Oscar 2009 ~ Filem Hebat Pilihan Hamba

Anugerah Tahunan Akademi (Oscar) bakal menjelma tak lama lagi. Sebagai pemerhati tegar (yang sanggup ponteng kelas hari Isnin zaman belajar dulu semata-mata mahu menonton siaran langsung Oscar yang jatuh pada pukul 8 pagi waktu Malaysia) sejak tahun 2002, hamba terpanggil untuk berkongsi jangkaan filem manakah yang bakal menyerlah dalam acara tahunan unggul tersebut. Sebelum-sebelum ini banyak juga filem-filem pilihan hamba yang mendapat tempat terutama sekali apabila filem belanja rendah seperti Little Miss Sunshine (2006) dan juga filem Monster (2004) meraih perhatian dan memenangi anugerah. Tahun ini hamba ingin sekali menyenaraikan filem-filem yang dijangka menyerlah setelah penat membelek-belek forum filem antarabangsa. Ada (hampir kesemua) filem yang hamba senaraikan ini belum sempat lagi hamba tonton, dan yang pasti insya-Allah akan hamba cari DVDnya. Maaf, hamba lebih berminat untuk melabur RM10 untuk menonton filem-filem Malaysia atau Indonesia kerana mereka memberatkan perhatian kita untuk menyokong mereka, tambahan unit wajib tayang di Malaysia tercinta ini seringkali menggunting filem-filem pencalonan Oscar hingga meroboh feel yang sebetulnya perlu ada ketika menonton filem-filem ini. Seperkara lagi, kalau DVD hamba boleh ulangkaji filem-filem tersebut, mudah untuk hamba ambil idea mana yang patut.

Ayuh hamba senaraikan filem-filem yang dijangka mendapat pencalonan Oscar, masih awal biarpun pengumumannya mungkin pada akhir Januari tahun depan.

Demikian, maka pemburuan DVD filem-filem hebat bermula!



Vicky Cristina Barcelona

~ Mendahului senarai ialah filem arahan pengarah kegemaran hamba (biarpun beliau berbangsa Yahudi) iaitu Woody Allen. Seperti biasa mesti ada Scarlett Johannson dalam filem beliau sejak filem Match Point dan Scoop. Tapi hebatnya filem ini sebab pertama - hamba gemar filem komedi berotak. Kedua, pelakon lain juga hebat seperti Javier Bardem dan Penelope Cruz serta Rebecca Hall yang hamba jangka bakal memperoleh pencalonan Oscar. Kisahnya? Dua orang sahabat baik perempuan yang bercuti di Barcelona, Sepanyol kemudian berkenalan dengan seorang pelukis. Konfliknya? Wallahualam, tapi hamba yakin plot dan subplot ciptaan Woody Allen tidak pernah menghampakan.



The Curious Case of Benjamin Button
~ Ini filem drama diarahkan oleh David Fincher yang sebelum ni hamba layan cerita Panic Room dan Se7en. Tak banyak filem hebat arahan beliau. Tapi yang satu ini macam bagus pulak. Selain Brad Pitt yang khabarnya amat cemerlang sebagai Benjamin Button yang dilahirkan pelik kerana usianya menginjak ke muda. Macam mana? Keliru tapi macam menarik. Yang dikatakan hebat mungkin kerana filem ini adalah filem adaptasi daripada novel judul serupa yang ditulis oleh F. Scott Fitzgerald pada era 20-an. Hamba ramal Brad Pitt mungkin bakal mencuri tumpuan untuk Aktor Terbaik tahun ini.


Revolutionary Road
~ Sepuluh tahun lalu, pasangan ini berganding dalam blockbuster Titanic yang menghadiahkan pencalonan Aktres Terbaik untuk Kate Winslet. Kali ini gandingan Kate-Leo bersatu dalam filem arahan Sam Mendes (suami Winslet sendiri). Mengisahkah April dan Frank Wheller yang berkahwin dalam usia muda pada era 50-an dan mempunyai masalah untuk sesuaikan diri dengan masyarakat suburbia (ala-ala perumahan Desperate Housewives) di Connecticut, USA. Alkisahnya filem ini juga adaptasi daripada novel judul serupa tulisan Richard Yates.

In Bruges
~ Martin McDonagh yang menyutradarakan filem ini pernah menang Oscar pada 2004 untuk kategori filem pendek. Untuk filem berdurasi panjang, kita tak tahu hasilnya macam mana kerana berat tanggungjawab penghasil filem pendek yang hendak ke layar yang lebih besar sebagaimana kegagalan Osman Ali menukar cara pengarahan filem pendek kepada filem besar menerusi filem Puaka Tebing Biru yang pernah membuatkan hamba terlena dalam panggung. Berbalik kepada filem In Bruges, sekali lagi hamba bawakan filem komedi (nak buat macam mana, hamba lebih gemar nuansa ini) dan hamba percaya In Bruges boleh dibawa kedepan apabila bertanding kelak. Kisahnya mengenai dua kaki pukul (atau penyeludup mungkin?) yang muncul di Bruges, Belgium dan akibat daripada kerja-kerja jahat mereka, mereka berjaya menyelongkar sudut-sudut lemah dalam pengurusan kastam yang bakal membantu menyenangkan kerja mereka. Idea ini amat menarik, sebagaimana Afdlin Shauki membawa kita untuk belajar cara-cara merompak pajak gadai dalam Baik Punya Cilok. Hahaha. Colin Farell sebagai bintang utama, hamba harap akan dipandang bakat lakonan lebih daripada sisi bad boynya kerana pelakon muda ini memang berbakat besar.





Happy Go Lucky
~ Mike Leigh antara penulis lakonlayar yang hamba duduk perhati cara dia menulis, pernah hamba muat turun skrip Vera Drake tulisan beliau pada 2004. Mike Leigh pernah 5 kali dicalonkan Oscar, 3 daripadanya pencalonan untuk kategori Lakonlayar Asli. Sekali lagi, hamba mengesyorkan filem komedi. Hahaha. Jangan risau, posternya nampak macam cikai, sebagaimana poster filem Sideways yang hamba tonton berulangkali sebelum ini, tetapi hamba yakin Happy Go Lucky sebetulnya sebuah filem yang bakal menghiburkan. Kisahnya mengenai seorang andartu berusia 30an yang mengajar di sekolah rendah dan terpaksa mengikuti kelas pengurusan marah. Macam mana tu? Mungkin bagus juga kita luangkan masa untuk menyingkap sisi-sisi menarik seorang cikgu garang kan?



Frost/Nixon
~ Dah banyak sangat filem yang tayang kisah hidup Presiden Richard Nixon yang mati kena bunuh. Oh ya, pesanan untuk pak menteri di Malaysia, contohilah En Nixon yang sudi meletak jawatan sebagai Presiden AS kerana gagal menguruskan negara. Okay, berbalik. Kisahnya menarik sebab ada perkataan Frost kat depan, dan dah tentu-tentu Frost tu orang. Jadi, siapa Frost? David Frost ialah pengacara TV dari Britain yang sempat menemubual mendiang. Apa kesnya? Hah, itu yang kita tak tahu. Nuansa drama seperti ini memang memerlukan kesabaran untuk ditonton, tambahan pelakon-pelakonnya bukan taraf boom sangat kecuali ada Kevin Bacon yang sering dipinggirkan Oscar. Namun sebagai peminat sejarah, hamba cadangkan filem ini juga.


Burn After Reading
~ Ini dia filem yang dinanti-nanti. Sekali lagi dua beradik Cohen muncul selepas menang besar Oscar tahun lepas. Adik beradik Cohen amat hamba kagumi cara mengolah karya adaptasi, terutama sekali filem No Country For Old Man dan juga O Brother Where Art Thou?. Kalau No Country tu kisah yang serius, kali ini lebih santai sebagai mana kisah O Brother. Hamba memang mengagumi lakonlayar kedua beradik ini namun pengarahan mereka tahap biasa-biasa saja. Burn After Reading mengisahkan si CIA mabuk lakonan John Malkovich yang dibuang kerja lantas kemudian bini dia pula tuntut cerai. Konflik bermula apabila kes tuntut cerai diperdengar, dan bahan bukti seperti penyata kewangan dan segala macam benda si CIA mabuk ni telah salinkan di dalam sebuah CD-R. Jadi, CD-R tersebut menjadi rebut-rebutan, nak-nak selepas disyakki terdapat juga maklumat sulit kerajaan. Hurm, filem mengenai objek direbut-rebut atas sebab yang berbeza amat menarik dan hamba juga nantikan kisah serupa yang dibikin oleh Kabir Bhatia menerusi filem Setem, ditayang tahun hadapan.



Begitulah serba sedikit filem-filem yang hamba pilih (belum lagi dipilih oleh ahli akademi) untuk bersaing dalam pencalonan Oscar tak lama lagi. Oh ya, siapa pula calon untuk kategori lakonan terbaik? Berikut hamba hamparkan aksi-aksi lakonan yang hamba kira berpeluang untuk dicalonkan dalam penganugerah berprestij tersebut. Maaf, ada juga pelakon kegemaran hamba. Tak salah hamba pilih kan?



Gambar: Javier Bardem dan Penelope Cruz dalam Vicky Cristina Barcelona berpeluang cerah tercalon. Nak-nak si Javier, lakonannya sejak filem Before Night Falls tak pernah mengecewakan. Penelope hamba kira susah sikit, tapi mana tahu untung sabut dia dapat.

Gambar: Heath Ledger beraksi cemerlang sebagai Joker dalam The Dark Knight. Harap-harap tercalon, kalaupun pencalonan kasihan kepada mendiang aktor yang sudah bunuh diri ini.



Gambar: Ini aktres kegemaran hamba!!! Anne Hathaway muncul dalam filem biasa-biasa saja kot, tapi hamba tetap yakin si cantik ini berpeluang dicalonkan menerusi filem Rachel Getting Married. Insya-Allah! Kepada yang belum tonton filem ini, pergi tonton pasti terharu+terhibur!


Gambar: Juga aktor kegemaran hamba sejak filem Sonny - James Franco. Ini gambar daripada filem Pineapple Express, dengar cerita lakonannya hebat. Kalau tak tercalon menerusi filem ini pun, hamba rasa filem Milk pun dia tak kurang hebat.



Gambar: Meryl Streep dah biasa sangat tercalon, tetapi Amy Adams yang hamba gemar sejak filem Junebug dan ke dunia komersial menerusi Enchanted tak sepatutnya tak tercalon. Kalau Amy Adams tercalon lagi menerusi dilem Doubt ini, nampaknya sudah dua kali dia tercalon untuk kategori Aktres Pembantu Terbaik. Amy Adams bagi hamba sememangnya pelakon hebat cuma tak diberi ruang.


Gambar: Angelina Jolie juga aktres kegemaran hamba atas banyak sebab. Hahaha. Tapi kali ini menerusi filem Clint Eastwood, Changeling hamba rasa Mak Cik Jolie ni pasti mudah mendapat tempat. Filem Eastwood sebelum ini seringkali menjadi pilihan juri, senang laluan Angelina kali ini.

Gambar: Terakhir, hamba rasa ramai yang setuju Meryl Streep dalam Mamma Mia! seharusnya juga sangkut dalam pencalonan. Okay apa lakonan mak cik ini kan?

Nantikan : Senarai 15 filem Melayu Nusantara Terbaik pilihan hamba untuk 2008. Ulasannya menyusul tak lama saja lagi okay.

2 ulasan:

Kurt Kuden berkata...

waaaa byknye filem2 aku dok tgk lagi..
tapi aku tgh try donlod Rachel Getting Married.. tp dok leh2 lagi ..

n yes, merryl strep tu mmg legend.. no wonder kalau die jadi artis paling banyak dapat pencalonan dalam Academy Award..

Amer Yusof berkata...

lakonan meryl paling aku rasa best ialah dalam filem The Hours. Aku simpati sgt dgn hidup dia..simpati ada, kesian pun ada.

Dlm filem adaptation plak, aku rasa mual sebab dia annoying dalam filem tu.

Rachel Getting Married...!!!! aku ni kipasusahmati Anne Hathaway, bukan setakat devils wear prada aje yg bagus, sebelum ni dalam filem Havoc pun dia okay sesangat!

penggemar