Muka dia 'seks' sangat!

Ada yang tanya hamba pasal kerajaan jongkang-jongket Perak Darul Ridzuan. Jadi hamba beri pendapat hamba sekadar saja, sementelah hamba dah malas nak borak politik sejak dua menjak ini.

Jangan kata hamba tiru gaya blog Khir Toyo, sebab dia sebenarnya tiru gaya blog Che Det. Kalau tuan hamba nak kata hamba guna gaya blog Che Det. Jawapan hamba "Ya!"....selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini

1. Sebagai bekas rakyat menumpang di Perak dari 2002 sampai 2005, hamba rasa hamba tak layak nak ulas panjang-panjang.

2. Perak merupakan negeri yang kedua termaju di Malaysia, selepas Selangor. Segala macam benda ada kat negeri ini. Hasil industri, hasil tani. Semuanya ada disini. Perak bukan negeri Pasir Berdengung ya.

3. Perak negeri majmuk yang cantik dalam perkauman. Hamba pernah menetap di Seri Manjung, yakni kawasan Melayu dan sering ke Sitiawan (kawasan India dan sedikit Cina), dan Lumut (kawasan Cina dan ada perkampungan India). Hamba pernah tertanya-tanya kenapa penempatan seolah diasing-asingkan?

4. Perak sekarang dibelenggu dengan situasi, kerajaan jongkang-jongket. Itu pasti.

3. PR = 28, BN = 28, Bebas 3 kerusi. Jawapan hamba senang, 3 kerusi bebas lah yang akan menentukan hala tuju. Dan jelas nyata, mereka (jika ditawarkan jawatan penting sebagai Exco barangkali) akan memihak kepada BN.

4. Ir Nizar Jamaluddin boleh turut perlembagaan, tetapi perlembagaan berada di bawah kuasa raja-raja (rujuk perkara 153), maka Ir Nizar tiada lain, berundurlah segera.

5. BN boleh bina kerajaan dengan 28+3 kerusi. TETAPI, pembubaran DUN mungkin berlaku sekiranya kuasa kehakiman (kalau kuasanya suci) guna kuasa mereka, maka MUNGKIN pilihanraya negeri akan berlangsung.

6. Kenapa? Sebab BN harus terlebih dulu mengisytiharkan untuk membentuk kerajaan campuran kerana 28 kerusi mereka bukanlah majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, dan kedudukan 3 calon Bebas itu juga boleh dipertikai kerana kesahihan mereka meletak jawatan sebagai ADUN, atau ke parti mana mereka lompat.

7. Hamba tak runsing pasal siapa yang bakal bentuk kerajaan Perak selepas ini, tetapi hamba cukup runsing dengan 1 persoalan .

6. Persoalan peribadi hamba - Betul ke buku Perlembagaan Tubuh Negeri Perak ditulis dalam Bahasa Inggeris?

Petikan surat Kerajaan PR Perak kepada DYMM Sultan Perak.

Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

7. Ada yang tanya hamba, apa komen tentang wakil-wakil PKR dan DAP yang lompat jadi Bebas?

Jawapan hamba senang saja.

Hamba belek akhbar untuk mencari gambar wakil yang keluar pakatan, dan salah seorangnya ialah Jamaluddin Osman (Behrang) dan lantas, hamba tertatap gambar ini

Tiba-tiba terpacul kata-kata ini.

"Muka dia 'seks' sangat!"
p/s: Merujuk kepada lelaki gelap di belakang wanita bertudung kuning.

8. Rasanya nombor 7 sudah menjelaskan pemerhatian keseluruhan hamba terhadap isu Perak dan kerajaan jongkang- jongketnya.

9. Menteri Besar baru, Dr Zambry Kadir sudah mengangkat sumpah petang tadi.

10. Petang-petang akan datang, isu ke'mamak'an Zambry akan jadi bahan. Tak mustahil kan?

Ingat tak kes di atas ini?

Politik adalah permainan.

3 ulasan:

Z berkata...

oh, pernah menumpang di Perak ya? belajar ke?

anyway tak faham la number 7. cuba terangkan? *wide-eyed*

as a Perak resident I really hate all this politishit going on..Ir Nizar is delusional..I hope a re-election will be held.

Adam berkata...

apa2 pun .. lebih baik BN sahaja yang membentuk kerajaan negeri perak.. sesungguhnya BN sudah lama bernaung di perak .. =)

Itu pendapat Dakjaat ler..

Amer Yusof berkata...

@ Z - okay, nombor 7 adalah pemerhatian aku kpd mereka yg lompat. terang2an, 3PR +1 BN yang lompat masuk lompat itulah yg menyebabkan perkara ini berlaku.

aku percaya ahli politik perlu menjadi seorang yg teguh dgn prinsip dan tak mudah dipengaruhi. dan jawapan spontan "muka dia seks sangat" secara jujur mungkin menggambarkan bahawa aku 'susah nak percaya org seperti politikus senang2 nak ubah prinsip'.

Jawapan tu bukanlah pertuduhan bhw si A tu menerima sogokan seks atau apa saja yg tak patut, tp kekadang kita punya first impression terhadap wajah manusia yg kita cuba nilai.

sejujurnya, aku rasa jwpn spontan aku tu AMATLAH TAK SERONOK DAN JAHAT.

@ Dakjaat - sepengalaman, ya BN masih memerlukan Perak. Adakah Perak masih memerlukan BN?

p/s: aku senang mana-mana antara dua yg memerintah. yg penting pelaksanaan dan tanpa gangguan pihak luar.

penggemar