1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat
Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips
1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka
kata hati
Dulu aku tak suka lagu ini, tapi bila aku melalui apa yang tercerita dalam lagu ini, terus aku fikir seorang manusia seperti penulis akan terus mempunyai satu rasa ini - 'suka'.
Sempena setahun pemergian Seniman Rosli Khamis
(Loloq/ Nurbisa/Abdullah Romani/Kristo Bimbo/Seth/Cenderawasih)
Petikan lirik - Apokalips (M Nasir/ Canggung Mendonan)
p/s: Sebuah lagi lirik beliau yang hamba kira wajar dikaji dan dinilai ialah lagu Seloka Cak Kun Cak (M Nasir & SM Salim)
Fakta & Petikan

Fakta 1: Nama anak Loloq agak pelik
Loloq dikurniakan tiga anak iaitu Krsty Nur, 10, Jaevn Nur (7) dan Yasha Nur (5).
"Nama anak saya memang agak pelik bunyinya. Krsty bermaksud rahsia, manakala Jaevn sebenarnya bermaksud Jawa. Jawa dan rumpun kita ini pula kalau dihalusi berasal dari kaum Nabi Noh,"
Fakta 2: Beliau minat membaca
Loloq dikatakan memiliki ratusan buku yang mengandungi pelbagai tajuk. Ini termasuk tajuk yang berkaitan dengan ekonomi, pengurusan, politik, falsafah, keagamaan, perfileman, kesusasteraan, biografi dan pengetahuan am serta novel. Salah satu rak yang terletak di ruang tamunya, tersusun buku The Life Muhammad karya Hamka, Biografi Nelson Mandela, The Arabian Nights, Quantum Leanings, Saince of Politics, How To Argue And Win Every Time, History of Films, A History of the Jews dan banyak lagi.
Fakta 5: Lirik lagu beliau diangkat tinggi nilai seni
Loloq pernah menang dua kali Juara Lagu . Pertama pada AJL ke 12 - 1997 - Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah & M Nasir) dan AJL ke 14 - 1999 - Andalusia (M Nasir). Dua kali gelaran Lagu Terbaik AIM, 1994 (Mentera Semerah Padi / M Nasir) dan 2004 (Awan Yang Terpilu / Lin Li Zhen).
Lima tahun berturut-turut menang Anugerah Penulis Lirik Terunggul MACP dan lirik lagu Cahaya Gelita (Tam/ Elyana) diberi anugerah Galakan Penulisan Lirik Lagu Berbahasa Melayu oleh Anugerah Citra Wangsa, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2005. Pada 2006, beliau dianugerahkan Anugerah Pencapaian Khas Seumur Hidup oleh Anugerah Planet Muzik di Singapura.
Fakta 4: Loloq menyanjung tinggi Bahasa Melayu
Penulis lirik ini juga pernah mengaku mempunyai minat mendalam terhadap bahasa Melayu yang dianggapnya sebagai satu bahasa agung pada zaman kegemilangan raja Melayu.
"Saya kagum dengan Hang Tuah yang boleh bertutur 10 bahasa. Begitu juga dengan nama Tun Sri Lanang. Setiap perkataan itu ada maknanya sendiri. Tun bermakna tuan, Sri bermakna bercahaya dan lanang adalah lelaki. Begitulah tingginya orang Melayu dulu apabila berkias. Sebab itu apabila saya guna perkataan yang lain dari kebiasaan, banyak yang berasa pelik. Sebenarnya, setiap perkataan yang saya pilih masih berbahasa Melayu. Misalnya, lagu Berikanku Nurbisa. Nurbisa itu dalam bahasa Melayu bermakna penawar segala penyakit,"
Fakta 5: Kata-kata beliau yang akan dikenang beribu tahun lagi
"Satu kepuasan saya ialah apabila berjaya membuatkan kumpulan rock membuka kamus bahasa Melayu,"

10 ulasan:
da setahun ek..??
cepat nya masa berlaku..
al-fatihah..
da setahun eh?
cepat ye masa berlalu.. x sedar pun.
al fatihah
arwah meninggalkan sesuatu buat dunia seni...
Lagu ini adalah antara lagu yg saya suka kerana liriknya..dan lagu ini best kalau dengar time hidup tak berapa best...lepas tu boleh jadi best balik. :D
@ intan & miezie - masa beranak tanggal, cepat betul berlalu. sama2 al-fatihah okay
@ aie - sesuatu tu adalah mercu, dan mercu itulah yang menjadi tanda.
@ zara - ini adalah lagu paling sy gemar selain bonda (m nasir), julia (exist), nuri (ella), cahaya gelita (elyana)dn beberapa lagi.
huh!
Hamba melihat tuan hamba mengemaskini tinta ini ketika melalui Advertising Sales Dept. sebentar tadi!
huhu... salam singgah!
@ roul - alamak...syhh...wilayah hamba dah macam pelabuhan melaka, semua orang lalu lalang. hehehe. kalau lalu tu, nyinggah le.
Yer la tu..
Wilayah hamba ibarat pulau nun di seberang.... perlu seberang tambak untuk ke sana...
Insha-Allah... Kalau mudik di situ... Hamba bersinggah lah nanti...
loloq kalau berlakon mesti jadi cina
@roul - tandas di wilayah tuan hamba amat memuaskan. hahaha.
@kuden - kan? mungkin dia ada darah cina.
Catat Ulasan