Kelodan Umbra dan Penumbra

Kau

Dulu bila kau putus untuk bersendiri, suatu masa kau akan sedar bahawa kau akan rasa sepi juga akhirnya.

Jalan cerita memang ditakdirkan untuk insan yang mudah diperdaya, lemah dan tak kenal panah cinta yang sebenar.

Akhir cerita juga ditakdirkan untuk insan yang meninggalkan, dan ditinggalkan...
...selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini





Hilang - MUH (terima kasih Malayapark.com)


Kelodan cinta tembus sampai ke dasar hati. Kesakitan itu yang memalaskan pagi kamu.

Kau sudah malas untuk mencari, biarlah ia datang sendiri.

Kau bukan bertemu untuk dinilai serba segala.

Kau manusia punya kekurangan, dan untuk membohong bahawa kau harus menjadi seperti yang dia harapkan adalah kebodohan dalam diri kamu.

Aku tahu kau percaya akan ada cinta suatu hari nanti, itu janji Tuhan.

Kau tak rugi apa-apa, sebaliknya dia.

Dia yang hidup sepi, sedih dan tak punya apa. Aku percaya hidup kau takkan sepi.

Orang seperti dia yang tak reti menilai.

Aku pohon doa agar kau tabahkan hati dan teruskan hidup.

Masih banyak cinta menanti.

Aku

Aku pohon kau biarkan aku sendiri.

Dunia ini bukan milik aku seorang, tapi aku percaya ada ruang Tuhan kosongkan untuk aku mengerti.

Kau tahu umbra dan penumbra? Aku mahu bersendiri dalam umbra, dan biarlah sikit saja cahaya penumbra yang tembus, itu sudah cukup.

Bersendirian, lebih baik.


***

p/s: Esok (Isnin) pukul 8.30 malam akan berlaku fenomena gerhana penumbra. Sama-samalah menikmatinya selama 4 jam.


p/s 2: Hamba akan bercuti daripada menulis buat sementara waktu. Nak cari ketenangan, insya-Allah tak lama. Salam semua.

p/s 3: Hamba akan bertapa dalam panggung kot, tengok Upin dan Ipin sampai lebam. Kepada mereka yang menyokong filem yang memartabatkan budaya Melayu, tontonlah filem Upin dan Ipin : Geng Pengembaraan Bermula.



7 ulasan:

AieSha berkata...

cuti ke mana weh?

azahzotas berkata...

sungguh syahdunya....
terkadang bagaikan menceritakan kehidupan seseorang yang mungkin merasakan tempiasnya....hehehe

Adam berkata...

umbra ni ape sebnarnya?? tak paham ..

JRY The Boonto berkata...

Bahasa ko sungguh puitis. dan kebanyakan aku masih kurang fahami. perlu baca dua kali kot.hehe.

Bro nak pergi bertapa di busut mana?heheh..

semoga ko dapat ketenangan yang dicari^^

sheikh mustafa kamal al aziz berkata...

itulah hidup namanya....


sila memblogger:
http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/



ad story baru..... Lingkaran Setan merayap ke kebun Getah...



Baru-baru ini, saya mendapat call dari Bapak Saudara dari Temerloh. Setiap 3 bulan atau 4 bulan Bapak Saudara, Pak Lang Ca akan menalifon saya atau abang saya. Ini bertujuan untuk memberitahu hasil torehan getah...

ms. ana berkata...

hmm.. baru terjumpa blog ini. jangan sembunyi lama-lama. kembali dan teruskan menulis. tepukan untuk perjuangan awak. ;)

ana

joabdullah berkata...

weh ganah sek kite.
hahah
gane2 teruhkan menulih boh!!hahahhah

penggemar