Seluang

Kata orang-orang lama

"Takkan bersungguh seluang nak ke laut,
Sekali ombak memukul;
Balik juga ke pantai.."



kata orang-orang muda

"Tak ada masa ibu, banyak kerja"

"Tak dapat cutilah ibu, kalau cuti umumpun kena kerja."


"Harga minyak naik.
"

"Saya takkan balik selagi cita-cita belum tercapai.
"

dan yang berlaku...

"Ibu datang KL aje lah."



p/s: Gambar: Pantai Teluk Mak Nik, di kampung hamba : Kampung Geliga, Kuala Kemaman.

p/s 2 : Baru-baru ini, kerajaan Ahmad Said (BN) telah menukar papan tanda nama Teluk Mak Nik menjadi Teluk Monique. Ada ke patut?

6 ulasan:

intan.dayana berkata...

huh!
xpatut btol..
selambe je dea menukarkan name tuh ek..
xde bantahan ke..?

Kurt Kuden berkata...

monique bay wahahaha

JRY berkata...

Kenapa plak ditukar nama? kan unik dah nama tuh.

*mungkin nak jenamakan semula utk sektor pelancongan.huhu*

Nik Muhammad Hafiz berkata...

mari lah ambik iktibar dengan kata² yang di atas tuh...and memang tak patut...

Amer Yusof berkata...

@ intan- tak tau pulak kalau ada bantahan. tp wakil rakyat kawasan tu besannya pak su sy aje.

@ kuden - konon ala-ala malibu, santa monica bay ke apa...hahaha. kuden, kg mung nanti mungkin tukar jadi Old Gallagher (Gelegoh Lama) barulah 'internasional' sikit...hehehe

@ JRY - entahnya. ini citer betul. dulu masa aku umur 17, aku naik bas sambung dari kuantan ke kemaman. dalam bas aku duduk sebelah pelancong dari german. kena speaking la pulak. awek tu tanya aku tentang nama-nama tempat dalam perjalanan tu. terpaksa aku terjemah makna tempat seperti 'beserah', 'balok', 'cherating', 'chukai' bla-bla-bla. ingatkan diorang ni tak faham BM, last2 awek tu cakap

"That's how we differentiate your land with the other races because you owned your land by its named"

kalau tukar Mak Nik kepada Monique sebab nak tarik pelancong, memang 'bull-shit' sangat. hazab sangat ke nak tarik pelancong sampai nama pelacur macam Monique pun leh jadi nama tempat kat Tanah Melayu.

@Nik Hafiz - Kalau mak baopak datang KL, tak bolehlah kita kata 'aku balik kampung'. hehehe.

p/s: kalau sesiapa ada kes lain yang serupa nama Monique Bay ni, kongsilah kat sini. hehehe.

aie akaike berkata...

monique? cam kool je. heheh.

penggemar