Bedah Siasat Lirik Lagu Yang Bertanding di AJL 23 - bahagian 1

Anugerah Juara Lagu ke 23 bakal berlangsung pada Januari 2009 tidak lama lagi. Saban tahun banyak blog memilih untuk mengulas lagu yang bertanding, dan kebanyakkan mengulas persembahan artis. Hamba tidak mahu melupakan jasa penulis lirik yang sebenarnya banyak mencorak kepada kejayaan sesebuah lagu, dan untuk itu hamba memilih untuk mengulas lirik-lirik yang bakal bertanding dalam anugerah berprestij ini.

Sebelum itu, harus diingatkan bahawa hamba bukanlah pakar sastera atau bahasa, namun jentik yang hamba lakukan dalam komentar ini sekadar pandangan peribadi dan jika ada silap dimana-mana, hamba bersedia menerima teguran. Insya-Allah.

Untuk bahagian pertama, hamba mengulas 7 buah lagu terlebih dahulu dan akan hamba sambung kemudiannya 7 buah lagu lagi dalam waktu terdekat.


1. Doa Dalam Lagu - Loloq (Allahyarham Rosli Khamis)
Ciptaan : Ajai
Nyanyian : Mawi & Heliza Helmi
Kategori : Etnik Kreatif
Album: Single



Bengkel

Bridge
H: Sinarlah hatiku biar cahaya
M: Sinarlah diriku biar terarah
Sampai kita ketemu

Rasanya 'bertemu' lebih sesuai. Ambil contoh 'temu' lawannya 'pisah'. Kita tak sebut ''kepisah' tetapi berpisah. Ini masalah lazim jika kita mengiyakan tatabahasa Indonesia yang tak semuanya betul. Keseluruhan, lagu Doa Dalam Lagu tidak punya masalah tatabahasa yang serius, sementelah penulis liriknya memang hamba kagumi.

Kupas: Liriknya biasa-biasa saja, tidaklah bombastik sebagaimana karya Loloq yang lain.

2. Dusta Berkalang - Ahmad Fethdri Yahya
Ciptaan: Hafiz Hamidun
Nyanyian: Aiman
Kategori: Etnik Kreatif
Album: Single


Bengkel

Lirik lagu ditulis Fedhtri Yahya ini langsung tiada cacat tatabahasanya cuma hamba bingung kerana nak memahami maksudnya kerana metafora yang dipilih nampak canggung.

Contoh:

Manis racun dunia <- penggunaan perkataan manis disini, untuk merujuk baris ranum dibawah
Ramai insan tertawan
Rawan tersiksa
Ranumnya sang bulan <- jadi bulan dijadikan metafora, sedangkan manis dan ranum merujuk kepada buah-buahan

Merdunya seri bayu <- tiba-tiba muncul kata merdu, datangnya daripada manis, ranum dan bulan kah? Dimana perkaitan metaforanya?
Hanyalah puraan
Di alam khayalan

Contoh 2

Dalam ombak hidup <-Ombak pula dijadikan bentuk alas
Kita yang layari <-kesalahan utama - kita manusia tak layari ombak kerana ombak muncul di tepi pantai saja, ombak kita redah. perkataan sesuai ganti ombak mungkin gelora. Gelora yang dilayari, bukan ombak.
Jangan kau tenggelam<-jadi, tiada siapa yang tenggelam jika meredah ombak melainkan redahnya gelora. Laut dalam.

Okay, kekeliruan disini ialah merujuk kepada banyak benda untuk satu pesanan. Ranum, Manis menggambarkan makanan, sementara bulan dan seri bayu adalah unsur alam. Kemudian datang unsur alam kedua menggunakan ombak dan layar. Jadi secara sasteranya agak mengelirukan. Lirik ini sarat sangat.

Kupas: Liriknya ringkas, mudah tetapi sarat pula dengan bunga. Tiada yang menarik dihati.

3. Dingin - Azalea
Ciptaan : Azlan Abu Hassan
Nyanyian: Ziana Zain
Album: Single
Kategori: Balada

Bengkel

Dalam verse kedua;

Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu <--'pada' salah dari segi tatabahasa, perkataan sesuai ialah 'kepada'
Terpendam di dalam khayalan <--Ziana seolah menyebut 'hayalan' dalam rakaman. Kenapa?

Dalam verse ketiga;

Kan - ku- le-rai-kan- im-pi-an -in-dah <--Kan ku leraikan salah kerana menggunakan dua 'akan'. Sepatutnya merujuk satu objek sahaja. Ayat yang sesuai 'Kan- ku -le-rai -im-pi-an- (yang)- in-dah'. Masih dalam 10 suku kata, dan perkataan tak dipatahkan.
KepadaNya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama

Kupas: Lirik lagu ini mudah, dan perasaannya sampai kerana iramanya yang nampak dingin. Masalah tatabahasa tidaklah serius, tetapi masih harus diperbaiki.


4. Coba - Faizal Tahir
Ciptaan : Audi Mok
Nyanyian : Faizal Tahir
Album : Single
Kategori: Balada


Bengkel

Pertamanya, kalau merujuk kamus dewan Malaysia Coba itu tiada dalam perbendaharaan. Tetapi jika mengikut acuan suku sebutan Bahasa Melayu Piawai, 'CO-BA' tidak ada salahnya kerana ia baku. Tetapi jika penggunaanya tidak betul, lihat verse pertama ini.

Coba kau dengar <--satu ayat, mati.
Coba kau coba<-ayat kedua, mati
diam bila ku coba<--ayat ini tergantung dan bersambung dengan ayat dibawah
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap<--ayat baru pula. Dan perkataan 'anggap' seolah tak sesuai untuk membayangkan ayat seterusnya.
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

Salah: Pernahkah kau anggap bila aku perlu untuk meluahkah?

Betul: Pernahkah kau sedia/fikir bila aku perlu untuk meluahkan?

* " Pernahkah kau ada bila ku perlu untuk meluahkan rasa hati " adalah ayat yang betul menurut salah seorang pembaca blog ini, maka hamba pohon maaf kerana kesilapan kecil ini, pun begitu saya akan kekalkan pembetulan di atas untuk ilmu pengetahuan umum.
Perkataan "Ada" untuk dimasukkan ke dalam ayat tersebut juga sesuai, dan tidak mencacatkan cerita. Harap maklum


Masalah pada/kepada agak serius untuk chorus

siapa sebenarnya aku padamu <--sebetulnya 'kepadamu'
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

Keseluruhan, lirik lagu ini juga mudah. Bahasanya mudah, terlalu keindonesiaan barangkali dan wujud kesalahan tatabahasa. Namun lirik ini tidak punya kekuatan sebagaimana lirik memerlukan metafora, jika tiada langsung maka lagu ini tidak lebih sekadar berleter panjang. Liriknya tak puitis.

Kupas: Lagu ini lebih segar, ada emosi dan liriknya walaupun terus terang tetapi bermutu kerana elemen penceritaan.

5. Sampai Syurga - Faizal Tahir
Ciptaan: Audi Mok
Nyanyian : Faizal Tahir
Album : Aku.Muzik.Kamu (2007)
Kategori: Balada

Bengkel

Pertamanya, lagu ini syirik. Kedua, kesalahan tersebut mencemar kedaulatan unsur kesusasteraan terutama berkaitan keagamaan. Kenapa? Kerana menggunakan 'syurga' sebagai perlambangan dalam bentuk yang salah.

Dari segi akidah, silapnya ialah manusia tidak wajar menjadikan syurga sebagai tempat menunggu kerana tiada apa yang harus dibawa dari dunia melainkan diri sendiri hatta jika perlukan pasanganpun, Allah sudah sediakan bidadari yang cantiknya 7 kali ganda daripada manusia di bumi.


Verse 2
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu <--silap menggunakan 'merasai' sebetulnya 'merasakan' Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu <-- tak salah, cuma ada elok dijadikan 'yang ku harap palsu' sebab 'harapan' dalam kisah ini bukan terletak di tangan penulis, tetapi orang yang dipuja. Rumit nak dirungkaikan, jadi jalan selamat ialah menyebut 'harapanku nyata palsu' untuk memisahkan sifat kedua perkataan.
Verse 8
Bersamamu harapanku <--jadi, disini yang memberi harapan ialah sang dipuja
Hilang dalam terang yang membutakanku

Selepas itu barulah muncul ayat-ayat syirik yang hamba katakan tadi

Sampai syurga ku menunggu,
Sampai syurga ku cintamu, <--sebetulnya 'ku cintakan mu'
Hanya kamu

Bridge
Dan segala yang ku ada,
Ku berikan semua,
Untuk dirimu saja,
Ku mahu dirimu,
Bah-gia tuk selamanya, <--FT menyebut 'bah-gia' dengan memendekkan kata. Boleh ke?
Biar sampai syurga,
Aku menunggu cinta darimu, <--sebetulnya 'cinta daripadamu' kerana 'dari' digunakan untuk tempat, jarak dan masa.
Agar ku sempurna...

Kupas: Kenapa syirik?
Sebelum ini pun ada lagu yang menjadikan 'syurga' sebagai perlambangan. Tidak salah asal digunakan di tempat yang sepatutnya. 'Syurga' dalam lagu ini menjurus kepada 'keputusan' sang penyanyi untuk 'berjanji' dan 'bertemu' di alam syurga sedangkan hakikat yang tidak melanggar hukum manusia tidak boleh menentukan untuk ke syurga atau neraka apatah lagi untuk menunggu teman dari dunia untuk bersama-sama di syurga

Lagu yang memenangi Juara Lagu pada 1992 tulisan Bob Lokman iaitu 'Pada Syurga Di Wajahmu' <--sebetulnya 'Ada Syurga Di Wajahmu' juga menampilkan perlambangan syurga tetapi tidak meletakkan syurga sebagai destinasi sebaliknya perlambangan bahawa wajah isteri seolah seperti syurga, serinya.

Berbalik kepada lagu Sampai Syurga, jikalaupun penulis merujuk kepada tuhan, nampaknya kufur nikmat kerana penulis seawalnya menyudahkan cerita dengan 'harapanku palsu'. Tuhan tidak memberi harapan, sebaliknya kepastian. Seterusnya, penulis mahukan si dia bah-gia. Jika dituju kepada tuhan, salah besar kerana tuhan dan bahagia bukanlah suatu yang boleh digambarkan. Sayang sekali, irama lagu ini sangat cantik tetapi lirik lemah dan tidak menggunakan otak. Jikalau lagu ini menang, hamba yakin juri sepatutnya dikentutkan dan kambus kepala dalam tanah sebab telah bersubahat untuk memesongkan akidah. Wah! Geram betul hamba.

6. Lagu Kita - Aizat
Ciptaan: Aizat
Nyanyian: Aizat
Album: Percubaan Pertama
Kategori: Balada




Bengkel


Deras hati ku berdetar <--detar?

Di langit aku terlihatkanmu <--penulis membayangkan wajah si polan ada di langit.

Terang malam.... teman kita <--wajah si polan itu ada di bulan

Dengan angin meniup sayu <--angin dan sayu? Ambil lesen kreatif, mungkinlah kita terima 'sayu' sebagai satu sifat angin juga.

Ku petik gitar akustik ini

Dengan harapan dia mendengar<--disini mulanya masalah. DIA? Siapa yang nak diperdengarkan? Tadi, terlihatkanmu, kini dia mendengar. Keliru!

Melodi indah yang ku cipta

Hanya untuk luahkan rinduku padanya <--terus kepada DIA. Padanya sebetulnya, 'kepadanya'.

Dan aku terus...

Menyanyi lagu ini untukmu <--kamu pula

Walau berjuta mendengar

Lagu ini hanya untukmu <--kamu lagi

Arah hidup kita

Digambar bintang di angkasa <--tatabahasa: sebetulnya digambarkan (akan) bintang

Dan berkelip melukis cinta

Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta

Hanya untuk luahkan rinduku padanya <--DIA pula.

Terciptalah Lagu Kita


Okay lagu ini agak bermasalah. Perkara yang harus diberi perhatian setiap kali menulis lirik atau puisi ialah terhadap siapa kita mahu tujukan. Maka berlakulah konflik penyampaian pada awal rangkap lagu ini. Jadi Aizat? Siapa yang dituju sebenarnya? Kalau lagi ini lagu skandal, maka melodinya yang indah nampak tak cocok.

Kupas: Lirik mudah, namun tidak cukup puitis. Hamba membandingkan lirik lagu ini dengan lirik lagu 'Gantung' - Melly Goeslaw. Kadang-kadang lagu yang mudah, liriknya juga perlu mudah tetapi indah. Sifat itu tiada dalam lirik lagu ini.

7. Hanya Di Mercu - Habsah Hassan
Ciptaan : Aubrey Suwito
Nyanyian : Ayu Damit
Album: Single
Kategori: Balada

Bengkel

Kalau dah nama Habsah Hassan, memang TIADA langsung kecacatan bahasa. Liriknya mudah, sederhana tetapi penuh makna. Malang, lagunya biasa-biasa saja. Habsah juga berjaya memendekkan sebutan 'cita-cita' kepada 'cecita'. Jarang penulis lirik berani memendekkan kata ganda, takut silap barangkali. Ada satu bahagian sebelum bridge yang hamba kira kurang sikit;-

Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam,
Seandainya ku biar cecita di hati tersimpan terpendam <--suku 'nya' selalu hilang apabila Ayu menyanyi, jadi elok buang saja 'nya' kerana tidak memberi kesan langsung kepada ayat.

Pun begitu ayat bridge ini sangat cantik, paling cantik di kalangan lagu-lagu yang bertanding, biarpun ada silap sedikit.

Bridge
Aku mencari kekuatan dalam kelemahan
Aku temui kejayaan dalam keberanian <--sebetulnya 'temukan'

Kupas:
Lirik lagu ini sangat cemerlang, dalam erti kata untuk menaikkan semangat diri. Namun, melodinya biasa-biasa saja. Banyak sekali berlaku apabila lirik yang baik tidak disertakan dengan lagu yang bagus.

Nantikan: (Bahagian 2)
1. Persoalan Cinta - Izza Rosley
2. Bila Nak Saksi - Loloq
3. Kalis Rindu - Ad Samad
4. Lagu Untukmu - Taja, Tass & Lan
5. Yang Pernah - Rich, Hanafi, Andy & Din Hormatov
6. Bukan Disini - Zimy & Are-meer
7. Aku Stacy - Layla Ismail

Untuk bahagian dua sila tekan sini

17 ulasan:

scOotBerry berkata...

hurm..
kupasan yg agak menarik.hOnestly dis is my first tym bace kupasan tentang lagu2.sblm ni mmg xpernah.just hayati lirik tu je.xpenah tau pOn tatabahasa dea slh ke betOl.mungkin im nOt sensitive enuff untuk sedar tatabahasa dea salah.well..sy rase sy mmg kne byk blaja bahasa dr blOg awak.disebabkan sem dpn sy akan mengambil subject bahasa melayu,maka nya sy akan slalu menziarahi blOg awak dr masa ke semasa untuk belajar.hOpefully awk xmrh la ek..mekasih.

Amer Yusof berkata...

mana plak nak marah...sy suka kalau ramai lagi yang sudi jenguk blog saya ini.

cik intan jgn lupa promosi kat kekawan ya.

terima kasih

Kurt Kuden berkata...

cikgu hendun pasti tersenyum lebar bila membaca

n yes, habsah hassan seorang lagi lagenda

alaa zz mmg slalu sebut aneh2 mcm adik dia haha

apa2pun, aku kagum ngan review ni

AieSha berkata...

rajin betul mengulas... hahah.. teruskan bro!!

Amer Yusof berkata...

@kuden- cikgu endon je yg pernah puji aku lambung2 masa sekolah dulu...hahaha

@aie - terima kasih. aire, agak2 yuna nak rekod lagu melayu tak?

Tanpa Nama berkata...

menarik ulasan ko am...ader gak perkataan baru yg aku belajar..selalunya dengar jerk lagu tue kan.tak pernah plak nk pk salah tatabahasa or metafora...xsabar nk tgg ulasan utk 7 lagu seterusnya

Kurt Kuden berkata...

aku mencari kekuatan dalam kelemahan?

damn.. betul gile point kak cah

aku suka gila dia
dan Azalea

Amer Yusof berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

ulasan lirik yang baik....ingin menanti ulasan lagu yang seterusnya.happy blogging..

Unknown berkata...

Bro

Saya sungguh kagum atas kupasan lirik lagu AJL final ni. Saya sedar dan akui memang banyak kelemahan dalam penulisan lirik dalam lagu Melayu. Cubalah berkenal kenal dengan orang yg pakar dalam bidang lirik ini dan selami lagi bagai mana penulisan lirik. Kalau lebih baik berguru dengan penulis lirik.Ilmu lirik ni sangat misteri sekali. Terima kasih awak membuatkan saya sedar..akan kehadiran diri saya dalam industri ini

lesung batu atas bawah berkata...

NGEH22 PATUT AMBIK SAUDARA JD JURI JUARE LAGU NANTI..BARU GEMPAK...NGEHHH2 HAMBE INGIN AMBIL LINK SAUDARE UTK RUJUKAN HAMBE YEP...KEEP IT COOL

shedahashem berkata...

nk komen skit jew..tp jgn marah..
sbnrnya yg marah tu sy sbb sy ni 1 of the fan of faizal tahir..
tp bukan nk komen psl ulasan tu..
cuma penulis blog ni tulis lirik lagu coba tu silap..
sptutnya..
'Pernahkah kau 'ada'"
bukannya..
'Pernahkah kau 'anggap"
y tu jew komen ku..

Tanpa Nama berkata...

Kupasan yang bagus.

Perlu diingati bahawa penulisan lirik lagu berbeza dengan penulisan sajak/puisi, di mana lirik lagu terikat dengan 'bilangan sukukata dalam satu baris' dan 'keupayaan penyanyi'.

Maksudnya, walaupun kadangkala perkataan 'akan' atau 'kepada' lebih sesuai, tetapi 'kan' dan 'pada' terpaksa digunakan untuk memadankan lirik dan tempo/lagu.

Begitu juga dengan imbuhan akhiran 'kan' 'nya' dan 'i'. Terdapat ramai penyanyi yang menghadapi kesukaran menyanyikan perkataan dengan hujung imbuhan -i, terutamanya amabila 'menarik nada'tinggi, menyebabkan penulis lirik terpaksa mengubah sesetengah lirik asal semasa rakaman.

Ini adalah sebahagian daripada cabaran penulisan lirik.

Amer Yusof berkata...

@ al- hussaini - bahagian dua sudah diluncurkan, rujuk entri bulan januari. Terima kasih.

@ Mohariz Yaakup - sama-sama. saya sendiri masih tak faham kenapa penulis lirik dianggap sebagai orang tak berapa nak penting dalam penghasilan lagu, walhal penulis liriklah yang mencorakkan bagaimana rupa sesebuah lagu apabila disuarakan. Kepada, abng Mohariz, teruskan menulis dan memartabatkan bahasa Melayu. Oh ya, berguru dengan penulis lirik? Hurm, masih banyak saya perlu lengkapkan sebelum bergaul dengan pengkarya.

@ Konjer Koya - siapalah saya. sedangkan orang yang layak seperti nik safiah karim pun tak dijemput untuk majlis-majlis sebegini. majlis hiburan, hedonisme susah untuk menambah perisa menjadi majlis ilmu.

@ Jaja - terima kasih kerana menegur. saya sudah tukarkan. Anda peminat Faizal Tahir? Bagi sorak dan tepuk untuk lagu 'Coba' lebih daripada lagu 'SS' ya. itu je pesanan sy. hehehe.

@ Amatur - 'akan' kepada 'kan' tiada salah, cuma 'kepada' kepada 'pada' amatlah silap. anda kena faham tatabahasa mudah utk penggunaan 'pada', 'daripada', 'kepada' kerana setiap satu diwujudkan untuk kategori kata sifat tertentu<- rujuk buku teks BM darjah 5. Jadi, apabila tatabahasa salah, apakah ia akan menghalalkan lagu kerana mahu mngikut tempo?

setiap baris dalam nota muzik ada suku kata yang perlu diisi, sy kira penulis lirik kena lebih dulu menyanyi (humming) untuk mengetahui setakat mana seorang penyanyi pro boleh menyanyi kerana penulis lirik, jika salah letak suku kata dalam baris, artis nyanyi macam mana pun ia tetap salah

untuk kes ini, rujuk lagu aizat 'hanya kau yang mampu'. ada ke perkatakan 'kucubare' dan juga 'dakan'?

begitu juga dengan akhiran 'i' dan 'kan'...tiada alasan untuk melanggar hukum tatabahasa kerana saya tengok tiada sukarnya nak memadankan imbuhan dengan kuasa vokal penyanyi..kalau ikutkan kata akhiran 'i' boleh memberi impak kepada vokal kerana disebut 'iiiiii' bukan 'kannnnnnn'...dan saya sudah sebut kat atas, 'kan' tak patut berada di akhir baris.

cabaran seorang penulis lirik ialah untuk mendisiplinkan diri dengan mengikut peraturan, dan lesen kreatif hanyalah imbuhan di atas kedisiplinan tersebut.

oh ya, cabaran penulis lirik adalah untuk menulis dan berfikir di luar kotak, bukan hanya terikat dengan subjek-subjek mudah seperti lagu2 AJL kali ini. Balik2 soal cinta jiwang2. Bukalah mata dan pandang seluas-luasnya.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi menjenguk blog ini.

Terima kasih kepada En Saniboey kerana sarankan blog sy kpd pembaca blognya. Terima kasih daun keladi. Saya rindukan saniboey di dalam 'sentiasa manja'....

Kimi Kay MS berkata...

syabas bro amer atas usaha anda mengulas lirik lagu & cuba membuka mata kebanyakan orang yg biasanya tak berfikir sangat bila dengar lagu...

saya bukanlah bagus sangat dalam berbahasa, cuma selepas saya menonton AF di mana pernah saya terdengar bahawa adalah penting utk seseorang penyanyi itu menyebut lirik lagu dengan betul dan jelas, saya jadi agak cerewet setiap kali terdengar lagu2 yg artis kita nyanyikan.

malang bagi mereka ini (bukan semua yg bodoh, tapi kebanyakannya memang tak pandai mana), terlalu sempit akal fikiran dan menerima saja apa yg disuruh oleh orang2 yg terlibat dalam menyiapkan album mereka.

contoh paling mudah, sekarang adalah musim lagu indon sedang popular, jadi kita mesti buat lagu ala2 indon juga, baik dari segi rentak hinggalah lirik dan juga cara nyanyiannya. maka jadilah lagu2 yg ramai pendengar kita suka (bukan semua orang berpeluang belajar secara formal dalam bidang muzik, kan?), tapi masih terlalu pelik kepada saya, yg tiba2 saja jadi kritis.

antara artis yg jadi terkenal sangat pasal lagunya yg berbunyi keindonesiaan sangat (komposer/penulis lagunya orang indon kalau tak silap saya) adalah aizat. setiap kali saya terdengar lagu "hanya kau yang mampu", setiap kali itu juga pasti saya akan merasa hairan yg amat sangat kerana mana pernah ada perkataan seperti "kucubare...", "dakan relung hati" (dah macam bendanglah pulak ada relung ek hati dia?), "kini ting...gal hanya kenangan", "kau aba...di dalam hatiku"

itu baru satu contoh. rasanya tak payah banyak2, nanti orang ingat saya nak lawan tauke pulak, heheh...

itulah jadinya kalau terlalu cuba mengikut sangat budaya luar. mungkin pada penyanyi, itu sangat trendy & menunjukkan diri mereka ada standard yg sangat tinggi. padahalnya mereka tak sedar yg mereka kedengaran bukan saja pelik, tapi juga kelihatan sebagai sangat kurang pandai kerana hanya tau menurut saja apa orang suruh dan perasan pulak apa yg mereka buat tu betul.

lagi satu yg sangat menyakitkan telinga dan hati bila terpaksa mendengar penyanyi kita menyebut perkataan2 bahasa Melayu dgn loghat Mat Salleh. contoh paling biasa, faizal tahir menyebut huruf T (ti) seolah2 (tchi), sheila majid menyebut S (es) sebagai (esh) [yg mana bukannya pelat betul sebaliknya pelat dibuat2], dan kebanyakan artis kita pula sangat2 suka menyebut huruf R (ar) berbunyi seperti (awrr) macam pelat orang putih. terang lagi bersuluh yg semua sebutan tu salah sebab kita dah bertutur dalam bahasa Melayu sejak kecil dan tak pernah pula di sekolah, cikgu2 mengajar kita bahawa sebutan huruf2 dalam bahasa Melayu mesti berbunyi seperti kita bercakap dalam bahasa Inggeris.

tak kurang pula ada artis yg dapat jadi pengacara, mesti nak sebut "para-para juri profesional", sudahlah kedengaran pelik, bodoh benar bunyinya... para-para adalah objek. sepatutnya yg digunakan dalam menunjukkan sekumpulan orang adalah "para" sahaja.

jadi, siapa yg sepatutnya membetulkan keadaan2 sebegini?

yg pasti, benda2 bodoh macam ini akan berterusan sebab artis2 yg tak berapa pandai dengan sikap perasan bagus mereka akan terus menghidupkan budaya berbahasa yg bodoh ni lantas mempengaruhi sebilangan ahli masyarakat yg tongong mengikut buta2 apa saja yg dibuat oleh artis2 pojaan mereka...

Tanpa Nama berkata...

Satu usaha yang bagus utk melibat bahasa dalam lagu..

lirik lagu puisi pastinya berbeza dgn lirik lagu popular...
lanjutnya tak perlu saya jelaskan.

berkenaan DUSTA BERKALANG...

setiap rangkap tampil dengan metafora berbeza

'manis racun dunia
ramai insan tertawan'

manis bukan hanya merujuk kepada buah-buahan. malah, 'cinta' juga selalu digambarkan sebagai 'manis'. juga dirujuk pada 'senyuman'.
segala perkara yang 'manis' di dunia ini sebenarnya adalah 'racun' yang merosakkan. zina, dadah, lagha... mmg indah pada sstgh org ttp 'manis' itu adalah 'manis' yang merosakkan

ranumnya yang bulan
merdunya seri bayu
hanyalah puraan
di alam khayalan

'kita melihat bulan begitu indah dan angin ( bayu ) begitu membuai bagaikan menyanyi...tetapi jika dihampiri bentuk sebenar bulan itu, ia tidak seindah yang dilihat dari jauh. sama jua seperti angin.. bunyi desiran dapat didengar ttp tdk boleh dilihat dan dirasa.... semua itu hanyalah khayalan dan perasan semata-semata

dalam ombak hidup
kita yang layari
jangan kau tenggelam

--> memanglah ombak sentiasa bermain di gigi pantai tetapi jika laut sudah bergelora dan menghantar tsunami di pantai, ombak yang manja juga boleh menjadi arus deras yang menarik kita ke tengah laut. ombak hidup mungkin tidak sekuat gelora hidup tetapi masih mampu membunuh. sebab itu dinyatakan di rangkap kedua lagu,

permainan mayapada
begitu al kisahnya

kalau gelora, sudah tentu kita tahu arus derasnya, sebab itu digunakan ombak untuk melambangkan permainan duniawi. sudah namanya permainan, pasti penuh helah. jadi ombak yang 'jinak' jangan disangka tidak bahaya :)

sengaja digunakan 'berkalang' untuk melambangkan 'sarat' dan penuh di sana - sini.lihat liriknya:

kanan kiri berkalang
pantas cari lindungan
usah rebah hati

jadi, saya memilih untuk menggunakan metafora yang agak sarat dan bisa dikupas di kanan dan di kiri

itu sahaja buat masa ini...
sekadar mengisi waktu dan meluah rasa di sore yang indah :)

-FEDTRI YAHYA-

p/s: ada orang yang tak suka bila dia berjumpa dengan orang muda yang berminat dengan bahasa kerana dianggap 'musuh' dan 'berlagak pandai' sedangkan dia harus bersyukur kerana masih ada orang muda yang nak sama -sama berjuang dalam bahasa. dan perjuangan itu adalah proses yang penuh dengan salah dan silap sebelum diperbaiki.
sepatutnya orang memberi sokongan dan bukannya menghalang atau membunuh....

Tanpa Nama berkata...

saya guna petikan kamu untuk forum bagi lagu 'sampai syurga'.

sudah di-link ke post ini :)

penggemar