Orang Suka Marya


Dapat banyak idea pula bila fikir pasal Marya Rahila, gadis comel terlebih semangat kekeluargaan dalam cerpen yang hamba tulis sebelum ini - Pugar. Mulanya cerpen itu sekadar ujikaji untuk menggabungjalin dua perwatakan cliche yang banyak wujud di kampus-kampus sekitar anda. Pasangan yang tidak seimbang, tetapi saling memerlukan.

Contoh, kita banyak bertemu dengan pasangan sekampus yang mana mereka berdua tidak punya ramai kawan, tidak bergaul dengan ramai kenalan, dan mereka menghabiskan masa bersama, berdua. Alah, pergi saja ke perpustakaan! Berlambak.

Tinggal lagi, perwatakan mereka tidak seimbang kerana masing-masing tidak sekepala tetapi mampu bersatu di bawah payung cinta. Kenapa?

Itu yang hamba cuba jelaskan dalam Pugar. Kerumitan kedua-dua watak akan mengerakkan cerita kepada punca dan akibat. Biasanya si lelaki jenis pemuda yang tidak kisah dengan hal lain, melainkan hal gadisnya. Si gadis pula, sebaliknya.

Pugar sebenarnya jalinan cerita cinta banyak pihak terutamanya sahabat-sahabat hamba yang memiliki percintaan jenis ini. Percintaan berdua lebih baik. Ada sebab kenapa mereka sentiasa berdua. Sebab inilah yang hamba jelaskan sebagai punca yang membawa akibat - pasangan yang tidak seimbang.

Pun begitu, tidak kurang yang mencebik melihat pasangan berdua lebih baik ini di sekitar kampus kerana bagi mereka, amatlah menyesakkan mata. Tanpa sedar, melewati dunia 'berdua' mereka kita akan bertemu erti cinta yang jarang ada kepada banyak cinta yang wujud di dunia.

Watak & Perwatakan Marya & 'Orang'

Keperibadian Marya - Dalam Pugar, Marya - seorang gadis yang tak sepi ialah seorang yang berasal daripada sebuah keluarga yang sempurna. Keluarga yang cukup sifat, bukan setakat yang asas tetapi juga yang rimbun. Nenek moyang hingga cucu, sepupu sepapat semuanya berkongsi cinta yang sama. Dari segi lain, Marya bukan jenis disenangi sahabat-sahabat sekeliling. Hanya seorang dua saja temannya yang rapat selain daripada keluarganya sendiri yang menjadi sahabat. Kenapa terjadi? Marya digambarkan sebagai seorang yang terlebih penyayang dan menyebabkan dirinya yang manja dan dikatakan merimaskan dipandang tidak sedap di mata orang, terutamanya perempuan. Kesendirian ini mengalihkan pandangannya dari pergaulan sekeliling kepada seseorang maka dia bertemu 'orang' yang lain sikapnya. Marya memilih untuk mahu terus hidup dalam dunia cintanya sendiri.

Keperibadian 'Orang' - Dalam Pugar, 'Orang' seorang lelaki yang pendiam dan sepi. Kesepiannya dilampiaskan dengan bermain muzik. Gitar, drum terus kepada keyboard cair di tangannya. 'Orang' tidak bergaul dengan ramai orang, malahan tiada rakan baik yang betul-betul baik dengannya biarpun dia diajak menganggotai sebuah band. 'Orang' mungkin tiada sahabat baik kerana rahsia peribadinya hanya dikongsi bersama Marya. Kenapa 'Orang' menjadi begitu? Seperti tertera dalam Pugar, 'Orang' tidak punya keluarga yang sempurna. Dia menghadapi kematian, perpisahan, keganasan dan persengketaan yang menuntutnya untuk hidup dalam dunianya yang tersendiri. Jadi, watak dalam dunia cintanya hanyalah Marya dan selama hidup, dia tidak perlukan sesiapa malah tidak hiraukan pandangan orang. Maka kesepian yang sebati dalam diri 'Orang' menyebabkan dirinya menjadi manusia yang tidak pandai menyusun ayat hingga mengeluarkan kata-kata jujur, tak ketimbang, pencemburu dan tidak romantik secara benar.

Gambar: Han Ye Seul memberi inspirasi yang amat. Hahaha.


Pertembungan

Gadis yang memerlukan seseorang sebagai escapisme terhadap pandangan orang terhadap dirinya bertemu cinta dengan pemuda yang sepi dan menjadikan seorang gadis sebagai escapisme untuknya melupakan kesengsaraan yang dialami.

Hamba rasa penjelasan mengenai 'Orang' dan 'Marya dapat mencernakan pemahaman anda terhadap Pugar yang lebih bersifat eksperimentasi (ujikaji). Hakikat sebenar, watak mereka kompleks dalam cliche.

Hamba sedang berkira-kira untuk menulis cerita cinta 'Orang' dan Marya pada masa-masa akan datang secara bersiri. Banyak yang tidak sempat hamba perjelas dalam cerpen sesingkat itu menyebabkan beberapa pembaca memberi komen terhadap gabungjalin cerita Marya dan teman lelakinya.

Insya-Allah.
Nota Kaki
: 'Orang' masih belum bernama. Kalau ada yang sudi memberi nama, dialu-alu dan akan dipertimbangkan.
: Dalam cerpen, hamba pilih Pugar dari segi menebang, membersih dan mencari yang tertinggal.
Kamus: Dewan Edisi 4
Pugar; segar-~ sihat benar, bugar; memugar, memugari 1. sl memperbaiki atau memperelok semula, membaharui, me­mulihkan: indahnya konon kota negeri, sekaliannya baru dipugari; 2. = ~ tanah (hutan) a) menjadikan hutan semula; b) mem­buka hutan, menebangi hutan (utk ditanami); pemugaran 1. pemulihan semula, pembaikan kembali, pembaharuan; 2. perihal memugar (membuka, mengusahakan) tanah.

9 ulasan:

CAHAYA berkata...

sumber inspirasi selalu dikaitkan pada sesuatu yang cantik. yang sempurna. Adakah kejadian lain dariNya tak boleh jadi inspirasi?

Hanya sekadar bertanya. Curious!

Amer Yusof berkata...

@ cahaya - han ye seul hanya inspirasi nakal seorang lelaki. Tambahan, tak semua yg cantik itu sempurna.

Menjawab soalan akak, inspirasi saya datang daripada banyak benda/manusia. contoh, dalam novel denting - ada watak gadis yg bertudung labuh, fashion disaster (maaf), yang gigih bekerja sebagai penjual kitab, buku-buku yang banyak kita jumpa di sekitar KL.

Banyak benda, tetapi penulisan secara komersial masih memerlukan yang cantik2 untuk dikatakan sebuah kisah boleh jual. Sy berhak utk melanggar hukum itu, tetapi ia memerlukan masa.

AieSha berkata...

rasanya nama yg sesuai utk 'orang' tu 'AIE' kot. ermmm.. mmg sesuai.. ;p

CAHAYA berkata...

yep! bagus. penulisan seharusnya tidak cenderung kepada satu sisi sahaja. mahupun penulisan itu ke satu sisi. pastikan ianya kukuh. baru best!

bagus kalau kisah masyarakat diceritakan. boleh jadi iktibar orang lain. umat lain. bukan semua orang pandangan nya sama. penulisan buat kita tahu wujudnya 'pandangan' lain selain dr pandangan majazi kita sendiri. :)

InsyaAllah.

Amer Yusof berkata...

@ aie - AIE? hahaha. okay gak. tp bagilah nama penuhnya sekali. aku suka nama watak aku punya nama penuh. Nama melambangkan empunyanya.

Dulu aku ada kawan yg nama Aie(sekarang pun kawan, tp lama dah x jumpa). Nama penuh dia Ghazali. budak-budak band. jenis kepala otak huhahuha. dalam banyak2 orang, aku aje panggil dia nama ghazali. dia x kisah aku panggil nama ghazali, tp kalau org lain panggil dia marah. hahaha.

@kak cahaya - ilmu persuratan harus mewakili masyarakat sezamannya. kita x boleh jadi macam bollywood yg menutup hakikat dengan angan-angan. kita harus berlaku jujur. setakat ini, itu yg saya pegang.

CAHAYA berkata...

bagus ahh. :P

scOotBerry berkata...

xsabar nak tunggu siri cerita pugar ni..bile ek agak nye..??xrase mcm nak publish novel sendri ke..??

Amer Yusof berkata...

@ cahaya - tapi sy x tolak, yg sy juga tak kisah dgn karya fantasi. ada kebergantungan.

@ intan - nak publish sendiri? kena buka syarikat sendiri lah nampak gayanya. hehehe.

scOotBerry berkata...

erk..
kne bukak syarikat sendri dlu ek bru dpt publish nOvel sendri..??
kalO anta kat publisher deOrg tamau ke..??

penggemar