya. baiklah.
Catat Ulasan