Warta Royan 0002 - Kipas Susah Mati

Hamba sedang panaskan enjin untuk memulakan perjalanan ke tempat kerja. Pagi Isnin, dan biasanya monday blues mesti singgah. Sambil-sambil tune in radio Hot fm yang hamba jarang dengar. Terdengar topik pagi pula.

Faizal Ismail:
Kita ada pemanggil di talian, namanya Dak Chong. So, apa komen Dak Cong tentang AJL yang berlangsung semalam?


Dak Chong:
Overall, saya puas hati dengan kemenangan Meet Uncle Hussein, cuma lagi bagus kalau Faizal Tahir yang menang anugerah utama.


Faizal Ismail: Kenapa mesti Faizal Tahir menang?

Dak Chong: Sebab dia dah menang besar, 3 kategori. Kalau menang Juara Lagu terus pun lagi bagus. Sebab kemenangan itu akan menutup mulut orang-orang yang banned dia last year.


Faizal Ismail: Begitulah fanatiknya peminat industri muzik tanah air.


Aku abaikan perbualan radio tersebut. Mual pun ada, bukan peminat setia Faizal Tahir saja, banyak lagi peminat lain yang sudi keluar belanja untuk buat panggilan radio dengan pendapat bertaraf sampah.
Elok-elok rancangan bual pagi radio yang mungkin, kalau pemanggilnya berilmu maka jadilah program berilmu. Nampak gaya, nan ado.

Telefon bunyi.


Teman: Morning! Yuhuuu!


Hamba: Apa kes pepagi buta ni?

Teman: Nak tanya, kau tengok AJL tak semalam? Kau mesti tengok kan?

Hamba: Tengoklah, kat TV je. Kenapa? Nak bagi komen?


Teman: Takde, aku nak meroyan pasal member aku semalam.


Hamba: Member kau kenapa?


Teman: Perlu ke semalam ajak aku lepak rumah tengok AJL, last-last aku pulak yang kena bambu.


Hamba: Mulut kau takde insuran kot, itu yang dia bambu.


Teman: Bukan pasal mulut, tapi pasal kau.


Hamba: Apasal pulak aku?


Teman: Aku cakap kat member aku yang kau kata lagu Sampai Syurga tu syirik. Lepas tu dia marah, dan suruh siapkan dalil. Aku pun explain la sebiji apa yang kau tulis dalam blog kau. Dia still tak boleh terima apa yang aku terangkan.


Hamba: Boh layan aje lah. Buang karan je kalau di layan.


Teman: Dia cakap aku dengan kau, secara peribadi tak suka Faizal Tahir.


Hamba: Pulak, aku terang-terang sokong lagu Coba. Vokal terbaik pun aku suka dia menang. Takde rasa tak suka pun. Ada kau tanya apa hujah dia mengatakan apa yang aku tulis salah?


Teman: Dia cakap lagu itu tuju kat Tuhan. Aku tergelak lah, sebab dalam klip video sah-sah ada perempuan, dalam air semua. Sama macam jalan cerita yang kau terjemahkan tu.


Hamba: Persepsi adalah hak milik individu, mungkin dia rasa terdidik dengan cara lagu tu disampaikan.


Teman: Aku bangkang 100%! Aku sikit punya bela kau, kau sokong dia pulak.


Hamba: Bro, kau pernah tak bila borak dengan member kau dan tiba-tiba dia tersilap fakta dan bila kau cuba nak betulkan fakta tersebut lalu dia tetap dengan pendiriannya. Sebenarnya, jauh di sudut hati dia tahu dia salah, cuma dia terpaksa melayan EGO dia. Jadi kau tak payahlah kisah sangat.

Teman: Cis! Penat je aku meroyan bagi pihak kau.

Hamba: Aku bukan apa, malas lah nak layan kau meroyan pagi-pagi buta ni. Sastera ni luas maksudnya, cuma jangan salah guna. Tak salah nak guna 'syurga' sebagai metafora, hiperbola segala tapi biarlah di tempat yang betul. Aku komen lirik lagu tu saja, bukan lagu tersebut secara keseluruhan. Bila kau meroyan sebab member kau meroyan, aku rasa baik boh layan je. Dia mungkin setuju, mungkin juga tak setuju. Persepsi adalah hak milik individu.


Teman: Ramai je yang setuju dengan pendapat kau.


Hamba: Bro, aku ni siapa, mungkin pendapat aku salah. Lagi satu, kekadang kalau kita minat gila babi kat seseorang, dia kentut pun kita kata wangi. Samalah dengan kes ini.


Teman: Kau suka ke Sampai Syurga menang?

Hamba: Dari segi melodi, aku setuju, cuma dari segi lirik. Aku nak lirik yang paradoks. Metafora nampak melampau, sentuh syurga neraka segala tetapi logik akal dan iman masih kepada tiang yang betul. Nak buat macam mana, Anugerah Juara Lagu ini, anugerah hiburan. Susah nak bawa orang akademik yang layak sebagai juri. Entah-entah mereka pun malas nak masuk campur. Panggil orang akademik macam Nik Safiah Karim ke, Prof Abu Hassan ke, kualiti penulisan seni kata sama tahap macam tu jugak. Bila juri dipilih daripada kalangan mereka yang pernah menang, kalah, terkeluar carta mingguan korang fikirlah sendiri macam mana bentuk penjuriannya.

Teman: Yang aku hairan, ketua juri Azmeer. Bukan kau pernah cakap ke Azmeer tulis lirik Langit ke-7 dengan baik, sebab melambangkan syurga sebagai khayalan saja.


Hamba: Mungkin sebab lagu tu tak lepas kat semi final, jadi dia fikir lagu yang langgar hukum layak menang. Aku tak kisah dia jadi ketua juri.

Teman: Member aku marah kau nak kentut muka Faizal Tahir.

Hamba: Bila masa aku nak kentut muka Faizal Tahir? Aku tulis aku nak kentut dan kambus kepala juri-juri ke dalam tanah. Faizal Tahir tak bersalah, dia tak minta pun untuk menang.

Teman: Kau nak kentut muka juri yang mana dulu?


Hamba: Mungkin kawan kau tu peminat setia Hazami, sebab itu dia sentap. Jadi aku kentut kat muka Hazami last sekali lah.

Kami tergelak. Aku mematikan talian sebab polis trafik ada secara tiba-tiba di tepi jalan.



p/s: Tahniah kepada Faizal Tahir kerana kemenangan berganda, hamba tiada apa-apa yang menentang bintang yang satu ini. Kalau artis ini tidak boleh dikritik, maka tak payahlah dia masuk bertanding kerana penganugerahan seperti ini untuk mereka yang menyerah diri kepada penilaian.

***
Terima kasih kerana sudi bazirkan masa membaca.

Hamba akan meneruskan kolum ini pada masa-masa akan datang. Jika sekiranya anda juga mempunyai sebarang royanan yang ingin diluahkan, bolehlah mesej (melalui komen) dan hamba akan olah royanan anda ke bentuk dialog seperti di atas. Permintaan agar nama dan lokasi peristiwa jika mahu dirahsiakan, akan hamba turuti.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan hamba...
Izinkan ler adinda nak meroyan sepatah dua ribu kata.

1. Vokal FT memang tak boleh lah disangkal & dia pun malam tuh nampak all out (maybe lepas geram sbb tahun lepas tak dapat masuk)hikhikhik... Walaupun adinda antara penggemar FT, tetapi vokal nya pada malam tu utk lagu SAMPAI SYURGA rasanya tidak terlalu jujur. Ada nada berlebih lebih. Masa 'bridge; when he was at the back of the choir team adalah plak sora kedengaran, walaupun tak jelas, sedikit sebanyak amat ler potong stim.(mungkin FT tak jauhkan mic) Adinda lebih menggemari tona FT semasa menyanyikan lagu COBA.

2. Saingan sengit FT malam AJL dari pendengaran telinga comel Adinda ni; tentulah

MOH - LAGU UNTUKMU. Giler baboon suara vokalisnya macam giler meroyan lah jugak marah aweknya itu. Sampaikan menusuk ke tangkai hati adinda...hehehe betul punya marah! Yang lebih menakjubkan, sebutan terang & tidak 'off key' SALUTE !

In fact; vokal FARAHWAHIDA - PERSOALAN CINTA juga antara saingan yang tidak bolah dipandang enteng. Nada yang bersahaja cuma persembahan terlalu warna warna Malaysia-China.

3. Bab PERSEMBAHAN TERBAIK ni memang adinda agak hangin satu badan. Apakah kaitan di antara membetulkan make-up, aksi kekonon menggunting rambut, menyalin baju, membawa crew produksi, kehadiran kumpulan koir yang pakaian tidak seragam, tetiba larik lah pulak pi tukar baju balik & amik gitar, (ada sound effect tak dirancang plak tuh) dengan lagu SAMPAI SYURGA??? Serabut & kelam kabut rasanya. Ia mengganggu penghayatan kita terhadap lagu & si penyanyi.

Adakah juri terlepas pandang STACY - AKU STACY? Vokal ampuh (ade lar sikit tak clear sebutan nya tu), gerak tari yang kemas, teratur & 'sharp'(bangga giler Linda Jasmin)

Sekali lagi MOH - LAGU UNTUKMU memberi saingan bersama simboliknya sebelah muka mereka di cat seperti 'mime' artis. Ekspresi muka vokalis MOH meluahkan perasaan betapa pedih & sakit hati diperlakukan seperti boneka.

Kesimpulannya...lagu Sampai Syurga itu bukanlah berunsur ketuhanan kerana tuhan tidak akan atau lebih tepat lagi TIDAK PERNAH memberi harapan palsu. Adinda amat bersetuju dgn hujah ini, wahai tuan hamba.

Sekian luahan kontroversi adinda. Kalau ikutkan jari jemari yg menari nari di papan kekunci ini, banyak lagi yg ingin di kontroversikan tetapi biarlah adinda simpan di lubuk hati yg paling dalam.

Maaf jika ada yang terasa, sesungguhnya luahan ini adalah berdasarkan penglihatan, pendengaran & pengamatan adinda semata.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG AJL 23

AieSha berkata...

Aku puas hati keputusan juri semalam. MUH menang, pilihan yang tepat.

Dee Dee berkata...

Salam tuan punya blog..
maaf aku bukan org sastera,aku juga bkn pencinta bahasa dan yg jelas pasti ada ejaan dan aturan ayat aku yg salah sewaktu aku menaip ulasan ini..tapi aku betul2 tertarik dgn ulasan2 berkaitan bahasa yg terkandung dlm blog ni..menarik..itu ayat yg paling sesuai menggambarkan blog kau ni ^^,
"meroyan"
1.Spt mana ulasan Fara Adina di atas,aku juga setuju persembahan terbaik bukan layaknya jatuh ke tgn faizal tahir.puas stacy berlatih berbulan memantapkan persembahan dan vokal tapi rezeki x berpihak padanya..kesian..hmm

2.vokal FT mmg bagus!tapi ada pd pendapat aku props yg berlebihan yg d gunakannya itu sedikit sbyk mencacat kan persembahan.Paling ketara sewaktu FT menyanyi kan lagu "coba" aku sendiri bingung memikirkan alasan utk dia memegang gitar (aku tgk dia bkn main sgt pon gitar tu action je lebih uhuk2..kalau aizat 2 nmpk jg la dia guna gitar 2 kan..)

3.Aku betul2 meroyan bila tgk persembahan:
a)SPIDER-pesal Tam ni nyanyi cam x mkn 3 ari ni aa??aku hampir2 terlelap!utk menghilang kn rasa mengantuk aku tukar g tv ria jap sambil2 jemur kain haha..
b)ZAHID&HELIZA-kalau ye pon semangat drg da d bawa terbang ke KOREA agak2 la..ingt sket harapan pencipta n penulis lirik..bosan seh drg ni smlm..=( (aku budget zahid dpt nyanyi lagi bagus dr abg botak haih..)
c)ELYANA-mmg KIUT sengsangat la persembahan dia ni mlm tadi!tp napa nynyi cam malas tak de feel i smlm hmm mungkin ka sebb mmg da mood dia set utk nynyi lagu tu ala2 malas??hmm ye ke..lagi satu duduk 2 elok2 sket ekekek da la pkai skirt singkat duk tinggi2 lak tu =p! (aku x salahkn dia nk pakai skirt singkat pon..kiut tp duk elok2 yee hehe)
4.AYU-pergh ni lagi sorng nynyi ala2 kontrol tahap cipan..y ayu??y??ni org kg aku ni tp persembahan dia smlm sungguh2 la mengecewakan,vokal ayu sewaktu menyampaikan lagu "hanya di mercu" sewaktu finale OIAM lebih berbisa..lebih menyengat!ayu bangun la!!

-utk yg lelain tu d ucapkan tahniah la sgt mmg menarik ^_^

p/s:bangga bah aku tgk budak2 sabah mlm perform power gila =p!(jgn kau ingt aku bersifat kenegerian pulak tau aku cuma terasa bangga je ngn drg lg pun jarang tgk artis2 dr negeri d bwh bayu d beri peluang mcm nie..terima kasih malaysia ^_^)

da cukup la aku meroyan..heheh

Fatin Baharum berkata...

salam singgah..`
psl lagu tu, byk org komen kan..
sedap stg ke?
sy minat gitu2 je bab2 lagu ni..
npe de org smpai fanatik ea?

CAHAYA berkata...

Cahaya masih tak dapat nak tangkap apa significant persembahan FT malam tu? Apa yang terbaik tu? Ntah. Diorang kat sana nampak kot!

Amer Yusof berkata...

@ lalink, geram betul nampak gaya. hehehe. good point juga. ada yg tak kena dengan penjurian.

@ aie - samalah. aku memang ramalkan meet uncle hussein - lagu untukmu sejak tahun lepas. walaupun, aku lagi suka lagu pari2 bawah angin

@dyla aj - betul...penyanyi2 yg mengecewakan tu semuanya PEMALAS! bukan senang dpt peluang perform kat AJL, tapi mereka buat sambil lewa. ada baik mereka cari DVD rakaman Fashion Rocks, event hollywood selalu buat, everyear yg mana artis2 A-List buat persembahan. walaupun bukan pertandingan, tp masing2 tunjuk kreativiti yg dasyat.

artis2 sabah, memang rajin2 dan bersemangat. aramaitee..

@ fatin nabila - fanatik, benda yg susah nk dijelaskan dalam satu kata.

@ faizal tahir - ada metafora tersendiri, tapi jujurnya persembahan itu walaupun ideanya unik, tp nampak kelam kabut. nak2 penyanyi koir yg mcm x terurus.

penggemar