Mencari Teman Untuk Ke Sunburst 2009

Hamba ada banyak teman, tapi teman sengkek. Bukan nak mengutuk tetapi hamba lebih rela mereka belanjakan duit mereka untuk hal yang lebih mustahak.

TAPI hamba tak nak lepaskan peluang secara berkali-kali. Dah banyak kali hamba terlepas peluang untuk membuat perkara yang hamba suka, tetapi atas sebab yang lebih mustahak hamba terpaksa ketepikan hasrat itu.



Kali ini sudah tak terbendung lagi. Hamba akan dan nekad mahu pergi ke Sunburst Music Festival 2009 yang bakal berlangsung pada 21 Mac 2009 di Bukit Kiara Equestrian Club. Hamba punya suntuk masa untuk memikirkan hal siapa teman hamba nanti kerana tarikh akhir tiket early bird adalah pada 8 Februari 2009.

Jadi hamba putus untuk beli dan pergi seorang diri.
...selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini


Hamba tak mampu nak beli tiket selepas 8 Februari yang berharga RM 203 dan RM253. Jadi tiket early bird yang berharga RM143 adalah yang terbaik untuk hamba.



Kenapa hamba nak sangat pergi ke Sunburst kali ini?

Sedih kan?



Sebab senarai nama ini -

1. Jason Mraz
2. Coldplay
3. Foo Fighters
4. John Mayer
5. The Script
6. David Archuleta
7. Switchfoot
8. 30 Seconds to Mars
9. Daft Punk
10. The Academy Is...
11. Boys Like Girls
12. Jamiroquai
13. Lifehouse

Macam mana hamba nak lepaskan peluang menonton The Genius Love Company macam Coldplay, John Mayer, Foo Fighters dan lain-lain?!!!

Untuk itu hamba iklankan diri hamba untuk menjadi teman sesiapa yang nak pergi ke sana, dan keseorangan juga. Terbuka kepada sesiapa yang sudi melayan kerenah manusia pelik bernama Amer Yusof. Aku baru saja pasang 'read more' dan tak menjadi. Artikel (artikel ke?) ni panjang lagi, jadi tekanlah 'read more' kat bawah ni ya. Untuk keterangan lanjut mengenai Sunburst tekan sini

9 ulasan:

AieSha berkata...

hahah. nak pergi free la tuh..

Kurt Kuden berkata...

haha ajak aku ajak aku hahaha

Amer Yusof berkata...

@ aie - mana ada free...aku nak beli tiket early bird. hehehe.

ko tekan read more tak? blog ni dah tunggang langgang sejak aku pasang read more. hehehe

p/s: ko x cadang nk gi ke?

Z berkata...

jom pergi Sunburst! Aku pun takde orang nak teman. Nak tengok Lifehouse, antara must-see bands before I die tu :0

RM143 kire murah sangat la compared to the 'late' birds haha..

scOotBerry berkata...

agak xtersusun sket kamu punye read mOre itu..still under consructiOn aite..??

nape dea buat bulan mac ek..??tym tuh tgh nk final exam kOt. x aci sungguh!!

Amer Yusof berkata...

@ Z - serius ke ni? Aku decide nak beli lepas press conference besok. PC besok untuk umum siapa yang sah nak perform nanti. Kalau takde Coldplay + John Mayer aku kena fikir dua kali gak.

Tp Z, kalau jadi, set lah

Z berkata...

ha kalau lineup best, 30 Seconds to Mars/Coldplay/John Mayer/Lifehouse ada, memang set! :)

nanti update la on the PC ok?

Amer Yusof berkata...

@ intan - back in 2004, sy pernah gi KL semasa study week sebab nak tgk gig oag. hahaha.

@ kuden - aku nk gi java jazz festival. yuhuuu

@ Z - kalau franz ferdinand ada, aku terus gi! hehehe

ok esok aku update PC diorang kat pavilion

Tanpa Nama berkata...

I sudi ikut....sapa tak nak tiket free...hehehhe u bayar kan???

hahahha

penggemar