Warta Royan 0001 - Tandas Masjid

Bermula hari ini, hamba bawa sebuah kolum baru yang akan memuatkan KISAH BENAR mengenai perkara seperti masalah, kritikan dan saranan berdasarkan peristiwa yang berlaku di sekeliling hamba dan teman-teman. WARTA ROYAN ini bukanlah bertujuan untuk membuka pekung, tetapi lebih kepada untuk kita menjadi masyarakat prihatin yang berintegriti.

***

Warta Royan 0001 - Tandas Masjid

Seorang teman telah menelefon hamba ketika hamba sedang mendengar khutbah jumaat, hamba abai panggilan tersebut kerana mahu mengambil intipati topik khutbah hari ini (ye ke?). Selesai solat, hamba menelefon kembali teman tersebut.

Teman: Wei Amrozi Pengebom Bali! Kau kat mana?

Hamba: Waalaikummussalam, nama aku Amri, bukan Amrozi. Apa hal kau call aku tetengah khutbah?

Teman: Aku nak story sikit, nasib malang aku ni.

Hamba: Nasib malang? Bukan itu hari kau dah mandi bunga ke?

Teman: Macam ni ceritanya, aku tadi kat Seksyen 19, Shah Alam nak pergi menunaikan 'shalat' lah alkisahnya. Ala-ala aku tadi nak jadi muslimin sejatilah kaedahnya.

Hamba: Bagus, alhamdulillah. Bertambah geng aku kat 'sorga' nanti.

Teman: Perlu ke kau nak confirmkan kau tu dah masuk 'soorga', DAH SAH-SAH kau tu pun kena hitung! Bahu kiri kau lagi berat daripada yang kanan kan?

Hamba: Ah sudah! Apa kisah kau hari ni?

Teman: Sambung kisah tadi, alkisahnya aku memang berkobar-kobar nak solat jumaat ni, khutbah pun dah mula. Aku pun ala-ala nak percepatkan langkah, macam orang yang tak sabar nak ke majlis ilmu.

Hamba: Berkobar-kobar macam nak pergi majlis maksiat la ya? Lepas tu?

Teman: Aku pun siap-siaplah ambil air wuduk walaupun air paipnya sedih ya amat.

Hamba: Sedih kenapa?

Teman: Airnya slow. Okay, lepas tu aku duduklah nak dengar khutbah ni. Tengah-tengah khusyuk, tetiba rasa nak terkenc... pulak.

Hamba: Lepas tu?

Teman: Aku pun lekas-lekas lah gi tandas, tandasnya pulak jauh berbatu kat tepi pagar masjid tu. Masuk-masuk je toilet, tak pandang kiri kanan, aku teruslah tunaikan hajat.

Hamba: Apa masalahnya, ambillah air sembahnyang balik.

Teman: Masalahnya...PERLU KER TANDAS MASJID TAK ADA AIR????

Hamba tergelak.

Teman: Aku dah sudah pancut ni, terkena kaki lagi pulak. Nak basuh celah mana?

Hamba: Beristinjak lah.

Teman: Istinjak apa nya!! Batu kesat pun tak ada!! Nak istinjak pakai dinding mozek yang kotor? Habis, takkan aku nak keluar menjejeh basuh anu kat tempat wuduk yang betul-betul kat pintu masjid. Aku kan lelaki pemalu!

Hamba: Sejak bila kau jadi lelaki pemalu? Apa kau buat lepas tu?

Teman: Aku 'tos'lah cukup-cukup, kesat dengan underwear, lepas tu aku keluar.

Hamba: Kau pergi solat?

Teman: Dah sah-sahlah tak! Takkan aku nak solat kalau tengah hadas kecil. Kotor pulak lagi.

Hamba: Alasan, kat dalam masjid kan ada kain pelikat.

Teman: Tak adanya kain pelikat kalau masjid dah penuh. Aku naik fed-up terus aku pergi kat kereta, kot-kot ada seluar spare. Malu aku, ramai orang menghala ke masjid aku pulak menentang arus.

Hamba: Kalau kau betul-betul nak solat, itu bukan alasan. Habis tu, teballah muka kau?

Teman: Aku buat-buatlah muka runsing, ala-ala ada emergency. Ramai gila yang tengok aku dengan pandangan pelik. Perlu diorang nak menilai ibadah aku?

Hamba: Kau terus blah lepas tu?

Teman: Aku start kereta je, khutbah dah nak habis.

Hamba: Kesian kau. Oh ya, masjid mana tu?

Teman: Masjid Al-Huda, Seksyen 19 Shah Alam.

***
Terima kasih kerana sudi bazirkan masa membaca.

Hamba akan meneruskan kolum ini pada masa-masa akan datang. Jika sekiranya anda juga mempunyai sebarang royanan yang ingin diluahkan, bolehlah mesej (melalui komen) dan hamba akan olah royanan anda ke bentuk dialog seperti di atas. Permintaan agar nama dan lokasi peristiwa jika mahu dirahsiakan, akan hamba turuti.

6 ulasan:

Atira. berkata...

aku selalu notice kalau nak balik kampung, tandas kat surau2 busuk ya amat!

aku kadang2 macam tak faham.
memang la yang tu tandas tapi still dalam kawasan masjid. nama pon tandas masjid tapi kenapa kotor sangat and busuk pulak tu.

JohnJenin berkata...

good one bro.. keep it up!

Amer Yusof berkata...

@ atira - kan? walaupun tandas tu rumah setan tp kita kena fikir jugak ..kan ke "Attaharul minal imaaan"...kebersihan sebahagian drpd iman. siak2 masjid memang kena OT ya, jgn curi tulang. hehehe

@ JohnJenin - TK. Sebab tandas kotor, x dpt kita semua berangan mat jenin dalam tandas kan? hehehe

p/s: kalau ada royanan, moh le anto sini.

AieSha berkata...

maklumla, tade sape nak bayar gaji kalau ada org cuci tandas surau atau masjid.

Amer Yusof berkata...

@ aie - memang takde ek? bukan JAIS bayar ke? kan ke ada komuniti surau segala. mungkin gaji pak siak x byk, itu yg diorang protes

scOotBerry berkata...

huhu~sian kat kawan tu..niat dea baek nak menunaikan sOlat jumaat.tp d sebabkan tandas nye sebegitu habis terbantut niat murni tu..kalO mcm tu sape yg nak dpertanggungjawabkan ek..??

penggemar