Kerja Tuhan Di Tangan Amrozi

Gambar: Amrozi sebagai pejuang bangsa?

Salam,

Geli hari mendengar ejek dan usik beberapa teman apabila bercerita mengenai Amrozi, sang wira yang mengebom Bali 4 tahun lalu. Kata mereka, Amrozi itu pengganas, memang patut kena hukum tembak. Kalau ikutkan hati, tambah mereka, hukuman tersebut memang tak padan. Kurang lebih 200 orang yang terbunuh, 88 daripadanya bergelar warga Australia.

Ya, sejak kes pendakwaan berlangsung, Australia tak putus-putus melancarkan perang psikologi dalam usaha mereka untuk menggambarkan puak pelampau Islam di Indonesia sebagai pengganas. Itu bukan agenda Australia semata, malah disokong blok barat juga.

Pertama, hamba mahu berfikir secara ketimbang (rasional) apabila berbicara sebab dan akibat Amrozi melakukan pengeboman bersama-sama abangnya- Mukhlas serta perancang utama - Imam Samudera. Semua mereka pemastautin Jawa Timur, beragama Islam dan berbahasa Melayu, etnik Jawa. Timbang fikir kenapa mereka melakukan satu pengeboman yang bagi hamba, takkan berlaku jika tiada punca yang kuat diterima akal.

Apabila disampuk soalan yang menduga hamba kenapa hamba begitu membela Amrozi, lekas hamba tanyakan kembali - Apa makna jihad?

Segi syar'ie, Jihad ialah sebagaimana digambarkan dalam hadith ini:

'Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w, Apakah Jihad itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Iaitu kamu memerangi kafir ketika menjumpai mereka"

Kalimat di atas merupakan potongan hadits Shahih riwayat Ahmad dengan sanad yang Rijalnya Rijaalush Shahih (perawi sahih).


Kalau baca, bunyinya seperti zalim sangat, sampai nak berbunuh ketika berdepan si kafir. Apakah jika hamba menurut maksud ini, hamba akan bunuh boss hamba, wanita beragama Kristian yang saban hari mejanya bersebelahan dengan hamba?

Sudah tentu tak. Yang hamba maksudkan secara ketimbang ialah, pengertian jihad menurut kefahaman sendiri (yang waras). Bayangkan, jika kita menghuni suatu kawasan, aman damai, sentosa untuk anak cucu akan datang. Namun didatangi orang asing, tak diundang, hadir lantas waktu demi waktu cuba merosakkan orang-orang kamu. Apakah kamu akan berdiam?

Itu jadinya di Bali yang secara ironinya adalah sebuah pulau di Nusantara yang majoriti beragama Hindu, namun fizikal mereka sama dengan kita. Sawo matang, tinggi bawah paras 6 kaki, berbahasa Melayu malah berkebaya di kuil. Bali amat terkenal dengan pelancongan destinasi pelacurannya. Bali amat terkenal untuk pelancong-pelancong datang menebar benih manusia. Bali terkenal dengan itu, syurga untuk orang asing, namun neraka untuk gadis, dan penduduk tempatan.

Gambar : Bali dan budayanya sama dengan Nusantara lain, yang beza hanya agama

Mungkin menurut Amrozi, tindakannya untuk membela bangsa. Bangsanya ditindas oleh dunia yang berbudaya kapitalis. Negara mereka menjadi hamba kapitalis dalam usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi. Pelancongan diwartakan sebagai halal untuk memenuhi ruang lohong ekonomi. Pelancongan memberikan pendapatan, peluang kerja kepada anak tempatan. Dan tentunya, pelancongan membawa orang-orang asing ini ke bumi mereka, dan lihat sendiri kesannya.

Mendengar cerita Amrozi mengingatkan saya kepada seorang pak cik dari Setiu, Terengganu yang hamba jumpa di Chukai, Kemaman dua tahun lalu. Hamba sekadar bertanya anak-anak kerja di mana. Lantas, pak cik bernama Pok Heng (nama melayu dalam loghat Terengganu, maknanya Pak Ibrahim) bercerita anaknya yang sebaya hamba belajar setakat SPM, kemudian bekerja di sebuah resort di Pulau Perhentian. Almaklumlah, sejak Terengganu diwartakan sebagai negeri pelancongan warisan, banyak juga resort-resort dibuka di pulau-pulau pesisir pantai Terengganu. Resort-resort ini memberi peluang ekonomi kepada penduduk sekitar.

Pun begitu, nada Pok Heng berubah. Dia yang awalnya senang hati kerana anaknya ada kerja tetap sebagai pengawal pantai di Pulau Perhentian kini mula gusar.

"Anok hok jatang ni susoh nok jage. Pok royak suruh jage diri, dia ngelat. Awal-awal moleklah kijenye, lame-lame peel mule bruboh. Panda doh ning, togok arok mabok pio. Hok ngajo, nung...pelacong orang puteh hok ngajo, bowok bende dok molek. Maghi tempat kite, wak jahanang ke orang kita hok sedia bodo"

Terjemahan: "Anak jantan ni susah nak dikawal. Dia tak ingat pesan pak cik suruh jaga diri. Mula kerja dulu okaylah perangainya, tapi lama kelamaan mula berubah. Sudah pandai teguk minuman arak, mabuk habis. Yang mengajarnya siapa lagi, orang putihlah. Datang tempat kita, bawak benda tak baik. Buat jahanam orang kita yang dah sedia bodoh"

Sejak bertemu Pok Heng hamba jadi faham. Kenapa sesetengah orang bertindak seperti Amrozi. Ya, dia bersalah kerana tak semena-mena dia membunuh 200 manusia yang mana kerja ajal ini kerja tuhan. Tetapi matlamatnya betul, cuma salah daripada segi pelaksanaanya. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Namun hamba berat berfikir jika betul, selama ini dunia kita dihambakan dalam nada kapitalis. Semuanya kerana wang.

Salam Jihad,

Amer Yusof

Gambar: Dari kiri, Mukhlas, Amrozi dan Imam Samudera

p/s: Kudos dan al-Fatihah untuk Allahyarham Amrozi, Allahyarham Mukhlas serta Allahyarham Imam Samudera. Dalam hati hamba tetap menghargai usaha anda semua untuk menjaga nama baik dan masa depan bangsa kita. Urusan lain, soal syurga dan neraka semuanya kerja tuhan.

2 ulasan:

Kurt Kuden berkata...

Ada yang aku setuju. Tetapi, bagi aku, dia bergantung bagaimana cara kita tengok dan apa yang kita cari dalam penglihatan kita.

Filem Indonesia, 'Long Road To Heaven' ada bercerita tentang kisah bom Bali. Ada kisah kenapa Bali, bukan Phuket, bukan Malaysia. Mungkin bagi sesetengah, filem ini tak seimbang tapi seperti yang aku kata, ia terserah bagaimana kita melihatnya.

Dan membunuh secara pukal seperti itu bagi aku masih terlalu ekstrim sifatnya. Kalau orang mereka menggunakan psikologi untuk membudayakan kita, kenapa tak kita guna perkara yang sama? Bagi aku, semuanya bermula dari pendidikan.

Komen aku kali ini, lebih kepada memberi komen semata-mata, sebab untuk lebih lanjut, rasa malu dengan diri sendiri. Masih kurang sana-sini.

Isu menarik Yob. Tahniah

Amer Yusof berkata...

tempat yg kita tinggal, tempat suci..budaya kita amal masuk rumah, kena basuh kaki, buka selipar. rumah kita suci...

jadi apabila tempat yg kita mahu suci dinodai dgn perkara2 sebegini..lantas berlakulah bom bom segala ni.

pun begitu aku setuju, bunuh secara pukal ni meributkan keadaan, dan x akan membetulkan keadaan. umpama kita nak buang keladak dalam paip, tp kita sekat pembentung utama.

penggemar