Alkisah : Kampus - Awek 'S'

Nota: Ini kisah peribadi bersama kawan-kawan, jadi hamba guna kata ganti nama 'aku' kerana kata ganti nama 'hamba' hanya hamba gunakan di kampung halaman. Harap maklum


Kisah itu berlaku zaman aku dulu-dulu. Habis saja kelas, aku biasa dengan geng sekelas Yon dan (kejap: Jangan gelak) Din Macho (sebenarnya, Din ni berimej ghotik) akan lepak-lepak hisap rokok (Din saja yang hisap, aku dan Yon tak. Kami belia paru-paru gred A) sambil tunggu kelas seterusnya, kalau ada. Kalau tak ada, tiada tempat yang paling seronok untuk pergi melainkan balik bilik, tidur.

Alkisah suatu hari aku dan Din Macho baru habis kelas MKTG Miss Mae. Kelas marketing, biasalah pergi/balik mesti nak vogue. Hari itu pakai baju jenama Wild Channel, dan seluar slack U2. Biasalah, zaman dapat duit pinjaman aku suka beli belah baju-baju terutama baju-baju yang ada kat patung. Bagi aku, baju kat patung adalah baju yang terbaik. Bila aku habis bayar kat kaunter, patung tu akan telanjang la jawabnya. Tak senonoh betul! Tapi perlu ke bila aku pakai baju yang mahal pun kawan-kawan tetap kata aku berimej 'suram, muram dan curam'???

Aku menunggang motor Honda Wave 125 berwarna Maroon. Biasanya kalau kelas kami sama, aku boncengkan Din Macho. Aku beritahu Din yang aku nak santap tengah hari kat kafe Kak Long Gelang saja sebab malas nak ulang alik ke asrama. Sebabnya, minggu tu aku telah melantik diri sendiri untuk menjadi Penerbit Program Malam Gemasiswa 60-an. Memang aku kaki enjoy (baca: gaya Nora Danish) zaman belajar dulu. Malam 60-an adalah program maksiat aku yang paling membebankan aku. Mana nak tengok bebudak aku berlatih menari, jamming kugiran, hias pentas, cari busana, jual tiket. Macam-macamlah. Jadi, aku dah bikin janji dengan Pengerusi Kelab Citra Seni, seorang yang kurus kering berwajah iras Ramli MS - mamat ini namanya Rais Ahmad. Jadi kami aturkan pertemuan kat kafe Kak Long Gelang.

Kak Long Gelang yang berwajah iras dramatis Maimon Mutalib ini memang seorang yang....errr. No Comment. Biasanya aku dan kawan-kawan akan lepak mentedarah kat kedai makan lain sekitar kampus seperti di gerai Mak Ira Awek Cun, Bedah Corner, Wawa atau Wanira. Paling-palingpun dekat CRK. Tapi Muadzam Shah ni nak bergerak susah. Kalau tak ada kenderaan sendiri jangan mimpi nak jalan-jalan cari makan. Jadi, kafe Kak Long Gelang yang berada di dalam kawasan kampus terpaksa menjadi pilihan kami hari tu. Walaupun, makanannya tahap gred B dan harganya menusuk hingga ke hulu hati.

Sesampainya aku dan Din di perkarangan kafe yang berpapan tandakan tulisan 'Cafe DeUniten' yang mana sampai sekarang aku mencari apa kena mengena Muadzam Shah Pahang dengan negara Eropah, aku terus meluru masuk ke kafe yang sebenarnya terapung kalau kolam/tasik/kumbahan/apa saja gelaran terhadap kolam bulat itu naik air 'teh-ais'nya hingga penuh.

Sampai-sampai terus cari si mangkuk Rais, tapi tak jumpa. Alkisah, dia sedang gah di parkir sedang keluar dari perut Kelisa plat PEQ ####nya sambil diiring dua lagi sahabatku, Hilmi Kang dan Pai aka Encik Pau. Setakat Kelisa pun nak berlagak. Standardlah, kat kampus awek-awek bukan kira apa, Kelisa pun jadilah. Itu agaknya Rais Kerang ni bangga.

"Kau dah dapat approval nak pakai Auditorium petang ni Kang?" aku tanyakan kat setiausaha yang tak seksi bernama Hilmi Kang. Dia cakap budak bernama Azim dah setelkan. Pai yang akan perform malam tu menyanyikan lagu Pop Yeh Yeh duduk selamba biarpun hanya berbaju tajaan - baju free hasil menjadi AJK program kampus. Alah, mesti korang pun pernah dapat sehelai dua. Aku dapat juga baju Pai pakai tu, tapi aku malas nak pakai sebab design dia, sedih ya amat. Tak kreatif!

"Surat nak guna air-cond dah ada?" tanya Rais Kerang, sambil tersengih seperti kerang.
Hilmi kelam kabut juga, tak tahu sebenarnya yang prosedur kat kampus sampaikan guna air-cond pun nak kena minta isi borang. Leceh betul!

"Wei Am, bila aku boleh start jamming dengan budak-budak band? Tarian semua dah ready" tanya Pai.

Kami pun berbual-buallah tentang persiapan Malam 60-an dengan bersungguh maklumlah kami ahli jawatan kuasa. Kamilah yang dapat baju tajaan percuma biarpun sehelai cuma.

Din memang diam dari awal. Nak kata tak terlibat dengan program maksiat aku, memang tak lah. Mamat ini aku suruh jaga bilik kawalan malam persembahan nanti. Dia selalu cakap, "Kau brief aku flow majlis tu nanti. Siaplah kerja aku".

Bila dia bersuara ingatkan dia nak cakap pasal event tu, tapi lain pula dia tanya.

"Kau pernah tengok awek 'S' tak?"

Apa dia?

Din tunjukkan kami awek yang dia ushar yang mana awek itu sedang mencedok makanan.



Gambar: Kalau rajin, carilah awek 'S' yang dimaksudkan.
dari kiri: Pai, awek S dan Hilmi Kang

Kisah yang aku nak kongsi ini berkenaan pengalaman meng'ushar' kaum hawa di zaman kampus. Maka tersebutlah zaman remaja dulu bila di alam kampus kebiasaannya geng-geng perasan macho akan suka lepak di kafeteria konon nampak sibuk study. Biasa sangat, dengan fail warna-warni dan kekadang ada yang datang berlenggang saja konon ada discussion. Sambil hirup air teh-o-ais (air ini yang paling jimat selain oren) bebudak lelaki ini akan buat-buat serius berdiskusi.

Tetapi, TAHUKAH ANDA? Tahukah anda bahawa anak mata bebudak ini sebenarnya melilau mencari objek-objek yang cantik, menarik dan da'bomb?

Yang dalam gambar yang sempat aku snap pakai kamera handset Encik Pau ini memang da'bomb.


8 ulasan:

SyahNURazni berkata...

lama rasa nya laskar bangsa nie tak di update... hehehe... then comeout dengan interesting story...
cerita tu memang 110% benar... bukan lelaki shaja... malahan perempuan juga... hehehehe... teringat zaman u dulu... suka lepak kat kafe dengan member2 geng 8 sekawan... then ushar orang lalu lalang, mamat2 and minah2 hensem and cantik, pasangan2 couple and mcm2 yang bleh ditengok di kafe tue...

Tanpa Nama berkata...

Mcm tau jerk saper awek S tue..hehehe...
teringat plak ms wat mlm 60 tue..best sgt time tue..wat keje same2 kt audi...simpan lg tak shawl la kononnyer hasil kerja tgn aku...huhuhu

scOotBerry berkata...

hahaha~ini rupa nye keje kOrang eh..Org suh wat diskusi kOrang mengusha awek2..

AieSha berkata...

jom lepak 'pak li kopitiam' ushar aweks. ;)

Tanpa Nama berkata...

wahahahahahah...sengal...tak pernah aku terpikir pasal perkataan awek 'S' hahahaha..good one there amer...but yeah..readin gur blog remind me of my college days...a good breakfast for the soul reading ur blog this morning...thank you hehheh

CAHAYA berkata...

lelaki tertarik pada yang cantik je. Padan muka. :)

Amer Yusof berkata...

@ kalau ushar manusia single takpe, xdelah stress. tapi kalau ushar pasangan yang ...no comment...hehehe sakit mata jugak dibuatnya.

@ mujie - awek 's' tu budak junior kan? shawl yg ko kasik tu masih dgn aku, jd hiasan kat kereta aku. hehehe. aku simpan dan kenang sampai bebila k.

@intan - lumrah, nak buat cam mana kan...

@pak li kopitiam tu ada aweks unisel +aweks uitm ke? aku cr awek yg amik nursing course. ada x?

@nik mohd hafiz - mungkin itu refleks setelah melihat posing bak model oleh awek itu. hahaha. zaman kampus memang best kan?

@ cahaya - tak jugak. ada masa, mata ushar semua benda. hehehe.

Cik Lizi berkata...

akhirnya...adanya org sudi mengaku aktiviti mereka secara ikhlas+terang2an~haha~;]~

penggemar