Budak Kecil, Jangan Jadi Bodoh!



Budak kecil yang serba serbi tak kena ini sudahpun besar,
Aku pesan sama dia "Jangan Jadi Bodoh!"
Budak kecil itu lekas mengaku bahawa dia sudah besar,
Tambah lagi cakapnya "Ada aku kisah?"
Maka budak kecil itu rumus berseloroh,
"Aku cerdik, sebab itu aku tak kisah"
Budak kecil ini gemar datang dan pergi,
Sesuka hati nenek anjang aki,
Budak kecil ini gemar membazirkan hari,
Seolah waktu merenek dan tak akan meninggi,
Aku bilang "Kau lekas berambus, aku mahu sendiri!"
Dia jelas "Ada aku peduli?"
Budak kecil ini takkan boleh lari,
Harus dia semuka denganku setiap hari ,
Budak kecil ini juga takkan membesar,
Sebab jasadnya saja yang melebar,
Aduh!
Mana tahan kalau sentiasa begini,
Aku tak pernah bencikan kau wahai si budak kecil!
Sebab aku tahu kau sentiasa meronta-ronta mahu beraksi,
Tiada jalan lain, tinggal diam saja dalam rongga nafasku,
Dan tak perlu kau bimbang budak kecil, aku masih dirimu yang dulu
Budak besar bernama aku,
Pernah atau tidak wujud suatu waktu,
Di dalam tubuh seseorang meronta-ronta mahu meluru,
Seolah kamu yang zahir hanyalah kamu yang tahu.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oits....blog yang sempoi...well said... :)

AieSha berkata...

woi budak kecil, membesarla.

org besar boleh buat mcm2 yg budak kecil tak boleh buat. heh.

scOotBerry berkata...

ini termasuk dlm kategOri ape ek..??
sajak,puisi,cerpen Or saje2..??

Amer Yusof berkata...

@ nik muhammad hafiz - terima kasih. msih dalam proses pmbelajaran. kalau sy ada silap tang mana-mana, bolehlah tegur ek.

@ aie - budak kecil tu masih pakai enset tahun 2004..isk isk sebab enset mahal dia dah arwah.

tp aie, byk jek benda yg org kecik boleh buat, tp budak besar x boleh buat. contohnya - menangis, meraung dan meniarap di pasar malam sebab bapak x nak belikan mainan.

@intan - lama x nampak. ini puisi bercakap. hehehe. puisi biasa saja. ada unsur monoloq sikit.

scOotBerry berkata...

hmm..puisi ek.actually puisi tu mcm mane..?sori la kalo tanye soklan yg kurang bijak ni.tp mmg betOl nk tau.sbb kadang xleh nk bezakan puisi ngan sajak..

kurang sehat dan agak bz lately..tuh yg lame xnmpk..hehe~jgn risau..masih membaca blOg ini.cume tym xsehat aritu xlarat nk taep2 kOmen..hikhik~

AieSha berkata...

tapi dah besar2, nak ke ko buat camtuh. ish ish ish.

tapi ada satu benda aku suka. aku dulu masa kecik2 ramai kakak2 atau makcik2 yang suka peluk2 n kiss2 aku.

kalau la dh besar2 mcm ni dpt macam tu lagi. alahai

Amer Yusof berkata...

@ puisi ada banyak bentuk. mungkin intan keliaur sebab ada pengikat pembuka kata kan? hehehe... itulah namanya style. hehehe. rasanya contoh2 bentuk puisi ada dalam silibus KOMSAS.

@ aie - kalau nak kiss2 camtu, kena dapat sijil halal dulu aie.

penggemar