Warta Royan 0003 - Siput & Tunggul

Selesai aku dan sahabat baik, Loque menghadiri majlis tunang kawan kami - Amin yang mana pada awalnya kami tak berhajat nak pergi melanggar adat kerana tak pernah hayat hidup aku berbudayakan bakal pengantin lelaki datang berbondong-bondong ke majlis tunang di rumah pengantin perempuan.

Tetapi mengenangkan kami semua sudah sepakat untuk menghadiri majlis tunang fesyen baru ini, maka aku gagahkan diri untuk ke majlis tersebut. Sebenarnya aku menjadikan majlis tunang tersebut sebagai alasan untuk aku mengelakkan diri daripada terlibat dalam satu acara lain.

Dipendekkan cerita, kami semua (sedozen ahli rombongan) bercadang untuk berjumpa di Sunway Piramid selepas majlis tunang tersebut. Aku dan Loque tak kisah menghabiskan masa bersama sahabat-sahabat baik ini, sementelah ketua rombongan yakni sahabat baik kami orang, Rais Kerang beriya-iya merancang perjalanan aktiviti pada hari itu. Rais Kerang pun baru saja bertunang senyap-senyap akhir tahun lepas, jadi inilah masanya dia memperkenalkan bakal isterinya kepada kami.

Sejak masing-masing menempuh alam kerja, masa untuk bersama macam dulu memang terhad. Kami semua sekepala, dari dulu lagi sekepala. Cuma, hari itu waktu berubah maka masing-masing pun berubah. Aku pada awalnya fikir kami akan main boling ataupun main luncur ais. Aku dan Loque berborak sakan, tapi kami tahu kami berjalan naik ke pusat boling.

Tiba-tiba Rais Kerang cakap "Jom tengok wayang!" sedangkan kami dah betul-betul berada di depan pintu masuk tempat main boling tu.



Kami terus beratur, dan masing-masing mencadangkan filem pilihan masing-masing. Aku sebagai peminat filem yang 'pelik' mencadangkan filem Changeling sambil mempromosikan konon ada aksi 'luar biasa' daripada Angelina Jolie. Loque mahu tonton Ong Bak, dan sibuk mempromosikan aksi filem itu. Afiq Kecoh mahu mempengaruhi kami untuk tengok filem Underworld 3, dan aku bilang "Underworld 3 dapat bad review", disebabkan aku orang media hampir saja mereka percaya. Rais Kerang bagitahu filem Ong Bak, Underworld 3 tengah laju jualannya.

Aku nampak filem Changeling tiada masa depan, terus aku mempromosikan komedi yang sedikit berotak - Bride Wars. Tapi dalam barisan mereka putuskan mahu tonton Sifu dan Tongga.

Alamak! Aku dan Loque merancang untuk belot. Aku dan Loque buat pilihan pertama Ong Bak 2, atau pilihan kedua - Bride Wars.

Bila masuk kaunter, Rais terus meluru laju sementara aku dan Loque ke kaunter lain. Kami akhirnya pilih untuk tengok Bride Wars. Dalam sibuk memilih tempat duduk, Rais Kerang datang dan bertanya "Hey! Aku dah beli tiket hang lah!"


Aku dah Loque terpaksa pura-pura tak kisah. Kami pun mahu ambil hati Rais sebab abang dia bekerja untuk produksi tersebut, yang mana aku hormat produksinya yang menitikberatkan bacaan doa sebelum mula tembak. Jarang produksi filem kita buat macam tu. Berbalik kepada kisah, lagipun Rais yang beriya-iya mahu gathering hari itu.

Sepanjang hayat aku, aku hanya menonton filem Prof A Razak Mohaideen di kaca TV, dan pernah membeli VCD cetak rompak Cinta Fotokopi, yang mana aku patahkan cakeranya setelah habis tonton.

Tapi aku mengakulah, tahun lepas aku dan Loque tergerak hati nak tengok Duyung, dan akhirnya aku dan Loque sama-sama sakit hati dengan filem yang.....entahlah. Sejak itu aku dan Loque sudah trauma nak tengok filem A Razak Mohaideen.

Jadi, apalagi kalau filem Sifu dan Tongga ni. Tengok treler pun aku tak lalu nak tengok, apalagi nak tonton di wayang. Tapi hari itu nasib kami malang, terpaksa habiskan masa hampir 2 jam untuk bersama-sama manusia kasta mana yang boleh tergelak dengan lawak yang.....entahlah.

Sepanjang filem itu berputar, aku dan Loque sibuk mengkaji karektor manusia yang ada dalam pawagam, dan sampai sekarang masih tertanya-tanya - Kenapa mereka buang RM11 untuk filem ini?

Akibatnya, aku dan Loque meroyan sakan dalam panggung. Makan hati dan sakit hati dengar gelak tawa yang tak perlu.

10 Sebab kenapa aku dan Loque seolah meratap meroyan dalam panggung hari itu.

1. Kami sakit dongak kepala sebab terpaksa duduk 4 baris dari skrin.

2. Beli bertih jagung, tapi tak lalu nak makan sebab tertengok adegan kotor yang tak perlu. Dan yang paling penting, selama ini tengok filem sambil makan pop corn ala-ala enjoy/layan tapi kalau dah tak enjoy, nak makan pun tak lalu.

3. Masih hairan macam mana seorang anak gadis orang asli boleh pakai kain yang jahitannya kemas ala couture. Rizalman Ibrahim ke yang jahit?

4. Bahasa puak Watson dalam filem itu yang...entahlah. Orang yang sibuk gelak tu, tak terasa diperbodohkan ke?

5. Masih tak faham kenapa seorang editor akhbar Sinar Harian boleh berumah banglo, dan bersekedudukan dengan jurugambar lelakinya. Dan berpakaian ala awak tu pengacara rancangan Fesyen TV.

6. Tak tahu pulak kat balai polis / lokap, pegawai polis kena jugak pakai baju kuning (buat sekatan jalan tu) dan motif? pegawai polis sibuk tanya mana selipar jepun dia. Nak dijadikan cerita kan?

7. Tak tahu pula orang asli boleh masuk ke studio TV menerusi jalan belakang, dan dalam banyak-banyak studio boleh dan semudah-mudah masuk ke set. Betapa mudahnya kawalan keselamatan di sebuah stesen TV nasional, sedangkan di Iraq pun berduyun-duyun askar jaga masa perang dulu. Bukan ke kalau nak serang negara, baik serang pusat medianya terlebih dahulu.

8. .Tak tahu pulak akhbar Sinar Harian dicampak ke premis jualan pada waktu yang agak lewat pagi, dan penjaga premis buat-buat tak nampak akhbar yang baru sampai itu dicilok Sifu dan Tongga. Dan, Sinar Harian tak perlu taja filem ini semata-mata nak naikkan jumlah pembaca. Ada baiknya jaja nama baik akhbar dalam filem yang cerdik, dan filem ini bukanlah filem yang tepat. Tak baca skrip filem dulu ke?

9. Tak tahan tengok Fouziah Gous kena kurung dalam sangkar besi macam haiwan. Perlu ke seorang editor akhbar buat sampai macam tu sekali (baca: perlu ke seorang Prof boleh arah sampai macam tu sekali) terhadap seorang manusia yang sebenarnya tak berbahaya tahap gaban pun. Siap sebut "Dia jinak...dia jinak". Jinak? Keji punya skrip! Hal ini boleh dibawa kepada Suhakam.

10. Dengan menyatakan tahun Jepun datang menyerang, bila Tanah Melayu merdeka dan bla, bla, bla bukannya mencerdikkan filem ini untuk penonton seperti kami. Hujah itu semua sangatlah dangkal.

Untuk itu aku dan Loque memang dah taubat nasuha setelah 'tertengok' filem Prof buat kali kedua. Kami percaya, kami bukan orang pertama yang mengkritik filem prof ini, tapi kami yang tak ambil pusing filem prof ini masih rasa menyesal yang amat sangat membuang duit menonton filem yang tak menjana minda ini.

Kami MUNGKIN AKAN MEMPERTIMBANGKAN UNTUK MELUANGKAN MASA UNTUK MENONTON filem Prof. A Razak Mohaideen pada masa akan datang jika...

1. Dikritik bagus oleh A Wahab Hamzah/ Noor Azam Shairi atau sekurang-kurangnya dipuji oleh Rudy Imran atau Zubir atau kesemua pelajar dan bekas pelajar Prof (yang kami kenal) mengesyorkan kami menonton filem Prof.

2. Diiktiraf baik (mungkin terbaik) oleh FFM atau setidak-tidaknya di majlis Oskar PPFM.

3. Tiara, Ahmad Yatim, Rahim Razali, Zahim Albakri, Umie Aida, Afdlin Shauki, Deanna Yusof atau mana-mana aktor gred-A++ sedia membintangi filem Prof.

4. Prof bikin filem khas untuk tayangan percuma di TV, mungkin di Astro Kirana.

5. Dibayar untuk tonton filem (dengan bayaran yang berpatutan untuk 2 jam penderitaan).

p/s: Terimalah Header baru, hasil kerja aku dan Liyana (produk UiTM)...selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini

9 ulasan:

scOotBerry berkata...

mungkin ada yg tOntOn filem ini hanya untuk release tensiOn.i mean deOrg xpernah kesah kOt tentang 10 sebab yg kamu senaraikan itu.bg mereka,cukup untuk bergelak ketawa dalam panggung dan juga tidak memerlukan Otak untuk berfikir bile menOntOn filem itu.asal sahaja bOleh menghiburkan hati mereka maka mereka menggredkan filem tersebut sbg yg terbaek tanpa memikirkan ape2 kecacatan dlm filem tersebut.

tp sy pelik..macam mane seseOrg yg sudah bergelar prOf masih menghasilkan filem yg ala2..ntahla..huhu~

Roulefx berkata...

Saya sudah lama bersara daripada menonton filem-filem Prof bikin filem itu. Waima di panggung wayang hatta secara percuma di kaca TV.

Terlalu banyak ketirisan minda seolah-olah yang membikin dan menulis naskhah tidak dikurniakan kecerdasan akal kurniaan Tuhan untuk berfikir, menilai dan mencerna setiap butir karya mereka.

Sedih, inilah orang yang mewacanakan pemikiran penonton filem-filem Malaysia. Oh ya, Underworld 3; usahlah tonton, saya menyesal... (itupun kawan belanja)..huhuhu...

AieSha berkata...

peh, sinar harian dikritik truk nih. hahah.

Amer Yusof berkata...

@ intan - satu fakta yg jelas, dengan box-officenya filem ini maka betullah tanggapan bahawa masyarakat malaysia masih lagi berada dalam pemikiran kelas ketiga.

prasarana tahap satu, pemikiran kelas ketiga. sebab itu mereka boleh duduk gelak dalam panggung tahap IMAX sekalipun.

sy x mahu berada dalam golongan itu.

dan dengan banyak kecacatan dalam filem tersebut, sy jd hairan kerana kecacatan yg prof buat itu berulang, sejak filem pertama sampai keberapa puluh ini, kecacatan yg sama.

@ Roul - setuju. dulu P.RAMLEE mewacanakan pemikiran anak bangsa dengan lawak sinikal, yg mncerminkan budaya melayu ketika itu, dan alhamdulillah relevan smpi skarang.

Prof, dan filem2nya, apakah layak dijadikan rujukan untuk menggambarkan minda masyarakat malaysia?

kalau saniboey mahu bedah otak z. lokman (sbb filem no problem), sy pulak nak suruh saniboey bedah otak prof sekali. buat kajian.

kalau prof masih xjelas, bahawa permintaan aku yg lima tu sebetulnya satu penolakan. hahaha. aku memang dah taubat.

@ aie - sinar harian tak patut berada dalam filem itu. itu saja. aie. aku percaya wartawan sinar takdenye macam watak Erra dalam filem itu.

Z berkata...

nice header! though a little bit geek :p

anyway kenapa tak tengok Changeling? That movie received good reviews in the US..

Terkejut aku baca yang korang tengok Sifu dan Tongga. And you're right, Sinar Harian should pick a better movie to promote themselves. Sifu dan Tongga ni ada audience ke? (apart from you guys la hahaha)

Amer Yusof berkata...

@ Z - geek? hahaha. padahal gambar tu amik beberapa jam sebelum gi Gig. hehehe. geek cool apa.

kitorang x tengok changeling sbb waktu tayangan dia kul 10.45mlm. terlalu lambat.

sebab pertama (kami dongak kepala tu) dah membuktikan bahawa panggung penuh dgn manusia....

p/s: masih menyesal sampai sekarang.

pasal sinar harian tu, sebenarnya berita harian pernah silap pilih filem. cth - diva popular.

Ayyman Rahim berkata...

Aku memang tak menonton terus cerita sebegini yang ada pak lawak yang lawak tak tentu hala. Walaupun aku macam boleh tahan dengan lawak Nabil tu, tapi tengok poster pun boleh tahu dah tahap cerita macam mana? Lagi rela simpan duit untuk menonton cerita pengarah Khabir Bhatia ke, kualiti lebih baik dan tentunya tak nampak murah.

Tanpa Nama berkata...

Hahahhahahhahahahhahaaaahhaha.....jap jap Hahahahahhahahaahaaa

Mek dah cakap, napa laaa suka menderitakan jiwa tengok filem Prof Razak tu Nok...

Release tension?? Rasanya kalau tgk filem dia, lagi tension ada lah.

Tapi bila difikirkan, orang melayu kita juga yang suka diperbodoh bodohkan sehingga begitu rupa. Ada byk filem komedi yang membina minda.

Nota: Macamana lah dia mengajar anak anak murid nya ya???

Ajami Hashim berkata...

"Sepanjang hayat aku, aku hanya menonton filem Prof A Razak Mohaideen di kaca TV, dan pernah membeli VCD cetak rompak Cinta Fotokopi, yang mana aku patahkan cakeranya setelah habis tonton."

kau kejamm! hahaha!

penggemar