Sakit mata dengan sari kata!

Soalan
Pernah tak anda menonton sebuah filem yang memaparkan babak menguja (suspen), seram atau aksi dan secara tiba-tiba anda tergelak (bukan kerana faktor cerita) tetapi kerana faktor lain?


Kalau belum pernah , apakata anda semua tengok contoh yang satu ini. Petikan daripada filem Burn After Reading arahan Joel & Ethan Cohen (pemenang Oscar tahun lalu). Tahun ini, walaupun filem ini agak bagus tetapi tiada pencalonan Oscar untuk mereka.

Faktor: Sarikata



Brad Pitt sebagai Chad Feldheimer menjerit "I got his number! I got his number!" . Yang dimaksudkan ialah nombor telefon, bukannya sukatan.


Lalu Frances McDormand (Linda Litzke) menjawab "Oh my god!". Kalau tengok gambar atas, anda akan geleng kepala.

Untuk seorang pelakon sehebat John Malkovic (dalam filem ini wataknya sebagai mangsa SURAT UGUTAN bernama Osbourne Cox) memang malang kalau diterjemahkan pertanyaannya - "What, are you engaged in the blackmail?" menjadi sebegitu rupa.



Juga Tilda Swinton mesti tepuk dahi kalau ayatnya berbunyi "You're not talking to one of your 'shit-whole bodies!" menjadi seperti yang anda lihat.

Atau John Malkovich mungkin pengsan bila mana dia bertanya "Who am I speaking to?" di salah erti menjadi "Who mines speaking to?" (Mines - Lombong)

Nak lagi? Yang atas ni berbunyi " Who the f*** is you? What document are you talking about?"


dan lagi... "I don't know who the fcuking you are but you have no idea on what you doing!". Persetubuhan? Hahaha. Hamba 'don't' tahu nak cakap apa lagi. hehehe.

Atau mungkin juga McDormand salah dengar Malkovich kata " ...and I warn you!"
sampaikan McDormand sebut "Anda memanaskan kami?" merujuk kepada "You warned us?". Tang mana dapat 'memanaskan' tu? Warn = Warm?

p/s: Kecuali Malkovich dan Pitt; McDormand, Swinton dan seorang lagi aktor filem ini, George Clooney pernah menang Oscar.

Sejak dulu lagi, sebelum baru-baru ini orang suruh hamba boikot produk US yang ada sangkut paut dengan Yahudi hamba rajin membeli VCD cetak rompak. Alkisah, sebab hamba malas nak beli VCD/DVD original yang ada cop KPDN-HEP, buat kaya diorang saja. Jadi, eloklah kalau beli yang cetak rompak. Tapi, bila beli yang cetak rompak hamba suka nak tanya orang tukang jual, sama ada DVD tu master copy atau cinema copy. Kalau cinema copy, hamba sanggup pulangkan semula. Tak salah cerewet dalam membeli produk cetak rompak.

Cuma, bila kita tonton filem kekadang kita perlukan panduan sarikata sebab Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda kita, tambahan slanga dalam filem ada yang cakap laju. Memang kita tak berapa mesra telinga. Hamba tiada masalah kalau filem Hollywood tiada sari kata, boleh saja nak faham. Cuma, untuk pengkaji yang sedang mengusahakan penulisan lakonlayar, hamba nak juga tengok sarikata baik dalam BI atau BM supaya dapat memahamkan struktur ayat dan lakonlayarnya.

Jadi, tengok sajalah sarikata filem Burn After Reading di atas tu! Penulis lakonlayar filem ini dah dua kali menang Oscar, dan filem genre black comedy ni pun memang bukan calang-calang. Tapi kenapa mood hamba terus off bila ternampak sarikatanya!!! Sakit mata betul. Memang lari fokus. Nak alihkan, memang tak boleh sebab hamba beli VCD. Kalau DVD boleh saja hilangkan sari kata.

Hamba tertanya-tanya juga siapa penulis sarikata dalam Bahasa Melayu ni? Dulu, 4 tahun lepas ada kisah penangkapan seorang penuntut USM, Pulau Pinang yang bekerja mencetak rompak filem Hollywood menerusi bekalan torent di internet (zaman itu, torrent belum popular lagi). Dan beliau ialah pelajar berketurunan Cina. Katanya, dia membuat sarikata dalam BM. Dan ada juga penuntut lain yang mengambil upah menulis sarikata dalam BM untuk pasaran gelap.

Agak-agak sarikata untuk Burn After Reading ni pun dibuat oleh bebudak upahan yang Bahasa Melayu gred E. Kasihan kepada penonton 'anti-israel' macam hamba sebab terpaksa melayan sarikata tahap jamban macam ni.

Tapi tak boleh nak kata jugak, sebab hamba beli cetak rompak. Memang padan mukalah. Cuma, hamba rasa ramai yang perasan bukan setakat di dalam industri VCD cetak rompak saja (dah boleh dipanggil industri sebab jana ekonomi), malahan di kaca TV juga.

Hamba ni peminat setia drama-drama Korea/Jepun. Selalu sangat tonton drama di 8TV atau TV2 dan juga layan drama TVB dari Hong Kong. Kalau drama Korea/Japan, hamba lebih gemar kalau guna suara asal mereka, bukan alihbahasa ke Bahasa Mandarin. Kurang penghayatan lah jawabnya. Sebab itu hamba selalu cari DVD/VCD drama Korea/Jepun sebagai pemuas nafsu. Ya lah, yang dekat TV bukan setakat alih bahasa ke bahasa Cina, malahan sarikata nya juga teruk; terus jadi tak bernafsu nak feeling-feeling Korean.

Contoh
Ayat salah : "Joon Hee barulah kekasih Gu"
Ayat betul: " Kekasih sebenar Gu ialah Joon Hee" atau "Sebetulnya, Joon Hee lah kekasih Gu"

Tak faham betul, penulis sarikata tak payahlah makan gaji buta. Memanglah anda faham dan tahu Bahasa Melayu, tetapi takkan ayat mudah pun nak terjemah secara terus? Macam terjemahan babak Burn After Reading tu! Jangan-jangan buka kamus, terjemah satu kata kepada satu kata, padahal sepatutnya fahamkan ayat terlebih dahulu.

Kerja terjemahan ni bukan mudah. Kalau ambil orang yang setakat lulus SPM, memang susah. Hasilnya, keluarlah sarikata yang mengarut, baik di TV apalagi di DVD/VCD.

Hamba sangat berpuas hari dengan Planet Motion Picture (PMP) yang mengedar VCD drama Korea ke Malaysia. Terjemahan mereka bagus, biarpun belum ada yang sangat bagus. Cuba tengok contoh bawah ini, daripada drama siri 'Sorry, I Love You'.


Kedua-dua babak, pelakonnya punya dialog ada yang pendek, dan ada yang panjang. Tapi terjemahannya cantik dan ada struktur ayat yang betul. Kalau orang TV yang terjemah entah-entah terjemahan daripada alihbahasa. Itu yang jadi ayat tunggang terbalik.


Bercakap mengenai menuntut ilmu menerusi lakonlayar filem, hamba gemar menonton filem yang menyediakan lakonlayar sebagai sarikata. Contoh filem hebat tahun 1996 ini, Trainsporting. VCD ini hamba simpan agak lama, dan masih jadi bahan kajian. Mereka menulis lakonlayar secara jelas mengenai tindak tanduk sesuatu babak.


Babak ini tiada dialog, tetapi dinyatakan tindakannya.


Yang ini, sekadar gambar hiasan. Hehehe.



Kalau ada dialog, memang di susun ikut ayat, tak adalah seperti sarikata yang satu ayat bersambung-sambung.


Siap dengan lirik lagu lagi. Kalaulah sarikata Bahasa Melayu boleh buat semacam ini.


Sebelum mengundur diri, hamba nak selitkan dialog hebat dalam filem Trainsporting. Memang mendalam maknanya. Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang berbangsa Tionghua. Kepada bebudak Cina atau sesiapa saja yang buat kerja terjemah sarikata, pastikan anda betul-betul lulus cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu SPM ya!

Oh ya, hamba lahir pada tahun Ox (tahun Lembu). Boleh menyanyi percuma di Red Box. Hehehe. Namun, banyak juga MTV kat Red Box yang lirik lagu tunggang langgang. Sedih Malaysia!



p/s: Semua dialog di bawah dilafazkan oleh aktres Kelly MacDonald sebagai Dianne yang cuba dipikat oleh Mark lakonan Ewan McGregor. Filem ini dicalonkan Oscar untuk kategori Lakonlayar Adaptasi Terbaik menerusi tulisan bijak John Hodge.








9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ko pun pasan ke??ngat aku je pasan pasal sari kata ni..hahaha..

scOotBerry berkata...

hmm..kalO nk beli yg cetak rompak cite inggeris better cri yg subtitle nye dlm base inggeris juge.at least paham sket dr subtitle yg dterjemahkan dlm bahasa malaysia..kadang2 lari makne nye.

kalO cite kOrea pule,suka juga cri subtitle dlm base inggeris.sbb subtitle dlm bm neh kadang2 mengelirukan.sbb slalu buat perbandingan cite kOrea yg subtitle nye dlm base inggeris dan juge base melayu..lebih paham jika nOntOn cite tu bile subtitle nya dlm base inggeris.

maap kalO silap.

Amer Yusof berkata...

@ amoi - dah lama perasan, sampai tahap maksimum...hehehe

@ intan - selama ini memang cari DVD Inggeris yg ada subt BI la, kes Burn After Reading ni sbb nak bajet, belilah VCD je.

Citer korea, ambil yang original drpd PMP, yang ini subt BInya ok. Tp kalau beli DVD from China, memang ada subt BI. Sama je keduanya. Selalu sy beli DVD korea mad in china sbb murah. RM 30 je. Kalau PMP tu, mak ai, sampai RM100 lebih.

p/S: entri ni nak cakap pasal 'kesuburan bahasa melayu;. kalau nak cakap pasal keselesaan sbg penonton, ya sy akan cari yg subt BI.

Kurt Kuden berkata...

aku suke muvi ni.. aku still terbayang camne bradpitt bole mati dgn sgt sadis tapi klako hahah

aku perlukan sarikata untuk filem2 british.. ayyoo ma english is getting worse n worse.. environment tak menyokong laaaa

Kiubrubik berkata...

kebanyakkan sarikata DVD teruk sebab abang aku pngumpul DVD. Mahu tak mahu layan saja.

Unknown berkata...

Hahah..agreed!

CAHAYA berkata...

hehe. betul la. memang sakit hati tgk sarikata macam tu.

kalau dlm drama cerekarama pun kadang2 kelakar. it really doesn't make sense. :)

Tanpa Nama berkata...

perkara nih memang dah lama berlaku. kekadang tuh babak sedih,saspen ker seram ker... tapi nak tergelak bila baca sarikata dia.

tapi yang tuan hamba utarakan mengenai DVD luar negara yang siap ada ulasan & lakon layar tuh, tak silap dinda, khas utk warga istimewa yg cacat pendengaran. At least mereka pun boleh memahami filem tu.

bagus kan....mesra alam

Tanpa Nama berkata...

Sari kata slot Golden Dragon di tv2lagi dahsyat. Ada tulisan Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Berserabut dibuatnya. Sebabnya orang di tv bacul untuk 'menghitamkan' sari kata bahasa asing kononnya nanti dikatakan tidak ada kompromi. Bukankah ini Malaysia, biarlah sari kata berbahasa Malaysia sahaja. Apa guna banyak sari kata tetapi tak dapat dibaca langsung serta berserabut keadaannya. Tidak profesional langsung...

penggemar