Belasungkawa - Arena Wati (1925 - 2009)

al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arena Wati, seorang Sasterawan Negara yang telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada usia 84 tahun.

Untuk berita lanjut, klik sini

Kepada yang tak berapa mesra dengan nama Arena Wati (mustahil kalau tak pernah dengar), Allahyarham merupakan sasterawan yang ulung dalam lipatan sejarah kesusasteraan Melayu Nusantara. Arena Wati bukan sekadar milik Malaysia, tetapi juga Indonesia dan Singapura. Kalau nak kenal lebih rapat sempena mengenang jasa arwah, klik sini
Ironi sekali kerana dua minggu lalu, hamba melepak di Kedai Buku UM dan membelek suku bahagian daripada buku 'Sebuah Trilogi 3 Genre' yang amat-amat tebal. Seingat hamba (yang liat juga nak membaca novel tebal-tebal), hamba pernah menghabiskan novel beliau yang berjudul Sukma Angin dan Sakura Mengorak Kelopak di Perpustakaan al-Ghazali, Kospint. Dah lama, tahun 1999/2000 kalau tak silap. Sebetulnya, membelek karya Arena Wati; semangat Nusantara kita akan lebih mekar, dan memahamkan kita bahawa setiap satu daripada tanah di gugusan ini, masing-masing punya pertalian yang erat.
Hamba tertarik untuk berkongsi cerita daripada seorang rakan blogger yang juga orang yang agak harum namanya dalam bidang sastera dan penulisan kreatif iaitu Saudara Al-Azharri Siddiq. Beliau menulis di blog JENTAYUABAKA.

Hamba ambil kesempatan untuk menempelkan sebuah belasungkawa yang jujur daripada orang yang lebih mengenali Arena Wati. Dan, hamba juga kagum kerana arwah bukan sekadar penulis sastera yang ulung, malah juga pernah menimba pengalamanan dalam bidang pelayaran, suatu bidang yang hamba uja sekali ingin mencuba.


Gambar: Allahyarham Arena Wati - Kredit untuk Kakiseni



BELASUNGKAWA
Oleh : JRY Pada 1:04 PM . Monday, January 26

1. TERLEBIH dahulu marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Sasterawan Arenawati yang kembali ke Rahmatullah semalam.

2. Penulis sangat sedih kerana kami sebenarnya berjiran di Kuala Lumpur. Di hujung minggu Pak Arenawati sangat suka ke pasar minggu di Kepong kemudian siggah di kedai mamak sambil minum.

3. Semasa hayatnya, penulis diberi penghormatan masuk kedalam bilik tulisnya yang juga bilik tidurnya. Buku-bukunya disusun di sekeliling biliknya di atas rak sehingga mencecah ke siling rumah.Bagaimana agaknya buku-buku yang bernilai tinggi itu selepas ketiadaan Allahyarham. Pak Arenawati faham bahasa Belanda dan fasih berbahasa Inggeris, banyak buku-bukunya mengenai sejarah Nusantara Melayu dalam bahasa Belanda dalam simpanannya.

4. Penulis terkenang, Pak Arenawati pernah memberi wang RM50 untuk membeli buku. Ketika itu penulis tidak membawa wang yang mencukupi. Kami juga bertukar-tukar novel.

5. Pak Arenawati bukan sahaja seorang Sasterawan Negara tetapi juga Ahli Pelayaran yang unggul. Dalam satu perbualan kami, Pak Arenawati menceritakan zaman mudanya menjadi Ahli Pelayaran membawa barang dagangan dari Sulawesi ke Jawa, Singapura, dan Johor. Ilmu pelayarannya amat tinggi.

6. Mudah-mudahan Allahyarham Pak Arenawati dicucuri rohnya dan dipermudahkan urusan dunia dan akhiratnya.
al-fatihah.

3 ulasan:

Kurt Kuden berkata...

tibe2 teringin rase nok cube mbaca karya2 die yob..a

Z berkata...

Aku ingat kat sekolah dulu, form 1 or 2 kot, kecoh kat sekolah yang novel Sakura Mengorak Langkah tu ada unsur lucah sedikit. Semua orang berebut-rebut nak pinjam buku tu :p Padahal sikit sangatttt scene lucah.

haih, budak-budak.

Amer Yusof berkata...

@ kuden - selain ismail sarbini, arena wati ada jugak beri pengaruh kat aku. cuba2 lah cari. aku nyesal sbb x jadi pengumpul novel, asyik rembat baca kt pustaka je. hehehe

@ Z - sakura mengorak kelopak tu ada serba sedikit beri pengaruh lucah (bukan lucah bodoh okay) dalam novel sulung aku. seks and taboo tentangnya.

penggemar