skip to main |
skip to sidebar
“Nak kata kecewa, memang Kak Ani sudah lama kecewa dengan senario irama tradisional yang dilihat kian terpinggir. Cuma Kak Ani perlu sentiasa kena ada inisiatif ke jalan positif untuk terus menarik lebih banyak minat pencinta muzik etnik. Sedar atau tidak sedar, stesen radio Hot FM dan Era sebagai contohnya memutarkan lagu negara seberang tapi masih mempunyai sentuhan etnik biarpun berirama pop. Sebagai contoh, ada lagu dangdut Indonesia yang diadunkan dalam irama pop komersial. Kita lebih suka menilai dan memberi komen tetapi tidak pernah ada usaha untuk melakukan perkara yang sama dilakukan pengkarya seni dari Indonesia. Justeru, kita kena membuka mata untuk memperkasakan irama tradisional dengan cara bereksperimentasi antara kreativiti, tuntutan semasa dan menyerapkan sendiri elemen etnik yang sedia ada” luah Noraniza Idris, dalam Berita Harian 28 November 2008Memetik kata-kata Kak Ani dalam akhbar hari ini, hamba terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai kepupusan irama tradisional masyarakat Melayu saat ini, yang seriusnya agak ketara kelihatan. Hamba sedih dengan nasib komputer hamba, tapi hamba melihat luas, nampaknya Kak Ani lagi sedih dengan nasibnya.Kepupusan perkembangan muzik tradisional Melayu hampir serupa dengan kepupusan mercu-mercu Melayu yang lain seperti tulisan jawi, makanan tradisi, adat resam dan terutama sekali Bahasa Melayu itu sendiri.Muzik tradisional Melayu yang luas dari Sabang ke Marauke, dari Kra, Thailand ke Selandia Selatan, New Zealand. Muziknya luas. Tersangatlah luas. Sampaikan hamba dikutuk apabila mengaku laghu-lagu berentak gemalai Hawaii juga punya elemen Melayu.Satu yang harus difahami semua ialah konsep dunia Melayu ataupun Nusantara. Kalau dirujuk, ruang lingkupnya luas, dari Madagaskar ke Hawaii, dari Taiwan ke Selandia Baru. Tak guna hamba terang panjang lebar disini, kerana tujuan hamba untuk bercerita mengenai muzik tradisional. Ada baiknya, anda google menerusi Wikipedia, semuanya tercatat lengkap di sana.Bercakap mengenai muzik Melayu, lewat 90an dahulu muzik tradisional yang enak kita teriak Irama Malaysia (sedangkan irama tersebut juga dikongsi di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan lain-lain negara). Zaman kegemilangan Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris lewat lagu Awallah Dondang, Dikir Puteri, Ngajat Tampi dan banyak lagi sebenarnya amatlah dirindui. Jualan album Kak Ani ketika itu mencecah 100,000 unit. Okay, relevan; kini tahap berjaya seseorang artis tidak bergantung kepada jualan album semata-mata kerana program muat turun dan nada dering juga memberi pulangan lumayan. Tapi hakikatnya kini, produksi yang menampilkan muzik sebegini makin hari makin kurang.Kita ada penyanyi pelapis yang hamba kira begitu berkualiti seperti Syura, Haziq, Nas Adila, Mawi, kump Akasia, kump Flava dan beberapa nama. Malahan, nama-nama besar seperti M Nasir, Jamal Abdillah, Nash, Aishah, Ramlah Ram, Kopratasa, Zainal Abidin juga pernah cemerlang tatkala membawa lagu-lagu sebegini. Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza pun lebih cemerlang dengan irama Melayu jika dibandingkan dengan nyanyian pop beliau yang tak ada beza dengan penyanyi-penyanyi yang sedia ada. Kenapa muzik dan penyanyi lagu-lagu Melayu tidak mampu bernafas?Gambar : Syura dan Haziq, tugas berat mereka menjunjung irama budaya Melayu. Betul bak kata Kak Ani, stesen radio kita yang menjadi punca. Stesen radio kita sendiri yang secara halus membunuh irama ini. Kenapa? Fikir-fikirkanlah.Kemana hala tuju muzik tradisi bangsa kita selepas ini?
0 ulasan:
Catat Ulasan