Kubu Tak Bisa Jadi Tugu (Ulasan)


Kubu ini tak bisa menjadi tugu setelah kau ranap menjadi debu,
Tak upaya ku pertahan biar seribu sipahi serang berselang peluru,
Tidak pula ku injak sekaki biarpun bercucuran tetes airmata pilu,
Kerana kubu ini milikku, tanah tumpah darahku;
Maka aku pilih untuk mendiam dan terus bersemayam,
Setelah musnah segala impian untuk aku bernafas dalam sejahtera,
Jangan ditanya kenapa aku tak pertahankan kubu ini,
Kerana jawapannya ada denganmu

Doa hamba tetap kepada rakyat Palestine. Memang benar terjadi dalam mimpi hamba ketika menulis puisi ini pada 17 Disember 2008. Seminggu selepas itu, ketika sambutan Maal Hijrah mereka dibedil lagi. Terakhir, semalam menjadi saksi. Jangan tanya bila akan berakhir kerana perang yang satu ini belum ada akhirnya.

Hamba pernah menulis mengenai Barrack Hussein Obama pada 5 November 2008 dan tertera bahawa hamba tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap beliau. Dan akhirnya mimpi hamba jadi kenyataan. Amerika dan dasar luarnya, tetap akan begitu biar siapapun Presiden AS yang dijulang. Maka, jangan tanyakan hamba tentang Israel kerana anda punya jawapan siapa mereka kepada AS.

Kubu Palestin tak bisa jadi tugu, tetapi mereka tidak akan berganjak - walau seincipun. Doa kita untuk Palestin moga aman selalu, insya-Allah!


2 ulasan:

SyahNURazni berkata...

Ammin... Semoga mereka akan merasai nikmat keamanan... insyaAllah...
Allah seang berbicara dengan mereka... dengan semua ujian dan cabaran serta kesakitan ini... semoga mereka kuat dan tabah...

WHITE LIPS STUDIO berkata...

benar kata2 u..
biarpun berganti pemerintah..tapi perjuangan dan pegangan mereka tetap sama..
smoga saudara2 kita terselamat dan jika terkorban..moga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...
amin~

penggemar