Tanah Pamah Sunda Yang Tenggelam (Bahagian 1)


Pemandangan di Laut Sulu, bahagian timur negeri Sabah, Malaysia. Sebahagian daripada 6000 pulau tak berpenghuni di dalam kawasan Filipina, letaknya juga di utara Pulau Sulawesi, Indonesia.

SULU merupakan antara kerajaan kesultanan Melayu yang unggul suatu ketika dahulu. Kini mereka mewariskan sisa-sisa perjuangan menerusi pembebasan Islam Bangsamoro. Mereka Melayu Muslim yang terpaksa menuntut keadilan daripada Melayu Katolik di negara bekas jajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat itu.

Pulau yang letaknya di Laut Sulu ini menyimpan pelbagai keistimewaan dan keunikan Sundaland, tanah yang kita duduki kini. Sundaland atau Tanah Sunda sebenarnya ialah tanah pamah yang mencantumkan Semenanjung Tanah Melaka dengan Pulau Sumatera, Kalimantan (Borneo), Mindanao, Luzon, Sulawesi, Jawa, Maluku serta Nusa Tenggara dan membentuk satu benua besar diberi nama Sunda.

Namun, tragedi zaman ais dan juga banjir besar Nabi Nuh (teori ini masih dikaji) telah menyebabkan permukaan rendah di benua ini ditenggelami air dan membentuk pulau-pulau besar di dalam kawasannya. Kawasan inilah membentuk Nusantara seperti sekarang.

Bermula daripada teori Sundaland inilah wujudnya pemahaman ahli kaji sejarah bahawa manusia yang mendiami kawasan kepulauan ini mempunyai hubungan kebangsaan memandangkan skruktur dan ciri-ciri fizikalnya sama. Berkulit sawo matang, tinggi tak lebih 6 kaki, berambut ikal mayang, mahir dalam kerja-kerja pertukangan kayu serta maritim serta bercakap dalam lingkungan bahasa yang sama- Bahasa Malayo-Austronesia.

Sebenarnya makin dikaji, makin banyak fakta yang kita perlukan penjelasan. Terutamanya tentang asal usul bangsa kita. Jika kita mahu bercakap mengenai bangsa Melayu, maka kita harus bercakap mengenai bahasanya terlebih dahulu. Tidak pernah terfikirkah kita bagaimana boleh wujud persamaan yang agak ketara di dalam penggunaan bahasa di negara-negara yang bertebaran di Lautan Pasifik hingga Lautan Hindi?

Jadi Insya-Allah, blog ini akan merungkai dan merangkum fakta-fakta dan juga dongeng kisah kehebatan Bangsa Melayu dahulukala yang dikhuatiri (oleh masyarakat barat) sebagai bangsa yang begitu hebat di masa lampau.

Dengan mengetahui sejarah bangsa Melayu, makanya kita akan lekas memahami mengenai kedudukan Bahasa Melayu yang sepatutnya diletakkan.

Saya amat berharap tujuan murni untuk membina laman ini bukan sekadar matlamat peribadi, tetapi juga akan dapat membantu mengembalikan rasa bangga bangsa kita terhadap maruah, kehebatan dan keunggulan bangsa Melayu yang saban hari makin tenggelam dimamah masa, seperti mana tanah pamah luas terbentang di Laut Cina Selatan hingga ke Laut Arafura yang sudah lama tenggelam, sekaligus membawa pergi monumen-monumen kehebatan bangsa kita.

Saya amat berharap misi saya ini mendapat dokongan dari semua pihak, terutama kalian semua.
Salam perkenalan daripada saya.

AMER YUSOF
Read more

Syawal Tiga Puluh

Assalamualaikum,

...dengan ini saya meluncurkan blog LASKAR BAHASA 'simpati seorang sipahi kepada bangsanya...' pada tarikh Oktober 30, 2008tm bersamaan Syawal 30, 1429th. Insya-Allah, blog ini akan menjadi wadah buat hamba untuk berbakti kepada bangsa menerusi perkongsian cerita dan pelbagai bentuk berontak.

Moga maju ke depan blog ini, dan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat. Insya-Allah.

Ikhlas,

Amer Yusof
Read more

penggemar