Alkisah: Mari berfikir di luar kotak

Ramai orang selalu bebel.

"Think out of the box! Berfikirlah di luar kotak!"


Konon ramai manusia masih berfikir di bawah tempurung.


Hamba tak nafikan hal yang satu ini, sebab hamba sentiasa cuba untuk berfikir di luar kotak. Banyak benda yang kita perlu kerjakan membutuhkan kita memikirkan jalan yang terbaik, selamat dan efisyen (dalam BM apa ya?).


Tapi hamba tak nafikan, apabila kita terlalu nak fikir di luar kotak, kita akan terlebih fikir di luar kotak. Macam kes ini.

...selanjutnya TUAN HAMBA tekan sini

Suatu hari salah seorang rakan seuniversiti kami telah dijadikan berita utama akhbar kerana kematiannya.

Dia mati kerana membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang. Kami menatap akhbar dan berbual mengenai kisah bunuh diri ini.

PETIKAN AKHBAR SUMBER: LOL NSTP
Document 8 of 141938
Publication : Harian Metro
Edition : Tengah
Date : 28/02/2004

Page Number : 01

Headline : Misteri Razlan

Words : 543

Byline : By Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Text :


BANGI: Kehilangan seorang penuntut jurusan kejuruteraan mekanikal
Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Razlan Amir Mohd Nazri, 21, masih
misteri apabila mayatnya ditemui di sebuah pulau terpencil berhampiran
Pulau Pinang, 10 hari selepas dia dilaporkan hilang.

Razlan sebelum ini meninggalkan rumahnya di Bandar Baru Bangi pada jam
12 tengah malam, 18 Februari lalu dengan alasan untuk mengulangkaji
pelajaran bersama rakan bagi menghadapi peperiksaan.
Mangsa yang dilaporkan hilang bagaimanapun ditemui polis di Pulau Rimau,
yang mengambil masa 45 minit perjalanan menaiki bot dari Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Mangsa sempat meninggalkan pesanan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada

bapanya pada malam dia meninggalkan rumah dengan menulis, "Papa, Lan tidur
di Uniten, esok ada kelas".

Bagaimanapun, Razlan yang meninggalkan rumah dengan menaiki kereta
Perodua Kancil gagal dihubungi ahli keluarga keesokan harinya.
Keluarganya cuba untuk menjejaki mangsa melalui rakan sekelasnya di
Uniten sebelum membuat laporan polis pada 20 Februari selepas gagal
menjejakinya.

Namun, lima hari selepas kejadian, kereta Perodua Kancil yang dinaiki

Razlan ditemui tersadai di Jambatan Pulau Pinang oleh polis Seberang Prai
Tengah.

Kereta Kancil berwarna metalik perak dengan nombor pendaftaran BFV 7049

itu dipercayai berada di atas Jambatan Pulau Pinang tidak kurang empat
hari.

Penemuan pada 22 Februari itu menimbulkan tanda tanya apabila barang

peribadi termasuk kunci kereta dan dompet mangsa ditemui tidak terusik di
dalam kereta berkenaan.

Berikutan penemuan itu, bapa mangsa, Mohamad Nazri Azizan dan ibunya,

Rashidah Abdul Hamid meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Razlan
melalui hebahan media cetak dan elektronik pada 24 dan 25 Februari lalu.
Bapa mangsa juga pernah membuat kenyataan anaknya itu mengeluarkan wang
RM100 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di
Kajang, Selangor, pada malam selepas dia keluar dari rumah.
Bagaimanapun, pada 21 Februari lalu, polis menemui mayat seorang lelaki
di Pulau Rimau tanpa mengesyaki dia mangsa yang dicari keluarganya sebelum
ini.

Tindakan TV3 menyiarkan berita kehilangan Razlan menyebabkan polis

memanggil keluarga dan rakan mangsa untuk mengecam identiti mangsa di
hospital, kelmarin.

Identiti mayat itu kemudian disahkan sebagai Razlan berdasarkan baju

serta rekod pergigian.

Jenazah Razlan kemudian dibawa pulang ke rumahnya pada tengah malam

kelmarin dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang
pada jam 11.30 pagi semalam.

Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,

berkata, mangsa dipercayai lemas, bagaimanapun siasatan masih dijalankan
untuk mengetahui punca sebenar.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Seorang rakan sekelas mangsa, Mohd Hafizin Mohd Yusof, 22, berkata, kali
terakhir dia bertemu Razlan ialah pada 16 Februari lalu.

Menurutnya, ketika itu, mereka sempat keluar makan bersama di Serdang

sebelum Allahyarham menghantarnya pulang ke Uniten pada jam 11.30 malam.
"Ketika itu kami sedang bersiap untuk menghadapi peperiksaan dan Razlan
kerap mengulangkaji pelajaran bersama rakan lain.

"Yang saya tahu, dia tidak muncul ketika peperiksaan pada Khamis, iaitu

19 Februari. Bagaimanapun, saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah
kejadian sebenar diketahui semalam, katanya ketika ditemui di tanah
perkuburan Sungai Tangkas, semalam.

Razlan adalah pelajar yang aktif dan mewakili Uniten dalam sukan bola

sepak," katanya.

Rakan karib mangsa, Shahrul Farelli Zulkifli, mereka berkawan baik sejak

sekolah rendah sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah sains di
Kuantan.

"Kami kemudian sama-sama menyambung pelajaran di Uniten. Razlan pelajar

yang rajin dan baik. Sukar untuk saya percaya dia sudah tiada lagi,"
katanya.

Menurutnya, mereka kerap menghabiskan waktu hujung minggu untuk bermain

tenis bersama-sama.
(END)

Sambil menatap akhbar, hamba dan teman-teman mula berbincang tentang kisah Razlan ini di dalam sunyi sepi perpustakaan.

Teman A

Korang kenal Razlan ni?


Hamba
Budak Bangi, mana aku nak kenal. Kau tanya Loque mungkin dia kenal. Diakan Best Speaker Debat.


Teman B
Kesian, ini mesti sebab pressure final exam macam kita sekarang. Patutlah dia bunuh diri.


Hamba

Mana patut. Dia tak fikir ke sebelum bunuh diri.


Teman A

Dia fikir dia ada bajet nak pergi bunuh diri sampai ke Pulau Pinang. Sebab itu dia keluarkan RM100. Cukup buat bayar tol.


Teman B

Habis, dia tak habiskan pengajianlah?


Hamba

Buat rugi duit mak bapak saja. Mesti mak bapak dia sedih anak dia buat macam ni.


Tiba-tiba seorang lagi teman, hamba namakan Teman C yang dari tadi mendiam saja muncul menyampuk.


Teman C

Habis, kereta kancil dia siapa yang bawak lepas ni?


TAMAT

p/s: Seronok kalau kita bergaul dengan mereka yang berfikir di luar kotak. Percayalah cakap hamba.


12 ulasan:

scOotBerry berkata...

haha~
bagus teman c kamu..
dea pk psal kete kancil itu..
kamu2 yg laen mesti xpenah terpk pOn psal sapakah yg akan mewarisi kete kancil itu kan..??

tp kn,perlu ke kita smpai bunuh diri sbb stress nk exam ek..??

CAHAYA berkata...

Polis cakap dia bunuh diri ke? Dia ada gf tak? Tak temubual gf dia ke?

Ayyman Rahim berkata...

Scary je -.-

Op berkata...

hek..mcm materialstk pulak tmn c 2 tp btul jgk..mst mak ayh dye sede gler hurm..

Unknown berkata...

hurm..kalu bukan?
maybe sbb laen?
ada bukti ke ckp die stress?
kalu b4 this die boleh kendali exam mcm biasa..kenapa time tuh tak?
subjective kot..

Amer Yusof berkata...

alamak, ramai yang tak dapat tangkap apa yg sy nak cerita ke? hehehe.

sbnrnya nak cerita pasal 'berfikir di luar kotak'. kes bunuh diri tu sebagai objek saja, yg sy nak tekankan ialah penilaian kami terhadap kes tu. contohnya sekarang

KES RAZLAN BUNUH DIRI

Amer - cerita ttg kes bunuh diri.

Respon anda
Cahaya - dia ada gf ke?, tak temubual gf dia ke?

Ayyman - Scary je (mungkin merujuk kes mayat tu dijumpai)

Phikool - teman C materialistik.

intan- teman C

sebenarnya, teman C tu terlebih fikir pasal artikel dan si mati tu. sampai dalam banyak2 soalan yg sesuai ditanya, dia tanya

"kereta kancil si mati siapa yg dapat lepas ni?"

memang tak terjangkau dek akal kan?

nasib baik dia tak tanya

"Habis, lepas ni siapa yang sudi main tenis dengan kawan baik si mati tu?"

Tanpa Nama berkata...

aku suka tulisan kau.jadi contoh yang bagus untuk remaja muda yang semakin lupakan nilai-nilai bahasa (macam aku).

aku sangat kagum.

teruskan usaha abang (bro).

=P

Tanpa Nama berkata...

saya ketawa setelah baca kisah ni..punya ler tekun dan saya amati..sungguh2 menghayati akhirnya saya gelak besar bila baca teman C bertanya tentang kereta..klu saya ada pada situasi tersebut..tentu dah gelak masa tu jugak sambil hempuk kepala teman C tadi..ekekekekekke...

*saya terjumpa blog ni tatkala bosan meredah rentetan blog2 manusia di alam cyber..terpegun di blog tuan hamba..seronok baca...dan akan kerap singgah ke sini..terima kasih kerana menceriakan hari saya..*

ellyani berkata...

subjek yang bagus di bincangkan...terdapat pro dan kontra tentang sesuatu pandangan...bila berbincang biasanya tercetus ilham untuk berfikir di luar kotak.

tiger lilly berkata...

Amer,thank u sbb publish story ni kt ur blog. walaupun motive u utk think out of the box, sy nk ucapkn thank u sgt2.. Ada byk sebab knp dia bunuh diri.. If only sy pick up phone call dia mlm dia keluarkan duit kt ATM mlm tu, dia masih ada skrg. arwah dulu sorg yg caring, manja & bertanggungjawab. sy harap u guys x salahkn dia completely.. But Amer, thank u again,yea..

Tanpa Nama berkata...

salam buat semua....maaf yerr sebagai org islam, x mungkin razlan amir membunuh dirinya sendiri.actually akak mngenalinya secara personal n kami mmg ada hbgn kkeluargaan.rya setahun sebelumnya kami ada bertemu, dia ok ajer n nmpk riang.cuma dia ade terlibat dlam satu kmalangan tp ms 2 ajalnya belum tiba.dia selamat.akak harap sgt kita doakanlah kebahagiaannya di sana n jgn la kita buat andaian yg dia bunuh diri.jgn la kita aibkan si mati n ahli keluarganya.apa yg terjadi hanya dia n Allah saja yang mengetahui.wallahhialam...al-fatihah n semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.amin....

Tanpa Nama berkata...

salam buat semua....maaf yerr sebagai org islam, x mungkin razlan amir membunuh dirinya sendiri.actually akak mngenalinya secara personal n kami mmg ada hbgn kkeluargaan.rya setahun sebelumnya kami ada bertemu, dia ok ajer n nmpk riang.cuma dia ade terlibat dlam satu kmalangan tp ms 2 ajalnya belum tiba.dia selamat.akak harap sgt kita doakanlah kebahagiaannya di sana n jgn la kita buat andaian yg dia bunuh diri.jgn la kita aibkan si mati n ahli keluarganya.apa yg terjadi hanya dia n Allah saja yang mengetahui.wallahhialam...al-fatihah n semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.amin....

penggemar